Friday 7 August 2015

Output Ramadhan 2015 - REDHA




End of the day.......apakah lagi alasan untuk tidak mahu menerima qada dan qadar yang telah Allah tetapkan untuk dirimu ?


End of the day....ego manakah lagi yang mahu dipertahankan untuk mengelak dari mengakui bahawa diri ini sesungguhnya hanyalah seorang hambaNya yang sangat lemah....sedangkan jiwa dan jasad ini pun Dia yang menciptakannya? Tidak sedarkah wahai jiwa yang ego....??


End of the day....sebenarnya Allah itu amat "cemburu" bila hamba ciptaanNya itu mencintai makhluk2 lain yang juga Dia yang menciptakanNya....tidakkah engkau terfikir tentang itu?




End of the day......tersungkurlah wahai jiwa....tunduk merendah diri dihadapan Allah Yang Maha Esa....mahu bernafas pun amat memerlukan udara serta keizinanNya....apatah lagi untuk memenuhi semua keperluan hidup yang lain....maka kamu tertalu amat memerlukan hidayah dan pertolongan dari Allah


End of the day....ikut suka Allah apa sahaja Dia mahu uji kamu, apa sahaja yang Dia mahu beri kepada kamu....apa sahaja yang Dia mahu ambil dari kamu......kerana Dia Allah Yang Maha Berkuasa


End of the day......jiwa kamu itu perlu "nampak" bahawa Allah itu lah yang terlalu amat sayangkan kamu, belas  kasihan pada kamu....maka Dia uji kamu dengan pelbagai dugaan dan cabaran kerana Dia mahu kamu sentiasa ingat, berdoa, mengharap serta berserah hanya kepada Dia sahaja




End of the day.....maka redhalah....sentiasa mohon keampunan kepadaNya....serta selalu memberi maaf kepada semua orang yang kamu rasa mereka telah melukakan hati dan perasaanmu....kerana sesungguhnya semua itu adalah datang daripada Allah jua