Tuesday, 15 November 2016

Suluk 2016 : Hargai Peluang Kedua


Image result for full moon

Bumi mana belum pernah aku jejaki
(kecuali kota suci Mekah dan Madinah)

Buku apa belum pernah aku tekuni
(kecuali kitab suci Al Quran; terjemahan & tafsirannya)

Lagu apa belum pernah aku dengari & hayati
(kecuali bacaan ayat suci Al Quran)

Sudah berapa banyak wang aku belanjakan untuk sedeqah jariah
(kecuali sedeqah selawat, zikir, bacaan Al Quran & doa)

Teknologi terkini mana belum aku ketahui dan gunakan
(kecuali teknologi roh dari amalan soleh)

Hidup bersandarkan sepenuhnya kepada kekuatan materialistik semata-mata adalah sangat memenatkan lagi membosankan

Sudahlah...
Tinggalkan semua itu (buat sementara waktu....)
Ladang jiwamu itu --> cucilah, samaklah, sucikanlah dan lebarkan ia diatas jalan yang benar

Ziarahlah Mekah dan Madinah
kota suci penuh keberkatan dari syurga

Khatamkanlah Al Quran sekerap mungkin
baca terjemahannya
dalami tafsirannya
amalkan panduannya

Dengarilah alunan ayat-ayat suci Al Quran
pasti frekuensinya menjemput perkara2 yang paling baik, perkara2 yang terbaik serta perkara2 yang baik2 dalam hidupmu

Adakah sedeqah itu hanya berbentuk wang dan kebendaan sahaja?
luangkan masa --> hadiahkan selawat, zikir, bacaan Al Quran & doa kepada semua insan2 kesayanganmu

Adakah aplikasi teknologi pintar itu adalah segala2nya ?
bahkan tidak sama sekali...
teknologi roh itu adalah tanpa batasan masa dan tempat
ia merupakan hubungan diantara satu jiwa ke satu jiwa yang lainnya

Hiduplah bersandarkan kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa
manusia wajib meminta semua dan segalanya kepada Dia sahaja

Bersuluklah
singkap tabir2 materialistik yang selama ini menjadi hijab mata jiwamu
amatlah rugi bila kita menghadkan potensi diri hanya dalam lingkungan alam kebendaan yang sempit lagi menyesakkan

Hiduplah dengan Tuhan
maka kita akan benar2 hidup dalam erti kata yang sebenarnya




No comments:

Post a Comment