Seseorang telah memberi komen dalam
Mistisfile beberapa tahun yang lalu bahawa perjalanan untuk mengenali dan
menemui susuk tubuh Imam Mahdi itu adalah seumpama mencari sehelai daun emas
didalam hutan hujan khatulistiwa yang maha tebal sifatnya dengan jutaan flora
serta fauna
Saya membaca tulisan saudara BradoKapak
mengenai pencariannya tentang rahsia
akhir zaman. Ia disokong pula oleh saudari Mayang Sari yang pernah terambil
jalan sendiri dalam perjuangannya demi menegakkan keadilan dibumi Malaysia.
Mereka pernah mengalami saat2 genting semasa pencarian akan sesusuk tubuh
bernama Imam Mahdi. Dalam kekecewaan kerana
masih belum bertemu dengan idola yang disanjungi , mereka mengambil keputusan untuk kembali semula ke alam
kehidupan nyata – meneruskan aktiviti seharian dengan lebih tekun serta
menjalinkan hubungan sesama insan dengan penuh semangat kasih-sayang lagi
harmoni.
Seseorang juga telah memberikan pendapat bahawa persoalan Imam Mahdi itu
adalah rahsia Tuhan dan mungkin ada hikmah disebalik rasa kecewa itu agar kita
kembali semula berpijak dibumi nyata meneruskan perjuangan membela keluarga
serta masyarakat. Imam Mahdi sudah pasti tidak pernah mengajar untuk kita terus
melupakan dunia dan taasub lagi asyik-masyuk di alam pencarian kebenaran.
Sedangkan kita juga amat perlu untuk menguasai ekonomi termasuk bidang2 yang lain dan bersaing secara sihat
dengan pelbagai kaum di negara ini.
Saya mula ‘mengenali’ Imam Mahdi dizaman
persekolahan apabila terpandang tajuk buku yang membincangkan persoalan Imam
Mahdi disebuah kedai buku. Pada pandang pertama tersebut saya telah ‘jatuh
cinta’ dengan watak Imam Mahdi kerana seolah2 beliau adalah seseorang yang
boleh diharapkan untuk menyelamatkan dunia dari
kemusnahan seperti yang sering digambarkan dalam siri2 kartun animasi ultraman,
superman, naruto, transformer, dragon ballz, power ranger, cicakman, badman,
incredible hulk, american super hero, charles angles dll. Sekurang2nya saya tidak akan terpengaruh
dengan cerita2 kartun itu kerana saya sudah ada hero Imam Mahdi – yang
kebenarannya ada disebut oleh Baginda Nabi SAW. Ia bukan sekadar watak animasi,
tetapi beliau adalah ‘real’ dan sudah tentu akan zahir suatu waktu nanti untuk
mengembalikan dunia kepada keamanan dan kemakmuran
Keinginan untuk mempunyai seorang idola
yang kuat-perkasa, magis-mistik, kaya-berada-berpengaruh seantero dunia,
handsome-macho, baik-berhati-mulia merupakan fitrah seorang manusia sejak dari kecil
lagi seawal seseorang itu mula mengenal apa itu peti televisyen (tv). Semua
cerita animasi kartun bertemakan kepada watak hero-penyelamat berlawan dengan
musuh-jahat. Jalan cerita digarap hingga
sebegitu rupa bagi menonjolkan kepentingan watak yang akan muncul disaat2
genting berhadapan dengan musuh –durjana yang ingin memusnahkan dunia serta
isinya. Sedangkan watak kartun shin chan pun mempunyai hero kesayangannya bernama
action kame. Shin chan diwaktu lapang suka menonton kartun kegemarannya iatu action
kame (watak kartun di dalam kartun …hahaha…), maka apatah lagi kita manusia
biasa yang fitrahnya mahukan kepada kewujudan seorang pemimpin yang boleh
diharapkan lagi dipercayai untuk memacu pemerintahan negara ke tahap yang lebih
tinggi
Sebagaimana hebatnya musuh yang sentiasa
menggunakan pelbagai taktik & teknik termasuk art-of-con untuk mengaburi
mata khalayak ramai agar kehadiran mereka ditengah2 masyarakat tidak dapat
dikesan walaupun sebenarnya musuh itu melakukan kejahatan terhadap kita siang
dan malam.
Begitu juga dengan Imam Mahdi, saya yakin
dan percaya bahawa beliau pastinya menggunakan strategi yang lebih tersusun,
lebih ‘licik’, lebih mampan serta lebih terkehadapan ‘tipu-daya’nya untuk
mencapai dua objektif utama:
- 1) Menggembalikan manusia kepada
Tuhan & RasulNya, memurnikan semula jiwa2 insan kepada semangat kasih-sayang, menyuburkan iman2
akhir zaman yang senipis kulit bawang
ini agar dapat disemai semula jiwa2 bersifat sufi lagi wali yang penuh dengan
tekad perjuangan untuk mengembalikan kemakmuran Islam buat kali kedua
- 2) Mengelabui mata musuh yang
sentiasa cuba untuk menggagalkan misi penyuburan iman & islam. Membiarkan
musuh penat meneka & menelah ‘helah’
Imam Mahdi seterusnya setelah usaha2 untuk menghancurkan perjuangan beliau sebelum
ini hanya menemui jalan buntu. Diatas setiap ‘keruntuhan & kemusnahan’
perjuangan Imam Mahdi yang diusahakan oleh musuh maka terhasil baja kompos organik mesra alam yang dapat menyubur-makmurkan lagi
perjuangan Imam Mahdi ke fasa seterusnya.
Sejak dari dahulu lagi musuh tidak pernah
berputus asa untuk menjadikan bumi tercinta ini seumpama tanah seberang yang
sudah caca-marba aqidah serta pegangan mereka, ataupun mahu mewujudkan sebuah
negara republik seumpama pulau kecil di selatan, ataupun melenyapkan identiti
bangsa majoriti negara ini seumpana negara gajah putih diutara, ataupun mahu
melenyapkan terus warga asal tanah ini seumpama nasib orang melayu cham/kemboja
dibawah pemerintahan rejim komunis pol pot – namun SEMUA itu gagal
Saya dapat rasakan bahawa Imam Mahdi menggunakan
teknik diplomasi tahap tertinggi dalam menyelami & memahami kehendak
masyarakat, meredakan keresahan & kegusaran khalayak akan isu2 keselamatan
sosial, kestabilan ekonomi, keharmonian hubungan sesama kaum serta kelangsungan kedaulatan negara untuk hari2 yang mendatang
Dalam kegairahan kita mengikuti apakah
filem terkini yang ditayangkan di pawagam, apakah projek terkini yang sudah
berada digenggaman tangan, apakah keuntungan terkini dalam pelaburan saham,
apakah status terkini sokongan keatas calon kegemaran, apakah fesyen terkini yang ada dipasaran………………..mari kita
sama2 telusuri perkara2 ‘kecil’ yang sedang berlaku disekeliling, nampak seperti tidak signifikan tetapi apabila
ditoleh semula akan kehadirannya, diharap kita akan dapat ‘merasa’kan suatu
aura harmoni yang sedang melanda kita seumpama tiupan bayu laut cina selatan –
sepoi2 bahasa lembut menyapa namun cukup bertenaga untuk menggerakkan kain
layar membawa kapal menongkah arus membelah lautan menuju ke pulau iman & islam
Satu contoh ‘kecil’ ialah pemakaian hijab
Jika dulu para wanita akan memakai baju
kurung pada hari jumaat, sekarang ianya sudah digantikan dengan pemakaian
jubah/kaftan. Dulunya ia hanya dipakai oleh makcik2 yang baru pulang dari mekah
atau oleh golongan yang aktif dengan usrah2 islamik di pusat2 pengajian tinggi
ataupun dipejabat2 kerajaan sahaja. Ramai juga para wanita yang berniqab/purdah
tanpa perlu rasa segan atau takut digelar zorro mahupun hantu kum2
Jika dulu pemakaian tudung hanya dikenakan oleh
wanita2 yang bertudung sahaja, tetapi sekarang ia sudah menjadi kemestian
sewaktu upacara aqad nikah, kenduri-kendara, menghadiri ceramah agama,
menghadiri kurusus haji walaupun
sebenarnya wanita itu tidak/belum bertudung. Pemakaian tudung bukan lagi
menjadi sesuatu yang fobia ataupun taboo dikalangan wanita, malahan sesiapa
yang tidak mahu bertudung akan kelihatan janggal dan nampak seperti ketinggalan
zaman. Tetapi ini tidak bermaksud kita memandang serong kepada mana2 wanita
yang masih belum berhijab. Hati manusia
hanya Tuhan yang Maha Mengetahui. Kewajipan kita adalah untuk terus berakhlak
baik sesama manusia, membantu mana2 yang boleh serta doa yang berterusan agar
hati2 wanita yang kita kasihi itu dipermudahkan untuk membuat perubahan baik
yang berkekalan.
Banyak pula peristiwa2 besar yang telah dan sedang berlaku di tahun
2013 ini:
- Pencerobohan pengganas sulu di
negeri sabah dapat dipatahkan dengan jayanya. Walaupun ia telah mendapat
kecaman/sungutan dari pihak2 yang tidak berpuashati, namun akhirnya kedaulatan
tanah di bawah bayu itu dapat diselamatkan
- Crack down keatas ajaran syiah
berlaku secara besar-besaran. Kerajaan dengan tegas menyatakan pendirian bahawa
umat islam khususnya di Malaysia hanya berpegang kepada aqidah ahli sunnah wal
jamaah sahaja. Isu syiah pernah mendapat ulasan yang panjang lebar dalam
Mistisfiles 2-3 tahun yang lepas. Sudah puas MO melayan semua pertanyaan orang2
yang pro-syiah, tapi ianya hanya menambahkan taasub yang sgt menebal dijiwa
pro-syiah dengan bermatian2 mempertahankan idea2 songsang mereka mengenai para
sahabat Nabi serta para isteri Nabi. Tidak pernah terlintas dibenak fikiran untuk menyatakan sesuatu yang tidak
baik terhadap para sahabat serta isteri2 Nabi yang dimuliakan itu. Namun
pro-syiah boleh saja sesuka-hati sesedap-rasa mempertikaikan
kejujuran/taat-setia/iman/pengorbanan para sahabat & isteri2 Baginda
mengikut acuan nafsu mereka yang jahat lagi dengki itu
- Crack down secara besar2an juga
telah dilakukan keatas SEMUA pertubuhan yang disyaki menjadi kongsi gelap
apabila kesabaran pihak keselamatan telah dicabar dengan beberapa siri
pembunuhan menggunakan senjata api dilakukan secara berturutan beberapa bulan
yang lalu. Mungkin mereka menyangka bahawa dengan ketiadaan ISA maka para
penjenayah mahu mula bermaharalela dengan sesuka-hati menggugat ketenteraman
awam. Mungkin juga penjenayah lupa bahawa mereka sedang berhadapan dengan para
penguasa yang majoritinya berbangsa melayu – yang mempunyai diplomasi paling
tinggi dalam hubungan sesama manusia tetapi apabila kesabaran itu sudah mula
mendidihkan darah yang mula panas
membara, maka tiada seorang pun yang akan terlepas dari dikejar hatta
sehingga ke lubang cacing.
- Begitu juga dengan crack down
secara menyeluruh keatas PATI sehingga
banyak pihak yang mengelupur disana-sini kerana ramai pekerja tanpa permit
mereka telah melarikan diri dari pihak berkuasa. Aktiviti perniagaan/pembinaan/kilang
terjejas akibat dari kekurangan pekerja
Adakah kejayaan mengusir penceroboh sulu
itu hanya satu kebetulan dan 100% bersandarkan kepada kekuatan fizikal semata2 ??
Adakah crack down keatas fahaman syiah itu
berlaku secara tiba2 ??
Adakah crack down keatas aktiviti jenayah
kongsi gelap itu juga berlaku secara tiba2 ??
Adakah crack down keatas PATI itu juga
boleh berlaku secara tiba2 ??
Begitu juga ada beberapa peristiwa penting
yang berlaku baru2 ini iatu lawatan presiden cina ke Malaysia, pembatalan
lawatan presiden obama ke Malaysia serta matinya bekas ketua komunis chin peng
Maka adakah lawatan presiden cina ke
Malaysia itu tidak signifikan dari segi hubungan diplomatik dua hala bagi menguatkan
silaturahim kedua2 buah negara di rantau ini ??
Adakah
pertemuan diantara mantan PM Tun M dengan presiden cina itu juga tidak
signifikan apabila beliau mencadangkan penubuhan persatuan persaudaraan
pelbagai budaya cheng ho bagi mengeratkan hubungan para peniaga negara cina
dengan para peniaga malaysia, dan ianya disambut baik oleh presiden cina ??
Adakah majlis pertemuan Tun M dengan
presiden cina itu tidak signifikan bagi mengubat kerinduan akan era
pemerintahan Tun M dahulu ?? siapa yang memberi izin untuk Tun M masih lagi berperanan
menjaga kepentingan kerajaan Malaysia
walaupun sudah ada dua orang PM bertugas selepas persaraan beliau ??
Adakah
pembatalan lawatan presiden obama ke malaysia itu sengaja dilakukan oleh
beliau sendiri ?? siapakah pula yang tidak memberi izin kepada presiden kuasa besar dunia itu untuk menjejakkan kaki ke bumi bertuah ini
??
Adakah kematian chin peng pada tanggal 16
sept 2013 itu tidak signifikan dalam mengunci mulut manusia2 yang masih mahu
menyokong perjuangan komunis yang jelas
zalim dan jahat itu ?? siapa pula yang sangat berkuasa berupaya mencabut nyawa
chin peng disaat negara menyambut perayaan 50 tahun pembentukan negara malaysi
a yang berdaulat ??
Adakah semua itu berlaku secara spontan
tanpa ada pengaruh dari suatu aura harmoni yang sungguh kuat yang begitu
menguasai udara persekitaran negara Malaysia ??
Adakah kita sudah lupa bahawa Tuhan itu
terlalu amat mengawasi akan keselamatan dan keharmonian negara tercinta ini ?? tidak adakah walau sedikit
pun peranan Tuhan dalam memberi jaminan keutuhan kedaulatan tanah air Malaysia ??
Adakah kita sudah lupa bahawa Nabi Yang
Mulia itu telah memberitahu para sahabat bahawa ahli keluarga Baginda itu akan
diterima dan dijaga dengan baik oleh orang2 yang tinggal di tanah sebelah timur
?? maka seharusnya tanah disebelah timur itu adalah sebuah negara yang aman
damai serta terjamin akan pengamalan islamnya yang benar2 bersumberkan kepada
ajaran yang dibawa oleh Nabi SAW iaitu aqidah ahli sunnah wal jamaah
Dalam kesibukan pihak keselamatan mencegah
dan memburu penjenayah, dalam kegusaran
rakyat menghadapi cuaca ekonomi & sosial yang nampak tidak menentu,
sebenarnya tanpa kita sedari benih2 iman & islam itu sedang tumbuh membiak dan
mekar disana-sini dalam pelbagai aspek kehidupan didalam negara. Sekurang2nya
jauh disudut hati setiap rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian, mereka mahu
melihat keharmonian ini akan kekal berterusan, mereka mengharapkan para
penguasa itu benar2 menjaga kepentingan
agama islam dan mereka amat menginginkan
seseorang yang berkarisma, berpendirian teguh, bertaqwa, berstrategi terkehadapan lagi moden serta canggih menjadi pemimpin negara Malaysia yang tercinta