Wednesday 31 October 2012

Ulangkaji ATBM - 13




Assalamualaikum Cikgu Srikandi....

Cikgu Sri, izinkan saya ulangkaji pelajaran ATBM ye..

Saya kopi-pasta nota2 penting dari lecture maya Cikgu ye....


 Friday, August 13, 2010
Bingkisan dari Phnom Penh

##CATATAN CIKGU SRIKANDI

Menikmati waktu senja sambil melihat bayangan menara-menara Angkor Wat begitu mengasyikkan.Saya seakan-akan melihat para jurutera Melayu dan Khmer sedang berbincang di satu sudut untuk merencanakan pelan pembinaan Angkor Wat.Sebagaimana para ahli arkeologi Indonesia dan Kemboja,saya juga dapat merasakan ada kaitan misteri antara Borobudur dan Angkor Wat.Apabila saya membaca dan mempelajari bayangan keturunan Srivijaya (tradisi Khmer menyebutnya sebagai 'Melayu') dalam salasilah istana Angkor,saya baru menyedari tangan-tangan misteri yang membina Borobudur adalah tangan yang sama mewarnai Angkor Wat!

Sebenarnya untuk membicarakan tentang tamadun Melayu,kita kena ingat DUA PERKARA PENTING INI:
1-Tamadun Melayu bukan bermula dari Kerajaan Melaka
2-Tamadun Melayu bukan bermula semata-mata apabila orang Melayu menerima Islam

 Tarian Makyong

Dan perlu diingat,sesungguhnya orang Thai/Siam telah mencedok bahasa dan budaya Mon-Khmer serta Melayu Segenting Kra selama berabad lamanya dan ini dipersetujui sebulat suara oleh pakar sejarah Kemboja (Khmer) dan Thailand sendiri

Saya ingin beritahu satu rahsia.Jika ingin tahu sejarah Kedah,anda mesti belajar sejarah orang Mon.Ada benang-benang merah antara orang Melayu Kedah dengan orang Mon.Terutamanya lenggok bahasa mereka.Ini terjadi selama beratus-ratus tahun malah mungkin beribu tahun.Untuk tahu lebih lanjut,anda kena tahu lebih tentang ilmu linguistik dan sejarah,dan anda akan nampak rahsia antara orang Mon dan Melayu Kedah.Sebagaimana untuk memahami orang Kelantan,anda kena tahu sejarah Langkasuka dan Champa.Dan 'surprise'...jika anda mahu memahami sejarah orang Jawa,anda kena kaji sejarah negeri Kelantan.



Sebenarnya pertanyaan2 tentang kenapa dan mengapa negeri2 melayu di semenanjung ini mempunyai dialek yang berbeza2 telah megetuk2 batu jemala saya untuk membaca semula siri ATBM
Cikgu Srikandi sudah pasti akan berkata bahawa  dia sudah menuliskan penerangan yang panjang lebar dalam siri ATBM dan hanya rajin tak rajin je nak buat ulangkaji

“Jangan malas membaca sejarah diri sendiri…………….!!!! Penat saya keliling dunia demi nak mencari kebenaran sejarah mala-yu, sampai tebal muka saya berhadapan dengan Pong dan Nari yang amat berbangga dengan sejarah negara masing2……….”

“Pong itu akhirnya mengaku bahawa bangsa khom ciptaan mereka itu sebenarnya adalah orang mala-yu…..”

“Begitu juga dengan nari, akhirnya dia juga terpaksa mengaku bahawa mera, puteri yang menurunkan bangsa khmer itu juga berdarah malayu………………”

Begitulah agaknya omelan  cikgu srikandi bila dia  dah naik marah…..sowi arr….wokay….wa baca lagi lor….


Isu dialek ini timbul bila saya terpaksa berhadapan dengan dua orang rakan sejawat yang berasal dari kedah dan kelantan

Si kelantan tu memang mengaku lidahnya itu sudah kaku untuk  berdialek selain kelantan
Sampai ke akhirnya pun dia tetap akan berdialek kelantan….kecek omputih pon slang kelate jugok….

Si kedah pula asyik dengan loghat kedahnya dan pasti akan berdialek kedah sampai bila2

Lembah Bujang

Dan si perak ini pun bersumpah bahawa dia tidak akan bercakap menggunakan dialek kedah mahupun dialek kelantan sampai bila2………………sebab saya tak tahu nak ikut/ajuk loghat kedah maupun kelantan……huhuhu (sebenarnya saya tak berminat…..tak tahu kenapa…………..)
Cakap melayu slang cina saya pandailah sampai orang ingat saya cina asli
Tapi bila diajak berbahasa cina…………..saya cepat2  angkat dua  tangan dan mengaku bahawa saya ni melayu…sebab saya pun tak lah reti cakap cina

OK…sekarang saya sudah faham sikit cikguuuuuuuuuuuuu……………….mengapa loghat kedah dan loghat kelantan itu berbeza



Terima kasih MO & Cikgu Srikandi.......

Tuesday 30 October 2012

Ulangkaji ATBM - 12




Assalamualaikum Cikgu Srikandi....

Cikgu Sri, izinkan saya ulangkaji pelajaran ATBM ye..

Saya kopi-pasta nota2 penting dari lecture maya Cikgu ye....

Friday, August 13, 2010
Catatan Srikandi dari Guadalajara


##CATATAN CIKGU SRIKANDI

Diari Lodgekeeper - pada muka surat ke 37,perenggan ke 5 di bawah tajuk 'The Realm of Mystic Flower' ada mencatatkan:

"...tiga kerajaan bangsa bunga-bungaan,Teratai di kiri,Kembuja di tengah dan Champaka di kanan..."

Diari Lodgekeeper  - pada muka surat 47 di bawah tajuk 'The Bloodline of The Kings of Sacred Mountain ':

"Mereka berasal dari satu bangsa misteri yang pernah menerima utusan Mesir Purba pada masa dahulu.Mereka inilah asal-usul gelaran 'Pharaoh' yang merupakan sebutan versi Mesir Purba kepada 'Perahu' yang tercatat nama Raja Mala ini pada ukiran di Kuil Hatshepsut di Luxor.Samala dan Vimala adalah satu garis keturunan dari Ketolamala berasal dari kelas pemerintahan Mala-YU purba di Ligor,Negara Sri Darmaraja yang maju dan berjaya"


Bunga yang harum semerbak
Bunga kemboja – orang kemboja – sinonim dengan bunga kuburan – tapi sekarang bunga kemboja yang berwarna-warni sudah menghiasi bandar2 besar seperti keyel
Bunga cempaka – orang champa- sinonim dengan minyak rambut orang2 zaman dahulu, minyak kelapa dicampur dengan bunga cempaka menjadi sangat harum aromanya
Bunga teratai – orang mon….?? orang melayu………?? Orang pyu……….??
Bunga melati – orang melayu…………?? – bunganya kecil molek berwarna putih mulus tulus dan sangat wangi, selalu dipakai oleh orang perempuan india untuk menghiasi rambut mereka yang panjang dan ikal

Bunga kemboja – baulu kemboja sebab bentuknya yang berlekuk2 seumpama sekuntum bunga, tak sama macam baulu biasa yang kecil dan gumuk, atau baulu ikan yang berbentuk ikan
Siam – beras siam, mempelam siam, kucing siam,kembar siam
Cikgu srikandi …..kalau kembar tu bercamtun…..kenapa dipanggil kembar siam……………??
Siam ni sebenarnya berkembar dengan siapa ………….??

Bunga teratai…………..sinonim dengan agama budha di malaysia…….kalau ada pelekat kereta bunga teratai………..biasanya dia adalah penganut budha………….biasanya bangsa cina dan juga thai

Bunga orang malayu ialah bunga mala-ti (melati)…??
Hahaha……….semua pun hendak di “mala” kan……
Mari kita klaim gunung himalaya sebagai gunung orang2 mala-yu kerana nama gunung itu sinonim dengan nama mala-yu – hi-MALA-ya…………hehehe


Semuanya adalah gelaran semata-mata
Gelaran à Pharaoh – firaun – preah – phra – phrahu – perahu – sampan
Hubungan mesir purba dengan empayar mala-yu purba

Raja perahu – perahu di tanah melayu
Menam choa phraya – phraya di thailand (indocina)
Preah Vihear – preah di kemboja (indocina)
Tetapi seperti kata2 pong (rakan thailand) cikgu srikandi – satu fakta yang terpaksa dterima ialah pembina preah vihear adalah berdarah melayu

Seperti juga gelaran à maatheru – matahari – sun of the day
Hubungan mesir purba kuno dengan empayar mala-yu kuno


Pengaruh darah mala-yu di indocina sinonim dengan pengaruh keturunan Nabi di nusantara
Saya tidak bermaksud untuk membandingkan/menyamakan keturunan Nabi dengan orang mala-yu
Maksud saya ialah dengan kedatangan islam ke nusantara, kita tidak dapat lari dari bergaul dengan orang2 timur tengah – arab, turki, parsi dll. Dan sudah pasti berlaku perkahwinan campur diantara dua bangsa utama ini.

Begitu juga kita sering menghormati tokoh2 agama dari negara padang pasir itu dan mengenang mereka dalam nukilan2 & makalah2  yang ditulis dalam bahasa melayu
Memandangkan kita bertuhankan Allah, maka segala puji2an selayaknya hanya kepada Dia sahaja
Dan orang2 alim atau yang paling alim diantara mereka seperti 7 wali melayu serta wali songo amat disegani dari segi ketokohan serta kuatnya iman mereka kepada Tuhan dan RasulNya
Sebab itu setelah era islam, ramai pula orang mala-yu yang bermuka arab hasil dari kahwin-campur dan sudah semestinya sistem nama kita berubah mengikut syariat islam- menggunakan bin dan binti.

Sesungguhnya pengaruh para sahabat Nabi itu sangat besar dalam masyarakat melayu sehingga kita begitu mengingati Sheik Abdul KadirJailani Al Kubra sebagai wali besar di sebelah sini
Mereka juga datang bukan dengan peperangan, mereka datang dengan kasih-sayang membawa peribadi serta akhlak yang sangat mulia
Warisan mereka banyak bertebaran di seluruh pelusuk tanah air dalam bentuk madrasah2, pusat2 pengajian serta sekolah pondok

Dan dengan islamnya warga nusantara, maka tulisan rencong itu diasimilasikan dengan huruf arab lalu menjadi tulisan jawi
Cantiknya tulisan jawi ialah ia merupakan abjad2 arab bercampur abjad rencong dan digunakan untuk menulis bahasa melayu…………..amazing………!!

Yup….darah padang pasir sudah meresap dan bercampur dengan darah mala-yu
Pendakwah timur tengah datang sebagai guru2 agama dan pedagang juga sebagai orang besar, jadi tidak hairan jika mereka bercampur pula dengan golongan bangsawan melayu juga pemerintah dan raja2  melayu


Raja yang segak bergaya, baik dan banyak jasa
Berbalik kepada darah mala-yu di dalam istana raja2 indocina (sebagaimana darah keturunan nabi di dalam istana sultan2 melayu), maka seperti catatan cikgu srikandi, orang mala-yu membina empayar berdasarkan hemogeni perdagangan dan prestij (bahasa dan budaya)
Raja2 mala-yu mendatangi negara-kota2 indocina dengansegak dan bergaya membawa bersama teknologi, ilmu dan kepakaran lalu diterima masyarakat tempatan.

 Raja2 bersama rakyat membina tamadun, kekuatan serta kemakmuran  ditempat masing2. Jadi tidak hairan bila rakyat tempatan sayang dan mengenang raja2 mereka itu walaupun berdarah mala-yu memandangkan raja mereka baik, berpengetahuan, berkarisma dan berjasa dalam menjaga serta membela rakyat setempat. Maka tidak hairan jugalah  bila rakyat menukilkan puisi serta puji2an sebagai penghormatan kepada raja mereka  diatas prasasti2 serta mengukir raja2  mereka yang segak & tampan itu di tembok2 kota.


Gua-pokok-babi hutan-cawat
Bukankah orang mala-yu itu amat segak tampan bergaya serta ayu manis  menawan sedari dulu lagi…………???
Atau kita masih mahu percaya bahawa orang mala-yu (termasuk raja2nya) itu tinggal di dalam gua dan diatas pokok serta bercawat sahaja dan buat jarum pun tak reti…………??
Cawat itu pula hanyalah dari tempekan dari daun2 hutan atau kulit2 kayu sahaja…..tapi sekurang2nya taklah bolen sahaja kan??…masih kreatif dan  ada rasa malu untuk melindungi kehormatan diri

Tak reti buat jarum tu bermaksud kita tak pakai cawat kain tau……………!!
Kain pun tak jumpa………….benar2 pakai daun dan kulit kayu sebagai cawat
Kalau pakai cawat kain….kita kena cipta jarum untuk menjahit kain tu……
Dah ada kain dan jarum….watpe pakai cawat lagi….ciptalah pakaian yang lebih sempurna
Pakai cawat tu pula bermaksud tutup bahagian yang ‘itu’ sahaja tau………………!!
Kalau yang perempuan…..hhmmmm………..

Duduk dalam gua atau di atas pokok…………pakai cawat dan buat jarum pun tak reti………….
wwwwwwwwwwwwaaaaaaaaaaaaaaaaaa…!!!!!!!!!………..itu memang sihir yang paling ngam untuk reverse psikologi generasi dari bangsa yang mempunyai tamadun tinggi serta disegani kawan dan lawan…….
wwaaaaaaaaaa……!!!………hang tuah you tau kaa…..itu macam dia orang sudah sihir sama kami woooo……….!!!! You tak kesian ke dengan kami semua……………????

Kita pula  hanya bisa melukis gambar babi hutan didinding2 gua manakala  angkor wat serta borobodur itu telah dibina oleh alien yang datang dari planet zargus  ( ini planet cikgu srikandi………..hehehe)

Anda bebas memilih
Pilih  mana satu yang  anda suka……………….no hal punya….
1)orang mala-yu itu memang bertamadun dan mampu membina struktur segah angkor & borobodur……………
2)atau orang mala-yu tu duduk di dalam gua atau diatas pokok, pakai cawat dan buat jarum pun tak reti………..dan hanya pandai  lukis gambar babi hutan

Luangkanlah masa melawat muzium, atau para pengumpul barang antik atau berjumpa tukang2 tenun, pakar2 tekad juga tukang2 seni warisan melayu……lihat dengan penuh teliti bukan saja kecantikan bahkan kehalusan, ketelitian & eksotiknya tekad benang emas, songket, batik dan  juga persalinan raja2 dan permaisuri serta rakyat jelata dari dahulu kala.
Juga hayati struktur binaan rumah2 melayu lama, kenderaan air melayu – perahu, sampan, bot, bahtera
Dari dahulu kala bermaksud sejak ribuan tahun dahulu bila Tuhan taqdirkan hadirnya bangsa mala-yu di muka bumi ini.


Terima kasih MO & Cikgu Srikandi.......

Monday 29 October 2012

Ulangkaji ATBM - 11




Assalamualaikum Cikgu Srikandi....

Cikgu Sri, izinkan saya ulangkaji pelajaran ATBM ye..

Saya kopi-pasta nota2 penting dari lecture maya Cikgu ye....


Friday, October 21, 2011
Catatan Srikandi VIII
"A guy from Kementerian"

##-CATATAN CIKGU SRIKANDI

Masih teringat kata-katanya,
~”Tapak warisan yang amat berharga seperti ini kebanyakan telah musnah kerana pembangunan.
~Kesan-kesan sejarah Malay city-states di sepanjang pesisir pantai majoritinya terhapus disebabkan pembinaan pelabuhan baru oleh British atau sultan-sultan terkemudian.
~Apa yang kita harapkan sekarang ialah kesan kota-kota yang tersembunyi di pedalaman.
~Catatan Hugh Clifford tentang laporan pegawainya tentang kota misteri di Lembah Bama menunjukkan ada sesuatu rahsia besar yang disembunyikan oleh pihak British.
~Apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah melobi kerajaan untuk lebih peka mencari jejak city-states Melayu ini,dan memuliharanya.
~Para pengkaji Srivijaya dari Thailand amat cergas menggali kota-kota purba Melayu di Satun dan Ranong.
~Pakar dari Belanda dan Perancis sudah banyak kali menerbitkan jurnal tentang Tambralinga dan Srivijaya dan berminat untuk mencari kota ke-12 Sri Dharmaraja yang hilang itu, Kota Gelanggi.
~Srikandi...saya amat tertarik dengan fakta bahawa raja-raja berdarah Melayu pernah memerintah Angkor.
~Raja-raja ini tentu tahu bagaimana untuk membuatkan hubungan dengan Malay city-states yang bertaburan di sekitar empayar Khmernya..."

~Saya teringatkan catatan askar British yang menulis sepucuk surat kepada Gabenor India tentang situasi pihak British yang membedil kota Melaka setelah berjaya mendapatkannya dari Belanda.
~Mereka meratakan kesan-kesan kota Melaka dengan membedilnya menggunakan meriam.
~Anehnya,mereka meninggalkan hanya pintu gerbang A Famosa sahaja.

~'A guy from kementerian' inilah yang menyarankan saya tidak memberitahu lebih tentang 'Matahari'.
~Dan dia pernah berkata pada 2 tahun lepas tentang kemungkinan kerajaan ingin merombak subjek sejarah.
~Dan kisah selepas itu benar-benar memotivasikan. Banyak cadangan saya menjadi realiti pada hari ini.
~Saya fikir lelaki itu adalah psy-ops dalam kerajaan.


Mari kita lihat perbezaannya…..
Para sahabat Nabi yang berjaya ke mesir tidak merobohkan binaan piramid yang menjadi warisan sejarah dari zaman dahulu kala
Tetapi british yang terlalu emosi dan skeptikal itu tergesa2 membedil, meroboh serta meratakan kesan kota melaka....lalu hilanglah kota melaka yang gah dari mata dunia tinggalan sejarah dari kesultanan melaka yang islam itu
Sengaja dibiarkan pintu gerbang yang satu itu lalu diklaim bahawa bekas pintu gerbang kota melaka itu dibina oleh portugis
Portugis sempat membina kota dan pintu gerbang di tanah melayu kah..???


British mengekploitasi hasil bumi tanah melayu untuk membangunkan britain

Apakah binaan tinggalan sejarah yang telah dibina oleh bangsa yang cuba menakluki tanah melayu….??
Tiada bukan….??

Oh…ada….
Mereka ada meninggalkan sejumlah tasik2 bekas lombong bijih timah di merata tempat di perak…lombong2 ini sepatutnya dibawah jagaan long jaafar dan sekutunya….

Ntah camna yap ah loy lah pulak yang dapat nama sebagai pembuka lombong dikuala lumpur….
Untungnya yap ah loy yang telah belayar beribu2 batu dari tanah besar cina dan dikenang sebagai orang penting di tanah melayu ini…..sebab orang melayu tak tahu melombong maa….ye lah tu….
Jadi tok-nenek- onyang yap ah loy lah yang telah mengusahakan pusat peleburan besi purba  di sungai batu tu ya….???

Mereka ada meninggalkan sebuah bandar lama dari aktiviti perlombongan besi di pahang
Pernah dengar lombong emas terdalam di dunia sejauh 7 km yang terletak di pahang juga…??
Mereka meninggalkan sejumlah ladang2  teh, getah dan kelapa sawit beribu2 ekar di seluruh tanah semenanjung
è untuk apa??  kerana mereka amat memerlukan dana yang banyak bagi membangunkan british yang baru tamat berperang diwaktu itu
è kita kaya kan sebenarnya…..??

Lombong bijih timah

British meninggalkan sekian banyak proksi untuk mengganggu-gugat islam di timur

Mereka meninggalkan sejumlah banyaknya lodge2 freemason di bandar2 strategik di seluruh tanah melayu
Mereka meninggalkan sejumlah besar sekolah2 missionari serta gereja2 di banyak tempat di seluruh semenanjung
è untuk apa?? Kerana mereka telah ketinggalan dari segi masa dalam bersaing dengan para sahabat Nabi yang telah mengembangkan ajaran islam ke timur mendahului zionis dan jesuits
è mereka tetap mahu meneruskan agenda zinonis dan jesuits bagi melambatkan kebangkitan islam dari timur walaupun tahu dan faham bahawa ia merupakan satu tugas yang sulit dan besar
è islam bertapak di nusantara melalui sentuhan para sahabat Nabi serta para ahli keluarga baginda
è Nabi sendiri yang menjamin bahawa islam itu akan berkembangmekar di sebelah timur, namun itu tidak mematahkan semangat zionis dan jesuits – jika tidak dapat menidakkan jaminan Nabi, berjaya melambat2kan perkembangan islam itu sudah cukup berjaya bagi mereka

Mereka meninggalkan budaya kuning dan sekular di minda anak2 warga nusantara
Mereka meninggalkan sihir demokrasi bagi menyuburkan lagi phd warga tanah melayu supaya terus-terusan bergaduh secara sia-sia………hahaha
è tidak dapat menakluk negara serta menghapuskan raktyatnya, dapat menjajah fikiran dan jiwa pun sudah cukup untuk mengawal  tanah melayu dari jauh secara berterusan

Seorang guru besar malayu (islam) di sebuah sekolah missionari
Saya teringat seorang bekas guru besar sebuah sekolah missionari
Sebelum beliau menjadi guru besar di sekolah itu, sudah menjadi tradisi bahawa ketua nun/padri yang akan menerajui sesebuah sekolah missionari – st anthony, convent, holy methodist dll
Jadi saya agak kementerian pelajaran sudah memecah tradisi tersebut dengan melantik beliau (guru besar malayu-islam) di sekolah berkenaan

Rakan2 ada memberitahu bahawa beliau telah mengarahkan untuk ditanggalkan beberapa lambang cross yang terpacak di bumbung bangunan sekolah
Jadi bumbung tu dah togel…… tak ada dah lambang cross yang besar dan tinggi tu
Beliau juga dengan kuasa yang ada membuat rondaan termasuk ke chapel2 dan tempat2  ibadat
Saya tidak tahu kenapa, tetapi  saya rasa beliau sekadar menjalankan tugas memantau kalau2 ada anak2 melayu kita masuk ke  tempat2 berkenaan
Dan saya agak beliau tidaklah bermaksud mahu menggangu aktiviti keagamaan  di situ
Tetapi itulah dia penangan zionis dan jesuits dalam masyarakat kita…tak percaya…???

Kerusi panas pm malaysia
Nampak gayanya sudah banyak hasil bumi yang dijarah oleh british
Lantas selepas kita mendapat ‘kebebasan’ untuk ‘kembali mentadbir’ tanah air sendiri setelah dicengkam ratusan tahun bermula dari detik robohnya kota melaka yang gah itu kerana menghilangnya armada laut kota melaka – maka pemerintah tanah melayu sedaya upaya bangkit semula  untuk mendapatkan semula apa2 yang sudah terlepas atau hilang dari penguasaan kita sebelum ini
 Lombong emas Penjom
TAR
Tunku abdul rahman adalah seorang putera raja negeri kedah, memang sudah sepatutya beliaulah yang pergi ke london untuk mendapatkan watikah ‘kebebasan’ dari british, juga beliaulah juga yang melaungkan ‘merdeka’ pada tanggal 31 ogos 1958 itu- 31-8-1957
Ini kerana sedari dulu pihak british itu sendiri kena mengadap sultan2 sebagai pemerintah mutlak negeri2 di tanahmelayu ini
Jadi tidak hairan bila amanah untuk pengistiharan merdeka itu diberikan kepada seorang putera raja pula

Walaupun sudah bebas, namun tunku masih perlu berdiskusi dan berdiplomasi dengan ‘adik-beradik’ baru yang dibawakan khas oleh british dari benua india serta tanah besar cina
Hahaha……….’adik-beradik’ ni sangat istimewa kerana bukan saja lain-mak, lain-bapak malahan lain pula bangsanya, lain bahasa dan budaya dan lain pula tujuannya
Tak ada pun walau setitis darah mala-yu di dalam diri mereka untuk melayakkan mereka menjadi warga tanah melayu….saya tidak rasis….hanya mengenang susah-payah perjuangan manusia yang hidup di bumi Tuhan
Dan dengan taqdir Tuhan juga, mereka diberi kesempatan untuk merasai kemewahanhidup di  semenanjung emas ini

‘Terima kasih’ tidak terhingga kepada british kerana membawa masuk ‘adik-beradik’ istimewa ini…..tak perlu susah payah belayar ke tanah besar cina untuk kenal orang cina ataupun tidak perlu terbang ke benua india kalau nak kenal orang india……..semua sudah ada didepan mata, disebelah rumah, disebelah meja……..’very well blended’ dengan kita semua

Siapa baba-nyonya….?? Mereka berbahasa melayu, berdondang sayang serta berbaju kebaya…….
Siapa india peranakan….atau cina peranakan….atau mamak……..??

 Ada orang marah dengan tunku kerana melepaskan singapura aka temasik kepada lee kuan yu yang sehingga kini setiap hari sering bermimpi mahu menjadi presiden malaysia walaupun sehari (ingat apa makna presiden…maksudnya tiada raja/sultan)

Tunku berhadapan dengan putar-belit, tipu-muslihat dan kiasunya lee kuan yu  dalam mempertahankan agar tanah semenanjung ini tidak jatuh ketangan agen zionis dan jesuits itu

Perkampungan Felda

Bapa pembangunan
Selepas tunku, perjuangan mengembalikan maruah bangsa yang hilang diteruskan oleh tun abdul razak
Beliau telah membuka tanah2 baru untuk diteroka dengan getah dan kelapa sawit dan diberikan kepada rakyat yang memerlukan penghidupan baru di  tanah2 rancangan dibawah felda dan felcra
Pernah dengar nama’ felda’ yang kontroversi dan sering dipertikai oleh golongan yang sudah kaya-raya di tanah melayu ini…??

Pada masa yang sama, sudah banyak tanah2 semenanjung ini diteroka oleh syarikat2 british dengan tanaman teh, getah dan kelapa sawit

Tun abdul razak pula masih perlu berhadapan dengan karenah ‘adik-beradik’ yang ‘istimewa’ tadi yang nampaknya masih tebal dengan sifat semulajadi diri mereka dari tempat asal mereka itu – tiada diplomasi, tiada akhlak baik dan sebenarnya mereka itu menjadi proksi zionis dan jesuits

Dengan datangnya mereka ke tanah melayu inilah maka sihir terhebat didunia itu berjaya dilaksanakan dengan jayanya
Apakah sihir itu………….?? Mala-yu itu bodoh, malas, tinggal di dalam gua dan di atas pokok, lukis babi-hutan, bercawat dan buat jarum pun tak reti…………..hahahahahahahh
Dan adakah anda masih mahu percaya dengan sihir ini…………???

 Tun abdul razak terpaksa berhadapan dengan peristiwa getir 13-5-1969, maka bangsa yang dulunya kaya raya dan mewah terpaksa pula diperkasakan dengan DEB – nak minta 30% je dari kek ekonomi malaysia …………..boleh tak wahai ‘adik-beradik’ kesayanganku……..??

Sewaktu belajar disebuah sekolah asrama penuh dulu, guru besar yang mengajar tatarakyat selalu saja bercerita tentang DEB kepada kami
Kami dengar je la….dan kami pun tak sedar serta tidak tahu bahawa penubuhan sbp (sekolah berasrama penuh) itu juga merupakan sebahagian daripada plan DEB untuk memberi peluang kepada budak2 luar bandar mendapat pelajaran yang sempurna…..huhuhu…gitu ropanya……tak ku tahu….

AfterDark ada memberi  ‘hint’ bahawa tun abdul razak itu meninggal dunia akibat disihir oleh zionis dan jesuit, beliau diberitakan mengidap leukimia. Tun abdul razak serta ketua polis negara diwaktu itu adalah orang  yang bertanggungjawab merancang pembinaan penjara di pulau jerejak bagi mengatasi rusuhan kaum 13-5-1969…nak tahu lebih lanjut tanya AfterDark……….saya kopi-pasta dari dia je…

Tun husein onn tidak dapat bertahan lama untuk memegang kerusi paling panas didunia itu
Dia telah pergi mengadap Tuhan terlebih dahulu
Saya kira beliau juga gigih berusaha membangunkan tanah melayu sedaya upaya mungkin menyambung legasi tun abdul razak


MAHA-FIRAUN
Ia disambung pula oleh seorang yang paling kontroversi di dunia sebelah sini, juga dikalangan zionis serta jesuits
Untungnya….dia telah berjaya mendapatkan semula serta mewarisi gelaran raja2 mesir kuno yang dikatakan berasal dari dunia sebelah sini….the land of gods……….land of the east
Gelaran itu lebih hebat dari yang dipakai oleh raja2 mesir itu kerana darjatnya yang lebih tinggi….??
Apakah gelaran itu……….?? MAHA –FIRAUN

Raja perahu pun akan tersenyum sinis tetapi puas kerana ada juga keturunannya di zaman moden diberi gelaran sedemikian
Raja perahu akan berbisik kepada permaisuri hati …”tengok ….gah ke tak gah keturunan kita tu di zaman moden…..dapat gelaran maha-firaun aka maha-perahu, nama i  tu….”

Mumia permaisuri hatshepsut pun akan terbangun dari makam diraja dalam piramid dan mengerut dahi kekeliruan kerana sepatutnya gelaran itu diguna pakai oleh keturunan raja2 mesir yang dikatakan berasal dari tanah punt, camna ada keturunan mala-yu di zaman moden yang mengguna pakai gelaran firaun aka perahu itu?? Konfius i……………..

Tapi kalau tun m di gelar maha-firaun pun memang patutlah…..dengan penambahan maha- kerana waris asal itu sudah tentu lebih superior dari raja2 mesir kuno  yang mengguna pakai gelaran firaun aka perahu sebagai mengenang tempat asal usul nenek moyang  mereka

Tun m tu mamak…………hahaha….asal ada walau setitis darah melayu…kira melayu lah tu…………
Ataupun walau tiada setitis darah melayu pun….tetapi faham dan sedar siapa mala-yu sebenarnya…maka boleh saja dia akan menjadi lebih mala-yu daripada orang melayu sendiri
Contoh terbaik ialah dr ridhuan tee abdullah



MAHA-PERAHU
Ok…berbalik kepada penjelmaan semula maha-firaun di zaman moden, maha-firaun yang ini memang bertindak selayaknya dan sewajarnya sebagai pemerintah tanah dihujung dunia
Tun m aka maha-firaun aka maha-perahu…..maaf ye ayahanda tun  m..saya tidak berniat mempermainkan tun m tetapi mengetahui asal usul firaun itu merupakan satu ilmu yang boleh menjadikan saya sedikit pandai dan sedikit rajin…………(terimaaaa……. kasiiiih…………… cikguuuuuuuuuu……………srikandiiiiii)

Kesampingkan raja mesir kuno (firaun) kejam yang disebutkan di dalam Al Quran itu
Disini kita melihat dari aspek susur galor raja2 mesir kuno mendapat dan memakai gelaran firaun aka praoh aka prehu aka perahu aka bahtera aka naga (waris dari raja naga  - lingkaran api pasifikà lord dragon – the ring of (pasific) fire

Maha-perahu….perahu atau bahtera yang sangat besar dan hebat…..sinonim dengan kepimpinan tun m kan…??


Tun M mengambil  peluang sebanyak mungkin untuk menebus kembali apa2 yangtelah dirembat oleh omputih sewaktu beliau menjadi pm
Tun M hanyalah seorang manusia biasa, ada kelebihan dan ada kekurangan
Ada yang suka dan sudah tentu ada yang tidak menyukainya
Cuma kita harus  lihat Tun M dari aspek seorang yang berpeluang menerajui tanah semenanjung emas yang sememangnya sangat kaya raya dan pada masa yang sama menjadi rebutan serta igauan kawan dan lawan

Ada perkara yang dia boleh kongsi dengan orang ramai, ada banyak perkara pula yang dia tidak boleh kongsi dengan orang ramai…ingat….bangsa mala-yu itu sangat berdiplomasi orangnya – berbuat baik serta bermuka manis dengan kedua2 kawan dan juga lawan

Tun M berjaya mendapatkan semula hak penguasaan sebahagian ladang2 kelapa sawit serta getah daripada syarikat asing
Tun m juga berjaya memecahkan cengkaman ekonomi oleh britain ke atas malaysia dengan kempen ‘buy british last’
Tun m juga mewarisi kepintaran raja2 malayu sriwijaya dengan menterjemahkan semula keajaiban senibina angkor wat kepada binaan klcc di zaman moden
Tun m berusahan tidak mahu bergantung sepenuhnya dengan teknologi serta kemajuan barat dengan memperkenalkan dasar pandang ke timurnya


Walaupun tidak ramai, tun m sempat melahirkan generasi saudagar diera moden seperti (arwah) tun nasimuddin (naza group) dan tan sri mokhtar al bukhari (yang tak habis2 diusik, diperlekeh, dibuli dan dipersenda bukan saja oleh ‘adik-beradik’ bangsa lain malahan oleh bangsa keturuannya sendiri yang teraktif saka phdnya)

Kalaulah raja suryavarman sriwijaya itu masih hidup, pasti dia akan menghantar bala tenteranya mengepung rumah dan premis perniagaan orang2 yang phd tadi terutama dari bangsa ‘adik-beradik’ – hanya ada dua pilihan – mahu berdamai atau ditebas saja kepalanya
Suryavarman  juga dengan penuh diplomasi mungkin  akan meminta pendeta2 dari tanah besar cina yang belajar di universiti2 alam melayu menasihati bangsa mereka itu yang tidak tahu diuntung nasibnya serta sudah menjadi talibarut kepada musuh empayar sriwijaya

Hahaha….bukankah tun m telah mewarisi k epimpinan dan kebijaksanaan raja2 sriwijaya..???

Saya tidak bermaksud memuja dan memuji tun m  berlebih2an

Ada perkara2 yang tun m masih tidak mampu atasi dan ada perkara2 yang beliau terlepas pandang sewaktu beliau memegang tampuk pemerintahan tanah semenanjung emas di hujung dunia ini, yang mendapat sinaran cahaya matahari di sepanjang masa

Ingat…………….dia terlalu sebuk untuk membangunkan negara sepantas mungkin…sudah tentu ada pihak2 yang mengambil kesempatan diatas kesebukannya itu dengan membuat onar tanpa tun m ketahui


Wali mala-yu
Satu perkara yang sepatutnya diambil perhatian ialah……………bila kita mengimbas kembali kesungguhan pm2 terdahulu berkejar dengan masa membangunkan semula tanah melayu………..kita lihat dari segi susah-payah, pahit-getir, tipu-helah & putar-belit yang mereka terpaksa hadapi dari semua pihak yang berkepentingan

Kesampingkan isu2 minum-arak, lumba-kuda, main-judi, sekular, tidak islamik, ahli-freemason, bersahabat-dengan-vatican, anak-pengerusi-tokay-arak  dan 1001 satu isu yang menenggelamkan sumbangan2 besar mereka kepada kelangsungan bangsa mala-yu di zaman moden ini

Mereka bukan wali. Titik.

Mereka juga seperti kita….terdedah dengan 1001 cubaan dan dugaan dunia fitnah akhir zaman

Kecuali jika anda rasa anda adalah dari  keturunan orang alim, mengaji pondok, hafiz/hafizah, ahli ugama, lulusan universiti timur tengah, mengaji di mekah dan madinah dan tidak pernah terlibat dengan sebarang perkara2 fitnah akhir zaman– maka andalah orang yang paling bertuah dan sangat beruntung kerana terhindar dan suci dari tercalit oleh lumpur dan debu2 kebobrokan akhir zaman………….maka bersyukurlah banyak2 kerana tidak semua orang berpeluang mengecapi hidup seperti  anda apatah lagi pm2 terdahulu yang hidup mereka  sentiasa dikelilingi oleh anasir2 yang sentiasa mahu menjatuhkan mereka dalam pelbagai sudut

Bila mahu melihat watak yang sempurna….lihat dan rujuklah pada tempatnya yang betul seperti 7 wali melayu serta wali songo.
Daripada mahu membandingkan diri yang dirasa lebih imannya lantas memandang rendah orang lain yang dianggap sekular, adalah lebih molek membandingkan diri sendiri itu dengan tokoh2 wali yang dikenali di nusantara


Adakah kita sepadan dengan tok ku paloh yang dengan senang saja dapat  menyengetkan kapal british dari jauh..??
Adakah kita sepadan dengan tok kenali yang telah membuka banyak madrasah pengajian di kelantan, berhadapan pula dengan penasihat british yang jahat lalu dihukum gantung oleh british kerana tuduhan memberontak..??
Apakah sumbangan besar yang telah kita berikan demi keselamatan, pembangunan serta kemakmuran rakyat dan negara ini??
Pernahkah kita luangkan waktu barang sesaat memanjatkan doa kehadrat Tuhan agar Dia mengampunkan dosa, memberi petunjuk & hidayah serta meluaskan rezeki kepada para pemimpin serta rakyat negara ini???

Maka, bila berdoa serta bermunajat marilah kita meminta agar Tuhan memberi keampunan & rahmatNya kepada semua.


Kok ye pun berleter panjang……….awak ni marahkan siapa sebenarnya……….???



                                                                                                                                                               

Terima kasih MO & Cikgu Srikandi.......

Sunday 28 October 2012

Ulangkaji ATBM - 10



Assalamualaikum Cikgu Srikandi....

Cikgu Sri, izinkan saya ulangkaji pelajaran ATBM ye..

Saya kopi-pasta nota2 penting dari lecture maya Cikgu ye....

Friday, October 21, 2011
Catatan Srikandi VII part II

##-CATATAN CIKGU SRIKANDI

"Pong...Suryavarman I memang keturunan Melayu tetapi ibunya adalah orang Khmer. Dahulu kami,orang Malayu dan Khmer berhubungan rapat dan saling mengadakan perkahwinan sesama kami.Kami berkongsi sejarah Indochina dan suka-duka di sana.Semua ini terjadi sebelum kedatangan orang Thai.Adakalanya dinasti Malayu memerintah,tetapi mereka memerintah bukan atas dasar menakluk namun atas ikatan kekeluargaan.Ini bukan seperti Thai yang melanggar Pattani dan Ligor dahulu atau menceroboh Angkor," saya melepaskan diri dari 'perangkap' Pong.

Pong memandang kedua mata saya tepat."Kamu benar.Dan saya tidak mampu mematahkan hujah kamu.Kamu tahu,saya telah membaca sebahagian riwayat Thai yang tersimpan di sebuah wat purba di Phatthalung.Sebahagian lagi ada tersimpan di arkib diraja di Grand Palace".

Pong menyambung,"....saya tahu sebahagian kata-kata kamu adalah benar.'Mala Ratcha' adalah satu garis keturunan di Angkor dan Funan.Jika kami menganggap Khmer bukanlah pewaris sebenar empayar Angkor tetapi Khom, persoalannya siapakah sebenarnya Khom itu? Bagi saya Khom adalah...." Pong berhenti.

Saya mengangkat kening.

Pong memanjang jari telunjuknya dan menyentuh bahu saya.

"Kamu...kamu dan kamu...,Malayu"



"....dia berani bagaikan api suria...
lahir dari seroja angkasa...
ibunya ialah kesatria pertiwi
bapanya ialah permata raja-raja
Mala dari Malayu..."

Saya teringat bait-bait kata yang diterjemahkan Nari untuk saya dari sebuah mantera kuno Khmer yang berasal dari satu batu bersurat yang dijumpai di Pergunungan Dangrek,Kemboja. Puisi ini ditujukan kepada emperor Angkor berdarah Melayu ini, Suryavarman I.


Darah mala-yu
Dalam kontek perkahwinan campur, kita pasti akan berhadapan dengan isu penentuan bangsa kepada si anak
Sementelahan ia juga merupakan satu keperluan di zaman moden ini dalam pelbagai urusan – ic, pasport antarabangsa, borang2 rasmi  dll

Mengikut tatacara logikal biasa, keturunan si anak akan ditentukan oleh bapanya
Jadi kita terpaksa mengikut tatacara tersebut bila berhadapan dengan sebarang urusan rasmi
Pernah dengar kes seorang ibu (bangsa cina) yang mahu anaknya dibangsakan sebagai cina (secara rasmi di dalam ic) walaupun berayah bangsa india..?? apa macam……..??

Namun dalam kontek darah keturunan, selagi si anak itu mempunyai campuran darah melayu, ia akan diterima sebagai orang melayu
 Ia seperti juga warga asing yang datang ke negara ini – bangla(bapa) berkahwin dengan indonesia(ibu)- sianak tetap berdarah indonesia (nusantara), melayu singapura (ibu) berkahwin dengan perancis(bapa) – si anak tetap berdarah melayu, jawa (ayah) berkahwin dengan jawa+melayu (ibu) – si anak tetap mempunyai darah melayu….


Bermain dengan darah
Mari kita bermain lagi dengan campuran darah yang berbeza2……………
India (ayah) berkahwin dengan cina(ibu) – anak jadi cindia…saya teringat seorang kenalan…dia nampak seperti india (lelaki) tetapi mempunyai nama penuh cina kerana namanya mengikut ayahnya yang berketurunan cina, namun mungkin disebabkan gen ibunya lebih dominan, sebab itu wajahnya lebih kepada india dan kelihatan seperti orang india

Ada juga kes2 dimana cina(ibu)+ india(ayah) atau india(ibu) + cina(ayah) maka si anak nampak seperti orang melayu (sawo matang), orang sebegini akan menghadapi masalah di bulan puasa kerana silap haribulan dia akan ditangkap oleh penguatkuasa jabatan agama islam kerana makan dikhalayak ramai dibulan ramadhan


Arab+burma(ibu) berkahwin dengan cina+melayu (ayah) – anak tetap mempunyai darah melayu
Saya kira dalam kontek masyarakat mala-yu malaysia – asalkan si anak itu mempunyai walau sedikit darah melayu (dan biasanya muka mereka ni dah tak nampak macam melayu…atau muka melayu ala arab, melayu ala cina, melayu ala hindustan……dll), maka mereka tetap diterima sebagai orang melayu
Bangsa melayu adalah bangsa yang eksotik….??

Jadi siapa yang aslinya/originalnya masihmempunyai darah melayu yang paling pekat?
Sultan2……??
Sultan johor………….??
Sultan brunei ………………??
Sultan pahang………………??
Sultan perak………………??
Sultan kelantan………….??
  

Terima kasih MO & Cikgu Srikandi.......