Saturday, 6 August 2011

Cabaran Keseimbangan Tenaga Global

Mari kita lihat masalah sosial yang melanda sekarang ini dari peringkat individu hingga ke peringkat masyarakat dari sudut quantum fizik. Fikiran yang terdidik dari susur galur sekular akan mudah memahami sesuatu persoalan dari sudut pandangan kuantum fizik.


Contoh - Kenapa anak nakal dan tak dengar kata? Kenapa suami tak solat dan main nombor ekor? Kenapa isteri susah nak taat dan selalu je nak menang serta suka mengungkit? Kenapa mak mertua tu selalu je bising macam keretapi tak ada last station? Dan sebegitu banyak kenapa tanpa sebarang titik noktah.

Ini kerana telah berlaku tenaga yang tidak seimbang baik dalam persekitaran mahupun pada diri dalaman seseorang individu. Oleh itu cara untuk menghadapi, apatah lagi untuk mengatasi memerlukan satu ilmu yang cukup jelas ruang lingkupnya tanpa kita mengamalkannya atau menggunakannya secara ikut-ikutan. Kita yang diberi amanah oleh Allah untuk berhadapan dengan 1001 'kenapa' ini mestilah terlebih dahulu memohon kepada Allah supaya tenaga dalaman kita ini stabil. Barulah dengan itu nanti, kita boleh menjadi 'satelit-satelit' yang memancarkan radiasi 'law of attraction' kepada persekitaran kita. Sesungguhnya kecelaruan tenaga di saat dan ketika ini amatlah serius dan sangat mencabar. Maka wajib bagi kita untuk memohon dengan sesungguhnya kepada Allah semoga kita dibantu serta dipermudahkan untuk menghadapinya.

Berlaku pertembungan di antara sisa-sisa tenaga murni yang masih ada dalam diri setiap warga nusantara ini dengan tenaga-tenaga dari sumber-sumber jadian yang tumbuh bak cendawan selepas hujan. Lihat saja berapa banyak rancangan TV yang melalaikan, berapa banyak kedai nombor ekor yang sentiasa menggamit pembeli untuk 'menderma' kepada tuan punya nombor ekor yang sememangnya dah kaya raya, berapa banyak kacau-bilau serta simpang-siur tenaga-tenaga negatif yang terhasil daripada aktiviti-aktiviti menyalahi hukum Tuhan. Dari situ pula kita sebagai individu secara sadisnya memang bergerak secara individu umpana sebatang lidi atau seekor kambing yang terpaksa berhadapan dengan cabaran gumpalan tenaga super negatif dalam persekitaran kita.

Kemana lagi kita nak pergi? Kemana lagi kita nak lari untuk menyelamatkan sedikit tenaga murni yang masih tersisa dalam sanubari kita? Dan juga untuk menyelamatkan ramai lagi kawan-kawan kita yang mungkin sudah terperangkap serta terhijab dalam gumpalan-gumpalan awan tenaga negatif tersebut.



Kita hanya ada satu jawapan yang pasti - kembalilah kepada Yang Maha Melihat dan Yang Maha Mendengar. DIA sangat memerhatikan kita. DIA sangat mengetahui akan diri kita serta diri kawan-kawan kita. Maka mengadu dan mintalah pertolongan hanya dari DIA.

No comments:

Post a Comment