Saturday, 6 August 2011

Untuk Mengubah Dunia Bemula Dari Perubahan Individu

Tenaga tersimpan dalam setiap jasad individu manusia. Nak mengubah sesebuah entiti masyarakat, adalah tidak tepat dan tidak bijak jika kita dengan semberono menjadikan tampuk kuasa pemerintahan sebagai target perjuangan kita. Lantas kita mengabaikan sama sekali tenaga-tenaga yang berpotensi tinggi dalam setiap individu yang membentuk kelompok masyarakat tersebut. Sound familiar?


Kuasa pemerintahan bukan makhluk. Ia hanyalah sebuah ilusi. Kita terpaksa menongkah arus tenaga yang sangat kuat untuk mengubah seluruh struktur masyarakat jika kekuasaaan itulah yang menjadi matlamat perjuangan. Di khuatiri pula dek kerana tenaga yang tidak stabil dalam individu-individu yang mendokong jenis perjuangan seperti itu, maka mereka terlupa bahawa 'ada' pula yang akan mengambil kesempatan ke atas kelompong-kelompong tenaga itu dengan menceroboh fikiran dan menyuntik tenaga-tenaga negatif. Bila ini terjadi maka akan berlaku kecelaruan fikiran yang dasyat dalam skala yang amat besar yang melibatkan beribu, bahkan berjuta individu.

Super dasyat kan, bahana penangan sihir kabbalah yang diterjemahkan melalui ideologi-ideologi ciptaan manusia ni.

No comments:

Post a Comment