Nabi Muhammad SAW yang kita kasihi ada menyarankan agar kita selalu membaca Surah Al Waqiah supaya dipermudahkan dalam mencari rezeki.
Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
Ini adalah kata-kata Nabi yang sudah tentu ia merupakan suatu wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Baginda yang mulia.
Kata-kata Baginda adalah benar, begitu juga janji-janji Allah sudah pasti benar.
Sebagai orang beriman, kita yakin sepenuhnya dengan kata-kata Baginda serta janji-janji Allah tersebut.
Namun apakah kaitan disebalik bacaan Surah Al Waqi'ah dengan perluasan rezeki oleh Allah SWT?
Saya petik komen oleh sdr Staff dari artikel Tenaga: Nota Qi blog Umat Terakhir seperti berikut:
http://umat-akhir.blogspot.com/2011/12/tenaga-nota-qi.html
staffJan 15, 2012 06:41 PM
Tenaga dalam al-Quran. Baca dengan kaedah yang betul (tanpa kesalahan bacaan) dan amalkan selalu. Dari situ tenaga al-Quran yang terpendam akan keluar dan menjadi tenaga yang lain.
Saya pernah terbaca mengenai satu team yang telah merekod gelombang ayat Kursi dan dipancarkan pada kawasan yang ‘keras’ beberapa kali, hasilnya kawasan tersebut menjadi normal dan tiada gangguan.
Sebab itu dalam al-Quran terdapat amalan surah pilihan untuk tujuan yang khusus. Contoh surah Yusof untuk kelihatan berseri, surah Maryam untuk ibu mengandung, ayat Kursi untuk rawatan dan banyak lagi ayat serta surah. Seluruh al-Quran itu ada tenaga untuk pelbagai fungsi.
Setakat ini saya tidak terbaca lagi kajian ilmiah @ saintifik yang betul2 jitu mengenai pengaruh gelombang dalam zikir @ ayat al-Quran terhadap persekitaran. Mungkin ada dibuat, tapi tidak didedahkan.
Dalam pengajian amalan pula ada konsep bilangan. Contoh 7, 40, 313. Amalan 40x untuk kemujaraban, 313x untuk kekuatan dan lain2, boleh tanya yang pakar. Ada perkaitan disitu, kekerapan tertentu dalam bacaan surah terpilih. Boleh membawa hasil yang lebih baik.
Bila Nabi bersabda bahawa dengan membaca Surah Al Waqi'ah, akan dijamin rezeki yang berpanjangan di dalam hidup kita, maka sudah tentu terkandung suatu Hukum Tarikan (Law of Attraction) keatas rezeki-rezeki yang sememangnya Allah sudah sediakan kepada kita dengan wasilah membaca surah tersebut.
Allah mentadirkan dan menjanjikan bahawa Surah Al Waqi'ah itu menjadi asbab terbukanya pintu tenaga rezeki kepada sesiapa yang rajin mengamalkannya.
Ustaz Yusuf Mansur, seorang pendakwah terkenal dari Indonesia dan juga seorang pejuang amalan bersedeqah, sering menyarankan khalayak agar selalu membaca Surah Al Waqi'ah sebagai santapan rohani dalam kita berusaha mencari rezeki.
hikmah pagi - 10072009 - yusuf mansur - fadillah surah al waaqi'ah
http://www.4shared.com/mp3/foPZ0gTR/Hikmah_Pagi_-_10072009_-_Yusuf.html
Petikan dari Artikel Petua Murah Rezeki oleh Linn Comel :
"Antara perkara yang perlu dilakukan ialah:
1-Selawat ke atas Junjungan Nabi 100x selepas setiap solat
2-Baca Surah Al-Waqi'ah sebelum tidur
3-Puasa setiap Isnin dan Khamis setiap minggu
Apa yang diajar untuk diamalkan selama 40 hari (40x untuk kemujaraban ?), tetapi saya mengamalkan sehingga hari ini. Alhamdulillah ianya sudah menjadi sebati dengan kehidupan saya. Seperti mana Allah memberikan rezeki untuk saya, insyaAllah anda juga akan memperolehi faedah yang sama seperti saya. Teringat pesan pawang kepada saya; Allah itu Maha Kaya " ~ Linn Comel
Rujukan tambahan mengenai Surah Al Waqi'ah:
~Bacaaan Surah Al Waqi’ah (Ayat 1 – 49) oleh Sheikh Misyari
~Bacaaan Surah Al Waqi’ah (Ayat 50 – 96) oleh Sheikh Misyari
http://www.youtube.com/watch?v=Yx27JayHFKA&feature=related
~Petua Murah Rezeki oleh Azlina Abdul Rahim (Linn Comel)
http://linncomel.com/index.php/2006/09/21/petua-murah-rezeki/
~Khasiat Surah Al Waqi'ah oleh Alive Wire
http://alivewire.wordpress.com/2007/06/09/khasiat-surah-al-waqiah/
bagus..tingkatkan lagi kekerapan penulisan anda..
ReplyDelete*banitamim.blogspot.com
as salam sdr Bani Tamin,
ReplyDeleteterima kasih di atas dorongan.
ia amat dihargai.
selamat menulis kepada saudara juga! semoga Allah permudahkan perkongsian karya-karya terbaik dari saudara di alam maya.