Wednesday, 18 September 2013

Sebutlah Nama Mereka Satu Persatu


mari kita amati perkara2 berikut - dari perspektif yang mungkin kita biasa lihat di kaca TV mahupun daripada nukilan novel terutama tentang cerita2 penyiasatan, pembunuh bersiri, pembunuh upahan, agen rahsia, penyiasat persendirian aka private investigator (PI) dan yang seumpamanya.

seorang agen rahsia akan diberi penerangan yang jelas berkenaan watak utama yang perlu dia ekori, siapa, tinggal dimana, apa pekerjaan, rakan-taulan, negara dan semua maklumat yang diperlukan supaya agen tersebut dapat sentiasa mengikuti perkembangan suspek dari semasa ke semasa. begitu juga seorang PI akan melakukan tugas yang agak sama seperti agen rahsia dan dia juga memerlukan jenis maklumat serta penerangan yang jelas supaya pengintipan dapat dilakukan dengan lancar tanpa sebarang syak wasangka daripada suspek

lebih2 lagilah bagi tugas seorang pembunuh upahan. dia memerlukan maklumat yang cukup jelas tanpa sebarang keraguan agar tugasnya itu dapat dilakukan dengan tepat, berkesan dan juga kalau boleh tanpa meninggalkan sebarang jejak ataupun kesan


dua contoh 'tugasan' diatas memerlukan sesiapa juga majikan atau orang yang mengupah/membayar mereka menyebut nama mangsa/suspek satu persatu dengan jelas dan tepat, penuh yakin tanpa sebarang kesangsian mahupun agakan supaya tidak tersalah orang yang hendak diekori apatah lagi mahu ditamatkan riwayat hidupnya itu

satu lagi contoh biasa yang sering berlaku di kalangan masyarakat kita ialah apabila seseorang mahu membacakan sebarang jampi atau mentera dengan tujuan sebagai ubat pengasih, ubat guna2 dan sebagainya. sudah pasti nama orang yang hendak dituju itu disebut dengan jelas, tepat dan penuh yakin tanpa sebarang keraguan. ini supaya ubat guna2 mahupun ubat pengasih itu akan 'sampai' kepada orang yang dituju tadi

ok, sekarang mari kita bertanya kepada diri sendiri  pula......


adakah aku sudah betul2 menyebut nama orang2 yang aku sayangi dengan jelas, tepat dan penuh yakin tanpa sebarang keraguan disetiap doa yang dipohonkan???

adakah aku menyebut satu  persatu harapan dan keinginan yang ingin aku pohonkan kepada Tuhan untuk orang2 yang aku sayangi yang telah aku sebut nama mereka tadi satu persatu dengan jelas, tepat dan penuh yakin ??

sedangkan pembunuh upahan yang bertugas menamatkan riwayat hidup mangsanya itu diberitahu nama serta tujuan tugasan itu dengan jelas, tepat dan penuh yakin.....maka sudah tentu menjadi keperluan apabila kita menasihati serta mendoakan orang2 yang kita kasihi dengan menyebut nama mereka satu persatu sejelas2nya,  setepat2nya dan seyakin2nya supaya doa & harapan kita itu diizinkan Tuhan untuk dpt menembusi tujuh petala langit serta tujuh petala bumi serta disebarkan keseluruh alam, agar orang yang kita doakan itu dapat juga menerima getaran harmoni yang Tuhan izinkan untuk sampai kepada mereka.


maka itulah suatu hubungan kasih-sayang harmoni yang tidak terkalahkan ....yang perlu kita wujudkan seberapa banyak mungkin jaringannya ke seluruh pelusuk alam semesta.....


catatan:

saya sebenarnya amat terkesan dengan ‘permintaan’ yang diutarakan oleh anak2 saudara yang nampaknya sudah semakin dewasa dan mula mencari arah & cita2 masa hadapan masing2
- Abg Adik ingin menjadi seorang kontraktor yang berjaya
- Aus  pula ingin menjadi pekerja mahir serta mahu melanjutkan pelajaran keperingkat seterusnya
- Kay Yah pula akan menghadapi final year di tahun hadapan sebelum menjalani housemanship untuk melayakkan dia menjadi seorang doctor bertauliah
- Kak Tie juga akan berada di final year tahun hadapan sebelum dia boleh graduan akuantan
- Ijat pula mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat degree setelah tamat diploma baru2 ini
- Apis pula mahu menceburkan diri dalam bidang ketenteraan
- Syukri pula mahu menjadi seorang kontraktor Berjaya seperti Abg Adik
- Ayie pula mahu memulakan hidupnya kefasa yang baru setelah kehilangan bakal tunangnya tahun lalu akibat kemalangan jalan raya yang berlaku sehari sebelum kita menyambut lebaran
- Danie akan menghadapi stpm pada akhir tahun ini

bila mengenangkan anak2 saudara serta cita2 mereka, hati  menjadi begitu sayu. Apakah yang terbaik yang boleh saya lakukan selain daripada member sokongan moral, wang mahupun kemudahan yang lain selain daripada menyebut nama mereka satu persatu disetiap doa yang dipanjatkan kepada Tuhan. Semoga Dia member rezeki yang luas lagi berkat kepada setiap daripada mereka kerana hanya Dialah saja yang terlalu amat menyayangi anak2 saudara dan hanya Dia yang dapat menyampaikan segala hajat & cita2 mereka





4 comments:

  1. Hmmm..singularity.
    Buangkan sekalian topeng dan pakaian hijab wajah.
    Yang ada nanti hanyalah wajah yg satu.
    Kenali itu...dng rahmat,kasih dan sayangnya.

    ReplyDelete
  2. Hmmm..singularity.
    Buangkan sekalian topeng dan pakaian hijab wajah.
    Yang ada nanti hanyalah wajah yg satu.
    Kenali itu...dng rahmat,kasih dan sayangnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuhan Yang Satu.....
      Tuhan Yang Esa
      Tuhan Yang Maha Berkuasa

      .............kenali Tuhan melalui Asmaul Husna..........

      Delete
  3. Dimana ada kita disitu dia ada..

    ReplyDelete