Petikan dari artikel Temubual Sempena Tahun baru Hijrah 1431, blog Mistisfile. Terima kasih MO!
Saturday, December 19, 2009
S: Mistisfiles J:Lonecryer
S: 2012? Apakah sebenarnya yang berlaku? Adakah benar bumi akan musnah pada Disember 2012 seperti ramalan Kalendar Maya itu?
S: Anda berkata bahawa perubahan itu merangkumi aspek fizikal, elektrik, elektromagnet atau sebagainya, adakah ini boleh mempengaruhi manusia? Maksud saya, tubuh badan atau otak manusia?
J: Saintis Rusia telah menemui bahawa 97% dari ruang kosong di dalam DNA kita adalah ruang kosong! Ruang kosong ini dipercayai oleh mereka diisi oleh satu tenaga khas. Saya tidak berpendapat demikian. Ruang kosong ini adalah kod-kod DNA yang masih belum difahami oleh saintis itu. Kod-kod DNA ini ada yang aktif dan tidak aktif. Yang tidak aktif ini akan menunggu pengaruh-pengaruh khas untuk mengaktifkannya. Saya percaya, kaedah spiritual adalah salah satu cara untuk mengaktifkan kod-kod ini, satu lagi adalah berkaitan dengan ‘The Shift’ ini.
Perubahan dalam kitaran semesta memberikan pengaruh kepada daya-daya yang menyelubungi bumi. Sebenarnya perubahan ini boleh merubah kadar graviti atau kelajuan daya elektromagnet dan sedikit perubahan pada ‘setting’ daya-daya ini akan mempengaruhi pula pergerakan atom-atom yang membina fizikal manusia. Seterusnya ia juga mengisi apa yang dinamakan ‘ruang kosong’ di dalam DNA tadi. Dalam kata lain, kod-kod DNA manusia diaktifkan. Penjelasan seterusnya amat-amat sulit dan saya berhenti setakat ini saja.
S: Apa maksud anda? Kod DNA manusia diaktifkan, apa yang aktif? Selepas ‘The Shift’ atau 2012 nanti apa yang akan berlaku kepada kita?
J: Saya sudah jelaskan bahawa kenyataan saya hanya berhenti setakat ini saja (Lonecryer berubah menjadi serius). Keputusan dari penyelidikan para saintis ini adakalanya tidak boleh didedahkan kepada umum kerana salah satu motto tempat saya bertugas ada mencatatkan bahawa “ Kebenaran itu kadangkala racun bagi yang tidak memahaminya”. Saya faham, ada pengkaji yang mengandaikan perubahan genetik akan berlaku dan manusia mungkin berubah menjadi X-Men! Hahaha….ini adalah pengaruh televisyen dan komik. Sebenarnya tidaklah begitu. Ada rahsia lain.
S: Dari segi perubahan daya dan tenaga Bumi bagaimana?
J: Kajian saintifik yang mendalam mendapati kemungkinan terjadi perubahan graviti bumi dan kenaikan suhu. Namun terdapat satu lagi perubahan yang menakutkan kemungkinan akan terjadi, iaitu kehilangan ion-ion atau gangguan denyutan elektromagnet menjadikan apa yang dinamakan kesan EMP (Electromagnetic Pulse). Anda tahu apa akan terjadi apabila tenaga EMP dilepaskan? Kesemua peralatan elektrik dan elektronik akan menjadi sampah saja; ia tidak berfungsi. Mereka telah membina bom-bom EMP ini. Sesungguhnya peperangan masa depan adalah kemungkinan peperangan elektronik, namun selepas itu mereka mungkin bergaduh dengan batu dan kayu (Lonecryer tersenyum mengekek)
No comments:
Post a Comment