...kerana DIA yang menciptakan kita dan kita akhirnya akan kembali mengadap kepadaNYA....
Terlalu banyaknya keperluan hidup kita, maka kita memang amat memerlukan Allah supaya DIA Yang Maha Kaya sentiasa mencukupkannya. Allahlah yang selama ini telah menyediakan segala-galanya untuk kita. Sentiasalah fikirkan rahmat dan kasih sayang Allah kepada setiap makhluk ciptaanNYA.
Kita amat lemah dan tidak berdaya. Manusia lain juga serba kekurangan seperti kita. Justeru itu, jadilah orang yang bijaksana (mengguna sisa tenaga yang masih ada dengan seoptima mungkin), orang yang fokus dan perhatiannya hanya mengadu, memohon, mengharap hanya kepada Allah. DIA Maha Mendengar. DIA yang memegang kunci perbendaharaan dunia dan isinya. Mintalah APA-APA sahaja kepada Allah SWT.
No comments:
Post a Comment