Ya Tuhan..bagaimana sepatutnya kami orang melayu ini harus berperibadi dan berkelakuan…? Tunjukilah kami jalan yang lurus…!
Terasa amat kerdilnya kami ditengah2 ledakan maklumat yg pelbagai ini…
Amat terasa untung nasib kami ini sudah berada dihujung tanduk sahaja…
Tunjukilah kami jalan kebenaran yang satu itu….!
Ya Rasul, dengarlah rintihan kami umatmu diakhir zaman ini…
Tuanlah yang terlalu amat mengasihi kami sehingga kamilah yang Tuan sebut2 di akhir nafas zahirmu itu…
Ya Rasul, sesungguhnya Tuan itu amat “melihat” dan “memerhatikan” kami, umatmu yang masih tinggal di dalam matrik “sebelah sini” , walaupun Tuan sudah berada di dalam matrik “sebelah sana”
Selawat dan Salam keatas Tuan adalah penyambung hubungan kita biarpun Tuan dan kami berada di dalam matrik yang berlainan
Sesungguhnya Nur Muhammad itu sentiasa hidup kerana ia menjadi asbab bagi Tuhan untuk mencipta alam dan seisinya termasuklah kami
Ya Rasulullah, tingginya darjat Tuan disisi Tuhan Yang Maha Agung itu
Ya Rasulullah, muliamya Tuan disisi Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang itu
Maka, siapalah pula kami yang serba lemah dan tidak berdaya ini tanpa taufik dan hidayah dari Tuhanmu itu serta syafaat dari Tuan yang amat sempurna kejadiannya itu
Ya Rasulullah, temanilah kami menelusuri zaman ummah kedua ini….
Ya Rasulullah, temanilah kami menelusuri zaman ummah kedua ini…
Terasa seperti merangkak diatas salji sahaja….
Seluruh jiwa dan raga kami mengalami hiportermia, hampir sejuk membeku, kaku tidak mampu lagi berfungsi akibat bahana super- kejahilan dan super-kekeliruan yang serba berselirat di dalam diri kami ini
Namun janji-janji Tuhan yang Tuan telah sampaikan sejak dari 1400 tahun lalu menjadi azimat untuk kami terus bertahan di dalam timbunan salji tebal ini walaupun sebenarnya kami tinggal di kawasan yang disinari cahaya matahari sepanjang tahun
Malu kami tidak terkira setelah tersingkap rahsia bahawa kamilah yang diamanahkan untuk menerajui ummah kedua ini
Siapakah pula diantara kami yang berhati besi, mampu pula meratakan gunung…
Siapakah pula diantara kami yang menjadi pedang-pedang malam.....merintih dan mendoakan keselamatan umat manusia didunia dan diakhirat
Ya Tuhan, rezekikanlah kami untuk bersama orang-orang itu….agar perjalanan hidup kami di hujung matrik ini mempunyai makna dan sangat bererti…
aminnn...
ReplyDeletemeh la... http://abjadmalaysia.blogspot.com/ kita ini serba tak tahu... semakin belajar semakin mengenal jahil... Insya Allah
ReplyDelete