Wednesday 28 December 2011

Ya Rasulullah, Temanilah Kami Menelusuri Zaman Ummah Kedua Ini….

Ya Tuhan..bagaimana sepatutnya kami orang melayu ini harus berperibadi dan berkelakuan…? Tunjukilah kami jalan yang lurus…!


Terasa amat kerdilnya kami ditengah2 ledakan maklumat yg pelbagai ini…
Amat terasa untung nasib kami ini sudah berada dihujung tanduk sahaja…
Tunjukilah kami jalan kebenaran yang satu itu….!

Ya Rasul, dengarlah rintihan kami umatmu diakhir zaman ini…
Tuanlah yang terlalu amat mengasihi kami sehingga kamilah yang  Tuan sebut2 di akhir nafas zahirmu itu…
Ya Rasul, sesungguhnya Tuan itu amat “melihat” dan “memerhatikan” kami, umatmu yang masih tinggal di dalam matrik “sebelah sini” , walaupun Tuan sudah berada di dalam matrik “sebelah sana”
Selawat dan Salam keatas Tuan adalah penyambung hubungan kita biarpun Tuan dan kami berada di dalam matrik yang berlainan

Sesungguhnya Nur Muhammad itu sentiasa hidup kerana ia menjadi asbab bagi Tuhan untuk mencipta alam dan seisinya termasuklah kami
Ya Rasulullah, tingginya darjat Tuan disisi Tuhan Yang Maha Agung itu
Ya Rasulullah, muliamya Tuan disisi Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang itu
Maka, siapalah pula kami yang serba lemah dan tidak berdaya ini tanpa taufik dan hidayah dari Tuhanmu itu serta syafaat dari Tuan yang amat sempurna kejadiannya itu

Ya Rasulullah, temanilah kami menelusuri zaman ummah kedua ini….
Ya Rasulullah, temanilah kami menelusuri zaman ummah kedua ini…

Terasa seperti merangkak diatas salji sahaja….
Seluruh jiwa dan raga kami mengalami hiportermia, hampir sejuk membeku, kaku tidak mampu lagi berfungsi akibat bahana super- kejahilan dan super-kekeliruan yang serba berselirat di dalam diri kami ini

Namun janji-janji Tuhan yang Tuan telah sampaikan sejak dari 1400 tahun lalu menjadi azimat untuk kami  terus bertahan di dalam timbunan salji tebal ini walaupun sebenarnya kami tinggal di kawasan yang disinari cahaya matahari sepanjang tahun
Malu kami tidak terkira setelah tersingkap rahsia bahawa kamilah yang diamanahkan untuk menerajui ummah kedua ini

Siapakah pula diantara kami yang berhati besi, mampu pula meratakan gunung…
Siapakah pula diantara kami yang menjadi pedang-pedang malam.....merintih dan mendoakan keselamatan umat manusia didunia dan diakhirat
Ya Tuhan, rezekikanlah kami untuk bersama orang-orang itu….agar perjalanan hidup kami di hujung matrik ini mempunyai makna dan sangat bererti…

Permata Pemotong Permata

Berkatalah dari hati kita, maka ia akan sampai di dalam hati manusia yang lain juga.
Barulah kita akan dapat merubah dunia.

Kerana perjalanan getaran rasa itu adalah bermula dari niat, lalu ia menuju ke dalam minda kita lalu jatuh ke dalam hati yang kemudiannya akan menggerakkan seluruh anggota badan untuk melakukan sesuatu perkara (action).

Jika ia hanya sampai kedalam minda sahaja, getaran itu tidak cukup kuat untuk menggerakkan anggota badan atau bagi seseorang manusia itu melakukan perubahan. Apa yang sampai di minda hanya sebagai maklumat dan pengetahuan sahaja.

Sampaikanlah maklumat dan pengetahuan itu dari hati ke hati, maka ia akan menjadi sebagai maklumat & pengetahuan yang digunakan untuk membantu seseorang itu berubah kepada keadaan yang lebih baik.

Roh Niat

Hanya Dengan Berniat, Allah Sudah Menilai Niat Kita Itu

Dengan sifatNya Yang Maha Pemurah, Allah membalas pahala walaupun kita hanya sekadar mula berniat untuk melakukan kebaikan. 


Allah juga tidak memberi sebarang balasan lagi bila kita berniat jahat sehinggalah kita melakukan perbuatan jahat itu. 

Walaupun hanya dengan niat, maka seluruh alam semesta dan segala isinya mendengar serta mengaminkan niat kita itu.
Maka berniatlah yang baik-baik dan terbaik sahaja.
Maka sentisalah kita perbetulkan niat kita dalam segala perkara agar ia menjadi yang terbaik lagi bermanfaat untuk kita semua.

Monday 26 December 2011

Mind Focus


Focus breaks wall
Focus cuts diamond
Focus ignites fire
Focus shoots star
Focus shapes stone
Focus turns dream into reality

pyramid?

Soul Searching

Do for reasons
Act for reasons

Stretch your mind –  thinking  beyond matters
Clean your soul - “rasa kehambaan dan rasa bertuhan”
Purerify your energy
Expand your wings
Fly higher

Who am I?


The peace  maker
The connector
The sacrificer
The contributor
The thinker
The doer
The one who understand

Olah Raga versus Olah Rasa


Jiwa dan raga

Jiwa adalah nyawa kehidupan
Jiwa adalah makhluk ghaib
Olah lah jiwa dengan sebaiknya agar ia dapat hidup dengan emosi yang terkawal

Raga adalah pakaian kepada kehidupan
Raga adalah makhluk fizikal
Olah lah raga dengan aktiviti serta pemakanan yang halal lagi baik agar ia sihat walafiat 

Wednesday 21 December 2011

Kimia Emosi

** petikan dari artikel Tuan Haji Helmi. Terima kasih Tuan Haji….
Baca selanjutnya:
http://syurgadidunia.blogspot.com/2010/09/puasa-menjadi-insan-baru.html#ixzz1hEvTvmWE



Setiap kali kita mempunyai fikiran (thought) samada gembira, marah atau sedih dan sebagainya, otak akan merembeskan pelbagai kimia emosi yang sepadan dengannya, dan kimia emosi ini akan menghujani sel-sel diseluruh tubuh badan kita, ini membuatkan kita merasakan (feel) emosi atau perasaan yang datangnya dari fikiran tadi.

Fikiran yang terhasil diotak ini dalam erti kata lain menyebabkan sejumlah jaringan neuron menjadi aktif dan ini menyebabkan otak mengeluarkan /merembeskan kimia emosi yang mana ini membuatkan kita dapat merasakan apa yang kita fikirkan.

Fikiran Dan Emosi

** Petikan dari artikel Tuan Haji Helmi – terima kasih Tuan Haji...
Baca selanjutnya: 
http://syurgadidunia.blogspot.com/2009/04/berfikir-ikut-rasa-biologi-khusyuk.html#ixzz1hEs9YOs5




Setiap apa yg kita alami dari semua deria samada penglihatan, bau, rasa, sentuh dan sebagainya akan membenihkan pemikiran diotak, ini termasuk juga pemikiran yg timbul dr imaginasi.

Disebabkan oleh "fikiran" tadi juga otak (terutamanya hypothalamus) akan merembes bahan kimia tertentu yang dipanggil "ligand", bahan kini pula boleh dibahagi kepada 3 iaitu, neurotransmitter, steroid dan juga peptide.

Dari tiga jenis ligand tersebut, yang paling banyak sekali adalah peptide yang jumlahnya hampir 95% dari keseluruhan ligand tersebut.

Peptide adalah kimia emosi yang kita hasilkan dari pemikiran kita dan memberi rasa, emosi atau perasaan terhadap sesuatu kejadian tersebut.

Kesemua ligand ini adalah protein yang terbentuk dari rangkaian asid amino dan ia boleh dikatakan kimia yg dirembes oleh organ2 atau sel2 tertentu (terutamanya otak dan bahagian yg paling byk terdapatnya peptide & receptor adalah di frontal lobe) untuk tujuan komunikasi antara organ2 dan sel2, komunikasi ini adalah untuk membolehkan sel2 badan menjalankan fungsi badan yg selanjutnya mengikut apa yg kita tafsirkan
tentang sesuatu kejadian itu.

Semua sel didalam badan kita hidup sebagai komuniti dan mereka berkomunikasi menerusi peptide dan juga menerusi sistem saraf.

Semua emosi /rasa /perasaan itu ada kimia2nya sendiri, gembira, bersyukur, takut, gelisah, dengki, cemburu, ghairah, curang dan pelbagai lagi, kimia ini juga boleh bergabung antara satu sama lain membentuk kimia yg lain seperti takut dan cemburu, ghairah dan curang dan sebagainya.

Pengurusan Tenaga Murni

Kasih-sayang  merupakan tenaga murni
Saling berkasih-sayang adalah kuat-menguat dalam menjana lebih banyak tenaga murni  di dalam diri serta persekitaran


Kasih-sayang adalah penjanaan serta pengembangan tenaga murni
Benci pula merupakan suatu pembaziran tenaga murni

Saling benci-membenci adalah penguncupan serta pengurangan tenaga murni

Tuesday 20 December 2011

Fokus

Fokus dan ketenangan itu adalah penumpuan tenaga berfrekeunsi tinggi yang berada dalam kawalan kita
Dengan fokus…ia membantu kita untuk mampu membelah awan serta meredah lautan…

Celaru dan serabut itu adalah penyerakan tenaga yang bercampur-campur frekuensinya dan mungkin sebahagiannya tidak dapat kita kawal sepenuhnya

Sedih dan putus asa mungkin saja berfrekuensi rendah tenaganya sehingga tidak dapat menampung tenaga minima yang diperlukan oleh tubuh badan kita

Maka cara terbaik ialah, kembalikan segalanya dan semuanya kepada yang mejadikan tenaga, Allah serta sentiasa berhubung dengan sumber tenaga murni, NUR MUHAMMAD dengan doa yg dikhaskan untuk kita umat akhir zaman…

“….tiada daya kuasa atau kekuatan melainkan dengan izin ALLAH…"

MO & Srikandi..kami rindu kamu..!?!

Berbuatlah apa saja yang kamu mahukan…
Pergilah kemana saja yang kamu inginkan…
Segala maklumat dan ilmu yang telah dikongsikan selama ini menjadi  teman dikala kami perlukan penerangan mahupun jawapan…


Doa dari kami “suku-sakat”  kamu ini semoga TUHAN mempermudahkan segala urusan seharian kamu
Terima kasih kerana beri “cuti semester” yang panjang kepada kami, dapat juga kami mengulangkaji pelajaran2 terdahulu yang biasanya  kami hanya baca “sekali lalu” je dan lepas tu terus beri komen
Ataupun, bagi komen dulu..dan baca kemudian…hehehe
OK..kata kuncinya ialah PENGETAHUAN YANG DIGUNAKAN dan BERFIKIRLAH DEMI KEBENARAN

Kawan-kawan Yang Baik


Ya Tuhan....kami bermohon agar Engkau rezekikan, datangkan, dekatkan, temukan dan jumpakan  kami kepada seramai mungkin kawan-kawan yang baik dalam hidup kami

Kami perlukan mereka agar dapat saling berkongsi frekuensi tenaga yang baik, yang kemudiannya akan membantu penjanaan kimia rasa yang baik pula dalam diri kami

Agar dengan itu natijahnya dapat pula mendorong kami untuk melakukan seberapa banyak kebaikan di muka bumi MU ini (dengan izinMu jua)

NUR versus API

sabar itu NUR
marah itu API


NUR itu sejuk
NUR itu cahaya



API itu panas
API itu membakar


Kasih-sayang itu NUR
Benci itu API

Sebarkanlah seberapa banyak NUR diseluruh alam
Padamkan seberapa banyak API kemarahan dari hati sanubari

Roh Doa

Kata-kata itu adalah doa.
Setiap patah perkataan itu pula merupakan sendi doa.

Kata-kata yang baik itu adalah doa
Kata-kata yang tidak baik juga merupakan suatu doa.



Maka hadiahkanlah doa terbaik untuk orang-orang disekeliling menggunakan kata-kata yang baik dan sedap didengar setiap kali kita berkomunikasi dengan mereka.

Monday 19 December 2011

Ya Tuhan Bantulah Kami



Ya Tuhan, bantulah kami untuk berubah…



Ya Tuhan, tunjukilah kami jalan yang lurus…



Ya Tuhan, bantulah kami untuk memperbaiki diri sebagaimana yang Engkau kehendaki…


Pada-Mu ya Tuhan, kami nyatakan keinginan yang sungguh-sungguh, untuk kembali ke hadrat-Mu.
Untuk itu, datangkanlah seorang pemimpin penyelamat yang boleh memulakan kerja-kerja ini, untuk kami mengikut jejak-jejaknya.
Tanpanya, bagaimana kami boleh mulakan perjalanan yang asing dan sulit ini! 

MELAYU dan TENAGA ROH (Asal Melayu)

** dipetik dari sebuah blog





Kenapa tidak?!
Kalau hidup dikuasai tenaga roh,jiwa,spritual... tidak makan pun bolih kenyang,bebas penyakit,hidup harmorni, aman,berahklak,intergriti dan hubungan silaturahim yang hebat sekali,kemudian berilmu bukan setakat zahiri tetapi melangkaui ilmu-ilmu kosmik dan mikro kosmik.

Mereka yang mengetahui ilmu spiritual yang mendalam mengerti sangat hakikat kejadian alam maya yang berupa persepsi,illusi dan fatamorgana.


Kalau kita makan, yang mengenyangkan bukan makanan itu tetapi satu kuasa mutlak yang lain kan?
Kerana itu bangsa ini memiliki kemahiran ROH menguasai RAGA. Hebat sekali!

Sebaliknya, salah satu perkara yang membuat kaum muslimin maju adalah meninggalkan mahkota kesombongan dan mau mengambil hikmah dan menerima kebenaran dari siapapun datangnya.
Maka hikmah (kebijaksanaan) adalah harta orang mukmin yang hilang.
Dari mana saja ditemukan, maka ia akan mengambil dan memungutnya.

BANK TUHAN (update)


Ar Razzak Yang Maha Pemberi Rezeki.
Al Baasith Yang Maha Meluaskan.
Al Muqiith Yang Maha Pemberi Kecukupan
Al Ghaniy Yang Maha Kaya.
Al Mughni Yang Maha Pemberi Kekayaan.
Al Baadi' Yang Maha Mencipta Perkara Baru.

RASA

** dipetik dari sebuah blog

Rasalah kerana RASA itu adalah ilmu yang paling tinggi.
Kata Tok Kenali, RASA adalah ilmu makrifat.



Kenalilah diri, kawan-kawan, persekitaran , dunia serta alam semesta ini dengan melalui RASA hati.
Kenalilah RASA agar anda TAHU, KENAL dan RASA. 

Ilmu RASA

Master chef masakan memberi tunjuk ajar bagaimana menyediakan makanan yang enak dan lazat..yum…yum..yummy mengikut apa yang dapat diRASA oleh deria LIDAH. Itu adalah ilmu RASA dalam bidang makanan dan minuman.


Ada satu lagi ilmu RASA yang terlalu penting untuk diambil berat dan diperhatikan…RASA HATI.

Aqal yang waras memberikan input yang baik kepada HATI untuk menjana RASA-RASA yang  bermanfaat.


Maklumat mengenai nasib anak-anak yatim di rumah-rumah kebajikan menerbitkan RASA kasihan kepada mereka. Lantas HATI meRASA bertanggungjawab untuk menghulurkan bantuan kepada anak-anak yatim. HATI akan meRASA bersyukur diatas kurniaan rezeki dari Ilahi. HATI juga akan meRASA amat kerdil kerana Tuhan masih lagi sudi meminjamkan sejumlah rezeki walaupun diri sering lalai dan leka membuat dosa. HATI meRASA berdosa kerana jarang bertaubat di atas kesalahan..HATI meRASA……..HATI meRASA…….etc  dan sehingga seterusnya maka HATI lah yang akan meRASA.

Hidup adalah RASA HATI dengan berpandukan aqal yang waras.


Ya TUHAN, bantulah kami untuk hidup dengan RASA-RASA HATI yang baik lagi bermanfaat.
Maka benarkan seperti apa yang telah ditulis oleh seorang wali besar disuatu ketika dahulu – mengenal diri itu adalah dengan melalui RASA hati. 

Syurga Yang Disegerakan


Kawan-kawan yang baik itu  umpama bintang-bintang yg bergemerlapan di malam hari.


Dikelilingi kawan-kawan yang baik itu umpama hidup di dalam SYURGA yang disegerakan di dunia ini.

Ya Tuhan, rezekikan kami kawan-kawan yang sentiasa memberi nasihat, peringatan, tunjuk-ajar dan bimbingan agar kami sentiasa sihat pada badan serta aqal fikiran kami. Agar roh kami dapat terus hidup, subur dan makmur memeriahkan muka bumiMU ini.

Monday 22 August 2011

Emotion is Feeling


Emotional guidance system.
Good emotion versus Bad emotion.
Positive emotion versus Negative emotion.

Gratitude- thankful or appreciation of what you have and what you will have.

Melepasi Tahap Tingkatan Kawalan Tenaga




Semua orang akan berasa selesa apabila berada di sebelah individu yang "boleh mengawal tenaganya"

So somebody  that is not a "moody" person right?


Usaha untuk memurnikan tenaga masing-masing dari debu-debu yang tidak dikehendaki.

Tenaga dalam diri sendiri, tenaga dalam diri orang lain dan tenaga yang berlegar di persekitaran yang kita duduki.


Memahami maksud melepasi tahap
http://umat-akhir.blogspot.com/2011/08/memahami-maksud-melepasi-tahap.html#comments


Saturday 20 August 2011

Frekuensi tenaga dari amalan Sedekah


Doa senjata orang mukmin, sedekah lebih tajam dari DOA.

Kita adalah penjana frekuensi tenaga



Sabda Rasulullah SAW, “Manusia paling baik adalah yang paling banyak memberikan manfaat bagi manusia lain.”

Friday 19 August 2011

The Secret is the Law of Attraction (LOA) - full free movie



http://consciousflex.blogspot.com/2008/01/secret-full-movie-aka-law-of-attraction.html

The ultimate LOA ialah Iman & Tauhid yang jitu kepada Allah SWT dan RasulNya (Nur Muhammad).
POSITIVE FEELING that are counted.
Thought generates feeling which in turn feeling would create things.

The Secret's Deleted Scenes The Movie The Secret Kept The Truth A Secret






Everything in universe is energy.
Everything you want is energy.


From the universe - the earth - the body system - the cell - the molecule - the atom - then we would find the energy contained within each atom.

We are a vibrational beings and live in a vibrational universe.

Everything that you observe  with your physical senses (ear, nose, eyes, touch and tongue ) is vibrational interpretation.

All energies have vibration, it made of frequency.
We live in the notion of motion.

We are frequency generator.

The most important energy is thought. It penetrates all spaces and all times.
Every thought has a frequency.
The most miracle of thought is it has biochemical biological chemistry.

Pay it Forward

Pay it Forward - Change Lives Movie Trailer


What is Pay it Forward true meaning





" Pay it forward is a constant state of doing good. It's doing that good deed with the hopes that the Karma of doing good wards off any bad spirits. For example, if you pass a parking meter and you see that the time on the meter has expired, you put a quarter in the meter. You do a random act of kindness without expecting or hoping for anything in return.

I often pay for the car behind me when in the toll lane. Not because I expect anything, but because it makes the person behind me smile. That's paying it forward. It is the exact opposite of a "payback" which is done totally for spite."

" When someone does a good dead for you, instead of paying them back, pay it forward by doing a good deed for someone else. "

" Somebody does a nice thing for you and you "pay it forward" by doing a nice thing for the next person. You could do something nice for a total stranger and when they ask you how to pay you back, tell them to pay it forward instead.
For example, I was grocery shopping and an elderly lady in front of me did not have a quarter for the grocery cart so I gave her one. She was so surprised at my random act of kindness."




" The pay it forward concept has a firm foundation in history. Ben Franklin described it in a letter he wrote to Benjamin Webb in 1784. In this letter, he wrote about his intention to help Mr. Webb by lending him some money. However, he did not want to be repaid directly. Instead, Ben Franklin hoped Mr. Webb would at some point meet an honest man in need of financial help and pass the money along to him."

Saturday 13 August 2011

Ayat Lima - Ayat Kelima - Surah Ar Rod Ayat 16


Katakanlah : ' Siapakah  Tuhan langit dan bumi? "
Jawablah : " Allah!" Katakanlah : " Mengapakah engkau mengambil pelindung-pelindung selain dari padaNya, pada hal mereka tidak memiliki kemanfa'tan dan kemudhoratan diri mereka sendiri? "
Katakanlah : " Samakah orang yang tuna netra dengan orang yang dapat melihat atau samakah gelap gulita dengan terang benderang? "
" Atau mereka menjadikan sekutu-sekutu bagi Allah yang mereka ciptakan, seperti ciptaanNya sehingga ciptaan mereka itu sama dengan ciptaanNya menurut pandangan mereka? "
Katakanlah : " Allah adalah Pencipta segala sesuatu  dan Dia adalah Maha Esa lagi Maha Perkasa. "

Ayat Lima - Ayat Keempat - Surah Al Maidah Ayat 27


Ceritakanlah kepada mereka kisah dua orang putera Adam (Habil dan Qabil) menurut kenyataannya, ketika dua orang itu mempersembahkan korban, maka diterima korban dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterimanya dari yang lain (Qabil).

Dia (Qabil) berkata : " Pasti saya tetap akan membunuhmu! "

Jawabnya (Habil) : " Sesungguhnya Allah akan menerimanya hanyalah dari orang-orang yang bertaqwa. "

Ayat Lima - Ayat Ketiga - Surah An Nisak Ayat 77


Tidakkah engkau memperhatikan kepada orang-orang yang diucapkan kepada mereka : " Tahanlah tangan kalian (dari berperang), dan dirikanlah solat, serta tunaikanlah zakat! "

Maka setelah diwajibkan berperang kepada mereka, tiba-tiba ada segolongan dari mereka itu yang takut kepada musuh, bagaikan ketakutannya kepada Allah, bahkan lebih dari pada itu.

Dan mereka berkata : " Ya Tuhan kami, mengapakah Engkau wajibkan berperang kepada kami? Tidakkah Engkau tangguhkan kepada kami beberapa waktu lagi? "

Jawablah : " Kesenangan didunia ini hanyalah sebentar saja, sedangkan kehidupan akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertaqwa, dan tidaklah kalian dianiaya sedikitpun juga. "

Ayat Lima - Ayat Kedua - Surah Al Imron Ayat 181


Sesungguhnya Allah telah mendengar ucapan orang-orang yang menyatakan : " Sesungguhnya Allah adalah fakir, sedangkan kamilah orang-orang yang kaya."
Kami akan mencatat apa yang mereka katakan itu, dan Kami catat pula tindakan pembunuhan mereka kepada Nabi-Nabi dengan tanpa ada alasan yang benar, dan Kami katakan nanti kepada mereka : " Rasakanlah siksaan yang membakar itu! "

Ayat Lima - Ayat Pertama - Surah Al Baqarah Ayat 246


Tidakkah engkau memperhatikan kepada pemuka-pemuka Bani Isroil sesudah Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada Nabi mereka : " Angkatlah seorang raja untuk kami, niscaya kami akan berjuang dijalan Allah."
Nabi mereka menjawab : " Mungkin saja, jika kalian diwajibkan berperang nanti kalian tidak akan mau berperang. "
Mereka menjawab : " Mengapa pula kami tidak mau berperang di jalan Allah, padahal kami telah diusir dari kampung halaman kami dan dari anak-anak kami. "
Maka tatkala diwajibkan berperang kepada mereka, ternyata mereka itu berpaling, terkecuali hanyalah sedikit saja diantara mereka. Dan Allah Maha Mengetahui dengan orang-orang yang zalim.

Friday 12 August 2011

Surah Saba - Ayat 10 hingga Ayat 11


Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Daud kurnia dari Kami.
Kami berfirman " Hai gunung-gunung dan burung-burung, bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud" dan Kami telah melunakkan bersi untuknya (iaitu) buatlah baju besi yang besar-besar dan tentukan ukuran dengan tepat dan kerjakanlah amalan-amalan yang soleh. Sesungguhnya Aku melihat apa yang kamu kerjakan.

Selawat Nabi



Ya Allah, kurniakanlah kesejahteraan dan keselamatan kepada Penghulu kami Muhammad, Nabi yang tidak tahu membaca dan menulis dan demikian juga kepada sekelian keluarga dan sahabat-sahabatnya seberapa banyak bilangan yang Engkau tahu dan seberapa banyak berat timbangan yang Engkau tahu dan sepenuh apa jua yang Engkau tahu.

Surah Yassin - Ayat 9


Dan Kami adakan dihadapan mereka dinding dan dibelakang mereka dinding (pula) dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.

Surah Al Baqarah - Ayat 171


Mereka tuli, bisu dan buta, maka oleh sebab itu  mereka tidak mengerti.

Surah Al Isra - Ayat 45


Dan apabila kamu membaca Al Quran, nescaya Kami adakan di antara kamu dan orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat, suatu dinding yang tertutup.

Doa Nabi Yunus Di Dalam Ikan Nun


Tidak ada Tuhan selain Engkau.
Maha Suci Engkau, 
Sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim

Surah At Taubah - Ayat 128 hingga ayat 129


Sesungguhnya telah datang kepada mu seorang Rasul daripada kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaan, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mu'min.

Jika mereka berpaling (daripada keimanan) maka katakanlah, cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain Dia, hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung.

Empat Khalifah


Abu Bakar yang sangat kuat membenarkan Islam
Umar yang dapat membezakan di antara yang baik dan yang jahat
Usman yang sangat taat kepada Tuhan Yang Maha Penyayang
Ali yang menjadi penyokong agama