Friday 21 June 2013

Titiwangsa 1511



setiap kali melihat banjaran titiwangsa, entah mengapa, hati begitu sayu

lebih-lebih lagi bila kita berjalan merentasi banjaran gunung itu dari barat ke timur terutamanya melalui lebuh raya karak, ditemani kehijauan flora dan fauna yang sungguh mewah bak baldu hijau tebal seumpama hamparan  bilik peraduan puteri gunung ledang.......hati ini bertambah sayu

tidak tahu apa yang disayukan, kenapa aura sayu sebegitu datang, dan kemana mahu ditujukan hati yang penuh dengan penasaran ini...??

melihat kelibat puncak gunung yang berhujung tirus seumpama piramid di lebuh raya karak, mengingatkan tentang misteri piramid melayu yang didedahkan oleh cik srikandi dan tuan haji shahpaskal
tidaklah kerana sudah menjadi terlalu obses dengan kajian piramid melayu, maka semua puncak gunung yang tirus juga hendak dipiramidkan....

namun semakin kita melalui hari2 yang mendatang.....
semakin kita dihujani dengan pelbagai propaganda mahu melihat tanah titiwangsa ini jatuh.....
semakin kita melihat sayup2 kehijauan tulang belakang semenanjung emas ini....
maka hati ini semakin tidak menentu jadinya...


seorang sahabat berseloroh dengan mengatakan bahawa kita sebenarnya sedang hidup diatas sebuah lombong emas yang sangat besar, seluruh semenanjung  terutamanya ialah sebuah bongkah emas yang besar ....walaupun itu hanya seloroh namun ada juga kebenarannya .......

cik srikandi  membongkar sejarah dengan mendedahkan siapa Raja Matahari
satu frasa yang sangat menarik tentang raja yang seorang ini ialah......"memerintah di  kawasan yang mendapat sinaran matahari di sepanjang tahun"

kawasan yang mendapat sinaran matahari di sepanjang tahun amat sinonim dengan kehebatan flora dan fauna  yang terdapat di banjajaran titiwangsa
hutan yang extrem tebal ini sudah pasti menyimpan tertalu banyak rahsia yang masih belum tersingkap tentang  penghuni serta asal-usul tanah bertuah ini


hutan yang super tebal ini sudah tentu Tuhan jadikan dengan sebab-musabab tertentu yang menjadikan tanah emas ini masih lagi disini diperintah oleh orang2 yang bergenetik dari sebelah sini juga. walaupun pelbagai bangsa dan warga telah cuba, sedang mencuba, apatah lagi mahu mencuba untuk menjadi penguasa mutlak tanah titiwangsa, tetapi Tuhan masih lagi izinkan manusia berkulit sawo matang, bermata bundar dan berhidung pesek menjadi pemimpin mutlak daerah bergunung ganang yang dikelilingi lautan ini.

saya tidaklah mahu memuja2 gunung pula...tetapi Tuhan jadikan banjarang titiwangsa dengan segala keistimewaan tersendiri supaya manusia itu sentiasa insaf dan sedar akan kelemahan diri serta sedar akan kebergantungan 100% kepada belas kasihan serta kasih-sayang Tuhan dalam meneruskan sisa nafas serta perjuangan pahit getir mempertahankan maruah negara tercinta

sedarlah bahawa sekarang Tuhan sedang menguji kita dengan didatangkan satu bangsa dari timur jauh, bermata sepet, berkulit putih, agak katek dan pemimpin mereka adalah yahudi yang sudah meresap dan bercampur dalam kemuniti mereka, di gelar sebagai yahudi yowtai (yahadut mizrah yowtai)

mereka sedang bermain pedang, melibas mata pedang yang tajam berkilauan secara berhadapan dengan kita, secara terang-terangan diwaktu siang hari, melibas dan menunjuk2 mata pedang kekiri dan kekanan, cuba menyucuk2 dan menyuakan mata pedang ke arah muka dan kepala kita......

sedarkah kita....???


ada sebahagian warga yang terpedaya dengan tipu helah yahudi yowtai, tidak sedar bahawa sokongan yang diberi digunakan pula sebagai batu loncatan untuk menguasai tanah titiwangsa
yahudi yowtai nampak begitu berjaya mengapi2kan permusuhan sesama kita dengan modal agama kita sendiri, sehingga kita begitu membenci sebangsa kita yang tidak sealiran dengan fikrah kita, lalu kita mendabik dada kitalah juara orang beriman berbanding dengan rakan2 yang nampak lebih sekular
walhal yahudi yowtai giat menyebarkan dakwah triniti sesat kepada bangsa kita sendiri yang kita anggap kurang imannya itu
walhal yahudi yowtai jugalah yang sering memerangkap saudara-mara kita dengan arak, hedonism, dadah, gejala along sehingga bangsa kita porak peranda tidak ketahuan dan ramai pula yang lahir tidak bernasabkan yang halal bahana pergaulan bebas serta pegangan agama yang loggar
walhal yahudi yowtai itu aktif berdakwah membawa bangsa kita kearah menjauhkan diri dari agama yang benar yang sudah kita anuti turun-temurun
walhal yahudi yowtai itu amat suka bila sebilangan dari kita sanggup menghalalkan darah serta peperangan keatas saudara sebangsa seagamanya yang lain

sedarkah kita???


banjaran titiwangsa di tahun 2013 pasca pru13 adalah banjaran gunung-ganang yang sama sewaktu kota melaka jatuh dengan penuh sadis ketangan penjajah beratus tahun dahulu
ia menjadi saksi kepada pelbagai peristiwa suka duka kehidupan dan perjuangan sebuah bangsa yang mendiami tanah ini berhadapan dengan cabaran untuk mempertahan maruah dan kedaulatannya dari jatuh ketangan orang lain

saya sebenarnya mahu tahu kenapa armada laut kota melaka menghilangkan diri  di pagi ketiga pertempuran portugis dan melaka sedang berlansung??
ke mana perginya kapal perang mendam berahi yang  menjadi benteng keselamatan kota melaka??
apa sudah terjadi kepada laksamana yang sepatutnya mengetuai bala tentera armada laut tersebut??

adakah dengan membiarkan portugis menang mudah dan dapat menguasai kota melaka seterusnya membuka jalan kepada penjajah lain memasuki tanah melayu diwaktu itu merupakan strategi yang lebih selamat dan bijak demi kelansungan generasi kemudian daripada terus bertahan, berperang dengan portugis dan menghalau penjajah itu dari bumi melaka??

namun saya dapat rasakan bahawa keadaan di melaka diwaktu itu adalah SAMA dengan keadaan di malaysia diwaktu dan ketika ini - 2013
walaupun kota melaka dan  peristiwa kejatuhannya sudah berlalu beratus tahun dahulu, 1511, namun kemakmuran, perdagangan, kepelbagaian, pengaruh, perebutan kuasa, strategi musuh serta faktor2 dalaman mahupun luaran yang lain adalah lebih kurang sama

tahun 1511 adalah seumpama 'beberapa hari' sahaja berlalu kerana sedari dulu lagi selat melaka dan 'lautan champa' aka laut cina selatan memang sudah sebuk dengan aktiviti perdagangan antarabangsa


warga nusantara sudah lama terdedah dengan hubungan dari pelbagai bangsa, budaya dan agama, juga menjadi bangsa dan warga yang dominan dalam hal-ehwal perdagangan dunia

sudah pasti ramai pihak (dalaman dan luaran) yang bercita2 mahu menguasai selat yang kaya raya ini

maka kini, dihari ini, dan disaat ini, bila ada sebilangan warga yang mahu menjatuhkan kedaulatan tanah melayu buat kesekian kalinya melalui siri jelajah blackout 505, maka ia seumpama mengimbau kembali 'kenangan' serta 'aura' bagaimana keadaaan kota melaka di tahun2 1509an.....1510. 1511...

diwaktu itu 'mungkin' membiarkan melaka jatuh adalah 'jalan terbaik' daripada menang dengan portugis dan kemudian mungkin akan mengalami kekalahan yang lebih teruk lagi lalu kita akan kehilangan kesemuanya...namun ini hanyalah andaian saya sahaja

tetapi, sesungguhnya untuk kali ini dan hari2 seterusnya.....kita tidak akan biarkan peristiwa 1511 berulang semula


cukuplah laksamana armada laut kota melaka membuat 'strategi' menghilangkan diri dipagi ketiga serangan portugis itu berlaku
cukuplah kapal mendam berahi yang diharapkan dapat mempertahan kota melaka itu ghaib disaat2 ia amat diperlukan diwaktu itu
cukuplah dengan kemenangan 'mudah' yang diberikan kepada portugis menjatuhkan melaka di tahun 1511

walaupun sebenarnya dugaan, persaingan, strategi, cubaan untuk menawan 'kota melaka' malaysia di tahun 2013 adalah lebih sengit lagi, mari kita semua fokuskan tenaga dalaman, niatkan dengan sesungguh hati, memohon ampun diatas semua dosa2 kita, meminta kepada Tuhan agar mengurniakan rasa kehambaan yang sebenar2nya semoga kita masih lagi layak untuk mentadbir tanah titiwangsa ini demi kelangsungan agama yang benar untuk generasi masa hadapan



saya dahagakan aura 'sadis, hiba, terharu, tergamam dan terkedu' oleh srikandi apabila pertama kali melihat perkuburan purba keluarga raja2 kerajaan grahi yang dipercayai beragama islam dari pattani yang telah mati dibunuh oleh tali barut kerajaan thai diwaktu itu sehingga grahi, tambralingga serta kota2 melayu di segenting kra jatuh satu persatu kepada musuh. biar ia meresap ke dalam jiwa sanubari dan sedar bahawa betapa bangsa ini sebenarnya sudah lama berada disini, hidup bertemankan dengan 1001 perjuangan mempertahankan kedaulatan tanah air tercinta

saya mahukan aura 'rahsia piramid melayu, rahsia kota2 melayu lama, rahsia2 kota gelangi serta rahsia2 keselamatan lain terutama yang bersangkut-paut dengan rahsia2 pemegang mohor raja2 melayu, rahsia2 emas tanah melayu dan nusantara' oleh tuan haji shahpaskal. biar ia menjadi baja kepada minda agar terus berfikir dan berzikir mencari serta menyelami segala maksud tersurat lagi tersirat petunjuk2 yang Tuhan zahirkan satu persatu sejak akhir2 ini

dan biarlah saya kunyah, telan dan hadam akan kata2 sihir jahat bahawa melayu itu bangsa yang bodoh, malas lagi cin-cai agar ia menjadi baja yang paling baik untuk menyuburkan semula pokok2 jati diri yang sudah kerdil lagi bonsai yang hanya menjadi hiasan taman rumah2 banglo taukey2 yahudi yowtai.
menerima keadaan bangsa sendiri, mengasihi, merawati serta menyayangi tanpa sebarang syarat adalah jalan terbaik untuk melihat bangsa ini berdiri semula dengan penuh gagah lagi tawaduk seumpama teguhnya pohon2 yang menghiasi banjaran titiwangsa  sejak beribu2 tahun dahulu


Saturday 8 June 2013

Roh Udara

sumber AB: tempat bersuluk ayahnda AB

seorang pengurus berbangsa tionghua baru pulang bercuti dari amerika syarikat. sebelum itu, dia mengambil keputusan untuk bercuti ke luar negara setelah sekian lama bergelumang dengan hiruk-pikuk, resah-gelisah, pening dan sesak nafas serta sakit jantung mengendalikan bisnes yang penuh dengan persainghan hebat serta tipu-daya kapitalis yang tidak pernah kenal erti jemu membaham siapa saja yang lemah serta kurang daya-maju.

sekembalinya ke pejabat, dia bercerita dengan penuh semangat dan rasa sangat berpuas hati kerana dapat menyegarkan semula (re-fresh) minda dan jiwanya setelah pergi menziarahi montesori yang sangat aman, damai, jauh dari kebisingan kota, tidak diganggu oleh sebarang panggilan telefon mahupun email kerana dia benar2 telah 'bercuti' dari dunia bisnesnya. tempat itu sangat cantik, udaranya segar, dia dapat bermeditasi dengan penuh penghayatan dan dari situ dia dapat caj semula tenaga baru, inspirasi baru, jiwa baru serta semua yang baru untuk dia meneruskan kehidupan mengendalikan bisnesnya dengan lebih bersemangat.

apakah intipati yang dapat kita ambil dari percutian ke montesori serta aktiviti bermeditasi oleh pengurus tionghua diatas?


Udara Yahudi 

tanpa kita sedari, setiap molekul udara yang kita sedut setiap hari sebenarnya sudah dipengaruhi dengan unsur2 zionis/jesuits. apakah unsur2 tersebut - frekuensi gelombang dari pelbagai sumber yang bergerak setiap detik di dalam medium udara. frekuensi gelombang telekomunikasi - telefon, internet, satelit yang membawa pelbagai jenis maklumat sama ada yang baik, lebih2 lagi yang tidak baik seperti mesej propaganda tanpa henti, mesej lagu2 berunsurkan ilmu hitam (black magic dan pagan), termasuk juga mesej ucapan2 / doa2 sihir (spell) yang ditujukan khas untuk mengganggu kestabilan emosi dan  minda manusia, ucapan2/doa2 sihir yang berniat jahat, doa2 dari penganut zionis/jesuits yang mahu melihat kehancuran umat Islam serta 1001 frekuensi gelombang yang membawa pelbagai jenis mesej lebih2 lagi mesej yang tidak selari dengan ajaran serta kehendak Tuhan serta Baginda Nabi Muhammad SAW.

agak2nya berapa peratuskah mesej2 frekuensi gelombang berunsurkan keislaman seperti alunan2 ayat2 Al Quran, alunan2 zikir, perbincangan/percakapan/perbualan yang bersifat baik serta berunsurkan kasih-sayang , doa2 keselamatan dll yang bergerak di dalam udara di sekeliling kita berbanding dengan mesej2 tidak menepati syariat Tuhan??

jika dilihat dengan mata kasar, maka udara yang meliputi alam semesta serta menyelubungi kehidupan seharian kita ini hanya sekadar ruang kosong sahaja.
namun, sebenarnya ruang kosong yang Tuhan ciptakan guna untuk menghiasi matrik dunia sebenarnya terdiri daripada pelbagai elemen yang zahir lagi nyata mahupun elemen yang tidak nyata. walaupun ada elemen yang tidak nyata iaitu ia tidak dapat di lihat dengan mata kasar, tetapi ia masih boleh dikesan melalui ujian2 saintifik ataupun sesetengah unsur dapat juga dilihat melalui 'mata hati'.

ruang udara merupakan medium yang Tuhan amanahkan untuk menyerap pelbagai unsur yang terapung mahupun bergerak di dalamnya. contoh; habuk, organisma2 kecil, asap, awan, titisan hujan, empeng salji (snow flake) dll.
begitu juga ruang udara merupakan habitat bagi burung. ruang udara juga dimanfaatkan oleh manusia sebagai salah satu medium pengangkutan melalui kapal terbang, helikopter, belon udara, paracut dll.

Tuhan taqdirkan bahawa frekuensi gelombang yang bergerak diruang udara tidak dapat dilihat melalui mata kasar, jika tidak, maka manusia hidup dalam kesusahan untuk melintasi serta menepis pelbagai jenis gelombang yang berselirat di sekeliling kita.

walaupun tidak dapat dilihat, namun manusia tetap akan menerima kesan sama ada dari segi zahir/fizikal atau spiritual/batin dari pergerakan gelombang2 tersebut.
frekuensi yang pelbagai merupakan suatu 'makhluk hidup' yang tersendiri, yang sering berlanggar atau terlanggar dengan tubuh badan manusia yang juga mempunyai frekuensi pergerakan sel2 badan yang tersendiri juga.

tidak dapat tidak, perlanggaran atau pertembungan dua frekuensi ini menghasilkan suatu tenaga sama ada berunsur baik atau pun sebaliknya.
tenaga berunsur baik sudah semestinya memberi kesan baik kepada tubuh badan serta jiwa manusia.
begitu juga tenaga yang berunsur tidak baik akan memberi kesan yang sebaliknya.

bila setiap hari anggota telinga kita mendengar alunan ayat2 suci Al Quran yang mempunyai frekuensi harmoni, maka tenaga yang terhasil dapat menyejukkan (soothing) jiwa. berbanding dengan anggota mata yang setiap hari terdedah dengan segala jenis mesej propaganda yang menyubur rasa kebencian sesama manusia, maka tenaga yang terhasil tanpa disedari mempengaruhi jiwa untuk bersikap prejudis terdapat orang lain yang tidak sealiran atau sefikrah dengan kita.

begitulah pengaruh besar yang dimainkan oleh makhluk Tuhan bersama UDARA.

sumber Kembara Rohani AB: tempat bersuluk Abang Rosli

Bersuluk

satu cara yang boleh dilakukan untuk re-fresh tubuh badan, minda serta jiwa dari frekuensi gelombang beranasir tidak baik ialah dengan bersuluk.

dalam erti kata lain, pengurus tionghua diatas juga sebenarnya telah pergi bersuluk kesuatu tempat yang aman  damai di amerika syarikat.

bagaimana mahu bersuluk?
apa aktiviti ketika bersuluk?

saya tidak bermaksud mahu menghuraikan bersuluk sebagaimana amalan yang dilakukan oleh pengikut tariqat2 tertentu.

semasa kecil, ibu ada memberitahu bahawa datuk saudara ada pergi bersuluk disebuah masjid. masing2 bersuluk di dalam kelambu kecil. makan minum ala kadar yang disediakan oleh qariah masjid. mereka berzikir, bersolat, membaca Al Quran serta melakukan amalan ibadah yang lain di sepanjang tempoh bersuluk selama beberapa ketika.

saya tertarik dengan tempat bersuluk Yang Mulia Ayahanda AB (Anaknda Bertuah) yang terletak di Kedah.

tempat itu sangat unik, sejuk, berudara segar dan sudah semestinya terletak jauh dari pengaruh frekuensi gelombang2 yang tidak baik yang berunsurkan zionis/jesuits.


sumber AB: batu sejadah, tempat bersuluk ayahnda AB

Udara Sufi 

mari kita bersuluk
dimana dan kemana saya akan bersuluk?
saya tidak kemana2, masih disini seperti biasa
apa akan dilakukan semasa bersuluk?
salah satu himpunan ayat kegemaran saya adalah Ayat Lima

orang tua2 ada berpesan bahawa ia adalah ayat yang 'keras' dan dikenali juga dengan nama Ayat Perang
mari kita bersama2 mengamalkan Ayat Lima dari sekarang
kita minta kepada Tuhan semoga Dia izinkan frekuensi dari alunan Ayat Lima ini bergerak dengan laju dan pantas menerobosi segenap ruang udara membawa mesej harmoni ke setiap lubuk hati manusia yang sudah sekian lama gersang kerana kurangnya kasih-sayang sesama insan

kita berniat untuk mensufikan semula ruang udara semoga setiap molekul yang disedut kedalam rongga paru2 itu membawa mesej kecintaan kepada Tuhan dan Rasulnya

ia boleh dilakukan


Ayat 1

Ayat 2

Ayat 3

Ayat 4

Ayat 5






Sunday 2 June 2013

Penyejuk Hati



saya bertanya kepada seorang junior, suka lagu apa? jawapannya ialah "lagu2 Big Bang" (korea).
saya bertanya lagi kepadanya, suka tengok rancangan apa? jawabnya ialah "Running Man" (korea).

kita sememangnya telah dilanda tsunami korea.....ianya sudah agak lama bermula dengan drama bersiri "Winter Sonata".

kita tinggalkan tsunami sentimental korea kerana tanpa disedari kita pun sudah dilanda tsunami Ya Hanana dan juga progam seperti Mencintai Rasul atau Grand Maulid atau Maulid Mega yang dipelopori oleh Yang Mulia Habib Syech Assegaf dari Solo Indonesia.


saya teringatkan susah-payah perjuangan para Wali Songo mendepani warga Tanah Seberang yang terkenal dengan kekayaan budaya dan semangat spiritual. Wali Songo membenarkan permainan wayang kulit ketika berdakwah kepada masyarakat disana. Begitu juga dengan adat-budaya lain yang tidak bercanggah dengan amalan Islam ataupun Wali Songo "modified" budaya2 tersebut supaya selari dengan ajaran Islam.

begitu juga dengan Habib Syech, beliau adalah "Wali Songo Moden" yang mempopularkan kembali qasidah2,  syair2, berzanji, maulid, marhaban serta pujian2 kepada Yang Mulia Baginda Rasulullah SAW kepada generasi Big Bang dan Running Man terutamanya di bumi Malaysia.





ia membawa fenomena baru kepada acara2 yang dulunya hanya dilakukan di kampung2 dalam majlis cukur jambul, majlis khatam Al Quran, sambutan Maulidur Rasul mahupun menjadi amalan oleh ahli2 tariqat tertentu sahaja.

tetapi di era WeChat, WhatApp dan Keek, setiap warga boleh bersama2 memeriahkan majlis2 Grand Maulid ini dimana2 saja ianya dianjurkan. masing2 tidak mahu melepaskan peluang berada ditengah2 gemersik merdunya alunan pujian2 ke atas Yang Mulia Baginda Rasulullah SAW yang membangkitkan suatu aura yang tidak terkatakan.




salah satu nasyid popular oleh Habib Syech ialah Ya Hanana. dendangkan nasyid merdu ini sewaktu menidurkan anak2, atau pasang sahaja nasyid ini semasa anak2 bermain di rumah, semoga mereka terbiasa dengan alunan puji2an kepada Tuhan dan RasulNya sedari kecil lagi. ia akan menjadi salah satu  mesej yang akan tersimpan kemas di dalam minda separa sedar mereka. biar mereka terbiasa dengan alunan2 sufi, kelak bila dewasa, walaupun mereka mendengar lagu2 big bang dll, hati kecil pasti akan memangggil2 untuk mencari semula alunan2 sufi memuji2 Tuhan dan Rasul kerana hanya alunan2 sebegini yang dapat menyejukkan hati dan menyegarkan minda.