Setiap makhluk yang Allah ciptakan mempunyai tenaga tersendiri. Apa sahaja yang wujud di dalam alam masa dan benda dikira sebagai 'baharu', mempunyai tenaga bagi Allah untuk mewujudkannya dan kemudian di'sarung'kan ke dalam pakaian 'jasad'. Maka dengan itu mata kita dapat melihatnya. Tetapi ada juga makluk yang tak dapat dilihat oleh mata kasar kita, namun ia tetap wujud kerana faktor tenaga yang dibekalkan oleh Allah tadi. Oleh itu kita diberi izin oleh Allah untuk 'merasa', 'melihat' dan mungkin juga 'berkomunikas' dengan makhluk-makhluk tadi.
Angin adalah makhluk, oksigen adalah makhluk dan semua perkara serta benda yang terlintas dalam fikiran kita adalah makhluk juga.
Ia umpama istiliah 'objek' yang digunakan dalam pemprograman berorientasikan objek bagi mewakili setiap perkara atau peristiwa yang hendak kita masukkan dalam arahan pengaturcaraan kita.
Makhluk Allah bekalkan tenaga.
No comments:
Post a Comment