Saturday 26 January 2013

Ulangkaji ATBM – 20

Bendera Malaysia turut berkibar di Gaza sempena meraikan kemenangan peperangan lapan hari terhadap rejim kejam Zionis Israel - Dec'12 (Kredit kepada Utusan Malaysia) 

Assalamualaikum Cikgu Srikandi....

Wednesday, April 13, 2011
Temubual Bersama Srikandi

Lokasi:Universiti Islam Antarabangsa
Masa:10.43 a.m




##CATATAN CIKGU SRIKANDI

S:Apakah kaitan Raja Matahari dan Raja Perahu? Yang mana muncul dahulu?

J:
~Raja Matahari wujud beratus-ratus tahun sebelum kemunculan Raja Perahu.
~Raja Perahu menerima delegasi dari Hatshepsut kira-kira 2000 tahun Sebelum Masehi yang silam,dan kunjungan Hatshepsut itu dilihat bagaikan 'pay homage' kepada tanah nenek moyang.
~Ini berpunca dari raja-raja terawal dinasti Mesir Purba yang kemudiannya menjadi legenda dan disembah sebagai dewa.

S:Raja-raja Mesir Purba berasal dari kelompok Austronesia?

J:Ada rahsia tertentu di sana yang mengungkapkan cara hidup pemerintah yang berlainan dari rakyat biasa.Juga bahasa dan kepercayaan.Saya tidak boleh menghuraikan lebih lanjut di sini.

S:Beritahu sedikit tentang kehidupan Horus sebelum menjadi raja.

J:
~....relate to what I got from United Nation's Theosophy.They have been write about the master race and their civilization.Saya telah beritahu anda tentang ini lama dahulu.
~Kini kajian antropologi dan arkeologi telah menumpu di Asia Tenggara,dan penemuan demi penemuan yang menghairankan tentang peradaban di sini yang lebih tua dari yang didapati di Mesopotamia.
~Ban Chiang di Thailand contohnya adalah antara bukti yang ditemui.
~Pada masa yang sama,penemuan demi penemuan dijangka akan di dapati dari tapak arkeologi Sungai Batu dan di Lembah Bujang keseluruhannya.Ini baru usaha 'pemalas' yang hanya bertumpu di Lembah Bujang yang sebelumnya diusahakan oleh orang lain.
~Jika semua usaha 'pemalas' ini meneroka hutan rimba di Pahang dan pedalaman Perak sebagai contoh,saya pasti mereka akan berjumpa dengan pelbagai peradaban silam yang menakjubkan.


Bentuk peta negara asal Palestin itu nampak seperti pedang yang sangat tajam hujungnya


##NOTA CIKGU SRIKANDI
~Sebenarnya pakar sejarah dan arkeologi lebih terkesan dengan tapak-tapak arkeologi yang mampu mengungkapkan tamadun pra-sejarah.
~Signifikannya ialah, cuba kita bayangkan,walaupun Malaysia tidak memiliki binaan-binaan atau monumen megah yang besar dan kukuh,tanahair kita ini penuh dengan tapak-tapak arkeologi pra-sejarah yang mengagumkan,tersembunyi dan terahsia dari masyarakat dunia.
~Tanahair kita ini adalah transit pergerakan manusia sejak zaman-berzaman

BERCAKAP TENTANG SEJARAH, KITA BERSAING DARI SEGI USIA

~Penemuan loji-loji yang menunjukkan industri pemprosesan besi telah ada di Lembah Bujang seawal kurun pertama Masehi adalah sesuatu yang 'rare' dalam koleksi penemuan tamadun dunia.
~Jangan terkejut, kini para sejarahwan telah beralih ke Asia Tenggara sebagai salah satu pusat permulaan tamadun manusia.
~Dahulu khalayak akademik sudah menjumpai beberapa bukti bahawa kesan-kesan tamadun di Asia Tenggara adalah lebih tua usianya dari Tamadun Yantze-Kiang di China.
~Kemudian kita menemui kesimpulan bahawa tamadun di China mengadaptasi teknologi dari Asia Tenggara.

~Tidak hairanlah negara-negara luar sanggup menghabiskan berjuta dolar untuk mengkaji dan menggali kembali sejarah negara mereka.
~Semua ini untuk mendapatkan pengiktirafan dunia bahawa merekalah kaum terawal bertamadun di dunia.


Pokok zaitun yang tidak berdosa telah menjadi mangsa keganasan israel di gaza. Ia telah dipatah2kan dahan dan rantingnya oleh askar isreal yang dengki.


~Sebab itu kini mereka ingin merampas Malaysia dari tangan orang-orang Melayu; selain dari kedudukannya yang strategik di laluan perdagangan antarabangsa dan hasil bumi yang melimpah ruah, adalah kekayaan bukti-bukti pra-sejarahnya yang masih belum digali.

~Namun kita tahu bahawa beberapa sarjana mengingatkan dunia tentang rahsia kita yang belum disingkap.
~Antaranya ialah Oppeinhemer dan Aryso Santos.Itu yang mendapat hebahan media.
~Saya telah membaca berpuluh-puluh artikel tentang kaitan Austronesia dengan petunjuk-petunjuk mengenai Atlantis dan Lemuria.

~Apatah lagi yang ditulis oleh kelompok-kelompok New Age Religion yang menuding jari ke arah kawasan Malaysia-Indonesia sebagai asal-usul 'master race' dari 'Mu' yang dikatakan benua tempat tinggal 'gods'.

S:Sangat mengujakan!Saya perasan semacam ada perkaitan dengan Punt sebagai 'The Land of Gods',bukankah begitu Cik Seri?

J:
~Semua ini adalah sebahagian dari epik yang ditemui di satu lokasi di Luxor dan Lembah Raja-raja.Dan kita tahu bahawa agama Kabbalah berasal dari mistik agama misteri Mesir Purba.
~'Maatheru' adalah sembahan kaum Kabbalis dan kultus-kultus gelap Yahudi.
~Secara tidak langsung, mereka menyembah 'Matahari', nama seorang raja dari 'kepulauan di bawah bayang mentari'.
~'Maat' adalah salah satu 'chant' atau seruan suci dalam satu ritual Kabbalah.

S:Oh ya,saya sebenarnya ingin bertanya lebih lagi namun masa tidak mengizinkan...sebelum saya lupa,saudari sebenarnya belum menjawab soalan saya tentang  kehidupan Horus sebelum menjadi raja.

J:
~Ya kah?(Srikandi ketawa mengekek) Melayu kan mudah lupa....
~Tetapi saya janji hanya beritahu sedikitkan? Ok...ia berkaitan dengan Ra...satu lagi Sun-God.
~Ra inilah mula-mula digelar 'The Eye of day'.
~Ra ini adalah 'the Creator God' dan tahapnya sama seperti Zeus dalam mitologi Greek dan Brahman dalam agama Hindu.
~'Heru' sebenarnya berasal dari perkataan 'Hari' dan dari perkataan 'Matahari' dalam bahasa Melayu, Ra mendapat gelarannya.

S:Sekejap! Saya tidak faham.Bukankah saudari menjelaskan tadi bahawa kajian masih tidak pasti adakah'hari' benar-benar bermaksud 'day' atau ada maksud lain? Namun dari kenyataan baru ini saudari pasti bahawa 'Hari' bermaksud 'day' bukan satu nama?

J:
~Sebenarnya, saya sudah mencapai satu tahap kefahaman yang luas tentang siapakah Horus dan anda akan dapat rahsianya jika mengetahui gelaran yang dipakai oleh Ra.
~Ini samalah jika anda tahu asal-usul raja-raja Mesir selepas Hatshepsut,mula memakai gelaran 'Prao' (Firaun).Saya hanya beritahu anda dan yang di luar sana tidak sampai 10% dari apa yang diceritakan di dalam The Black Book of Scarab.
~Matahari....adalah satu gelaran sebenarnya. Ia memberikan prestij kepada raja-raja Mesir dan digunakan ke atas dewa-dewa.
~Seperti juga 'Perahu' yang disebut 'Prao' dalam hiroglif Mesir Purba.
~Begitu juga dengan Maulimalaraja, yang dipakai oleh Bhavavarman I raja Chenla, Simha Jayavarman raja Champa,raja-raja Kemboja dan raja Lao.Anda nampak rahsia ini?

(Srikandi merenung aneh)
S:Gelaran...semuanya berbalik kepada gelaran...

J:Baca kembali ketika Horus mahu berperang dengan Set,apakah yang dilakukannya?Sebab itu saya katakan bahawa dinasti pemerintah awal Mesir Purba bukan pribumi asal Mesir.Mereka dari tempat lain.

S:Dari sini? (Srikandi hanya tersenyum)

J:Siapakah yang memberikan gelaran 'Matahari' atau 'Maatheru' kepada Ra?


Bot nelayan yang tidak berdosa juga menjadi mangsa bom oleh israel yang sudah gila tahap gaban mahu menghancurkan semangat warga palestin untuk terus bertahan di tanah waqaf orang Islam  


##PESANAN CIKGU SRIKANDI
~Kepada anak-anak Melayu, berjuang seperti saya.
~Jangan takut.
~Kita mesti kuat.
~Sejarah anda telah siap dipahat oleh nenek moyang pada batu-batu bersurat dan prasasti-prasasti.
~Jangan rasa rendah diri.
~Bersemangatlah!
~Apa yang diketahui oleh saya sukar untuk digambarkan tentang masa lalu bangsa Melayu.
~Cuma saya ingin berpesan gigitlah agama Islam ini dengan gigi-gigi geraham anda sekuat-kuatnya, jangan terlepas.
~Kita berada di destinasi terakhir pencarian spiritual.



Bumi gaza yang masih tinggal seciput dari keseluruhan tanah palestin yang telah dirampas oleh israel. Saiz gaza adalah lebih kurang seperti seremban, n9



Ulangkaji ke 20 - paling mencabar untuk dicerna

Alhamdulillah…siri ulangkaji  kopi-pasta nota dr artikel ATBM cikgu srikandi sudah sampai ke siri 20
Sejujurnya banyak maklumat & ilmu baru yg diperolehi hasil dr cernaan nota cikgu sri yang sudi berkongsi hasil kajian beliau dengan kita semua
Terima kasih tidak terhingga kepada kawan2 maya yang sudi menemani disepanjang sesi ulangkaji ini

Sejujurnya saya tidak dpt mencerna dengan baik klu2 tentang hubungan istimewa para pemerintah mesir purba dengan warga nusantara purba

Saya tidak tahu hendak bermula dari mana, mahu kemana serta apakah pula yang patut saya rumuskan dari klu2 tersebut

Temubual MO dengan cikgu sri ini penuh dengan klu2 yang tidak dapat dicapai oleh minda yang belum cukup maklumat serta ilmunya

Ia lebih kepada analisis serta rumusan tentang malaysia, tentang nusantara, tentang mala-yu yang paling ‘gelap’ sisinya

Ia juga lebih kepada kesimpulan tentang apakah sebenarnya yang terlalu sangat penting untuk kita pertahankan di hati sanubari terutama dimasa2 sekritikal begini – iaitu keimanan kepada Allah SWT serta RasulNya, Muhammad SAW

Nama2 seperti raja perahu, permaisuri hati, raja matahari, benua MU adalah sgt asing bagi saya – ianya hanya diketahui setelah diperkenalkan oleh cikgu sri yang ayu angun lagi menawan itu…..

Nama firaun pula selalu diertikan sebagai seorang raja yang kejam dari mesir
Begitu juga benua atlantis – kita selalu beranggapan bahawa ia hanyalah sebuah mitos paling misteri yang mungkin sudah tenggelam di lautan atlantik

Maka…semua istilah2 itu nampak tiada kaitan langsung dengan kehidupan seorang warga nusantara di bumi malaysia
  
Saya menanti2 serta tercari2 apakah coretan yang hendak saya nukilkan mengenai hubungan mesir-nusantara ini…

Sebuah masjid di gaza yang terletak di tepi pantai - menjadi inspirasi kepada adflin shauki. Melalui pemandangan ini, adflin merasakan bahawa gaza & palestin merupakan sebuah tempat yang paling tenang, aman dan damai yang belum pernah dia rasai sebelum ini. Tanah waqaf ini wujud penuh dengan aura keberkatan, buminya sangat subur, lautannya penuh dengan rezeki serta warganya hidup diwarnai dengan semangat perjuangan yang kental demi membebaskan palestin dari kekejaman  zionis israel.


Debaran 2012

Penghujung tahun 2012 membawa banyak debaran kepada ramai orang…
Apakah akan terjadi selepas 21/12/12 – dengan berakhirnya kalendar maya yang sering disebut2kan itu??
Sebelum itu pada bulan oktober kita digemparkan dengan taufan sandy yang telah melumpuhkan sebahagian amerika

Pada awal muharram 1434 hijrah pula kita dikejutkan dengan kegilaan israel membedil palestin
Disaat kebanyakan non-muslim skeptikal dengan ramalan dari kalendar maya…..ada suatu kelompok manusia yang begitu bersungguh2 serta sangat prihatin tentang nasib mangsa2 kekejaman zionis israel itu

Maka terdapat dua aliran kefahaman serta fokus yang wujud di penghujung tahun keramat 2012
1)      Kegelisahan tentang apakah benar dunia akan kiamat selepas tarikh 21/12/12
2)      Keperihatinan luar-biasa oleh suatu bangsa dari timur tentang isu palestin

Pembedilan gaza pada awal muharram 1434 yg lepas telah mengalihkan fokus kita dari risau yang bukan2 terhadap isu kalendar maya kepada isu yang lebih super duper penting iaitu perjuangan pembebasan palestin dari cengkaman zinois
Kita juga beriman, yakin dan percaya bahawa kiamat tidak akan berlaku selagi islam belum dimenangkan oleh Allah SWT diakhir zaman ini– kerana itu adalah janji Tuhan yang nyata

Agenda zionis menakut2kan manusia dengan isu kalendar maya sudah tidak signifikan lagi
Tuhan gantikan tipu daya zionis itu dengan berita gembira dari gaza bahawa israel memohon utk perjanjian gencatan senjata dek takutnya mereka  dengan serangan roket m75 oleh hamas
Palestin juga telah diterima & diiktiraf oleh pbb sebagai sebuah negara pemerhati

Cerita2 serta berita2 perjuangan pembebasan gaza-palestin-al aqsa yang dulunya  hanya berlegar dikalangan para aktivis sudah mula mendapat perhatian oleh rakyat awam dengan sekian banyaknya misi2 bantuan kemanusiaan yang disertai artis2 ternama yang sentiasa menjadi ikutan orang ramai

Tuhan rezekikan adflin shauki, bront palarae serta zain saidin menjejak kaki di bumi gaza

Nama2 seperti adflin shauki, bront palarae (nasrul suhaimin bin saifuddin), zain zaidin, heliza helmi, maulana, farah adeeba sudah tidak asing lagi kerana mereka sanggup mengambil risiko pergi ke gaza menghulurkan bantuan selepas perang kepada warga palestin

Malahan ramai artis2 kesayangan seperti irma hasmie, yatt hamzah, zizan, johan, nabil dll memberi sokongan moral tidak berbelah bagi menjayakan program kutipan tabung untuk palestin

Facebook, fanfage, instagram, blog yang dulunya diisi dengan cerita & berita aktiviti kesenian – kini sudah semakin berubah kepada perkongsian maklumat tentang penderitaan, cita2 serta perjuangan rakyat palestin untuk membebaskan al-aqsa

Jika dulunya mereka sering menerima jemputan untuk menghiburkan peminat dengan nyanyian serta lawak-jenaka, maka kini diari harian mereka bertambah sebuk bagi memenuhi undangan ke forum, ceramah, talkshow, wawancara radio/tv berkongsi pengalaman pengembaraan ke bumi gaza


Doa dari gaza - semoga tanah waqaf yang sangat berkat ini menjadi saksi bukan saja kesatuan aqidah serta kerjasama erat dua bangsa yang berbeza dari bumi yg saling berjauhan, malahan yang terlalu penting ialah kesatuan hati2 warga dari sekelompok manusia yang tinggal dihujung dunia - yang kini sedang berdepan dengan bahana sihir demokrasi yang sangat memecah-belahkan mereka semua. (p/s - ustaz nasharudin mat isa merupakan direktor kepada yayasan al quds malaysia)


Saya kira kemuncak kepada semua itu adalah lawatan pemimpin negara ke gaza baru2 ini
Inilah berita gembira yang Tuhan kirimkan kepada ummat Islam bersempena dengan Maulidul Rasul Jan 2013 / 1434 hijrah yang lalu - kesampingkan isu2 politik berkiblatkan sihir demokrasi
Kita lihat misi lawatan ini lebih kepada fokus untuk menyatakan sokongan padu & lebih terbuka dari warga semenanjung emas kepada saudara-mara 'tanah-air' kita yang lagi satu ditimur tengah ini

Maka kita mula mengenali siapa ismail haneeya, khaled mashal, ahmad morsi…
Kita juga mula mencari2 siapakah syeikh ahmad yassin, abdel aziz al rantissi….

Dari situ kita mula menelusuri siapakah pula brigade al qassam yang sebenarnya sgt dibenci serta amat digeruni oleh zionis israel. zionis/jesuits sedang berperang dengan sekumpulan manusia yang sgt mencintai syahid....apa kes???  jadi, anak2 muda pemburu syahid inilah yang telah dilabel sebagai pengganas (terrorist) oleh dunia barat.  orang ramai yg telah diracuni pemikiran mereka juga terikut2 serta tidak faham mengapa bridage al qassam-hamas ini tetap terus bertahan mempertahankan gaza. kes ini menjadi bertambah 'parah' apabila ada lagi sekelompok manusia yg bukan sebangsa berasal dari tanah yg jauh begitu 'taksub' membantu anak2 muda 'pengganas' ini tanpa henti..malahan 'ada hati' pula mahu menjadi sebahagian drpd kumpulan 'militan' ini berjuang membebaskan bumi palestin dr cengkaman israel

Dan dari gaza kita kembali semula ketanah air tercinta lalu mula memberi perhatian kepada kelompok bangsa sendiri yang tidak pernah jemu apatah lagi berputus asa membantu saudara2 di gaza melalui ngo2 mereka seperti aqsa-syarif, islamic relief malaysia, aman palestin, yayasan al quds, viva palestina, aman malaysia…..dll
Juga diantara mereka , kita mula mengenali prof madya dr hafidzi mohd noor (pengerusi aqsa-syarif), ir zairulshahfudin zainal abidin (pengerusi islamic relief malaysia)…..dll


Ammu Afdhalin bersama anak2 kesayanganya di gaza


Kemenangan Islam itu semakin hampir tiba................maka penguasaan zionis/jesuits keatas dunia pula semakin menghampiri tarikh-luput (expiry-date)

Bila Tuhan sudah mula membuka hijab kemenangan islam …maka berlakulah apa yang sedang berlaku kini…
Siapa sangka adflin shauki yang dikenali sebagai penyanyi, pelakon, pelawak serta pengarah tersohor itu menjadi asbab kepada tersebarnya berita2 penting dari gaza
‘budak gumuk’ itulah juga yg telah membuka minda saya untuk lebih prihatin kepada isu gaza-palestin-al aqsa..haha..mekacih ‘budak gumuk’ …..!!

Kepetahan, bakat, kejujuran, kesungguhan, kepandaian ‘budak gumuk’ dlm bidang lakonan, lawak-jenaka, menyanyi serta pengarahan itu telah berjaya berkongsi  cerita dan berita sebenar dari gaza melalui perspektif yang  berbeza – yang ingin didengar serta menjadi inspirasi kepada orang kebanyakan seperti saya

Lalu apakah kaitan semua yang terjadi di gaza dengan klu hubungan akrab pemerintah mesir kuno dengan warga nusantara purba…??


Berita gembira dari Gaza

Mungkin cerita2 serta berita2 dari gaza yang dikongsikan oleh mereka yang telah sampai kesana dapat memberi jawapan kepada klu tersebut:

**Dr zainur rasyid (penasihat aman palestin) telah ditanyai oleh seorang ahli brigade al qassam tentang negara asal beliau:
Al qassam: saudara berasal dari mana?
Dr zainur: saya dari malaysia
Al qassam: maka palestin ini  adalah tanah air kamu juga
Dr zainur: - terkedu-

**Rakan adflin bertanya kepada perdana menteri ismail haneeya proses utk menjadi warga palestin
Beliau bercadang mahu menetap di palestin setelah semua urusan bisnesnya selesai di malaysia
Lalu ismail berkata bahawa palestin adalah tanah air untuk semua orang islam, tiada sebarang dokumentasi diperlukan, datanglah ke palestin dan tinggallah di sini. Dan rakan adflin itu juga terkedu dengan penjelasan itu

**Seorang brigade al qassam ditemubual tentang misi dan visi perjuangan mereka
Jawapan yang diberikan ialah –“ kami disini bertugas untuk mempertahankan tanah waqaf orang islam dari dirampas oleh rejim zionis israel, kami bukan pengganas yang sesuka hati menembak manusia atau sukakan peperangan. Tetapi kami berjuang membela tanah waqaf ini demi kedaulatan agama islam untuk kepentingan ummat islam”


Sumbangan beg sekolah kepada kanak2 palestin hasil usaha aqsa-syarif


**Dr hafidzi mengingatkan kepada adflin bahawa sumbangan yang kita berikan kepada tabung palestin itu bukanlah derma, tetapi lebih kepada sokongan kepada warga palestin yang masih sanggup tinggal dibumi tanah waqaf ummat islam dari dicerobohi oleh israel. Kita sebenarnya yang berhutang kepada warga palestin diatas pengorbanan mereka selama ini

**Sesiapa yang pertama kali menjejakkan kaki di bumi gaza, pastinya akan terasa seperti ‘balik kampung’ serta berjumpa dengan ‘saudara-mara’ yang sudah lama tidak ketemu
Bukan sahaja kerana sekian banyaknya bendera malaysia yang kelihatan dimerata tempat, malah warga palestin itu sendiri terlalu amat menghargai serta meraikan kedatangan kita kesana

**Tidak keterlaluan juga  jika dikatakan bahawa warga gaza-palestin itu lebih mengenali negara malaysia serta terlalu amat sayangkan malaysia serta berbangga dengan pencapaian negara yang terletak dihujung dunia ini daripada sebagaian anak bangsa malaysia sendiri (yang sentiasa diprovokasi untuk lemah jati diri serta hilang maruah dan harga diri)


Anak2 muda brigade al qassam. Tidak mustahil jika ada diantara mereka yang berasal dari nusantara.


**Brigade al qassam itu akan bersungguh2 menjaga keselamatan para ngo yang datang melawat gaza kerana faham bahawa peranan ngo2 itu adalah lebih besar dan lebih  berharga dari nyawa mereka sendiri
Sedangkan para brigade al qassam itu sudah ‘menjual’ diri mereka kepada Tuhan untuk menerima panggilan syahid pada bila2 masa, anak2 muda penchinta syahid itu sedar bahawa ngo2 itu menjadi agen penting utk menyampaikan maklumat serta berita tentang gaza kedunia luar kepada seberapa ramai ummat agar kekejaman zionis itu dpt dihentikan dengan segera

 **Setiap kali para ngo mahu kembali kenegara asal setelah misi bantuan kemanusiaan selesai, maka warga palestin pasti akan mengucapkan dengan penuh yakin “semoga kita bertemu kembali dan dapat mengerjakan solat berjemaah di masjidil aqsa tidak berapa lama lagi”. Mereka amat yakin bahawa kemusnahan rejim kejam zionis israel itu semakin hampir, lalu palestin tanah waqaf lagi berkat ini dapat dikembalikan semula kepada yang empunya haq


Kilang pemproses susu lembu di gaza hasil usaha oleh aqsa-syarif


**Setiap kali berlakunya serangan israel keatas palestin, maka kita perlu ingat bahawa diwaktu itulah juga mereka telah merosakkan dan meruntuhkan segala infrastruktur di bumi gaza yang dibangunkan sebelumnya hasil dari sokongan kewangan dari dunia luar (termasuk oleh ngo serta rakyat malaysia)
Maka disetiap kali itu jugalah  sekelompok manusia berkulit sawo-matang, hidung-pesek, tak tinggi – tak rendah orangnya, sederhana peribadinya, ikal rambutnya itu tidak akan pernah jemu membantu saudara jauh mereka yang tinggal di  ‘satu lagi tanah-air’ mereka

**Satu perkara yang perlu kita ketahui ialah para aktivis ngo yang pergi ke gaza itu membiayai sendiri kos perjalanan mereka. semua sumbangan orang ramai ke tabung gaza-palestin disalurkan terus kepada rakyat palestin bagi membangunkan pelbagai projek disana. audit akan dilakukan dari masa ke semasa oleh pemegang amanah bagi memantau perkembangan aktiviti yang dijalankan


Kilang roti di gaza hasil usaha oleh aqsa-syarif


Malaysia-Gaza-Palestin-AlAqsa VS MesirPurba-NusantaraPurba

Kesungguhan  warga malaysia membantu warga  gaza-palestin-al aqsa mungkin adalah kesinambungan dari hubungan diplomatik yang  sudah terjalin sejak ribuan tahun dahulu,  dari zaman raja matahari - benua Mu,  raja perahu-permaisuri hati- tanah punt – tanah nenek moyang dengan pemerintah mesir purba dari timur tengah

Walaupun berlainan bangsa, bahasa dan budaya, namun dengan aqidah yang sama, kedua2 warga ini nampak seperti ‘adik-beradik’ yang sudah sekian lama terpisah dan kini bertemu kembali di ‘tanah air’ milik mereka bersama


Perkongsian Gaza
Terima kasih MO & Cikgu Srikandi.......