Saturday 27 April 2013

Kepelbagaian Adalah Kekayaan


Malaysia is truly asia
Saya kira ia kurang tepat
Malaysia is truly world
Ini lebih sesuai kerana kepelbagaian yang Tuhan pinjamkan di bumi semenanjung tanduk emas ini terlalu rencam sifatnya

Saya mahu mengenali diri sendiri – susur-galor keturunan saya
Saya mahu mencari bangsa saya – asal-usul leluhur genetik saya
Saya mahu mengetahui negara saya – dari mana bermula dan siapa penduduk asalnya
Saya mahu mengerti kehidupan disekeliling saya – gerak warga, sepoi bahasa, lenggok budaya, anutan agama, semua dan segalanya yang mengandungi seribu satu misteri tak terungkai kerana aku hampir saja sesat dalam kepelbagaian yang paling kaya yang pernah wujud di matrik maya dunia

Dari mana aku mahu bermula ??
Bagaimana aku mahu menafsir ??
Sudut mana mahu aku ambil analogi kiasannya ??

Kepelbagaian mempunyai beribu sekolah pemikiran (school of thought)
Kerencaman umpama sebuah istana beribu bilik
Setiap bilik membawa sekolah pemikiran berbeza
Diantara bilik terwujud hijab matrik halunisasi

Aku nampak kamu dimata zahir
Kamu juga nampak aku melalui mata zahir mu
Namun aku dan kamu sebenarnya berhidup di dalam matrik tersendiri, bernafas mengikut rentak sekolah pemikiran ku dan sekolah pemikiran mu, masing2 berada di dalam bilik maya ku dan bilik maya mu...terpisah kita dari segi emosi rasa dan lakaran minda walau bertentangan mata di alam zahir dunia


Mari kita mulakan dari acuan bangsa

Sedangkan malayu asalnya adalah campuran bangsa mala bonda keturah serta bangsa dari nabi ibrahim, maka setelah berasimilasi disepanjang perjalanan pulang ketanah nenek-moyang, juga terasimilasi di tanah hujung dunia – maka malayu itu sudah bercampur-baur sifatnya

Maka selepas merdeka zahiriah 31 ogos 1957, maka malayu itu bergaul dan bermesra pula dengan warga tanah besar cina serta warga benua india

Dan sehingga kini warga2 dari serata dunia itu sudah sampai ketanah sebelah sini
Dan disini jugalan terlahir generasi baru malayu hasil kacukan indonesia + nepal + bangla + pakistan + india + filipina + brunei + arab + kemboja + myanmar dan seribu satu campuran genetik dari etnik2, suku2 kaum dan bangsa2 yang mungkin tidak akan terwujud ditempat2 lain

Bangsa yang berbeza membawa sifat keperibadian berbeza bergantung pula kepada campuran genetik yang mengalir di dalam tubuh zahirnya. Pelbagai rupa, wajah, perwatakan akan terpancar dari dalam diri warga. Bangsa keturunan yang berlainan membawa bersama adat budaya, bahasa peruturan, perangai serta sikap yang berlainan juga.

Terkadang pula, adik beradik yang keluar dari rahim ibu yang sama, dari genetik ayah yang sama, boleh saja mempunyai wajah yang berlainan sekali - satu muka kecinaan, satu muka kejawaan dan satu lagi muka kearaban - maka keluarga itu mempunyai wajah2 dari muka yang antarabangsa sifatnya.

Dan yang paling istimewa sekali ialah bila berlakunya percampuran genetik diantara cina dan india, maka anak keturunan itu seakan2 melayu rupanya dan sawo matang warna kulitnya. maka semoga islamlah agamanya agar ia selamat sejahtera selamanya.

Maka aku menarik nafas panjang…………….ya Tuhan……rencamnya jenis2 bangsa yang Engkau rezekikan mereka untuk berhidup di tanah bertuah ini


Mari kita selidiki dari segi pertuturan bahasa

Saya mengambil bahasa sebagai salah satu faktor dalam kepelbagaian ini kerana saya sendiri hampir lemas berhadapan dengan 1001 rencam dialek yang dipertuturkan oleh warga malaysia.

Sudahlah malaysia yang kecil ini terdiri dari banyaknya negeri2 termasuk sabah dan sarawak. setiap negeri itu pula mempunyai loghat tersendiri dan itu tidak termasuk loghat2 orang2 asli serta sekian banyaknya etnik2 bumiputera yang menduduki wilayah borneo.

Mungkin saya lebih terdedah kepada warga cina dan india di alam persekolahan, maka agak sukar bagi saya untuk menyesuaikan diri bila berhadapan dengan warga malayu yang bertutur pekat likat mengikut loghat negeri masing2. Sebut saja.....loghat kedah, perak, kelantan, pahang, johor.................bidayuh, kadazan, melanau, negrito.................itu belum termasuk loghat dari negara seberang...........loghat acheh, jawa, solo, batak...dan 1001 loghat yang terdapat di nusantara.

Juga perlu diambil kira loghat warga cina - kantonis, hakka, mandarin, hokien, hailam............termasuk juga loghat warga india - tamil, malayalam dll. dan perlu dimasukkan juga loghat orang putih ala england, ala usa, ala australia, mahupun loghat english ala pua chu kang singapura.

Dan kita juga perlu masukkan bahasa melayu yang terdiri dari pelbagai slang - slang bangla, slang indon, slang cina, slang tamil, slang pakistan sehinggakan terkadang kita sendiri sudah lupa bagaimana mahu berbicara menggunakan bahasa melayu yang betul seperti yang asal dan asli.

Satu perkara yang menjadi kerugian ialah sistem pendidikan serta skeptikal masyarakat menjadikan kita terlepas peluang untuk mempelajari bahasa2 utama lain di malaysia - mandarin dan tamil. sudah menjadi lumrah adat pecah dan perintah serta konsep sekolah jenis kebangsaan untuk mewujudkan jurang berbezaan diantara bangsa2 utama ini - maka tiada galakan formal untuk warga melayu terutamanya mempelajari bahasa2 tersebut.

Sedangkan lidah melayulah yang paling fleksibel Tuhan pernah jadikan dialam ini untuk begitu fasih berbicara menggunakan bahasa2 yang berlainan. Anda kenal Mahadir Lokman..?? Mulut kecil comelnya itu amat petah berbicara, bertukar2 tune berselang-seli bertutur dalam pelbagai bahasa berbeza contohnya sewaktu menjadi pengacara majlis semasa tilawah al quran antarabangsa.

Ramai warga melayu yang fasih berbahasa arab  serta dapat membaca Al Quran dengan begitu baik sekali - tersusun cantik dan tertib tajwid, makraj,  taranum sambil memahami maksud setiap ayat yang dibacakan itu. Contohnya ialah qari terbaik malaysia al marhum dato' hj Ustaz Ismail Hashim. begitu juga qariah puan hajjah  Rogayah Sulung, qariah puan hajjah Faridah Mat Saman, qariah sdri Sharifah Khazif Fadzilah.dan ramai lagi.



Contoh lain yang kita boleh kenali ialah melalui penyanyi2 warga melayu kita yang nampak lebih merdu dan amat fasih bila menyanyi dalam bahasa selain dari bahasa melayu.
Saya lebih mengenali Yuna melalui filem the croods bila dia membawakan lagu shine your way, juga melalui filem savage semasa Yuna membawa cover the beatles iaitu here comes the sun. Yuna lebih merdu bila menyanyi dalam bahasa inggeris style ala2 amerika.
Saya juga lebih mengenali shila amzah bila dia menjuarai asian wave 2012 di cina. kepetahan shila membawa lagu dalam bahasa inggeris, melayu dan cina membuatkan semua juri2 disana terpukau bila shila  bukan sekadar menyanyi dalam bahasa2 berkenaan, tetapi juga faham akan maksud serta menjiwai  makna lagu2 tersebut.
Juga bila mendengar lagu2 dato shake dalam bahasa perancis, lalu hati terdetik untuk mengatakan bahawa dato shake adalah lebih sedap didengar lagunya dalam versi perancis dan dia memang menjiwai lagu2 perancisnya disamping terlalu fasih pertuturan serta sebutan bahasa perancisnya itu.

Oleh itu galakkanlah anak2 kita untuk mempelajari sebanyak bahasa lain semampu dan sedaya upaya mereka kerana kaya bahasa merupakan suatu bentuk kekayaan diri juga.


Mari kita lihat dari lensa latar belakang kehidupan

Sedari dulu warga nusantara itu bergerak bebas dari pergunungan hutan belantara, ke sungai dan tasik, ke lautan samudra serta kemerata dunia. Menjadi kelaziman kepada datuk nenek di zaman dulu pergi ke mekah menunaikan haji menaiki kapal haji.

Latar belakang kehidupan membawa maksud dari sudut lokasi geografi serta kedudukan sosia ekonomi. Walaupun diusahakan agar warga tanah melayu selepas merdeka itu terpecah kepada tiga lokasi utama mengikut komposisi kaum, namun geografi tanah semenanjung yang unik ini sukar untuk menyokong usaha sulit pecah dan perintah itu. Cina di bandar, melayu dikampung dan india di estet mungkin hanya terlaksana di zaman sejurus selepas merdeka sahaja.

Wajah geografi di zaman ini sudah berbeza. Cuma mungkin dari segi kepelbagaian rekabentuk dan keselesaan yang menjadi kelainan. Dari perkampungan orang asli, kampung2 tradisional, kampung2 baru, kampung2 pinggir bandar, rumah2 kos rendah, rumah pangsa, perumahan rakyat,  pangsapuri, kondominium sehinggalah ke kawasan2 elit seperti di bangsar, ttdi, kota kemuning serta kawasan tanah2 persendirian – warga malaysia serta warga pendatang hidup bertebaran saling  berjiranan bergaul sesama sendiri.

Akibat kebanjiran warga asing yang begitu menyukai malaysia sebagai tanah emas,  maka terwujud pulalah penempatan oleh warga tertentu seperti nigeria, filipina, jepun, acheh dan sebagainya. Tidak perlu untuk kita menjelajah ke setiap negara jika hanya mahu bersua dengan pelbagai bangsa, mereka Tuhan datangkan hingga kepintu rumah kita menjadi tetamu serta kawan dalam kehidupan seharian.



Mari kita lihat dari latar belakang pendidikan yang mencorak sekolah pemikiran setiap warga

Ilmu dan maklumat terlalu mempengaruhi sikap dan keperibadian setiap manusia. Adik-beradik dari seibu  seayah boleh saja membesar dan dewasa menjadi individu yang berlainan bergantung kepada pendedahan awal  yang diterima sejak dari kecil lagi melalui alam persekolahan masing2.

Seorang  bersekolah pondok, belajar hingga ke mesir dan bekerja menjadi ustaz di sekolah agama, seorang bersekolah cina, belajar ke kolej swasta, pergi ke jepun menjalani latihan dan bekerja sebagai akauntan dalam sebuah glc, seorang bersekolah kebangaan biasa, belajar di ipta mengambil jurusan sejarah, bekerja sebagai penyelidik di sebuah badan kerajaan……………….kebiasaanya mereka mempunyai pandangan hidup serta pemikiran yang berbeza.

Mari kita gabungkan pula dengan warga cina, warga india, warga orang putih, warga afrika, warga jepun serta segala warga lain yang datang dari pelbagai jenis aliran pendidikan yang pelbagai – sekolah persendirian, sekolah cina, sekolah tamil, sekolah missionari, sekolah antarabangsa, sekolah swasta elit dan juga yang tidak bersekolah langsung (sama ada tiada peluang atau diatas sebab2 yang tertentu). Maka walhasil dari pendidikan sekolah2 yang berbeza mewujudkan pelbagai jenis pemikiran warga berbeza yang nantinya mungkin menjadikan mereka itu hidup berhijab dan terhijab di dalam alam misal tersendiri, dalam bilik2 tersendiri dan dalam matrik2 mereka sendiri.

Ini termasuk juga dengan warga yang melanjutkan pelajaran keluar negara – ke merata pelusuk dunia – jepun, taiwan, cina, hongkong, amerika, kanada, australia, rusia, britain, belanda, perancis, mesir, turki…………………………dan semua negara…maka pendedahan yang mereka terima mengikut negara masing2 mencorakkan pemikiran yang berbeza2 kedalam minda mereka.

Sekolah pemikiran yang pelbagai boleh saja menjentik persepsi yang pelbagai, perasaan yang pelbagai dan tindakan yang pelbagai daripada warga yang sememangnya pelbagai ini. Satu cara yang paling selamat untuk berhadapan dan menghadapi warga yang mempunyai pelbagai latar belakang pemikiran itu ialah diplomasi yang tinggi.

Bukan tujuan kita mahu mencari musuh, tetapi keselesaan bergaul dan berkomukasi itu yang menjadi tujuan utama disamping diri sendiri wajib mempunyai pendirian yang teguh dan kukuh bersandar kepada ilmu dan maklumat yang benar.

Dunia tanpa sempadan menjadikan setiap sekolah pemikiran bertambah kompleks maka pemahaman dan diplomasi sudah tentu menuntut tahap yang tertinggi agar kita tidak lemas lalu tenggelam dalam lautan pemikiran yang terlalu rencam ini.


Mari kita lihat dari segi anutan spiritual

Sejarah realiti memberitahu bahawa nenek moyang nusantara itu terlalu spiritual orangnya, taat dan yakin kepada Tuhan Yang Satu, beradat budaya bersandar amalan agama, menjadi pendeta kepada pelbagai bangsa sehinggalah agama kebenaran  itu tiba di dunia nyata maka nenek moyang beramai2 menerima Muhammad SAW Yang Mulia dan menukar anutan kepada agama Islam yang sudah sempurna khas untuk ummat akhir zaman.

Itulah satu nikmat tertinggi anugerah Tuhan Yang Esa kepada kita semua. sinar Islam itu sudah terpahat kemas di dalam hati terlebih dahulu sebelum bangsa2 penjajah missionari itu sampai ke dunia sebelah sini. Namun era selepas merdeka tetap memberi tempias yang bukan sedikit akibat dari kebanjiran warga benua lain yang datang berhijrah lalu bermastautin di tanah hujung dunia.

Memandangkan warga malaysia itu terdiri dari pelbagai bangsa, budaya dan anutan agama, maka disekeliling kita sudah biasa dengan pemandangan masjid2 kecil dan besar, surau2, gereja, kuil budhda, kuil hindu, rumah ibadat gudhawara yang seakan2 masjid, kuil2 kecik dirumah2 orang cina dan india  dan yang seumpamanya.

Dari rumah ibadat dan pelbagai anutan, maka wujud pula pelbagai upacara keagamaan yang diberi pula cuti umum kepada seluruh rakyat malaysia.  Dari awal muharram, maulud nabi, nuzul quran, hari raya aidil fitri, hari raya qurban, hari wesak, deepavali, tahun baru cina, tahun baru tamil, tahun baru punjabi, krismas, thaipusan, hari ester…………menjadikan kita lebih peka kepada kepelbagaian anutan berdasarkan kefahaman spritual yang berbeza2.

Satu perkara yang membuatkan saya terkilan adalah tidak menggunakan peluang keemasan semasa bergaul dengan warga dari anutan yang lain untuk mereka lebih mengenali Islam agama yang benar ini. Realiti bahawa semangat dan jiwa untuk berdakwah itu kosong dan tiada definisinya dalam kotak pemikiran. Yang tinggal hanyalah kefahaman bahawa aku ini melayu yang beragama islam secara keturunan. Titik. Yang ada hanyalah pemikiran bagaimana untuk aku survive dalam melaksanakan amalan agama ditengah2 warga yang berlainan bangsa dan anutan ini.

Disamping itu kita dilanda dengan gejala black metal, hippies serta budaya kuning yang agak meruncing menjadikan anak2 muda juga orang dewasa terjebak ke dalam agama anutan baru sekular, liberal, plural dan sebagainya.



Mari kita lihat dari sudut sosio ekonomi

Warga nusantara melakukan pelbagai kerja terutamanya dalam perniagaan antarabangsa. Menjadi tuan kepada ladang-ladang dan tanah pertanian, tukang2 besi logam emas, perkapalan serta seribu satu aktiviti perekonomian. Berhubung dengan warga yang datang dari pelbagai negara,  menguruskan pelabuhan terkaya didunia menjadikan nenek moyang kita bijaksana, sentiasa kreatif berfikir mencari jalan terbaik berdiplomasi diantara suku2 etnik, serta bangsa2 dari seluruh dunia.

Selepas tarikh 31 ogos 1957, agak ketara bahawa kemegahan itu seakan hilang tidak bersisa. Ia hanya menjadi warisan keluarga seputar sahaja. Maka yang menonjol adalah cina berniaga kaya di bandar2 besar, melayu bertani dikampung2 terpencil, india menoreh getah diestet dan di ladang, juga melayu2 yang menjadi peon aka budak pejabat sahaja.

Namun taqdir manusia itu tiada siapa yang tahu selain dari Yang Maha Esa. Usaha bukan sedikit telah, sedang dan akan dilakukan dalam menyeimbangkan semula struktur sosio ekonomi warga semenanjung emas ini dalam berkongsi kek kekayaan bersama warga asing yang begitu menggemari dan mencintai malaysia sebagai periuk nasi utama mereka.

Maka dari usaha gigih itu terlahir warga yang menjalani pelbagai bentuk pekerjaan dan pendapatan mereka. Dari taukey2 perniagaan, pekerja, guru, tukang sapu, peniaga warung, pencuci tandas, penebar roti canai, tokoh2 konglomerat ……………..semuanya sedang menikmati pinjaman Tuhan yang sementara keatas rezeki mereka di tanah subur dan makmur ini.

Cuma satu perkara yang masih membelengu kita semua iaitu sistem riba. Saya sering tertanya2, orang islam nampak sudah ramai  yang kaya-raya, namun mengapa umat islam dan agama islam itu masih belum nampak gah dari segi ekonomi??

Mungkin salah satu faktor ialah rata2 kita masih berhutang dengan bank, lagi besar pendapatan bulanan, lagi besarlah rumah, kereta dan perbelanjaan harian, maka lagi banyaklah hutang perlu dilangsaikan kepada bank. Maka yang berduit banyak – masih tersangkut dengan masalah kewangan mereka, apatah lagi yang berduit sedikit lagilah banyak lagi masalah mereka. Nampak banyak juga usaha dilakukan untuk menaiktaraf ekonomi warga, namun hasilnya masih belum membanggakan – ada kejayaan yang sudah dicapai, namun usaha berterusan sudah tentu perlu dilakukan demi kelangsungan ekonomi warga jelata.


Mahu kita lihat dari sudut mana lagi agaknya….kekayaan kepelbagaian warga semenanjung tanduk emas ini??


Kepelbagaianan makanan dan minuman

Ahh….usah disebut pasal makan-minum, orang malaysia sedang hidup disebuah syurga, setiap hari memanja diri dengan berjenis santapan yang enak, murah, mewah, dari warung2 tepi jalan, kedai mamak kesayangan, kopitiam, kedai makan, restoran, hotel2 atau masak saja dirumah….semuanya enak2 belaka walaupun hanya roti canai dan teh tarik saja..


Kepelbagaian budaya, tarian, nyanyian

Ahh….warga malaysialah yang paling open-minded sekali, korea, jepun, sepanyol, maxico, indonesia, bollywood, hollywood, cina….sebut apa saja……kita boleh terima semuanya dari filem, muzik, lagu, tarian, nyanyian..semua dan segalanya.
hahah....anda biasa tengok tarian naga sewaktu  tahun baru cina??
Anda  kenal dengan uncle Ramli Ibrahim yang terkenal dengan tarian klasik india odissinya??


Kepelbagaian fesyen

Hhmm………..pelbagai festival fesyen diadakan di tanah bertuah ini. Pereka fesyen dalam pelbagai bidang juga berasal dari sini….jimmy choo, rizalman ibrahim…………walau tak seindah kota paris…tapi warga malaysia mudah menerima pelbagai citarasa fesyen dan gaya


Masjid Besi Putrajaya

Kepelbagaian dalam pemahaman beragama

Seorang peserta seminar yang membincangkan tentang agama islam merasa amat terkilan dan risau apabila melihat gelagat peserta2 lain yang masing2 mahu mempertahankan hujan sendiri daripada cuba untuk memahami penjelasan orang lain walaupun mereka semua mempunyai latarbelakang pendidikan agama.

Namun harus diingat, institusi  pengajian agama sebelum merdeka itu amat berlainan daripada yang ada di masa sekarang. Zaman dahulu kita belajar secara bertalaki iaitu membaca kitab kuning mengadap guru disertai dengan penjagaan adab2 diantara guru-murid serta sesama murid. Namun cara sedemikian sudah kurang diamalkan bila kita melalui sistem pendidikan moden sama ada dalam aliran biasa mahupun aliran agama.

Sesiapa yang mengikuti aliran agama juga boleh datang dari pelbagai latar-belakang – belajar agama di uni amerika mengadap guru2 berfahaman orientalis, belajar agama di iran mahu pun india, belajar pondok di indonesia, belajar agama di uni timur tengah – mesir, jordan, syria, belajar agama di uia malaysia dan bermacam2 lagi.

Perlu diingat juga aliran agama juga boleh datang dengan pelbagai pengaruh – kebaratan, syiah, wahabi, kaum muda, sufi, feqah, militan, moden, ahli sunnah wal jamaah dll

Maka walaupun seseorang itu berpendidikan agama, perlu diselidiki susur-galor tempat pengajian serta guru2 yang mengajar mereka, juga bidang pengkhususan yang diambil semasa mereka belajar.

Yup....pengajian agama dari sekolah pemikiran yang berbeza boleh saja menjadikan warga2 berpendidikan agama ini mempunyai persepsi yang berbeza pula terhadap sesuatu isu dan permasalahan.





Maha Suci Tuhan yang menciptakan 1001 kepelbagaian di tanah hujung dunia

Kepelbagaian yang pada asalnya dijangka mahu digunakan sebagai senjata pecah-perintah agar warga asal tanah ini terhapus hilang dari muka bumi, namun Tuhan taqdirkan kepelbagaian itu sebagai sumber ilmu pengajian, agar pemikiran warga ini dapat belajar dan menangkap gerak-rasa perubahan dunia persekitaran dengan lebih peka lagi.

Kepelbagaian yang sangat rencam ini menjadikan struktur masyarakat kita amat kompleks. Sudahlah watak bangsa melayu itu sendiri adakalanya sukar untuk dimengerti, ditambah lagi dengan 1001 pengaruh luaran dan dalaman, menambahkan lagi rasa dan perisa kepada tingkah-laku mereka yang semakin mencabar untuk ditelah. Ia menjadikan negara bangsa malaysia itu berlapis2, berbilik2, bermatrik2, berhijab2 diantara alam fana dan alam maya. Contoh kecil ialah secara mata kasar, kita diperlihatkan dengan tiga bangsa utama, kemudian diikuti dengan bangsa2 pendatang yang lain, kadangkala kita terlupa dengan etnik2 asli yang mendiami serta menjagai warisan terulung hutan hujan khatulistiwa, begitu juga dengan orang2 bunian yang turut sama mendiami tanah bertuah ini.

Dalam konteks orang melayu, kita selalu bergaul dengan rakyat kebanyakan, bagaimana pula dengan kerabat diraja dan sultan2 yang ramai itu, bagaimana dengan para elit yang yang hidup secara ekslusif kurang bergaul dengan orang ramai, bagaimana dengan sekian banyaknya anak2 kecil dan remaja di rumah2 kebajikan, rumah anak2 yatim, bagaimana dengan orang2 kampung pedalaman yang jarang pergi ke bandar serta jangan lupa, bagaimana dengan tok2 guru pondok serta sekian banyaknya murid mereka yang menjalani kehidupan sederhana di hujung kampung, tenang dan damai menjalani rutin harian mengabdi diri kepada Tuhan sambil selalu berdoa akan keselamatan negara tercinta......

Negara malaysia ini kecil sahaja saiznya, berkali ganda lebih kecil dari tanah besar cina, namun segala macam bangsa serta campuran dari bangsa2 itu ada disini menjadikan tanah hujung dunia ini is truly world....

Hidup dalam persekitaran kepelbagaian yang terlalu maksima ini sesungguhnya amat memeningkan batu jemala, ia seumpana desiran ombak yang sering datang dan pergi tanpa henti sehinggakan ….sekali air bah….maka sekali lagilah wajah pantai itu akan berubah.



Kepelbagaian memaksa kita untuk terus berlari seumpama kanak2 bermain layang2 ditepi sawah padi. Angin yang kuat menderu terus-terusan menerjah lelayang di awangan yang tinggi, kanak2 perlu memegang erat talian layang agar ia terus terpegang kemas di genggaman tanpa hilang dibawa pergi oleh angin yang bertiup kencang itu

Walau kanak2 riang berlari, namun kaki perlu kukuh berpijak di bumi agar tidak tersandung batu lalu jatuh kesakitan, lutut berdarah merah....memungkinkan lelayang terlepas dari genggaman tangan......jangan biarkan itu terjadi sayang................


Sedarilah kepelbagaian ini
Pelajarilah kepelbagaian ini
Selami dan hayatilah kepelbagaian ini

Kitalah diantara yang mewarnai kepelbagaian ini
Maka seharusnya kita pegang dan kuasai kepelbagaian ini
Semoga lebih tunduk tawaduk kepada keEsaanNya
Supaya lebih bergantung harap hanya kepadaNya
Agar lebih selalu ingat kepadaNya

Maka kepelbagaian itu memberi manfaat dan kebaikan kepada kita semua
Demi kelangsungan diri, agama, negara dan generasi seterusnya
Semoga kita selamat di matrik maya dunia hingga ke matrik kekal disana

Thursday 25 April 2013

Darah Kehidupan

Ya Tuhan...

~jagailah pandangan mataku
~tajamkanlah "pandangan" mataku
~bersihkanlah pandangan "mataku"
~murnikanlah "pandangan" "mataku"



Melihat seseorang manusia....

~ sekali pandang 
----nampak sesusuk fizikal zahir - hidungnya mancung bak seludang kelapa, pipinya mulus nan pauh dilayang, bibirnya merah bak delima batu, rambutnya ikal bak mayang mengurai......badannya sasa bak badang, bertahi lalat dipipi, berlesung pipit senyum manis menawan...


~ dua kali pandang 
----nampak riak muka kilasan cetusan rasa serta lenggok badan (body language) tafsiran dari fikiran yang menerawang


~ tiga kali "pandang" 
----merasa dan terasa 'body chemistry' yang sampai dan disampaikan kepada kita, adakah dia sebenarnya betul2 jujur dgn kita atau adakah dia mahu mempermainkan kita..........


~ empat kali "pandang" 
----di dalam dirinya itu bergetar degupan jantung yang Tuhan masih rezekikan untuk mengepam darah merah yang mengalir menjadi manifestasi kehidupannya
----di dalam dirinya berlegar aliran tenaga membawa pelbagai mesej dan maklumat dari minda keseluruh anggota tubuh zahirnya
----dari dalam dirinya terjana aura tenaga menifestasi peribadi misteri yang tersembunyi
----ke dalam dirinya terserap tenaga pelbagai dari sekeliling kehidupannya,  sama ada yang baik mahupun yang tidak baik bergantung kepada kekuatan dalaman yang empunya diri



~pandanglah dan "pandanglah" berkali2 dengan matamu serta melalui "matamu"

----dirimu, diri orang2 yang kau kasihi serta diri orang2 disekelilingmu

----adanya darah kehidupan yang mengalir
----adanya tenaga kekuatan yang menjana
----adanya aura kewarasan yang membara

Saturday 13 April 2013

Asimilasi Di Hujung Dunia



Asimilasi ini berlaku.....

di tanah hujung dunia......
di tanah semenanjung tanduk emas
di tanah kepulauan melayu
di tanah semenanjung si jantung hati
di tanah srivijaya
di tanah zabag
di tanah punt
di tanah yang dahulunya dipanggil benua mu
di tanah dari tinggalan raja matahari yg mendapat gelaran maatheru oleh orang mesir purba
di tanah yang mendapat sinaran matahari di sepanjang tahun
di tanah dari warisan raja perehu dan permaisuri ati
di tanah yang dijanjikan (promised land)



di tanah masih tersimpan kemas harta melimpah ruah di pergunungan ledang
di tanah kota gelangi masih mendiamkan diri menyimpan sejuta misteri
di tanah birunya air tasik cini menjadi lubuk permainan anak2 naga
di tanah tebalnya hutan hujan khatulistiwa menjadi perkampungan orang asli serta warga bunian
di tanah bersemadinya perak man
di tanah waris raja berpotoh naga berada
di tanah terletaknya piramid2 melayu gagah berdiri dicelahan banjaran titiwangsa
di tanah terdapatnya tinggalan tapak loji peleburan dan pemprosesan besi & logam purbakala
di tanah yang pernah diperintah oleh preston john
di tanah nenek moyang raja2 mesir
di tanah para ahlul bait membawa diri menyelamatkan aqidah yang benar
di tanah yang menjadi tempat laluan pergerakan manusia sejak dari dahulu kala
di tanah yang diduduki oleh master race yang sering disebut2 oleh para penganut new age religion
di tanah yang dipercayai berasal dari benua atlantis & lemuria
di tanah yang menjadi rebutan dan igauan kawan serta lawan
di tanah di mana lee kuan yiew masih berangan untuk menjadi presiden walaupun untuk sehari


di tanah yang penuh dengan kekayaan serta kemakmuran
di tanah bagaikan seorang anak gadis pingitan ayu mayu bermata kuyu idaman para jejaka
di tanah yang masih wujud aqidah ahli sunnah wal jamaah
di tanah darah merah pejuang berjiwa wali mengalir menentang penjajah di seluruh pelusuk negeri
di tanah pihak missionari jesuits bergiat cergas mahu menukar aqidah warganya menyembah tuhan trinity



di tanah yang menanti dengan penuh debaran apakah nasib dirinya menjelang awal mei 2013
di tanah yang suhu serta emosi warganya semakin panas dari hari ke hari
di tanah yang juga hujan lebat luar biasa sering turun di petang hari membawa banjir kilat di bandar2 besar
di tanah yang tidak pasti sama ada 13-5-13 menjanjikan sebuah kedamaian ataupun kekalutan
di tanah yang menjadikan zionis tidak pernah leka merangka pelbagai taktik & strategi utk menguasainya
di tanah yang terlalu rencam sifat, watak serta keperibadian warganya
di tanah di mana Islam itu akan bangkit dan tidak akan kalah kalah lagi



dan tanah ini diberi nama malaysia...............
kita adalah warga malaysia

kitalah yang sedang menduduki tanah bertuah ini
kita masih sedang menghirup udara percuma pemberian Tuhan ditanah kebanggaan ini
kitalah yang sedang berasimilasi secara evolusi di tanah berkat ini
dan kita jugalah yang sedang berhadapan serta menghadapi pelbagai cubaan, ujian, susah-payah, sedih-duka-gembira akibat dari asimilasi berat ini
ambil peluang proses asimilasi hebat ini
walau jiwa sering menjerit kesakitan, sapukan ubat ketabahan ke lubuk sanubari
biarkan air mata mengalir lalu kita menangis teresak-esak seumpama anak kecil yang mencari ibunya
walau jiwa seakan punah dan hancur akibat dari asimilasi perit ini, waraskan minda demi secebis tenaga murni yang masih tersisa


kita terlalu sayangkan tanah ini
kita terlalu sayangkan warga tanah ini
siapakah yang paling benar dalam janjinya jika bukan Tuhan Yang Maha Esa
siapakah yang paling benar kata2nya jika bukan Nabi Muhammad SAW yang mulia
siapakah yang paling jujur hatinya jika bukan para pencinta kebenaran serta perindu kedamaian
maka apakah paling bermakna untuk kita dengari selain daripada bisikan2 halus tulus mulus bahawa kemenangan Islam itu sudah terlalu hampir
dan ia diterajui oleh orang2 dari tanah di hujung dunia ini


ya....ramai yang sedang berusaha gigih ke arah kemenangan itu sama ada secara terang atau sembunyi
tidak kira mereka itu siapa dan dari mana

maka mari kita semua lengkapkan proses asimilasi terakhir ini
semoga hanya perkara yang baik, rezeki yang baik2 serta semua yang terbaik sahaja Tuhan taqdirkan untuk kita semua......