Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri (hati atau jiwa) mereka sendiri. Dan apabila Allah mengkehendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (Ar-Ra’d:11)
Ya Allah, tunjukilah kami “apakah YANG ADA PADA DIRI kami itu?” dan “apakah YANG ADA DI DALAM DIRI kami itu?”
Ajarkanlah ia kepada kami sebagaimana Engkau mengajarkan nama-nama benda kepada Nabi Adam AS sewaktu baginda diturunkan ke dunia.
“Apakah YANG ADA PADA DIRI kami serta apakah YANG ADA DI DALAM DIRI kami yang kami perlu ubah?”
“Sesungguhnya kami tidak mempunyai maklumat serta ilmu itu Ya Allah”
Maka dengan asbab kami merubah apa yang ada pada diri kami serta apa yang ada di dalam diri kami, Engkau izinkan kami untuk menjadi insan yang lebih baik dan memberi manfaat pula kepada orang lain.
Apakah sebenarnya yang ada pada diri kita yang perlu kita ubah?
Apakah sebenarnya yang ada di dalam diri kita yang perlu kita ubah?
APA YANG ADA DI DALAM DIRI..?!
Jiwa adalah roh kehidupan.
Penasihat jiwa adalah aqal fikiran.
~Itulah apa yang ada di dalam diri kita.
APA YANG ADA PADA DIRI..?!
Raga adalah pakaian kehidupan.
Segala perlakuan kita akan dizahirkan oleh raga (anggota badan).
~Itulah apa yang ada pada diri kita.
Aqal sebagai teman setia jiwa akan menghasilkan frekuensi tenaga apabila jaringan neuron menjadi aktif setiap kali kita memikirkan sesuatu perkara.
Frekuensi tenaga tertentu akan menyebabkan tubuh badan merembeskan kimia emosi tertentu yang dapat dirasa oleh jiwa kita.
Setiap jenis emosi itu pula akan mempengaruhi tindak tanduk yang akan dilakukan oleh anggota badan (raga) kita.
Emosi positif secara relatifnya mendorong seseorang melakukan perbuatan yang baik dan bermanfaat seperti suka menolong orang, suka bersedekah dll.
Emosi negatif biasanya boleh menyebabkan seseorang itu melakukan perkara-perkara sebaliknya seperti suka mengadu domba, suka melihat orang lain gagal dll.
Sesungguhnya …apa yang ada DI DALAM diri menentukan hala tuju perbuatan yang ada PADA diri kita.
Ubah fikiran dengan mendapatkan maklumat & ilmu yang benar.
Ubah fikiran dengan membaca input yang mengajak kita berfikir secara kritis, mengetuk minda menilai setiap perkara, melihat dari pelbagai perspektif dan memberi peluang kepada diri memilih mengikut fitrah semula jadi insan.
Ubah fikiran dengan bergaul bersama rakan-rakan (secara maya atau nyata) yang sentiasa mendorong aqal untuk terus berfikir dengan sebaiknya.
Ubah fikiran untuk melihat alam serta kehidupan serta menyingkap rahsia disebaliknya sebanyak lapisan yang mungkin.
Ubah fikiran dengan memohon restu dari ibu-ayah, suami-isteri, anak-anak, adik-kakak-abang, saudara-mara, guru-ketua..semoga mereka sentiasa mendoakan dan memberi sokongan serta galakan supaya kita mampu mengubah fikiran kepada yang lebih baik.
Ubah fikiran dengan memohon kepada Allah agar direzekikan kita untuk berfikir dan berubah sebagaimana yang Dia kehendaki, bukan seperti yang kita ingini.
Ubahlah fikiran, agar berubah frekuensi tenaga kita, agar berubah kimia emosi kita, agar berubah getaran jiwa kita, agar berubah rasa hati kita…
Semoga dengan itu dapat pula berubah perlakuan kita, dapat berubah tindak-tanduk kita, dapat berubah tabiat kita dan dapat berubah seluruh pekerti kehidupan kita kepada yang lebih baik.
Dan dengan asbab yang diatas, maka dapat pula diubah diri kita, keluarga kita, rakan taulan kita, kampung kita, negeri kita, negara kita…..dan dunia kita kepada yang lebih adil, selamat lagi sejahtera.
Semoga dengan perubahan yang berlaku, Allah SWT dengan RahmatNya akan memperluaskan rezeki, mempermudahkan segala urusan serta memberi keberkatan kepada kita semua di dunia dan diakhirat.
"YANG ADA PADA DIRI kami dan YANG ADA DI DALAM DIRI kami”..
ReplyDeleteSalam..Sesungguhnya pendapatku berlainan..
begini,
'Yg Ada dlm Diri itu' adlh hati..dimana bertempatnya segala keinginan,nafsu,dan sbgnya. Maka, ia akan dikawal sesuai dgn tujuan hidup si pemilik hati itu..Sesungguhnya Allah swt itu musuhnya Iblis..maka, apb tujuan hidup seseorang itu selain drp Allah, maka ia akan dikawal trus oleh Iblis dan Setan...
Dan Hati yg dikawal ini akan memacu 'Yg Ada Pada diri', yakni anggota badan yg zahir..menghasilkan perbuatan sesuai dgn kehendak si pengawal itu td...
Makanya, Sang pemacu terhebat dan terbaik adlh Allah swt..jikalau inginkan hati kita di pacu trus oleh Allah swt, maka wajiblah kita mengenalNya terlebih dahulu didunia ini. Sesungguhnya Allah akan memacu hati seseorang itu apb Ia MEREDHAI akan manusia tersebut...
Makanya, bermulalah langkah kita dgn mengIKHLASkan hati dan berSABAR dlm mencari keREDHAAN Allah swt, dan carilah guru yg mampu mengajarkannya....wassalam
Apa yang ada di dalam diri kita…?!
ReplyDeleteSalam untuk sekalian alam..
"Diri nyata hakiki...diri didalam...diri diluar...
Rahsia allah."
Berdiri sifat allah pada hambanya,sedangkan zat,sifat,asma' dan afal tidak bercerai..
Bahkan segala sifat rahsia allah berdiri pada hambanya..
Untunglah bagi sesiapa yang mengenal diri..
Bahagialah bagi mereka yang mati sebelum mati...
Diri terdiri,diri terperi,diri sebenar-benar diri...hakikatnya diri tajalli..
Yang menjadi rahsia kerana untuk dikenali..Kerana yang rahsia itu adalah allah...Ghaibul ghaib...nyata pada yang nyata rahsianya..
Allah jua yang mengenal allah............
Moga kita sekalian dijauhi dari murkanya,senantiasa dalam lindungan pandangan kasih dan rahmatnya jua ....salam..
As salam sdr Art_vespa,
ReplyDeleteTerima kasih di atas ingatan bahawa hati itu adalah 'raja' yg berada di dalam diri manusia.
pepatah ada berkata " ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu".
'raja' diri seharusnya tunduk dan patuh kepada Raja Sekelian Alam, barulah hidup dapat diatur mengikut syariat seperti yang dikehendaki oleh Raja Sekelian Alam.
As salam sdr "aku dia..dia aku...",
ReplyDeletesaya pernah bertemu dengan seseorang yang penuh dengan ilmu hakikat lagi merendah diri hatinya penuh dengan rasa kehambaan.
berkata-kata dengannya...it's so heaven....setiap butir perkataan yg keluar pasti disebut Tuhan bersamanya....
saya rasa dunia ini adalah syurga sewaktu berbual dengannya kerana semua yang diperkatakannya penuh dengan puji-pujian kepada Tuhan.
last sekali sebelum berpisah, dia berkata kepada saya...
"sebenarnya boleh saja saya katakan bahawa kamu ini ialah Allah kerana di dalam diri kamu ini terdapat sifat-sifat Allah...." lebih kurang macam tulah...seperti apa yg sdr nukilkan iaitu:
'Berdiri sifat allah pada hambanya,sedangkan zat,sifat,asma' dan afal tidak bercerai..
Bahkan segala sifat rahsia allah berdiri pada hambanya..'
aduhai...adakah saya telah terjumpa dan berbual-bual dengan malaikat...?!
dizaman siber ini...rupa2nya masih ada lagi orang2 yg sebegitu...
Assalamualaikum Warahmatullah
ReplyDeleteTiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah
Salam ziarah daripada saya.
Sebenarnya potensi roh kita memang dapat dimaksimumkan dengan syarat kita perlu melepaskan diri daripada terikat kepada dunia. Orang yang dapat melepaskan diri daripada kehidupan dunia sudah pasti akan dapat melihat sesuatu yang tidak dilihat oleh orang kebanyakkan.
Sebagai permulaanm hadis berikut mungkin boleh kita renungkan dan nilai semula diri kita apakah kita ini termasuk orang-orang yang ringan atau berat.
Anas bin Malik r.a berkata : Pada suatu hari Rasulullah s.a.w keluar dan memegang tangan Abu Dzar, lalu bersabda
“Hai Abu Dzar, sesungguhnya di hadapanmu ada bukit penghalang yang sukar didaki, tidak akan dapat mendaki kecuali orang-orang yang ringan bawaannya. Abu Dzar bertanya: Ya Rasulullah, saya ini termasuk yang ringan atau yang berat? Rasulullah s.a.w bertanya: Apakah engkau mempunyai makan untuk hari ini? Jawabnya: Ya. Apakah mempunyai makan untuk besok pagi? Jawabnya: Ya. Apakah mempunyai makan untuk lusa? Jawab Abu Dzar: Tidak. Nabi s.a.w bersabda : Andai engkau mempunyai makanan untuk lusa (untuk tiga hari) nescaya engkau termasuk orang-orang yang berat.”
Fikirkan semula dan jenguklah ruang dapur dan peti ais dirumah kita. Mungkin ada yang sudah luput tarikhnya!
Sekadar Ingin Berkongsi.
salam semua,
ReplyDeletesaya suka ulang balik hadis yang dikemukakan saudara F.Z,
Anas bin Malik r.a berkata : Pada suatu hari Rasulullah s.a.w keluar dan memegang tangan Abu Dzar, lalu bersabda
“Hai Abu Dzar, sesungguhnya di hadapanmu ada bukit penghalang yang sukar didaki, tidak akan dapat mendaki kecuali orang-orang yang ringan bawaannya. Abu Dzar bertanya: Ya Rasulullah, saya ini termasuk yang ringan atau yang berat? Rasulullah s.a.w bertanya: Apakah engkau mempunyai makan untuk hari ini? Jawabnya: Ya. Apakah mempunyai makan untuk besok pagi? Jawabnya: Ya. Apakah mempunyai makan untuk lusa? Jawab Abu Dzar: Tidak. Nabi s.a.w bersabda : Andai engkau mempunyai makanan untuk lusa (untuk tiga hari) nescaya engkau termasuk orang-orang yang berat.”
sungguh,dengan makan yang berlebihan telah menyebabkan kita hilang rasa...kecekapan deria2 kita terbantut disebabkan kekenyangan...disebabkan makanan jugalah Nabi Adam as dan hawa terpaksa turun ke matrix dunia...
dengan berlapar sistem badan kita cekap dan pantas...kita mampu melakukan benda2 yang hebat jika kita berlapar...oleh sebab itu lah berpuasa merupakan amalan Nabi saw...
dan jika kita mahu menelusuri kehebatan diri,perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah berlapar...
wallahualam,sekadar pandangan...
w'salam kepada sdr sdr F.Z. dan sdr Nurun Nur,
ReplyDeleteterima kasih di atas ingatan tentang tenaga luar biasa yang boleh dihasilkan dengan berpuasa --> tenaga murni yang boleh meluaskan matrik, meringankan fikiran serta melembutkan jiwa.
sudah tiba masanya kita promosi dan popularkan Puasa Daud - berpuasa sehari dan berbuka sehari berselang-seli.