Sunday, 29 January 2012

Aqal Waras….Kuat Jiwa….Tenaga Murni….

:: Ceritera Satu
Lady Boss ku seorang yang moody, suka marah sesuka hati, setiap kesalahan kecil pasti mengundang padah, sampai bila aku dan kami harus begini, makan jantung berulam hati, aku hanya orang kecil, kata-kata dan penjelasan kami tidak didengari…. 

:: Aqal Waras
……oohhh…rupa2nya Lady Boss ku sehingga kini masih bersendirian, sudah tentu emosinya tidak stabil, dia tiada kehidupan berkeluarga yang boleh melatih dirinya bersifat  sabar untuk berhadapan dengan karenah manusia, malah aku dan kamilah yang menjadi keluarga tidak rasminya walaupun sering dimarahi.


Sebab itu fikirannya hanya  tertumpu kepada kami di pejabat ini tanpa dia sedari untuk melepaskan emosi dan rasa terpendam di dalam dirinya sehinggakan Big Boss pun dah tak boleh nak buat apa-apa lagi, dek bahana emosi Lady Boss yang tidak  terkawal, ia memakan dirinya sendiri dan juga telah menghuru-harakan orang lain…huhu 

:: Kuat Jiwa
……bersyukurlah kerana aku dan kita ada keluarga yang sempurna, lengkap dengan ibu-ayah, suami-isteri, ipar-dua, anak-pinak, adik-beradik, saudara-mara, rakan-taulan – semuanya saling melengkapi membentuk jalinan kasih-sayang serta menstabilkan fikiran & emosi.


Namun, ramai lagi insan-insan di luar sana yang masih hidup bersendirian, diri umpama sebatang lidi, mudah patah dengan mainan fikiran dan emosi  yang bercelaru, tidak tahu hendak dibawa kemana segala resah dihati……jawatan tinggi menjadikan dirinya lebih ego lagi, tapi jauh disudut hatinya amat merasa rendah diri kerana dirinya tidak seperti orang lain.

:: Tenaga Murni
Ya Tuhan, tenangkanlah jiwa yang resah, datangkanlah jodoh yang baik kepada insan-insan yang masih mencari-cari kekasih hati walaupun di lewat usia, manusia itu saling berpasangan dan lengkap-melengkapi kerana itulah fitrah yang telah Engkau jadikan.



:: Ceritera Dua
Kawanku masih belum solat dengan sempurna, rakanku masih terjebak dengan kemungkaran walaupun dia tahu ia satu kesalahan, temanku masih belum mampu berpuasa dengan cukup di bulan ramadhan


..aahh senarainya amat panjang jika aku mahu tuliskan semuanya disini….sedangkan aku sendiri masih belum sempurna…tapi masih mahu mencari-cari kekurangan dan kesalahan orang lain.

 :: Aqal Waras
……mungkin kawanku masih jahil akan erti solat yang sebenarnya, dari kecil dia bersolat semata-mata kerana takut dimarahi ayahnya, maka bila berjauhan dari keluarga tiada siapa yang perlu dia takutkan lagi.


Mungkin rakanku masih dikelilingi persekitaran yang sentiasa mendorong dia melakukan kemungkaran yang berterusan, diri masih belum mampu melawan ajakan nafsu yang sudah membelengu diri.


Mungkin temanku tidak biasa berpuasa sedari kecil, atau mungkin terpengaruh dengan orang sekeliling yang juga tidak berpuasa di bulan ramadhan, atau mungkin dia mengalami masalah kesihatan atau mungkin dia terpaksa bekerja berat membanting tulang di bulan ramadhan yang tidak mengizikannya untuk menjalani ibadah puasa. Mungkin juga nantinya temanku itu akan mengqada semula puasa-puasanya yang telah tertinggal itu.


Aahh…semuanya adalah satu kemungkinan….

:: Kuat Jiwa
…..benarlah bahawa segala kekuatan itu datangnya dari Tuhan. Semua rezeki itu juga datangnya dari Tuhan. Boleh bersolat itu satu rezeki. Terhindar dari kemungkaran itu satu rezeki. Mampu berpuasa itu satu rezeki. 


Kekuatan dan rezeki itu pula adalah satu pinjaman. Tuhan boleh saja menarik balik segala kekuatan dan rezeki yang kita rasa lahir dari usaha kita sendiri. Walhal itu semua merupakan ujian untuk melihat sejauh mana kita insaf dan sedar bahawa Tuhanlah sebenarnya yang memberi keizinan untuk kita mampu/boleh melakukan semua itu.


Pada masa yang sama, terlalu banyak lagi suruhan Tuhan yang belum kita tunaikan dan banyak pula tegahan Tuhan yang belum kita tinggalkan.

:: Tenaga Murni
Tiada daya untuk melakukan taat dan tiada kekuatan untuk menjauhi maksiat, melainkan dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi, lagi Maha Agung.

There is no power and strength except through Allah SWT

Monday, 23 January 2012

Tenaga Murni ~ Qunut



Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. 
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. 
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. 
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.


Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.


Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi


Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. 


Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya
Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah





Tenaga Murni ~ Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. 
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.


Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.


Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.


Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.



Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung



Tenaga Murni ~ Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. 
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.


Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.


Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad




Tenaga Murni ~ Antara Dua Sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku
dan rahmatilah daku, 

lindungilah daku, 
angkatlah darjatku, 

rezekikan daku, 
berilah aku petunjuk, 

selamatkanlah daku 
dan maafkanlah akan daku





Tenaga Murni ~ Rukuk dan Sujud

Rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya




Bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya


Iktidal
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian


Sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya



Tenaga Murni ~ Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.


Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.


Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat







Tenaga Murni ~ Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. 


Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. 


Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.


Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.


Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam



Tenaga Murni ~ Tabiratul-Ihram /Takbir




Allah Maha Besar

Roh Perluasan Rezeki

Doa ini dipetik daripada blog http://alivewire.wordpress.com. Terima kasih AliveWire !


Ya Allah, bahawasanya kami memohon kepada-Mu dengan hak surat Waaqi'ah dan rahsia (yang terkandung) di dalamnya. Hendaknya Engkau memudahkan rezeki bagi kami sebagaimana Engkau memudahkannya kepada kebanyakan makhluk-Mu ya Allah, Tuhan semesta alam. Ya Allah, limpahkan rezeki dari langit dan bumi kepada kami, berilah kami rezeki kerana Engkau sebaik-baik pemberi rezeki.
Ya Allah, jika rezeki kami berasa di langit, maka turunkanlah rezeki itu, 


jika rezeki kami berada di bumi, maka keluarkanlah, 
jika rezeki kami tidak ada maka temukanlah, jika rezeki kami sulit maka mudahkanlah kepada kami, 
dan pindahkanlah rezeki itu ke tempat di mana kami berada, dengan karunia-Mu dan kemurahan-Mu serta kemuliaan-Mu dengan rahmat-Mu wahai sebaik-baik Penyayang dari para penyayang.

Demi kebesaran, keagungan dan kekuasaanMu Tuhan yang mempunyai Kekuasaan, Petunjuk dan Kerajaan. Ya Allah, aku memohon kepadaMu, demi namaMu yang Maha Tinggi, yang Engkau memberikan (rezeki kekayaan) kepada siapa sahaja yang Engkau sukai, dan wali-wali Mu dan kekasih-kekasih Mu, kiranya Engkau kurniailah aku rezeki dari sisi Mu yang dengan itu Engkau memberi kekayaan akan daku dan menjadikan pengaruh syaitan hilang dari hatiku, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pemberi, pemberi rezeki, Maha Pembuka (pintu rezeki), Maha Mengetahui, Maha Lemah Lembut, Tuhan Maha Pemberi cukup, Maha Kaya, Maha Mengkayakan, Maha Mulia, Maha Pemberi Kelapangan Rezeki. Tuhan yang Maha mempunyai kelebihan-kelebihan, Maha mempunyai kenikmatan, Maha Pemurah dan Maha Mulia. 


Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepada Mu demi kebesaran Mu dan demi kebenaran Nabi Mu dan demi kemurahan Mu dan kemuliaan Mu dan demi kelebihan Mu serta kebaikan-kebaikanMu. Ya Tuhan yang benar pada janjiNya, tiada Tuhan yang lain, selain Engkau, Maha suci Engkau dan sesungguhnya aku adalah dari golongan yang zalim.

Ya Allah, mudahkanlah bagiku beroleh rezeki dari yang halal-baik, perkenankanlah do’aku demi berkat Surah Al-Waqi’ah dan demi nama yang agung dan demi kebenaran junjungan kami Muhammad s.a.w., dan keluarga dan sahabat-sahabatnya yang baik-baik, suci dari (kedosaan) dan demi kekuasaan, kehebatan, ke Esa-an-Mu, Tuhan yang sebaik-baik pemberi rezeki, yang mengkayakan yang faqir Maha Pengampun, suka memberi kemaafan atas kesalahan hambaNya – mudahkanlah (ya Allah) segala urusanku, kurniailah aku rezeki yang halal, yang baik dan yang berkat.


Ya Tuhan yang Maha Tinggi dan Maha Mulia, ya Tuhan yang Maha Mencukupkan dengan RahmatMu ya Tuhan yang Maha Pengasih, semoga Allah mencurahi kesejahteraan dan keselamatan ke atas junjungan kami Muhammad dan atas keluarga dan sahabat-sahabatnya, juga atas pengikut dan pembantunya dan isteri-isterinya dan zuriatnya serta ahli rumahnya semua, Maha suci Tuhan Mu, Tuhan yang suci dari sebagaimana yang disifatkan orang-orang musyrik dan keselamatan atas semua Rasul-rasul, segala puja bagi Allah, tuhan seruan sekalian Alam.
Ya Allah, perkenankanlah permohonanku ini, yaa Allah andainya rezekiku berada di langit, turunkanlah dia untukku, dan andainya rezekiku berada di bumi, keluarkanlah untukku, sekiranya rezekiku berada di lautan, naikanlah akan dia untukku, sekiranya rezekiku sedikit, mohonlah kiranya diperbanyak, dan andainya rezekiku banyak, mudahkanlah bagiku serta beri kekuatanlah bagiku (dalam membelanjakannya) dan kurniailah aku rezeki yang tidak terduga dari mana datangnya, rezeki yang halal yang baik, mengalir terus yang berkat dan tidak ada orang yang meninggini dan merasa iri kepadaku, seraya jadikanlah aku pemurah memberi dan jangan bakhil memberi kepada orang lain.


Sesungguhnya Engkau (ya Allah) atas sesuatunya Maha Kuasa – demi RahmatMu ya Tuhan yang Maha Pemurah, dan maha Pengasih, semoga kesejahteraan dan keselamatan kiranya Allah mergurniai atas junjungan kami Muhammad s.a.w. dan atas keluarganya dan sahabatnya semua. Do’a mereka (di syurga) “Maha Suci Allah dan kehormatan mereka “keselamatan” dan akhir do’a mereka “segala puja dan puji bagi Allah Tuhan seruan sekalian alam.

Ya Allah, peliharalah muka kami dengan kekayaan (kelapangan), dan janganlah Engkau hinakan kami dengan kemelaratan, sehingga kami (terpaksa) meminta rezeki kepada orang yang meminta rezeki kepada-Mu, atau meminta belas kasihan kepada makhluk-Mu yang jahat, atau sibuk dengan memuji orang yang memberi kami, atau mencela orang-orang yang tidak memberi kepada kami. Sedang di belakang semua itu Engkau-lah yang Maha Pemberi dan Maha Penahan.


Ya Allah, sebagaimana Engkau telah me-meliharakan muka kami dari sujud kepada selain-Mu, maka peliharalah pula kami dari memerlukan kepada selain-Mu, maka peliharalah pula kami dari memerlukan kepada selain-Mu, dengan kemurahan dan kurnia-Mu jua. Ya Arhamar-roohimiin. Ya Allah, cukupkanlah kami dengan kurnia-Mu dari selain-Mu.


Wa Shollahu ‘ala Sayyidina Muhammadin wa aalihi wa shohbihi wa sallam.


Sila rujuk ke pautan berikut untuk mendapatkan bacaan doa dalam bahasa Arab:
~Doa sesudah membaca Surah Al waqi'ah (1)
http://alivewire.wordpress.com/2007/06/09/doa-sesudah-membaca-surah-al-waaqiah-1/
~Doa sesudah membaca Surah Al waqi'ah (2)