Monday 6 August 2012

Roh Darah



Seringkali kita mendengar kes pekerja yang meminta rakan (sekutu) melewatkan ‘punch-out’  kad kedatangan supaya dia layak untuk klaim OT (over-time, kerja lebih-masa) di akhir bulan walaupun secara fizikalnya dia sudah pulang ke rumah.

Seringkali juga kita mendengar rungutan tentang perangai anak-anak/isteri/suami/ahli keluarga yang bermasalah walaupun sudah disediakan segala kelengkapan material secukupnya dalam hidup mereka. Ada sahaja yang tidak kena serta tidak ketahuan dari mana puncanya.


Orang2 tua selalu berpesan agar kita menyemak kembali dari mana serta bagaimana kita mendapatkan punca pendapatan kita. Rezeki (wang hasil dari pekerjaan) itulah yang akan dibelanjakan terutamanya untuk membeli keperluan makan/minum ahli keluarga. Setiap suapan makanan serta setiap tegukan air itu pula akan ditukarkan menjadi zat tertentu, kemudian ianya dialirkan kedalam sistem darah tubuh badan manusia. Dari situ kita akan menggunakan tenaga dari zat makanan/minuman tersebut untuk melakukan pelbagai aktiviti harian.

Maka Roh Darah bergantung kepada sumber rezeki yang kita perolehi.


Kita telah tahu bahawa rezeki dari sumber suci lagi halal (contoh, tidak ponteng OT) akan membawa gelombang bermesej harmoni kedalam sistem darah tubuh badan manusia. Begitulah juga, jika sebaliknya yang berlaku. Kita tidak dapat lari dari sunnahtullah Tuhan iaitu ‘buat baik dibalas baik, buat jahat akan dibalas dengan kejahatan/keburukan’. 


Yang akan menerima akibatnya adalah sistem darah ahli keluarga kita. Mereka tidak tahu bahawa kita telah ponteng OT. Mereka gembira bila kita membelikan makanan/minuman yang enak dan sedap sebagai tanda kita telah menjalankan tanggungjawab menyara keluarga. Kita mahu melihat mereka sihat dan sejahtera.

Namun, jangan pula hairan bila mana timbul masalah di kalangan ahli keluarga. Mungkin salah satu puncanya ialah kerana kita telah mencemarkan roh darah mereka dari sumber yang halal tapi tidak suci. ’Halal’ kerana kad kedatangan menunjukkan adanya OT, tidak suci kerana kita tidak menghadirkan diri disepanjang tempoh OT tersebut.


Berhati-hatilah serta sensitif tentang bagaimana kita melaksanakan tugas dan amanah kerja seharian. Kasihi diri serta ahli keluarga dengan sejujurnya melalui sumber pendapatan yang halal lagi suci. Jika kita pernah terlanjur disana-sini pada masa lalu, mohon keampunan kehadrat Allah SWT diiringi dengan sedeqah kepada anak-anak yatim kerana kita telah menggunakan rezeki yang bukan hak milik kita.  

Roh Air


Sudah menjadi kelaziman dalam masyarakat melayu untuk mencari ’air penawar’ dengan berjumpa orang2 alim, ustaz2, mak2 bidan atau sesiapa sahaja yang mereka yakini seorang yang baik serta boleh dipercayai. Ini berlaku apabila anak2 kecil menangis tanpa henti, anak2 nakal & susah mendengar kata, anak2 mahu menghadapi peperiksaan dan sebagainya. Yup...terutamanya tentang perihal anak2 (termasuk juga untuk melembutkan hati isteri2 dan suami2). Maka ’air penawar’ lah yang akan dicari terlebih dahulu.

Secara logiknya pun, ubat2an moden mahupun makanan tambahan seperti vitamin nampak tidak akan memberi kesan kepada permasalahan di atas. Jadi alternatif terbaik ialah dengan mencari ’air penawar’  tersebut.


Cara penggunaan ’air penawar’ ialah; minum, sapu di kepala, sapu ke muka ataupun mandi. Setelah diberikan kepada anak2, biasanya masalah yang dihadapi itu akan menjadi semakin reda. Namun ia bergantung kepada keadaan. Untuk meredakan ‘sawan’, mungkin kita akan melihat keputusannya dengan lebih cepat. Anak2 yang sudah kepenatan menangis dan meracau tadi, setelah disapukan air penawar, maka matanya menjadi kuyu dan akhirnya mereka akan tertidur. Walaubagaimanapun, untuk melembutkan hati anak2/isteri2/suami2 yang agresif/degil/bermasalah maka usaha berterusan akan dilakukan sedikit demi sedikit sehingga Tuhan rezekikan hati yang aman dan tenang kepada mereka.

Dan sesungguhnya mengikut pegangan iktiqat ahlisunnahwaljamaah, ‘tiada daya upaya melainkan dengan izin Allah’ itu dipegang erat pada setiap perubahan yang terjadi. Air penawar hanyalah sebagai wasilah untuk menjadi asbab kepada keputusan positif yang Tuhan rezekikan kepada kita.

Disebalik air penawar itu, apakah sebenarnya sunnahtullah yang telah Tuhan tetapkan?
Dengan kata lain, bagaimanakah Roh Air memandangkan komponen utama penawar tersebut adalah air?


Mungkin ada diantara kita yang telah membaca hasil kajian tentang molekul air yang dijalankan oleh Masaru Emoto dalam bukunya “the hidden messages in water”. Beliau melakukan penelitian tentang bagaimana kekuatan air yang tercermin melalui kristal air di mana dia meneliti gambar dari kristal air dari berbagai sumber, dan hasilnya ternyata bentuk kristal antara satu tempat dengan tempat yang lainnya tidaklah sama, bahkan beliau juga meneliti pengaruh kata terhadap nasi yang dimasukkan ke dalam  bekas dan masing-masing ditulis dengan perkataan yang berbeza. Yang satu ditulis Terima Kasih dan yang lainnya ditulisi Kamu Bodoh, ternyata bekas yang ditulis kata Terima Kasih tidak basi, sedangkan yang bekas ditulis Kamu Bodoh cepat basi bahkan warnanya sudah berubah menjadi kehitaman.


Secara amnya, molekul air yang dibacakan perkataan2 yang baik akan menunjukkan bentuk kristal yang sangat cantik, jernih begitu berseri-seri. Sebaliknya, air yang diberikan kata2 yang tidak baik, maka kristalnya mempunyai bentuk yang hodoh serta berwarna suram.

Ini semua bukan magik, tetapi ia merupakan fitrah air yang ditetapkan oleh Tuhan ~ iaitu Roh Air.

Jadi, apa kaitannya diantara kajian Masaru Emoto dengan air penawar kita tadi?

Orang2 alim akan membacakan ayat2 Al Quran tertentu berserta doa keatas air – kebiasaanya air minum. Setelah proses tersebut selesai, maka air minum tersebut telah menjadi air penawar. Orang2 alim juga akan melakukan solat sunat hajat serta ibadah2 lain yang berkaitan, memohon kepada Tuhan agar mengabulkan doa2 yang dipohon. Secara fitrahnya kristal air penawar itu akan berubah menjadi bentuk yang cantik sambil membawa ‘mesej-mesej’ yang telah dibacakan di dalam doa2 tadi.


Memandangkan komponen jasad manusia itu 70% terdiri daripada air, maka dengan izin Tuhan, air penawar yang digunakan oleh seseorang tadi akan menyampaikan ‘mesej-mesej’ kepada bendalir di dalam tubuh badannya. ‘Mesej-mesej’ ini tidak lain dan tidak bukan adalah getaran gelombang harmoni lagi murni yang dapat menenangkan serta menstabilkan semula getaran gelombang tubuh badan yang sudah berkecamuk.

Molekul air zam-zam

Namun hanya Allah SWT sahajalah yang mengizinkan sesuatu perkara itu terjadi. Setiap fitrah atau sunnahtullah yang diciptakan itu pula merupakan suatu petunjuk kepada kehebatan Dia Yang Maha Mencipta.

Ya Allah, sungguh banyaknya ilmu2Mu, sungguh besarnya kekuasaanMu – ajarkanlah kami semua  pengetahuan yang bermanfaat, kami amat lemah lagi jahil….perkenanlah Ya Allah!

Tenaga Murni ~ Let It Go....




Let It Go….membawa maksud Biarkan Ia Pergi….

Let It Go, bila diaplikasikan dalam keadaan tertentu akan membawa kepada natijah fikiran yang lebih lapang, hati yang lebih tenang serta jiwa yang lebih tenteram. Ia juga amat menggembirakan pihak yang menerima kerana keperluan mereka telah dapat dipenuhi.

Namun demikian, dalam keadaan tertentu yang lain, Let It Go tidak boleh diguna-pakai.
Maruah diri, keimanan kepada Tuhan, kedaulatan negara, kepentingan ummah serta perkara-perkara yang berkaitan wajib dipertahankan biarpun nyawa terpaksa dipertaruhkan.


Let It Go mungkin saja lebih relevan disaat kita diuji untuk melepaskan material yang amat kita sayangi (tanpa perlu menggadaikan perkara-perkara utama seperti diatas).
Tuhan akan membalas setiap Let It Go (material) yang dilakukan dengan Let It In (keharmonian serta gantian material yang lebih baik).


Let It Go yang dilakukan kerana Allah SWT merupakan suatu ‘perniagaan’ dengan Tuhan Yang Maha Baik. Let It Go adalah bila kita ‘menjual’ material kesayangan kerana Allah dengan memberikannya kepada orang yang lebih memerlukan. Allah dengan Rahmat dan Kasih-SayangNya ‘membayar’ harga barang ‘jualan’ itu tadi dengan memberikan kebaikan berganda kepada manusia (pemberi/penjual).

Namun, Allah tidaklah mengurniakan kebaikan disebabkan pengorbanan Let It Go yang telah dilakukan oleh manusia. Allah tidak memerlukan sebarang sebab untuk Dia melakukan sesuatu. Dia memberi kerana Dia Maha Pemberi.Titik.


Kitalah sebenarnya yang amat mengharapkan agar Allah mengurniakan Let It In (kebaikan) disetiap Let It Go (material) yang dilakukan. Kita ini amat lemah sifatnya. Disaat kita melepaskan harta-benda, kesenangan, kemewahan yang amat kita sayangi, disudut hati kecil pastinya kita memohon agar Allah menilai perbuatan baik kita serta berdoa semoga Allah akan menggantikannya dengan perkara yang lebih baik.

Let It Go tidak semestinya melibatkan material. Let It Go juga dilakukan keatas keegoan diri, perasaan marah atau sifat dengki yang tidak kena pada tempatnya.


Disaat kita sayangkan h/p lama yang sudah bertahun digunakan serta mempunyai nilai sentimental, rakan kita mengadu h/p nya sudah rosak dan tidak mampu membeli h/p yang baru. Pada masa yang sama kita telah membeli h/p baru yang lebih canggih. Jadi sebenarnya kita ada dua h/p.
Disaat kita memberikan h/p lama kepada rakan tadi, terpancar kegembiraan diwajahnya serta perasaan lega kerana tidak perlu mengikat perut berjimat untuk membeli h/p baru.
Ini hanyalah contoh kecil.

Mungkin kita terpaksa menahan perasaan untuk Let It Go h/p kesayangan. Tetapi tahukah kita betapa lega hati rakan tersebut kerana masih boleh berkomunikasi menggunakan h/p sentimental itu.


Let It Go…lakukanlah dengan sewarasnya…..
Yakin bahawa Tuhan akan membalasnya dengan Let It In ganjaran berganda kepada manusia…..

Sunday 5 August 2012

Se Zarah



Se Zarah, saya merujuk kepada komen Tokteh seperti di bawah dalam salah satu artikel Mistisfiles.





Tokteh said….
Assalamulaikum,
Mari kita fikirkan sama-sama. Semua benda yang boleh kita lihat, sentuh dan rasa dalam dunia ini dibina oleh susunan zarah-zarah yang paling kecil dipanggil atom. Sebutir atom pula dibina oleh partikel yang lebih kecil dipanggil elektron, proton dan neutron. Beza diantara satu atom suatu unsur dengan satu atom unsur yang lain, contohnya beza antara atom emas dengan atom karbon ialah beza antara bilangan proton dalam atom-atom tersebut. Jika ditambah atau dikurang satu proton ke dalam satu atom suatu unsur, atom itu akan bertukar menjadi unsur yang lain, seperti halnya yang berlaku ketika penguraian radioaktif. Proton dan neutron juga memberi nilai jisim kepada sesuatu atom. Kajian sains menunjukkan partikel-partikel yang membina atom tadi semuanya terdiri dari benda yang tidak konkrit, malah sifat ‘mereka’ semuanya sentiasa bergetar/berpusing/bergerak/berputar pada kelajuan tinggi, sifat yang serupa macam cahaya, kita mempunyai berat kerana ada daya tarikan dan masa itu relatif. Apa akan jadi apabila tiada lagi cahaya, graviti dan masa terhenti? Pada masa yang sama, semua kejadian alam ini kembali semula menjadi partikel-partikel dalam atom – bertukar semula kepada cahaya?
July 5, 2012 6:05 PM
http://mistisfiles.blogspot.com/2012/06/matrix-4th-densityintroduction.html

Secara fizikalnya sebanyak manakah jumlah tenaga yang diperlukan untuk menggerakkan sekilas lintasan fikiran serta sedetik cetusan hati?


Apa signifikan se zarah (satu zarah)?
Apa pula yang boleh kita lakukan bermula dengan jumlah se zarah?
Dan sejauh manakah kesannya terhadap sesuatu perkara bila kita buka gerak-langkah sebermula dengan se zarah?

Menyedari, mengetahui serta menghayati hakikat kejadian makhluk yang Tuhan ciptakan adalah suatu ilmu yang perlu. Ini supaya kita dapat memaksimumkan tenaga murni yang masih tersisa senipis kulit bawang dengan sewajarnya.

Tuhan menjadikan setiap makhluknya berserta dengan fitrah tersendiri sebagai panduan kepada umat manusia dalam mengharungi kehidupan dunia yang serba mencabar ketahanan minda serta jiwa.

Sesungguhnya bila mengikut tafsiran ilmu haqikat, maka hati itulah yang menjadi raja ~ kepala pengembala kepada bala tentera seluruh anggota badan manusia.


Namun di sini, kita mahu memahami signifikan sekilas lintasan fikiran serta sedetik cetusan hati yang sentiasa bergetar secara berterusan di setiap masa dan ketika di dalam jasad manusia.

Sekilas lintasan fikiran itu boleh berlaku ’ in a split second ’ yang boleh membawa kesan besar kepada diri dan sekeliling kita.

Sedetik cetusan hati itu pula boleh terjadi tanpa kita perasan pun kehadirannya dan tiba-tiba berlaku perkara-perkara sama ada yang kita ingini atau yang kita tidak ingini.





Ia seumpama bermain snooker. Kita hanya perlu meyuntik gerakan kepada bola utama untuk mengaktifkan gerakan bola-bola yang lain sehingga bola yang kita kehendaki itu masuk ke lubang papan snooker tersebut. Ini adalah sunnahtullah dalam permainan snooker.

Dalam konteks jasad manusia, tenaga dari pergerakan se zarah sudah cukup untuk mengaktifkan sekilas lintasan fikiran serta sedetik cetusan hati seseorang. Kesannya bergantung kepada niat, bila niat kita baik, maka secara fitrahnya kesan baik juga yang akan diperolehi oleh diri serta sekeliling kita.


Maka lintasan fikiran serta cetusan hati yang berterusan itu pula seumpama tiupan angin di lautan luas yang membawa desiran ombak menghempas pantai tanpa henti. Pasti ada butiran pasir yang terubah dan berubah dari kedudukan asalnya.

Niat dari fikiran yang waras berserta doa dari hati yang tulus secara istiqamah hasil dari pergerakan bermula dengan se zarah, maka dengan izinNya akan mampu menyampaikan apa-apa hajat yang diingini.

Maka dengan ini kita akan faham akan signifikan doa sebagai senjata orang mukmin.


Doa yang spesifik serta dilakukan dengan penuh pengharapan kepada Tuhan itu sesungguhnya seumpama sebuah peluru berpandu. Para malaikat dengan rahmat dan keizinanNya membawa cebisan-cebisan doa itu lebih laju dari cahaya kepada orang yang kita doakan itu.


Tenaga yang sampai kepada orang yang kita doakan itu pula dengan izin Tuhan akan mengaktifkan bermula se zarah dari jasad mereka, membawa kesan perubahan kepada keadaan yang  lebih baik seperti yang kita harapkan tadi. Sesungguhnya se zarah di dalam jasad orang itu pula adalah sekilas dari lintasan hati mereka dan juga sedetik dari cetusan hati mereka. Semoga tenaga dari doa yang kita panjatkan itu tadi dapat membantu mereka mencapai apa-apa kebaikan yang mereka inginkan selama ini.

Disaat jiwa manusia begitu sensitif dengan teguran dan nasihat yang boleh saja disalah tafsir jika tidak dilakukan dengan penuh hikmah, maka kita mulakan dengan se zarah yang kita ada, dengan niat menyampaikan doa memohon supaya Tuhan sentiasa memberikan kebaikan dan apa-apa yang terbaik sahaja kepada diri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia amnya.