Sunday 10 February 2013

Backdoor Trigger



Direct Psychological Attack
Bangsa Malayu adalah bangsa yang malas dan bodoh
Bangsa Malayu tiada tamadun, buat sebatang jarum pun tidak tahu

                                 Versus

Backdoor Trigger
Islam itu AKAN bangkit untuk kali kedua dari timur 
Bangsa Malayu AKAN memimpin dunia diakhir zaman 

Nota: backdoor trigger - pinjam kata-kunci ini drpd cikgu srikandi


Direct Psychological Attack – kata2 yg dilemparkan terus kepada diri kita dengan niat menjatuhkan air-muka, semangat, maruah, harga diri serta jati diri bangsa ini

~Bangsa Malayu adalah bangsa yang malas dan bodoh
~Bangsa Malayu tiada tamadun, buat sebatang jarum pun tidak tahu

Saya pun tidak pasti siapa dan dari mana kata2 sihir itu datang
Tetapi kata2 sihir itu telah meniti dari bibir ke bibir sejak sekian lama dlm masyarakat kita

Diantara percaya dengan tidak, kita pun  menelan kata2 sihir tersebut secara paksa-rela dengan minda yang terpinga2....."okay...okay....betullah semua tu.....!!!"

Nak kata ia tidak benar, ada juga kebenarannya terutama bila bangsa kita SENTIASA dibandingkan dengan kerajinan bangsa yang satu lagi yang rata2 hidup dibandar2 besar, penuh dengan segala  prasarana asas yg memudahkan mereka menjalani kehidupan seharian serta mengejar kemajuan (material)



Nak kata ia tak betul pun boleh juga, sebab melihatkan kesungguhan & ketekunan ibu-ayah, datuk-nenek, saudara-mara sekampung bekerja membanting tulang, memerah keringat siang dan malam, membuka hutan-belukar, semak-samun, mencangkul parit dan ban hingga akhirnya mereka berjaya bercucuk-tanam koko, kelapa, getah, kelapa sawit, menternak lembu-kambing-ayam-kerbau-itik, menanam jagung-sayuran dan semua serta segalanya – secara kolektif – gotong-royong, muafakat-mesyuarat.........mereka semua tu bekerja-berusaha dengan penuh rajin & gigih belaka…!!!! membela nasib keluarga-isteri-anak-pinak, menghantar mereka kesekolah-madrasah, berkorban harta-benda demi memajukan diri & masyarakat agar generasi seterusnya dpt hidup dengan lebih baik lagi

Lalu dimana kebenarannya bahawa bangsa ku ini malas dan bodoh…??? 

Bila disingkap tabir anak2 malayu satu-persatu, ramai rupa2nya yang bijak2 belaka dan menjadi pakar dlm pelbagai bidang professional. 
Bukan saja sebatang jarum, malahan pelbagai teknologi dicipta hasil dari kepakaran anak2 kita

Namun kata2 sihir ini tetap juga mengekori kita dari segenap penjuru kehidupan seumpana saka keturunan yg diwarisi secara paksa-rela atau tanpa diketahui oleh seseorang itu

Setiap perkara yg kita lakukan (material) pastinya AKAN SENTIASA dibandingkan dengan pencapaian bangsa2 imigran yg dibawa masuk serta diberi taraf warga-negara oleh british dahulu


Namun sejak dari tahun2 1970an, ada pula suara2 halus-tulus-mulus yang menendang2 cuping telinga kita, sehingga menjadikan dahi kita berkerut seribu, mata pun rabun2 dan mamai, suara2 selamba tetapi berani & tegas memberi seakan Backdoor Trigger kepada jiwa2 malayu yang nampak semakin layu kerana asyik sangat dibandingkan segala dan semuannya dengan kehebatan bangsa2 imigran tadi

Apakah kata2 keramat itu…???

Backdoor Trigger – indirect brainwash to the corrupted & spoiled mind and soul

~Islam itu AKAN bangkit untuk kali kedua dari timur (nusantara – malaysia)

~Bangsa Malayu AKAN memimpin dunia diakhir zaman (bangsa malayu disenangi dan mudah diterima oleh bangsa2 lain, sering menjadi pendamai kepada pihak2 yg bertelagah diperingkat asia-tenggara mahupun dunia)

Mahu percaya…??
Silalah percaya dan ambil manfaat darinya
Ia bukan kata2 poyo

Tidak mahu percaya, lantas mengabaikannya dan meneruskan kehidupan seharian seperti sedia-kala dlm zon-selesa…??
Janganlah begitu kawan….!!

Ambil, pegang, hayati dan perjuangkan kata2 keramat ini kerana Allah dan RasulNya
Tuhan berikan peluang-ruang-masa kepada sebuah bangsa yang selama ini dilabel sbg malas, bodoh dan buat sebatang jarum pun tidak tahu bagi memperbaiki dirinya, memajukan dirinya, menyiapkan dirinya utk menjadi contoh dan ikutan, tempat rujuk bahkan ketua kepada bangsa2 lain didunia



Kita rasa tidak layak..???

Yup…sememangnya dengan segala dosa, kekurangan, lemah-longlai-mamai yg sedang kita hadapi kini, kita sejujurnya tidak layak langsung utk memimpin dunia

Tetapi kita ada Tuhan bukan..??
Kita juga ada Nabi bukan…??


Tuhan Yang Maha Agung -  memudahkan perkara yang payah, meringankan perkara yang berat, mendekatkan perkara yang jauh….sebagaimana doa dlm solat sunat dhuha yang amat berkat itu

Nabi Muhammad SAW yang roh Baginda itu sentiasa aktif menemani kita diakhir zaman, Nabi yang sentiasa menjawab salam kita, Nabi yang sering mendoakan kita malahan Nabi yang boleh saja memberi syafaat bila mana kita mengikuti amalan2 yg disuruh agama

Marilah kita jadikan backdoor tigger ini sebagai penguat semangat serta kata2 hikmat yang boleh kita pegang sebagai motivasi bagi merubah keadaan minda-tenaga-jiwa kepada keadaan yang lebih baik didunia hingga ke akhirat

Kita sama2 berdoa dengan sungguh2 kehadrat Tuhan agar:
~Minda-jiwa yang sekular dpt segera sedar-insaf-kembali ke jalan yg diredhaiNya
~Minda-jiwa yang sudah islamik dpt segera menyuburkan rasa-tenaga kasih-sayang kepada sesama saudara seagama
~Minda-jiwa yang sudah jauh terpesong dengan isme2 liberal dpt segera kembali kepangkal jalan, menjadi manusia yg normal mengikut acuan fitrah kejadian insan

Tiada apa yang lebih membahagiakan selain drpd melihat bangsaku ini saling berkasih-sayang sesama mereka, tidak lagi tertipu dengan segala sihir demokrasi yang amat memecah-belahkan ummat.

"saya sayang Pak Mie..................semoga semua rakyat malaysia pun saling berkasih-sayang dan hormat-menghormati ya Pak Mie....."




"mekacih Pak Mie kerana menjaga saya selama ini..........bagi saya makan-minum, ubati saya bila sakit, dpt bermain dgn kawan2 dan dpt tidur lena di malam hari.....semoga Tuhan balas budi-baik Pak Mie & Mak Intan dgn syurgaNya diakhirat sana....."


Nota: sebagai seorang musim dewasa, sudah tentu Pak Mie & Mak Intan arif tengtang hukum-hakam bersuci dlm syariat Islam. Dengan adanya sungai yg terletak berdekatan dengan tempat pemeliharaan ini, mudah bagi mereka utk bersamak serta menyucikan diri