Saturday 1 March 2014

Ayah




semua insan yang dilahirkan kedunia pasti mempunyai seorang ayah
walau dalam keadaan apa sekali pun, tanpa mengira status, pangkat mahupun keturunan - pasti secara fitrahnya kita wujud didunia ini dengan asbab adanya ibu dan ayah kita (kecuali Nabi Adam AS dan Nabi Isa AS)

begitu pentingnya peranan seorang ayah dalam kehidupan seorang insan kerana ia benar2 akan mencorakkan keperibadian, pemikiran dan perlakuan mereka

saya sangat sayangkan ayah
saya amat menghormati ayah
saya juga adakala takut dengan ketegasan ayah dalam beberapa perkara yang saya tidak boleh bantah sama-sekali diatas sebab2 yang rasional
saya tahu ayah telah berusaha dengan bersungguh2 bekerja keras membanting tulang empat kerat demi mencari rezeki yang halal lagi berkat untuk keluarga

ayah membuka dan meneroka tanah hutan belukar bersama datuk sewaktu mula2 datang ke kampung ditepi sungai ini demi kelangsungan hidup bersama keluarga serta saudara-mara yang lain

yupp..............ayah tinggal dikampung pedalaman, namun itu semua tidak pernah menjadi penghalang untuk ayah meneruskan perjuangan membangunkan ekonomi keluarga dengan usaha titik-peluhnya sendiri, berdikari dengan menggunakan peluang & ruang yang ada dengan sebaik2nya

ayah benar2 menggunakan kudrat tenaga yang ada, bermandi peluh, adakalanya bergenang dengan air mata, juga terpaksa berhadapan dengan luka dan darah demi mempertahankan sebuah ketabahan yang tiada tolok bandingnya membuka tanah ladang



ayah menghirup udara yang segar dengan aroma rumput yang baru ditebas, juga dari aroma tanah yang baru dicangkul - sangat menenangkan

kicauan burung, suara unggas, gemersik bunyi daun2 yang terlintuk-liuk disapa bayu dari sungai merupakan simfoni alam yang mengiringi kehidupan ayah

apakah  yang paling menggembirakan selain daripada melihat tanam-tanaman yang tumbuh subur menghijau saujana mata memandang - memberikan rezeki yang melimpah-ruah bagi sebuah keluarga yang tinggal dihujung kampung ditepi sungai

tidak pernah terasa sebarang kekurangan mahupun kesusahan kerana ayah telah menyediakan sebuah syurga kehidupan yang sangat mengujakan buat anak2 dan keluarganya menempuh hari-hari yang mendatang dengan penuh keazaman dan tekad yang kuat demi memperbaiki kehidupan keluarga


satu perkara yang aku amat hargai ialah aku benar2 dibesarkan hasil dari usaha titik-peluh ayah sendiri
itulah darah serta nafas yang sedang mengalir di dalam diriku
menjadikan aku dewasa dengan penuh keyakinan, tabah hati serta berani

ayah juga amat mementingkan pelajaranku
ayah juga yang mengajar aku mengaji al-quran
ayah juga sering berpesan agar selalu membantu orang lain

ayah tidak pernah mengongkong kehidupanku
ayah memberi sepenuh kebebasan untuk aku meneroka apa saja, mempelajari apa saja asalkan aku tidak lupa asal-usul serta sentiasa menjaga maruah diri

pada masa yang sama ayah sentiasa memantau aktiviti kehidupanku serta sentiasa memberi teguran dan nasihat agar aku tidak tersesat jalan

itulah ayah yang aku kenali serta amat hargai
aku adalah seorang  anak yang paling bertuah kerana dikurniakan ayah yang begitu terbuka fikirannya namun tegas dalam perkara2 yang penting

kenapa aku nukilkan catatan istimewa khas untuk ayah?

ini kerana aku  sedar dan insaf bahawa tidak semua insan mempunyai ayah seperti ayahku

ada insan lahir sudah tidak berayah - mungkin kerana ayahnya sudah tiada lagi disisi keluarga
ada insan yang dewasa menumpang kasih ayah orang lain - kerana mungkin menjadi anak angkat kepada seseorang
ada insan yang tidak pernah merasa kasih-sayang seorang ayah - mungkin kerana ayahnya terlalu sebuk membangunkan syarikat, selalu pergi kesana-sini tiada henti
ada insan mungkin ayahnya seorang yang garang dan bengis -tidak pernah menunjukkan kasih-sayangnya yang sebenar kepada anak2

setiap anak dikurniakan dengan ayah yang berbeza2 mengikut rezeki masing2

apakah nikmat yang paling berharga selain daripada nikmat  iman jika bukan nikmat sebuah keluarga yang bahagia ?? dikurniakan ibu dan ayah yang amat mengasihi anak2nya

semoga Tuhan sentiasa merahmati ayah, mengampunkan dosa2 ayah serta mengurniakan nikmat yang tidak terhingga kepada ayah diakhirat sana serta semoga ayah ditempatkan bersama dengan orang2 soleh



------------------------------------------------------------------------------------------------




aku juga mempunyai seorang lagi ayah

selain ayah kandung, aku mempunyai ayah yang bertaraf negarawan yang juga berhempas-pulas mengerah tenaga siang dan malam mentadbir sebuah kawasan bernama negara malaysia, menjaga maruah serta kedaulatan sebuah tanah di nusantara, membangunkan & memperkembangkan ekonomi sebuah masyarakat warisan atlantis & lemuria, mempertahankan kemakmuran serta keharmonian sebuah kehidupan di Tanah Tua

aku secara peribadi dapat  menyaksikan esak-tangis, resah-gelisah serta kemelut jiwa ayah kandung dikala berdepan cabaran serta rintangan membuka hutan-belukar serta  berdepan dengan kata-nista manusia yang suka melihat orang lain jatuh tersungkur lemah tidak berdaya menyembah bumi

namun aku tidak akan pernah melihat raut-wajah suka-duka ayah yang seorang ini dikala berhadapan dengan pelbagai dugaan mempertahankan tinggalan warisan sriwijaya kerana aku  hanya mampu memerhatikannya dari jauh sahaja

tidak akan pernah tercapai oleh kudratku untuk bersama ayah ini
dan selalu juga aku lupa akan kewujudan ayah ini
kerana ayah ini adalah seorang negarawan besar yang disegani kawan dan lawan

ayah ini menjunjung amanah dengan penuh rasa tanggungjawab demi cinta yang amat mendalam kepada agama, bangsa dan negara
dia tidak pernah kesah dengan apa yang diperkatakan oleh orang lain tentang diri peribadinya kerana maruah agama, bangsa dan negara adalah segala2nya dan lebih penting baginya

dikala ayah ini sedang memegang jawatan eksekutif tertinggi sebuah negara yang terletak ditimur
ayah ini menggunakan segala peluang yang ada untuk membangunkan tanah warisan dari kesultanan melaka




dikala kita enak diulit mimpi dimalam hari
ayah ini berfikir bagaimana mahu mengambil semula tanah-ladang beribu2 ekar dari bekas penjajah
ayah ini berfikir bagaimana mahu melepaskan negara dari cengkaman ekonomi monopoli dari bekas penjajah


dikala kita seronok berhibur menonton tv
ayah ini berfikir bagaimana mahu menukar ekonomi negara yang berasaskan pertanian kepada ekonomi yang lebih mampan berasaskan industri berteknologi tinggi
ayah ini berfikir bagaimana mahu mewujudkan sebanyak mungkin peluang pekerjaan agar kelangsungan aktiviti masyarakat akan tetap berterusan - supaya semua rakyat masing2 dapat merasa kek ekonomi negara
ayah ini berfikir bagaimana mahu belajar teknologi terkini dengan pantas daripada negara2 maju
ayah ini berfikir apakah projek2 mega yang boleh dibangunkan agar dapat memberi manfaat kepada rakyat disamping dapat menarik pelaburan asing, juga sebagai wadah untuk kita belajar teknologi tinggi daripada negara2 yang lebih maju


dikala kita bergembira berlibur bercuti di tempat2 peranginan
ayah ini berfikir apakah strategi terbaik yang perlu dilaksanakan untuk membantu negara2 islam lain yang jelas ditindas oleh kuasa2 besar
ayah ini mencari siapakah kawan & sahabat yang boleh dipercayai bagi mendapatkan bantuan & sokongan untuk membantu saudara2 islam yang masih mundur & ketinggalan
ayah ini berfikir bagaimanakah mahu berhadapan dengan tohmahan & serangan psikologi oleh musuh2 islam yang sentiasa mahu melihat umat islam & negara islam itu dipandang hina dimata masyarakat dunia


dikala kita berseronok mengikuti drama/sinetron/filem dari luar - indonesia, korea, jepun, taiwan, sepanyol....
ayah ini dilihat nampak terpaksa bersendirian dalam menghadapi pelbagai tuduhan & kata-nista yang dilemparkan oleh orang2 yang tidak senang hati dengan tindakan serta pandangannya tentang pelbagai isu
ayah ini terpaksa berdepan dengan pelbagai gelaran yang tidak enak didengar yang di berikan oleh bermacam2 orang disepanjang dia memegang tampuk tertinggi pemerintahan tanah misteri tinggalan kota gelanggi




dikala kita asyik-masyuk membaca novel2 cinta terkini
ayah ini dengan terbuka dan selamba tanpa sebarang rasa takut mahupun perasaan terancam membidas tuduhan2 buruk dan tidak berasas oleh kuasa barat terhadap maruah umat islam & negara2 islam
ayah ini dengan berani dan lantang mengutuk kekejaman israel terhadap palestine


dikala kita terkadang keliru dengan isu2 ekonomi dan tidak pasti kata2 siapa yang boleh dipercayai
ayah ini dengan tegas mengambil keputusan tidak popular mengikat nilai ringgit agar tidak menjadi pemainan penyangak mata wang
siapa  kesah akan risiko yang diambil oleh ayah ini kecuali dirinya sendiri ??
siapa  peduli jika negara tergadai ketangan musuh kecuali dirinya sendiri ??
siapa tahu bahawa orang kanannya telah mengkhianatinya kecuali dirinya sendiri??


dikala kita bersenang-lenang bersama keluarga dan rakan2
tidak ramai yang tahu akan strateginya serta diplomasinya dalam menyelesaikan isu2 negara warisan dari kerajaan2 melayu lama kerana ia adalah rahsia (hanya diketahui oleh orang2 tertentu) diwaktu itu
jadi dikebanyakan masa, masih ramai dari kita yang tidak faham akan duduk perkara sebenar sesuatu isu kerana ayah ini berpegang kepada wawasan dan tindakan yang sangat terkehadapan, yang kadang2 tidak dapat terjangkau oleh aqal fikiran kita

cuma bila ayah ini sudah kembali menjalani kehidupan sebagai rakyat biasa, maka baru kita tahu dan sedar akan perkara2 yang tidak pernah terlintas diminda selama ini
perkara2 kecil dan besar yang memberi pengaruh kepada masih wujudnya kita disini, dihari ini, ditanah paling tua di muka bumi




aku bukan tasub kepada ayah ini
ayah ini hanyalah seorang manusia biasa seperti kita
ayah ini mempunyai banyak kekurangan serta kelemahannnya sendiri
dia tidak akan pernah sempurna
dia bukan masum
dia juga seorang hamba kepada Tuhan Yang Esa
dia juga umat kepada Nabi Yang Mulia

tapi itu semua tidak akan pernah dapat digunakan sebagai alasan untuk tidak mengenang perkara2 besar yang ayah ini telah sumbangkan kepada negara warisan dari keturunan manusia yang mempunyai genetik dna paling tua didunia sebelah sini

ayah ini juga sedar dan insaf bahawa suatu hari nanti dia akan pergi mengadap Tuhan
segala perkara yang ayah ini lakukan pasti akan mendapat pengadilan yang paling sempurna dihadapan Tuhan

aku bangga mempunyai ayah ini
aku bersyukur kerana Tuhan masih memberi kesihatan yang baik kepada ayah ini sehingga kini
aku berdoa semoga ayah ini akan terus memberi sumbangan serta buah fikiran kepada agama,bangsa dan negara



------------------------------------------------------------------------------------------------
catatan oleh Rose, saya kongsikan disini
terima kasih Rose




Ya... kita ada seorang lagi ayah,
ayah yang sangat takut dan cinta kepada Allah,
ayah yang sangat rindu kepada Rasululllah
walau dinista dan dicerca dengan berbagai tuduhan
ayah yang telah berjuang menegakkan kalimah Allah,
dan menegakkan sunnnah Rasulullah
jasanya amat besar kepada seluruh umat Islam
kepada Ahlussunnah wal jamaah,
bangun ditengah malam menangis
mendoakan keselamatan kita diakhirat
juga mendoakan keselamatan ayah-ayah yang lain,
dia ayah akhirat,
ayah kita semua,
kerana jasanya ramai muslimah menutup aurat
kerana usahanya tumbuh perusahaan produk- produk makanan Islam
jerih payahnya menegakkan sistem hidup Islam
hasil cetusannya kita dapat berhibur dengan hiburan dan kebudayaan Islam
ramai yang dapat pendididkan Islam
ramai yang mendokong ekonomi Islam
secara senyap mendapat ilmu dari buku-buku karangan beliau
majalah-majalah yang mendidik dan memberi kesedaran Islam
hasil dakwahnya ramai mendapat kefahaman Islam
membina insaniah-insaniah manusia
menongkah arus melawan sistem tajaanTHH
dan banyak lagi.....



beruntungnya bangsa Melayu dan rakyat Malaysia
mendapat manfaat dari hasil pengorbanan dan perjuangan ayah-ayah ini
marilah kita doakan
Ya Allah, ampunilah dosa kami, pemimpin kami dan kedua ibu bapa kami
kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sewaktu kami masih kecil, kurniakanlah kami husnul khatimah, selamatkanlah kami didunia dan di akhirat, selamatkanlah kami dari siksa api neraka.
Selawatkanlah dan selamatkanlah ke atas Nabi, keluarga dan sahabat baginda.
Maha suci Engkau ya Allah dari segala sangka jahat musuh kepada Mu
Segala Pujian bagi Allah Tuhan semesta Alam

Amin