Saturday, 7 January 2012

Tenaga Kersani


Hei! kersani mengalirlah dikau
Menjadi raksa mengisi belikat punggungku
Agar aku bisa berdiri
Tegap dan segak bagaikan laksama melayu

Ibu..ayah…bolehkah kalian tolong jelaskan maksud tersirat bait-bait lagu Mentera Semerah Padi di atas…
Aku seperti telah kehilangan sesuatu dari dalam diriku disetiap kali aku mendengar lagu kegemaran ku itu…

Hei! sepuluh helai daun sirih
Kugentas bersama bunga cengkih
Jadilah engkau
Darah merah pekat mengisi uratku
Agar bisa aku berlangkah
Gagah dan tampan bagaikan si jantan yang berkokok

Ibu..ayah…siapakah aku yang sebenarnya…
Aku seperti telah sesat dari tempat asal usul yang sepatutnya aku berada disuatu waktu dahulu
Aku mahu  sejatinya gagah, tampan, perkasa lagi jiwa penuh tawaduk seperti laksamana melayu itu…
Duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan orang lain
Juga dihormati lagi disegani oleh kawan serta lawan

Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung
Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke hujung lengan


Ibu ayah…tolonglah aku
Doakanlah yang terbaik sahaja untuk ku
Disetiap malam, usaplah kepala ku dengan penuh kasih sayang
Tiupkanlah selawat keatas ubun-ubun ku
Semoga segala harapan serta pengorbanan suci DARI DALAM  diri ibu ayah itu dapat pula meresap KE DALAM diriku
Agar dapat ia kujadikan azimat berharga sebagai teman setia di mana saja aku berkelana
Memberi peringatan bila aku terlupa
Menjadi penghibur dikala duka nestapa
Semoga  semangatmu itu sentiasa ada dan terus mengalir keseluruh jiwa ragaku, zahir batinku
Menjana tenaga murni baru


Wahai isteri…tolonglah aku
Doakanlah yang terbaik sahaja untuk ku
Disetiap malam, usaplah kepala ku dengan penuh kasih sayang
Tiupkanlah selawat keatas ubun-ubun ku
Semoga segala harapan serta pengorbanan suci DARI DALAM diri isteri bidadari srikandi ku itu dapat pula meresap KE DALAM diriku
Agar dapat ia kujadikan azimat berharga sebagai teman setia di mana saja aku berkelana
Memberi peringatan bila aku terlupa
Menjadi penghibur dikala duka nestapa
Semoga  semangatmu itu sentiasa ada dan terus mengalir keseluruh jiwa ragaku, zahir batinku
Menjana tenaga murni baru


Wahai suami…tolonglah aku
Doakanlah yang terbaik sahaja untuk ku
Disetiap malam, usaplah kepala ku dengan penuh kasih sayang
Tiupkanlah selawat keatas ubun-ubun ku
Semoga segala harapan serta pengorbanan suci DARI DALAM diri suami pahlawan kesatria ku itu dapat pula meresap KE DALAM diriku
Agar dapat ia kujadikan azimat berharga sebagai teman setia di mana saja aku berkelana
Memberi peringatan bila aku terlupa
Menjadi penghibur dikala duka nestapa
Semoga  semangatmu itu sentiasa ada dan terus mengalir keseluruh jiwa ragaku, zahir batinku
Menjana tenaga murni baru


Wahai teman….tolonglah aku
Doakanlah yang terbaik sahaja untuk ku
Disetiap kali pertemuan lewat di alam maya mahupun di alam nyata
Dendangkanlah kepadaku gurindam seloka serta syair tentang kebenaran dan kesabaran
Semoga segala harapan serta perjuangan suci DARI DALAM diri mu itu dapat pula meresap KE DALAM diriku
Agar dapat ia kujadikan azimat berharga sebagai teman setia di mana saja aku berkelana
Memberi peringatan bila aku terlupa
Menjadi penghibur dikala duka nestapa
Semoga  semangatmu itu sentiasa ada dan terus mengalir keseluruh jiwa ragaku, zahir batinku
Menjana tenaga murni baru

3 comments:

  1. Kursani ialah 'Raksa' atau latin nya 'Merkuri'

    ReplyDelete
  2. Di tanam dalam ruas-ruas tulang belakang seorang 'pendekar'

    ReplyDelete
  3. MELAYU
    KERIS
    KERSANI
    SIREH PINANG
    JANTAN BERKOKOK
    MENJUNJUNG LANGIT MEMIJAK BUMI........
    MEMUJA SEMANGAT ALAM DAN OBJEK
    MENGASAH TUAH MEMETRAI SUMPAH DAN JANJI......
    BARISAN KHADAM BERPENCAK DIBELAKANG SERU....!!!!

    BERTOBATLAH !!!
    PADA SYAHADAH DUA KALIMAH....
    BERBAI'AH DIJALAN RASULULLAH
    MENEMPA SYAHID SERTA MENANG......
    MERINDUI SYURGA DAN RIDZANYA
    MALAIKAT PASTI TURUN BERJUTA2....
    MEMBENTANG JALAN MENGECAP RIDZA....
    MUKMIN PASTI MENANG......Allahuakbar!

    Mohd Sufi Mohdajaib - facebook

    ReplyDelete