Tuesday 11 December 2012

Ulangkaji ATBM – 19



Assalamualaikum Cikgu Srikandi....

Cikgu Sri, izinkan saya ulangkaji pelajaran ATBM ye..

Saya kopi-pasta nota2 penting dari lecture maya Cikgu ye....

 

Friday, August 13, 2010


 

##-NOTA CIKGU SRIKANDI

~Orang Jawa pada umumnya bersifat kasar dan berani.Hati mereka kering.Mereka cepat emosi.Mereka juga bersifat menonjol berbanding etnik-etnik lain.Mereka rajin dan kreatif.
~Berlainan dengan Malaysia, pendekatan mereka lebih lembut
~Bangsa Melayu di Malaysia terdiri dari etnik Kedah, Perak, Kelantan sekadar menyebutkan beberapa nama memiliki emosi lebih bertolakansur

~Anda tahu panggilan purba kepada bangsa Melayu di semenanjung? Iaitu SIAM ASLI
~Dari mana perkataan Siam ini diambil?  iaitu dari Benua Siam,di mana antara persinggahan pertama Deutro Mala sebelum mereka bergabung dengan Proto Mala dan Deutro Mala yang mengambil jalan laut untuk sampai ke 'Promised Land'


~Deutro Mala yang mengambil jalan laut inilah yang membentuk kaum Jawa hari ini
~Dari Tanah Kanaan mereka berlayar hingga ke Tanah Jawi, tepatnya di Sungai Musi
~Cabaran di lautan menyebabkan kaum Jawa lebih lasak dan tegas dalam hidup



~Berbeza dengan Deutro Mala yang mengambil jalan darat, mereka banyak bertemu dengan pelbagai bangsa di sepanjang perjalanan mereka, berasimilasi dan banyak berdiplomasi
~Jika mereka tidak pandai dalam hal bertolakansur atau diplomasi, sudah tentu mereka akan lenyap sebelum sampai ke Yunnan seterusnya ke Benua Siam dan semenanjung

~Jadi kita boleh lihat mengapa tabiat bangsa Nusantara di Indonesia dan Malaysia berbeza dari segi sikap


##-Kajian Strategi The Wise Man of Antichrist

~Sepanyol dan Portugis adalah dua buah kuasa maritim awal Eropah zaman kolonial
~Saya rasa anda sudah maklum tentang Columbus yang berusaha untuk mencari India namun terjumpa Amerika dan panggilan 'Indian' kepada kaum pribumi Amerika yang disangka Columbus ialah orang-orang India masih lekat sehingga ke hari ini
~Mengapa Columbus berkeras mahu menjumpai India melalui jalan laut? Ini kerana dia menerima arahan dari atasannya
~Sebab itu Columbus pernah dihukum kerana gagal menemui jalan ke Timur seperti yang diharapkan
~Mengapa bangsa-bangsa Eropah ini berlumba-lumba untuk mencari jalan ke Timur?

~Pola sebenar Imperialisme adalah INPERIALISME KE ATAS ASIA TENGGARA tepatnya Kepulauan Tanah Melayu

~Anda boleh lihat selepas kejayaan Magellan menjumpai Filipina, kerajaan Sepanyol cepat-cepat menghantar tenteranya untuk menduduki Kepulauan Filipina
~Anda pernah dengar slogan Gold, Gospel dan Glory? Gospel adalah tujuan utama The Wise Man
~Imperialisme adalah strategi awalnya sementara para sarjananya menulis pelbagai buku dan tesis tentang pelbagai idea dan gagasan sosiopolitik
~Dari sini timbul IDEOLOGI

~Liberalisme, Fasisme, Komunisme dan Nasionalisme sekadar menyebut beberapa contoh adalah percaturan The Hidden Hand untuk memecahkan negara-negara di zaman imperialisme


~Soalannya sekarang, apakah tujuan nasionalisme?
TUJUANNYA IALAH UNTUK MENGHINDARKAN KEBANGKITAN ISLAM

~Kita boleh kaji pola selepas imperialisme
~Negara-negara yang sukar ditakluk sepenuhnya seperti China dipaksa menganut faham Komunis
~Di negara-negara yang dijajah, nasionalisme disuburkan
~Dengan cara ini 'nasionalisme Islam' hampir tiada atau tidak kedengaran langsung.Ditidurkan dengan lenanya
~Semua orang bercakap tentang demokrasi, nasionalisme, perjuangan bangsa,hidup bangsa dan sebagainya

 ~Soekarno menganggap Malaysia bakal menjadi proksi Inggeris sedangkan pada masa yang sama Indonesia bakal menjadi proksi Komunis

~Permainan catur The Hidden Hand amat licik!
~Mereka menganggap Malaysia adalah perancangan Inggeris, namun sebenarnya …………..

MALAYSIA DAN INDONESIA ADALAH PERANCANGAN BELANDA DAN INGGERIS.

~Mengapa tidak Belanda saja memegang Malaysia?
~Mengapa Belanda mampu menakluk apa yang dinamakan sebagai Indonesia yang luas itu namun tidak berani menjajah Tanah Melayu

CUBA FIKIRKAN

~Jika Belanda saja yang memegang Nusantara, apabila zaman Imperialisme berakhir, Belanda pasti akan melepaskan Nusantara dan hasilnya ialah sebuah NEGARA YANG BESAR!

~The Hidden Hand telah menghantar negara-negara Eropah yang berbeza untuk menjajah Alam Melayu

~Belanda dan Portugis telah sampai dahulu ketika Sepanyol telah mula mendapatkan Filipina
~Namun Belanda dan Portugis meninggalkan Tanah Melayu begitu sahaja tanpa menjajahnya, padahal Portugis nampaknya hanya berminat dengan pelabuhan Melaka
~Belanda mampu berperang dengan orang-orang di Suvarnadvipa atau Malayadvipa (Pulau-pulau Indonesia) namun tidak di Suvarnabhumi (Semenanjung Tanah Melayu)

BELANDA MENUNGGU ORANG LAIN UNTUK MENJAJAH TANAH MELAYU!

~Apabila Imperialisme tamat, Alam Melayu berpecah kepada beberapa negara!


Darah bergenetik nusantara

Mekacih cikgu srikandi…
Baru ku sedar dan tahu kenapa sedari dulu aku ini sangat degil dan keras hati orangnya
Habis semua pengurus2 cina tu aku ‘tebas’ kalau mereka itu sengaja mengusik atau men’jentik’2 telinga ku…..

Ahhh…..peduli apa aku dengan pangkat mu…..kau tidak menghormati orang….cakap melenting2 macam aku berhutang dengan kamu saja…………nah…!!!  aku ‘tebas’ kamu dengan kemarahanku pula….hahaha
Kau ingat orang malayu ni kurus cekeding layu mata terkebil2 tak tahu apa???…suka2 saja kamu nak memarahi orang malayu

Tetapi pada masa yang sama aku ni baik juga orangnya….huhu
Asalkan kau boleh hormat dengan orang lain, kau cakap baik2, kau buat keja kau, aku buat keja aku…..ok no hal….lai…lai….lai….wa tolong lu….lu tolong gua….

Hhmmmm………………rupa2nya darahku ini bercampur diantara dua darah deutro mala yang berjalan melalui gunung ganang tanah daratan untuk sampai ke promised land dengan deutro mala yang mengharungi lautan lepas yang ganaz untuk sampai ke kepulauan2 di sekitar promised land

Ini baru campuran dua deutro mala, bagaimana dengan anak2 bergenetik nusantara yang darah mereka sudah bercampur2 dari pelbagai bangsa dan keturunan……………

Namun ketauhidan dan pegangan orang malayu itu selamanya adalah – “tiada daya upaya serta kuasa melainkan dengan keizinan Tuhan sahaja”

Sebab itu jugalah Nabi yang mulia sentiasa mengingatkan bahawa iman itu tidak mengira bangsa dan keturunan. Orang yang paling baik ialah orang yang paling banyak melakukan kebajikan serta memberi manfaat kepada manusia serta makhluk yang lain


Misteri  gugusan kepulauan alam melayu

Renungkanlah dalam2 kedudukan strategik yang Tuhan taqdirkan ke atas kepulauan melayu
Jika dulu kita belajar geografi  semata2 nak lulus periksa serta ia memang sudah termaktub didalam sukatan pelajaran, maka pergunakanlah semula ilmu alam itu utk mengkaji, meneliti, melihat dengan mata hati  akan ‘sesuatu’ yang tersembunyi dan misteri disebalik kedudukan geografi alam melayu itu

Cikgu sri ada menyebut bahawa alam melayu itu terdiri drpd sekian banyaknya pulau melangkaui dari madagaskar sehingga ke hawaai
Jejak2 bangsa misteri itu ada bertaburan diserata pulau2 tersebut
Terlalu banyaknya hikmah, nikmat serta pengajaran yang Tuhan sediakan, berikan serta amanahkan kepada kita dengan asbab alam melayu itu terdiri dari sekian banyaknya pulau

Cuba kita bandingkan dengan negara asal adik-adik beradik berlainan bangsa – benua india serta tanah besar cina yg terdiri drpd sekian luasnya tanah daratan saujana mata memandang yang majoritinya dipenghuni oleh etnik2 dr satu bangsa sahaja – maka alam melayu mempunyai banyak kelebihan dari segi pendedahan kepada dunia maritim dlm menguasai kemahiran ilmu lautan, perdagangan antarabangsa serta perhubungan diplomatik dengan sekian ramainya bangsa2 dr negara luar

Saya teringat kisah warga cina serta warga india yang berhijrah ke singapura
Si cina tidak tahan dengan bau masakan kari oleh si india kerana mereka tinggal berdekatan di apartment yang sama
Kes ini terpaksa dipanjangkan kepada seorang menteri singapura berbangsa india
Jalan penyelesaiannya ialah si india hanya boleh masak kari pada waktu2 tertentu sahaja…kasihannya dia

Tetapi perkara diatas mungkin tidak akan berlaku di tanah bertuah ini
Seorang rakan cina di pulau pinang dengan bangganya berkongi pengalamannya di dalam sebuah akhbar beberapa tahun lepas seperti berikut:

“ kenapa ahli politik asyik memainkan isu perkauman. Pada saya di peringkat rakyat bawahan, tiada langsung masalah perkauman, saya masih boleh duduk semeja dengan rakan2 saya, saya ( cina) boleh saja makan capati, rakan saya (india) boleh saja makan laksa serta seorang lagi rakan (melayu) boleh saja makan wan tan mee tanpa sebarang masalah, kami bersembang bersama2 serta saling faham-memahami dengan penuh mesra dan muhibbah”

Satu kata kunci yang amat penting kepada mana2 manusia yang Tuhan taqdirkan dapat tinggal di tanah malayu ini ialah – asimilasi

Kemahiran serta kelebihan asimilasi itu menjadikan usaha zionis serta jesuits utk menakluki bangsa misteri ini agak sukar terutamanya dlm misi mereka memburu saki-baki keluarga Nabi yang dipercayai mendapat perlindungan di alam melayu
Ia seumpama mencari sehelai daun emas di dalam kehijauan serta ketebalan hutan hujan khatulistiwa – seperti yang pernah ditamsilkan oleh seseorang dlm komennya di Mistisfiles

Semua kuasa imperialis barat terpaksa bergabung tenaga demi  untuk melaksanakana agenda  pecah-perintah keatas sekian banyaknya negara-kota di kepulauan melayu
Maka akhirnya satu demi satu negara-kota jatuh ketangan musuh namun ia bukanlah secara total

Tidak bermaksud utk cuba menafikan penjajahan  yang telah berlaku keatas kita, namun melihat perjuangan warga nusantara mempertahankan tanah air tercinta dari sudut yang berbeza adalah penting agar kita tidak terus jatuh lemah longlai tidak berdaya lantas terus menyerah kalah kepada keadaan semasa

Cikgu sri ada menyebut bahawa asbab pertama dan utama kerajaan melayu jatuh ketangan musuh adalah kerana penghianatan dari dalam

Ia bermula seawal kejatuhan kerajaan champa dimana pegawai perbendaharaannya telah menerima rasuah dengan sekian banyaknya pemberian harta oleh pihak musuh demi utk menerobosi tembok kota yang kukuh

Ia berulang semula dikala temasik jatuh ke tangan majapahit bila mana seorang penghianat telah membuka pintu kota bagi membenarkan tentera musuh menyerang serta menawan kota tersebut

Begitu juga dengan peristiwa sadis kejatuhan misteri kota melaka yang sehingga kini masih menghantui kita bila mana armada laut  melaka menghilangkan diri setelah beberapa hari portugis berhempas-pulas mahu berputus asa menyerang melaka


Dan peristiwa penghianatan dari dalam itu berulang semula pada tahun 1998 bila mana seorang pegawai tertinggi kerajaan malaysia bersekongkol dengan penyangak matawang mahu menggadaikan kedaulatan negara demi untuk mendapatkan pinjaman dana asing dari IMF semasa krisis ekonomi melanda dunia

Namun tun m aka maha-firaun aka maha-perahu itu dengan berani telah mengikat ringgit malaysia agar tidak dijual-beli sesuka hati oleh penyangak mata-wang dunia itu

Setelah tun m turun dari tampuk pemerintahan semenanjung  emas, maka thh telah  mengambil peluang semaksima mungkin bermodalkan sihir demokrasi meratah segala apa yang boleh demi untuk mengkucar-kacirkan negara serta terus melemahkan orang melayu serta warga malaysia

Ia seolah2 membayar dendam yang sekian lama terpendam dek kerana ketegasan pemerintahan tun m dlm menjaga keharmonian negara pelbagai bangsa ini

Perpecahan sia-sia dikalangan warga melayu dari segi fahaman politik nampak semakin meruncing, ditambah dengan sifat batu api agen2 thh yang sengaja bermuka2 serta berpura2 berbuat baik kepada pihak2 yang saling bersengketa itu


Perpecahan itu nampak seperti sudah tidak dapat dibendung lagi, namun disebalik tiupan sihir demoraksi itu, masih ada bara api iman senipis kulit bawang yang merah menyala membakar semangat mahu menjaga islam serta mengenepikan kepentingan diri

Perjuangan kehidupan pada  hari ini adalah untuk kelangsungan generasi masa hadapan
Biarlah dengan berbekalkan iman senipis kulit bawang ini maka anak-cucu akan datang menjadi pembela agama yang kental imannya kepada Tuhan serta RasulNya

Kita berbangga dengan tok kenali, mat kilau, tuan tulis, tok ku paloh, dato bahaman serta ribuan pejuang berhati wali yang telah berkorban dan terkorban demi untuk survival iman warga nusantara hingga kehari ini,  maka kita perlu terus berjuang mempertahan serta memperbaiki iman demi anak-cucu kita di masa hadapan

Cukuplah negara seberang itu dengan caca-marba ketauhidan warga mereka, boleh saja berlainan agama mendirikan rumahtangga bersama
Cukuplah negara filipina yang warganya itu benar2 sudah menjadi orang lain, bangsa  lain serta beragama lain, mereka seumpana rakyat turki yang hanya boleh berbicara bahawa dulunya nenek-moyang mereka sebenarnya berbangsa malayu serta beragama islam
Cukuplah temasik itu sudah bertukar rupa menjadi zionis kecil ditengah2 gugusan kepulauan melayu
Cukuplah dengan kebanyakan tapak negara-kota purba malayu itu berada di bumi thailand, segala khazanah serta budaya sudah diambil serta dithailandkan semuanya
Cukuplah tapak  tamadun purba malayu di kemboja dan vietnam itu kini menjadi bekas pemerintahan komunis, bertatih sedikit demi sedikit keluar dari lubuk kemiskinan serta kesusahan

Dan cukuplah dengan persengketaan sia-sia yang kita ciptakan sesama sendiri di tanah bertuah ini
Kita mulai dengan langkah pertama serta langkah seterusnya…..sayangi warga kita sebagaiman kita menyayangi diri kita sendiri…..doakan yang terbaik dan yang baik2 sahaja buat mereka setiap masa dan jadikan islam itu benar2 penguat hubungan diantara warga
Jadikan Tuhan dan Rasul itu benar2 sebagai sumber kekuatan kerana sebenarnya kita hanyalah seorang hamba yang lemah dan tidak berdaya

Wallahu’alam

Terima kasih MO & Cikgu Srikandi.......

Saturday 8 December 2012

Ulangkaji ATBM – 18



Assalamualaikum Cikgu Srikandi....

Cikgu Sri, izinkan saya ulangkaji pelajaran ATBM ye..

Saya kopi-pasta nota2 penting dari lecture maya Cikgu ye....

Friday, August 13, 2010
Alter Terahsia Bangsa Melayu VIII

"Once upon a time..."

Wonosobo, Indonesia

##-CATATAN CIKGU SRIKANDI

~Beribu-ribu tahun dahulu,tidak tahu bila,seorang dewa bernama Rama mencari permaisuri yang dicintainya, Sita yang telah diculik Ravana,seorang dewa yang berwatak jahat di sebuah tempat yang menakjubkan digelar SUVARNADVIPA (Indonesia).

~Mungkin Dewa Ravana mempunyai negarakota emas yang menakjubkan di situ.
~Beribu-ribu tahun dahulu;mungkin selepas cerita dewa-dewi kayangan Ramayana itu, para Firaun Mesir, secara rahsia mengimport rempah-rempah dan kapur barus di sebuah tempat bernama Barus di SUVARNADVIPA ini.

~Anehnya, para Firaun ini mendakwa nenek moyang mereka berasal dari tanah ini,yang digelar...

'THE LAND OF THE GODS'

Hutan Simpan Belum, Perak

~Orang-orang Melayu sejak berabad yang lalu cuba dihalau dari Suvarnabhumi (Malaysia), menghadapi pelbagai rintangan yang getir,cabaran yang pedih dan rentetan sejarah yang meletihkan, namun dengan rahmat Allah s.w.t bangsa ini masih dapat memegang tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei.

~Pelbagai cara subversif dan perang saraf digunakan untuk memecahbelahkan bangsa misteri sehingga sesetengah rumpun Melayu di Indonesia sudah tidak mengenal kawan dan lawan mereka.

~Ada di antara mereka termakan racun yang mengatakan mereka adalah bangsa Indonesia berbeza dengan bangsa Melayu di Malaysia padahal bahasa yang mereka gunakan adalah sama iaitu bahasa Melayu.


~Di Malaysia sendiri Melayunya terdiri daripada Jawa, Banjar, Mandiling, Rawa, Boyan, Minang dan pelbagai lagi malah  Negeri Sembilan itu juga asalnya adalah negeri orang-orang Melayu Minangkabau.

~MEREKA SEBENARNYA TELAH BUTA OLEH SEMPADAN GEOGRAFI YANG DIBUAT OLEH PENJAJAH DARI MEMIKIRKAN BETAPA LUASNYA RUMPUN MELAYU ITU.


http://panglimafuzzy.blogspot.com/2010/10/pejuang-kemerdekaan.html

Semakin saya meneroka jauh ke alam melayu, terasa semakin sayu jauh disudut hati ini

Sejak dari alam persekolahan, kata2 keramat bahawa islam itu akan bangkit diakhir zaman diterajui oleh bangsa melayu selalu menjadi halwa telinga
Namun hati muda diketika itu tidak dapat melihat dari mana datangnya rasional dan logik untuk mengangkat bangsa yang selalu dikatakan buat jarum pun tak reti ini boleh menjadi penguasa dunia

Sedikit demi sedikit tabir rahsia bangsa melayu itu Tuhan bukakan seolah2 kita belajar sejarah dan latar belakang bangsa misteri ini buat pertama kali

Kesampingkan segala tohmahan, perli  serta skeptikal sesetengah drpd kita bahawa mengkaji bangsa  melayu itu akan wewujudkan rasa assobiah, syok-sendiri, rasis dan  taksub pada bangsa sendiri lantas memandang rendah etnik lain dan bangsa lain

Mereka itu amat takut jika  kita akan terikut2 dengan perangai  yahudi yang begitu amat mengangkat bangsa sendiri hingga tergamak memandang rendah bangsa lain setaraf haiwan ternakan
Ditambah dengan kerisauan adik-beradik bangsa lain yang nampaknya begitu sensitif dengan istilah ketuanan melayu
Keraguan mereka itu ada asasnya bila kita melihat bangsa dari sudut yang kurang tepat terutama jika bersandarkan kepada sihir demokrasi

Saya tidak dapat menelah seluas mana pengetahuan yang cikgu srikandi telah perolehi berkenaan latar belakang bangsa misteri ini melalui kajian beliau menjejaki susur-galor nenek moyang ke merata dunia

Saya juga  tidak dapat mengagak sejauh mana dan serahsia mana ilmu serta maklumat yang diperolehi oleh lonecryer, lodgekeeper, angleness aka MO dari  penganut zionis & jesuits mengenai sekelompok kaum yang tinggal di hujung dunia

Saya pun tidak dapat mengagak apakah rahsia2 keselamatan negara yang super duper rahsia yg diketahui oleh tuan haji shahpaskal dibawah akta osa dimana kita sebagai warga awam tidak berpeluang untuk mengetahuinya

Saya pun tidaklah dpt menyelongkar dengan lebih mendalam apakah maklumat terkini tentang pergerakan & strategi  thh dlm usaha mahu menghancurkan bangsa misteri serta tanah bertuah ini yg diketahui oleh afterdark melaui watcher groupnya itu

Saya pun tidaklah dapat menduga sejauh mana kerisauan serta keprihatinan sifu2 umat terakhir - shahi, the last stalker, clover, drifter.... selaku wartawan profesional yang tugasnya setiap hari berhadapan dengan penguasa2 massa yang boleh saja bertopengkan  pelbagai rupa demi utk  sebuah kuasa di  tanah hujung dunia yang menjadi idaman juga rebutan kawan serta lawan

Tapi saya pasti ada suatu perasaan yang tidak dapat digambarkan setelah dibukakan tabir bangsa ini satu persatu dihadapan mereka

Dato Bahaman
http://ikanlepu.blogspot.com/2011/03/dato-bahaman-ke-siam.html

Yang saya tahu, saya pernah tersesat dalam mencari jati diri dengan mahu menjadi orang lain, bertukar menjadi bangsa lain serta  berperangai lain (tetapi tidaklah sampai mahu menganut fahaman lain – minta dijauhkan)

Ya…..sesungguhnya iman yang hanya tinggal senipis kulit bawang inilah yang telah menjadi penyelamat kepada kita semua
Iman senipis kulit bawang inilah juga  yang sering saja dicabar kesabaran serta keyakinannya

Terus terang saya katakan bahawa walaupun saya pernah bergaul dengan bangsa lain dan mahu menjadi orang lain tetapi saya ‘rasa’ saya kuat dlm keyakinan saya
Saya masih bebas menjalankan upacara keagamaan saya tanpa sebarang prejudis dan mereka amat memahami serta menghormati kita

Suatu perkara yang sangat terkesan dihati saya ialah sewaktu menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan di kedah beberapa tahun lalu
Saya pergi bersama adik-beradik bangsa lain, dalam perjalanan pulang, saya meminta izin dengan mereka utk singgah sebentar di sebuah masjid utk menunaikan solat

Memandangkan kami menaiki satu kereta, maka saya terpaksa meninggalkan rakan saya (india – non muslim) ini didalam kereta di kawasan masjid
Dia okay saja dan faham bahawa saya perlu bersolat ketika itu
Selepas solat saya segera ke kereta dan memohon maaf jika dia terpaksa menunggu lama

Begitu juga di bulan ramadhan
Rakan semeja saya (cina – non muslim) bersungguh2 meminta maaf kerana membawa makanan masuk ke pejabat (dia tapau dari kedai) dan dia memberitahu bahawa hanya akan makan di pantry dan bukan dihadapan saya
Saya beritahu bahawa saya okay dan dia boleh makan walaupun dihadapan saya yang sedang berpuasa

Pengajaran yang saya perolehi  ialah kita akan rasa kita kuat bila terpaksa berkelana sebagai minoriti ditengah2  adik-beradik bangsa lain

Bersolat pun bukanlah di dalam surau berkarpet tebal mahupun berhawa dingin yang sangat sejuk
Tapi bila tiba waktu solat, diri akan bergegas mengambil wuduk supaya solat diawal waktu
Berbuka pun bukanlah bersama keluarga tercinta dirumah yang selesa, hanya bertemankan nasi bungkus dan sebotol air mineral………… dan buka posalah hang sorang2 kat pejabat..tak dak sapa nak temankan hang…………..

Kiyai Salleh Parang Terbang
http://www.keriswarisan.com/live/blog/173/kiyai-salleh-parang-terbang/

Kemudian diri ditaqdirkan berhijrah bukan saja ketempat baru,ke  alam pekerjaan baru…..malahan rupa2nya diri ini Tuhan kembalikan semula untuk bersemuka &  bergaul dengan adik-beradik sebangsa seagama

Tidak bermaksud untuk merendah2kan serta mengecilkan orang lain, namun ia adalah suatu realiti yang wajib kita terima dengan hati penuh terbuka serta minda yang waras supaya kita tidak melatah sesuka-hati menuding jari kesana-sini apabila realiti itu sebenarnya adalah sesuatu yang tidak mahu kita dengar sama sekali

Saya diketemukan dengan seorang rakan yang sudah lama tidak bersolat, sudah lama tidak berpuasa di bulan ramadhan, sudah terjebak dengan pelbagai perkara suka-duka kehidupan di ibu-kota, sudah lama juga tidak pulang menziarahi ibu-bapanya, sudah lama meninggalkan adat-budaya kita…..dan sebenarnya sudah tidak lagi kenal dirinya sendiri

Saya terkedu……

Bagaimana hendak mencari rasional ditengah2 majoriti rakyat negara ini yang muslim, ramai  rupa2nya yang sudah terlontar jauh dari  tatasusila serta norma2 budaya adat resam pegangan agama islam yang suci murni
Bahana apakah yang sudah menimpa kita sehingga ada anak2 nusantara yang sudah tidak kenal diri sendiri..??
Sudah sebuk sangatkah kita mengejar dunia, wang dan bisnes sehingga lupa untuk menjenguk serta bertegur-sapa mengambil berat kemashalatan ummat..??
Apakah perkara yang lebih super duper very-very penting itu, yang sudah melalaikan kita dari saling tegur-menegur dengan kasih-sayang serta saling bantu-membantu…??

Sihir demokrasi kah itu…??

Begitu juga dahulu sewaktu cuti panjang menunggu keputusan SPM, saya mengambil kesempatan bekerja sementara di sebuah kilang berdekatan rumah, saya tergamam melihat anak2 remaja sudah mulai bekerja di awal usia, bahkan tidak pula menyambung persekolahan di peringkat menengah.

Adik bongsu saya juga pernah bertanya kepada ibu kenapa rakan sebayanya tidak menghabiskan persekolahan peringkat rendah, belajar hanya setakat darjah lima sahaja.

Ini bermaksud, ada sesuatu  yang wajib kita syukuri dan sentiasa mengingati nikmat yang Tuhan pinjamkan kepada kita, dan tidak semua orang merasainya diatas pelbagai asbab yang Tuhan jadikan.

Nikmat merupakan amanah yang tergalas suatu tanggungjawab disebaliknya.

Nikmat pula  menguji jati diri serta kewarasan minda untuk belajar menerima pelbagai warna realiti kehidupan – yang cantik kita sukai, yang buruk  kita benci, yang sedih kita tidak mahu dengar, yang menyakitkan kita mahu jauhi, yang baik kita mahu dekati, yang merbahaya kita mahu elakkan, yang menakutkan kita mahu buangkan…..

Saya termanggu…..


Ada sesuatu yang perlu saya cari untuk diri ini
Ada sesuatu yang mesti saya terokai untuk bangsa ini
Ada sesuatu yang wajib saya amali untuk agama ini
Ada sesuatu yang sudah seafdalnya saya korbankan untuk Tuhan dan Nabi Yang Mulia

Terima kasih MO & Cikgu Srikandi.......

Sunday 2 December 2012

Ulangkaji ATBM – 17

Sungai Volga, Rusia

Assalamualaikum Cikgu Srikandi....

Cikgu Sri, izinkan saya ulangkaji pelajaran ATBM ye..

Saya kopi-pasta nota2 penting dari lecture maya Cikgu ye....


Tuesday, April 12, 2011

Ucapan Pembukaan oleh Srikandi



##-CATATAN CIKGU SRIKANDI

Diari Lodgekeeper ~ pada mukasurat ke 233,di bawah tajuk The Royal Ark of Matahari,saya menemui kata-kata berikut:

"Beritahuku,siapa Matahari.Siapa Hati. Beritahuku bagaimana peperangan antara Badi dan Perahu. Siapa Kama yang mencemburui si Hati. Aku tak jumpa di bumi Melayu. Di sini jauh terasing di Volga aku menemui ratu Kama. Kama dan Badi. Dari The Land of Gods ke tanah para Viking dan Bulgar. Dan keris misteri tanpa hulu ini,terukir nama:Kama ku yang tersayang...."

~Beratus-ratus tahun dahulu,kira-kira 200 tahun Sebelum Masehi,pengaruh kerajaan Malayu telah pun harum di seluruh dunia sebagai pengeksport emas;mewarisi sumber emas utama 'The King Solomon's Mines' bagi pembangunan Haikal Sulaiman dan perhiasan Ziggurat di bawah Emperor Babilon
~'Gold purifier' telah dibina di merata tempat di bumi Malayu


St. Petersburg, Rusia

~Para pedagang Melayu Kuno berdagang emas sehingga ke Persepolis dan barangan mereka menembusi hingga ke utara wilayah steppe Rusia,ke Tatarstan sekarang dan memasuki Sungai Volga
~Dari sungai ini,barangan-barangan ini mencapai ke St. Petersburg di Rusia kini
~Dari sinilah puak-puak Norseman dan para pahlawan Viking berbisik-bisik sesama mereka tentang perhiasan emas dari The Land of The East

Sungai Svijaga, Rusia

~Di satu cabang sungai Volga telah dinamakan 'Sviyaga' merupakan transliterasi bahasa tempatan kepada nama satu dinasti purba Melayu yang nantinya akan berubah menjadi empayar maritim yang amat berpengaruh

S R I W I J A Y A

Pokok kemenyan

Diari Lodgekeeper ~ pada mukasurat ke 316,di bawah tajuk kecil,Ephra & Mala Dynasty:

"Raja Mala gemarkan isteri dari kerajaan asing. Raja Mala turun dari perahu naganya menuju ke satu kota. Raja Mala meletakkan kemenyan wangi di atas kain dan semua orang dalam kota itu terpegun dengan batu ajaib yang amat wangi itu. Seorang gadis dari Kerajaan Sulaiman terpesona dengan batu ajaib. Raja Mala membawanya pulang sebagai hadiah dari Tanah Babil,kota yang makmur dan sentosa"




##-NOTA CIKGU SRIKANDI

~Kajian alternatif dari para saintis dan ahli geografi mencadangkan satu benua yang tenggelam di lautan Pasifik

~Bangsa yang terselamat dari benua ini telah melarikan diri ke Jepun, Taiwan dan Asia Tenggara
~Selebihnya tiba ke Benua Amerika.Sebab itu kita dapati budaya dan kostum kaum-kaum di Sabah seperti Murut atau Kadazan atau etnik-etnik tertentu di Sarawak seakan sama dengan kaum-kaum Red Indian
~Lihat gubahan bulu burung yang dibuat topi

~Satu kuil purba di Indonesia menyerupai 100% rekabentuk piramid Maya padahal ia adalah kuil Hindu!
~Bagaimana senibina Maya boleh melangkaui sampai ke Pulau Jawa?
~Tiada kuil Hindu di India yang menyerupai piramid Maya sebagaimana Candi Sukuh

~Jika saya katakan kejuruteraan senibina Melayu Purba yang asli adalah piramid-piramid, anda mungkin kurang percaya
~Lihat, tiada satu pun candi Buddha di dunia yang menyerupai candi Borobudur ciptaan Melayu Sriwijaya

Seni tanggam

~Borobudur dibina berdasarkan kejuruteraan piramid!
~Pembinanya telah menyusun kepingan-kepingan batu sehingga ke puncak tanpa menggunakan bahan perekat; tetapi menggunakan teknik tanggam yang kreatif

Seni tanggam

~Siapakah yang handal menggunakan teknik tanggam ini? Bangsa Melayu
~Sebab itu istana-istana zaman dahulu seperti Seri Menanti di Negeri Sembilan hanya menggunakan tanggam tanpa paku
~Bahtera-bahtera Melayu juga menggunakan teknik tanggam yang unik



Asraf Sinclair (Malaysia) dan Bunga Citra Lestari (Indonesia)

Raja mala suka berkahwin dengan wanita dari kerajaan asing
Begitu juga raja mala akan mengahwinkan anak2nya dengan putera-puteri dari kerajaan asing juga atau sekurang2nya dari negara-kota yang berlainan

Jadi tidak hairanlah jika sultan melaka itu pun sanggup berkahwin dengan puteri hang li po dari tanah besar cina- ini adalah strategi serampang banyak mata demi kelangsungan, perkembangan serta survival empayar serta bangsa berlandaskan hemogeni perdagangan serta prestij – dari  hubungan diplomatik inilah agaknya laksamana hang tuah dapat menimbangtara serta menyakini bahawa sesungguhnya mala-yu itu tidak akan hilang didunia

Hang tuah dapat merasai hayat di era kegemilangan zaman kesultanan melaka
Sudah pasti beliau mempunyai pengalaman luas di dalam perhubungan antarabangsa diantara dunia timur dan barat
Dia juga dapat melihat betapa ramai bangsa2 dari seluruh dunia saling berjual-beli di pelabuhan melaka serta saling bertukar2 barang dagangan

Label barangan ‘made in malacca’ saling bertukar tangan diantara pelbagai bangsa2 didunia, maka tidak mustahil ‘jejak2 serta bekas2’ dari hasil tangan warga melaka berbangsa mala-yu itu boleh dijumpai dimana2  negara yang  mempunyai hubungan dagang dengan melaka

Disamping itu  berlaku pula perkahwinan campur diantara warga melaka serta bangsa2 yang datang berdagang tadi

Juga berlaku penghijrahan warga melaka ke negara2 luar diatas urusan perdagangan, perdidikan, teknologi, kemahiran serta 1001 aktiviti manusia diwaktu itu
Bukankah semua itu sudah pasti berlaku di kemuncak era kegemilangan zaman kesultanan melaka…???

Atau ……………masih mahu percaya bahawa bangsa melayu itu dulunya tinggal di dalam gua atau bertenggek diatas pokok, pakai cawat, hanya berkemahiran melukis gambar babi-hutan serta buat jarum pun tak tahu……………????

Sultan Ahmad 1 - Pahang
http://permatakaku.blogspot.com/2011/09/sejarah-negeri-pahang.html

Dizaman kegemilangan melaka serta negeri2 lain di alam melayu………….bila omputih datang ke tempat kita………..mereka dok  jakun, terkedu, terkesima, terkebil2, terganga dan terapa2 semua lah…sebab kemajuan di alam melayu adalah menjangkaui dari apa yang mereka boleh fikirkan serta bayangkan semasa sebelum mereka menjejakkan kaki ke promised land dihujung dunia ini

Macamlah bila kita pergi ke kota london berjumpa dengan putera william dan kate diwaktu ini….mungkin akan timbul sedikit perasaan  jakun apabila melihat kehidupan mereka…wow….besarnya istana dia, bergayanya hidup dia….kayanya dia……………cantiknya taman dia, besarnya  perpustakaan dia, banyaknya  universiti dia…bersihnya bandar dia…

Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor

Atau kita masih beranggapan bahawa pelabuhan melaka tu hanya seperti sebuah jeti usang di tepi sungai  di hujung kampung saja ??

Sebab itulah british (zionis serta jesuits) begitu terdesak dan tergesa2 membedil serta meratakan kota melaka sebaik sahaja mereka mengambil alih dari belanda
Bukan itu saja, mereka juga menceroboh istana2, mencuri segala khazanah terutamanya watikah2/kitab2/buku2/catatan2 penting kerajaan melayu

Asraf memegang passport merah (Malaysia), Bunga memegang passport hijau (Indonesia)

Kahwin campur diantara keluarga raja2  dari negara-kota2 serta kerajaan luar sebenarnya merupakan budaya orang nusantara
Tradisi ini juga menjadi ikutan dikalangan rakyat jelata
Dan sepatutnya serta seafdalnya, amalan kahwin campur ini sangat patut digalakkan serta diteruskan dizaman ini

Kahwin campur bukan sahaja dengan izin Tuhan dapat melahirkan generasi yang lebih bijak, lebih cantik,  lebih kacak , lebih ayu…. malahan ia dapat mengeratkan silaturrahim diantara etnik2 serta bangsa2 yang berlainan terutamanya di nusantara

Seperti yang kita sedia maklum…………………….pemuda2 malayu itu tampan segak manis  bergaya, maka tidak hairan jika ada gadis2 dari etnik/ bangsa lain yang akan tertawan dengan mereka

Begitu juga dengan wanita2 melayu yang ayu manis anggun  lagi menawan, sudah pasti ada pemuda2 dari etnik/bangsa lain yang berhasrat memetik bunga melati yang harum mewangi ini  menjadi suri hati

Namun tradisi berkahwin dengan etnik/bangsa lain sudah disusah2kan dan dimomok2kan keburukannya dek dengkinya imperialis barat kerana tidak mahu melihat  orang nusantara saling bermuhibbah sesama mereka

Maka dipisah2kan bangsa berbeza2 mengikut kawasan dan mereka hanya bergaul sesama kaum mereka sahaja terutamanya di tanah melayu– cina-bandar, india-estet, malayu-kampung

"Kepulauan" Alam Melayu

Begitu juga alam melayu yang luas ini sudah dipotong2 seumpama kek baldu merah berkrim keju kepada beberapa negara serta dikuatkuasakan sempadan masing2. Rakyat dlm sesebuah negara hanya bergaul sesama mereka
Hendak kemana2 negara serantau pun terpaksa menggunakan passport antarabangsa

Maka tradisi kahwin campur sudah semakin terhapus dari kehidupan so called moden di zaman ini

Hilanglah sudah satu amalan budaya murni yang dapat melahirkan generasi bergenetik nusantara yang hebat dan terbilang namun penuh tawadduk kepada Tuhannya

Jadi sesiapa yang mendapat jodoh dengan etnik/bangsa  dari negeri/negara yang berlainan, maka kita patut sokong dan doakan yang terbaik buat pasangan ini

Mereka telah berjasa besar dalam merapatkan semula benang2 merah yang sudah sekian lama terlerai dengan suatu ikatan yang suci lagi murni

Terima kasih MO & Cikgu Srikandi.......

Wednesday 14 November 2012

Ulangkaji ATBM - 16


Perkampungan orang asli

Assalamualaikum Cikgu Srikandi....

Cikgu Sri, izinkan saya ulangkaji pelajaran ATBM ye..

Saya kopi-pasta nota2 penting dari lecture maya Cikgu ye....

Friday, August 13, 2010

##-NOTA CIKGU SRIKANDI

~Sejarah Melayu Nusantara terpecah kepada dua
~Pertamanya ialah Proto Mala yang memang sedia ada di Nusantara.Proto Mala ini memang misteri namun kehadirannya dapat dikesan dalam bahasa Melayu, tulisan Rencong dan catatan-catatan bangsa purba lain
~Siri ATBM yang mendedahkan tentang kaitan bangsa Phoenicia (Kanaan) dan Mesir Purba dengan budaya Melayu Nusantara adalah kunci kepada teka-teki ini

Rumah orang asli

~Raja Perehu dan isterinya Hati adalah keturunan Proto Mala. Apabila Nabi Ibrahim a.s tiba ke Nusantara untuk berdakwah,baginda membawa sekali budaya Phoenicia dan tulisannya sekali. Sebab itu ada tulisan Rencong
~Tulisan-tulisan Phoenicia ini digunakan untuk menuliskan ajaran Ibrahim atau Brahma dalam tradisi Avestan Purba. Dari sini muncul gaya tulisaN Brahmi, yang digunakan untuk menuliskan kitab-kitab Veda
~Kemudian Dravidian (Tamil,Telegu,Malayalam dll) mencedoknya.Kemudian barulah kaum-kaum Asia Tenggara seperti Burma,Tai dan Khmer mencedoknya.Kita juga ada versi dari Brahmi ini iaitu Kawi dan Aksara

~Nabi Ibrahim telah mengambil seorang puteri dari Nusantara sebagai isterinya.Puteri Mayang Mengurai ini punya gelaran diraja dan 'ensign' bagi dinasti diraja ini adalah lambang 'Naga' atau 'Ular Besar'.

Dari perkahwinan Nabi Ibrahim dengan Puteri Mayang Mengurai (Keturah, panggilan di Sumeria dan Judah) inilah lahirnya satu ras baru yang lebih bijak dan maju (advance) iaitu Deutro Mala


~Deutro Mala tiba dari utara semenanjung.Ketika itu Nusantara telah ada Proto Mala.Indochina ketika itu diduduki oleh Proto Mala

~Ketika itu belum wujud lagi orang Tai dan Dai-Viet.Apatah lagi Siam Sam-sam (Srikandi tersenyum kecil).Yang ada mungkin sebahagian kecil aborigine Kecinaan seperti Mon atau Pyu.Boleh juga saya katakan bahawa Deutro Mala itu dahulunya tinggal di Indochina

~Jika kita angguk-angguk geleng-geleng dengan Teori Melayu Berasal dari Palembang/Sumatera, MANA NAK CAMPAK ORANG CHAM? Orang Cham ini (dahulu menetap di pesisir pantai Vietnam dan sebahagian Kemboja) adalah benar-benar rumpun Melayu

Bahasa Cham adalah SATU BENTUK BAHASA MELAYU PURBA

~ Anda tahu asal kata 'Orang'? Ini berasal dari kata 'Uran' yang ditemui pada prasasti-prasasti Cham Kuno
~'Uran Utan' sebagai contoh adalah kata Melayu Kuno merujuk kepada "orang Hutan' dalam bentuk moden.Dari semenanjung barulah Deutro Mala ini bergerak ke pulau-pulau sekitarnya termasuk Sumatera
~Mereka bercampur dengan Proto Mala.Di Tanah Jawa tidak dinafikan telah ada suku-suku Proto Mala ini
~Percampuran Deutro Mala dan suku-suku Proto Mala di Jawa menghasilkan etnik Jawa pada hari ini.

DEUTRO MALA INILAH MERUPAKAN NENEK MOYANG KEPADA MELAYU MODEN PADA HARI INI.

~Melayu Riau,Deli,Aceh,Kedah,Kelantan,Johor,Perak,Pahang,Terengganu,Bugis dan sebagainya adalah contoh warisan Deutro Mala yang pekat Kemelayuannya


~Di Tanah Jawa terutama di wilayah tengah agak kurang 'rasa Melayunya' kerana ia adalah percampuran Deutro Mala dan Proto Mala.Jadi ada percampuran darah di sini
~Namun dengan adanya orang Sunda yang punya budaya bercampur antara Kejawaan dan Kemelayuan, menunjukkan bukti percampuran Deutro Mala dan Proto Mala di Tanah Jawa

~Namun Melayu semenanjung adalah benar-benar Deutro Mala asli.Sebab itu saya bahagikan kaum-kaum Nusantara kepada 3 bahagian:

1.Mala-Polinesia:Kaum-kaum Deutro Mala yang terbuka sifatnya dan tinggal di pesisir pantai.Profesion mereka adalah perdagangan maritim.Mereka banyak tinggal di semenanjung,Sumatera dan pulau-pulau lain.

2.Mala KeJawaan:Kaum-kaum Nusantara yang bercirikan budaya Kejawaaan dari induk di Tanah Jawa.

3.Mala aborigine:Proto Mala yang tertinggal dari arus kemajuan.Mereka masih mengamalkan carahidup dan kepercayaan lama.Mereka tidak bercampur darah dengan Deutro Mala dan terasing dari perubahan.Orang Asli,Jakun dan Dayak adalah contoh aborigine.

Orang asli muslim bersolat jemaaah

Saya amat tersentuh sekali apabila pertama kali Cikgu Srikandi mendedahkan hubungan akrab diantara orang asli serta warga melayu yang tinggal ditanah air.

Saya pernah berkunjung ke perkampungan orang asli di tapah, perak bersama rombongan sekolah. masih teringat serba sedikit bagaimana baiknya mereka meladeni kami dengan amat ramah-tamah sekali.

Sekali-sekala berkunjung ke rumah saudara di tanjung malim, kami akan melalui batu dam menelusuri banjaran titiwangsa di hulu selangor ke batangkali.
Dikaki gunung, terdapat rumah2 orang asli yang hidup aman damai melakukan aktivit seharian tanpa rasa ragu dan bimbang akan keselamatan serta kebajikan mereka.

Sesekali pergi ke rawang menaiki komuter, kita akan nampak orang2 asli ini menaiki keretapi  diantara rawang dan kuang.
Melihat kelibat mereka....bukannya orang asli tu yang 'jakun', tapi  diri ini pula yang terlebih 'jakun' dikernakan jarang melihat mereka.....

Dan sesungguhnya sewaktu belajar di ipt, saya berkesempatan menadah ilmu dari seorang pensyarah berketurunan orang asli (mendapat phd dari luar negara). 
Pensyarah itu pula berkahwin dengan seorang gadis orang asli juga yang berkerjaya professional - kalau tak salah jurutera.

Seperti nukilan Cikgu Srikandi...sesungguhnya dan sebenar2nya....bangsa malayu itu terlalu amat menyayangi adik-adik beradik aslinya sehingga diberikan segala kemudahan yang sepatutnya mereka perlukan dalam meneruskan kehidupan seharian.


Kanak2 orang asli bernasyid

Disamping itu, kita juga amat berdiplomasi kerana memberi kebebasan sepenuhnya kepada mereka utk mengamalkan cara hidup primitif 
Namun pada masa yang sama, seruan kepada agama yang benar itu selalu dilakukan kepada adik-beradik asli bila mana program2 dakwah & ziarah sering dilakukan oleh pihak2 yg berkenaan.

Adik-beradik asli ini jugalah yang sering menjadi rujukan kita mengenal khazanah hutan hujan khatulistiwan - rahsia fauna & floranya juga tinggalan negara-kota2 lama seperti piramid melayu yang sedang hangat diperkatakan itu.

Maka benar seperti yang diduga bahawa hutan tebal kita itu memang ada 'penunggu' setianya dan mereka adalah adik-beradik asli kita (tanpa kita sedari......kita yang sering saja so called terlalu sebuk mengejar kemajuan di kota2 besar)

Rupa2nya dalam hiruk-pikuk kota, asap-debu-jerebu serta hujan asid keyel, masih ada manusia2 yang tenang menjalani kehidupan harmoni  bertemankan simfoni alam, mendengar kicauan burung yang merdu, menghirup udara pagi yang segar di pinggir gunung berkabus yang sejuk airnya mengalir jernih, sejernih serta setulus mulus adik-beradik asli menjaga warisan nenek-moyang zaman-berzaman sedari dahulu-kala.



Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai bagaimana agaknya permulaan kehidupan manusia di muka bumi ini (termasuklah bangsa mala-yu), menelusuri sejarah para nabi adalah perkara yang paling afdal sekali.
Ada beberapa blogger yang telah membuat catatan hasil daripada pembacaan serta kajian mereka seperti Aiz (nusanaga) dan malai-ur.

Berikut adalah pautan kepada Siri  Buaian Ketamadunan Manusia oleh malai-ur :

Gobekli Tepe Tamadun Sesudah Banjir Atlantis Dalam Kajian Nahu Saraf
Hieroglif Nabi Idris Dan Mesir Purba

Sila lawati blog nusaga untuk membaca catatan Aiz mengenai permulaan Melayu (Bangsa MIM Takkan Hilang Didunia).
Ia adalah hasil kajian Aiz daripada pembacaan pelbagai sumber bagi menyiapkan thesis akhir semasa pengajiannya di universiti.
Nusanaga


Terima kasih MO & Cikgu Srikandi.......