Sunday, 28 July 2013

Hati Wali





berikut adalah bait2 luahan hati seorang ulama besar nusantara tentang kebimbangan dirinya yang mungkin tidak dapat meraikan ramadhan dengan sebaik2nya

rasa hatinya mengingatkan bahawa dirinya itu penuh dengan segala kelemahan dan kekurangan
pada masa yang sama Tuhan amanahkan dirinya untuk meladeni ramadhan yang penuh dengan hadiah2 dariNya yang hanya terdapat di dalam bulan yang mulia ini saja

ramadhan itu seumpama seorang tetamu yang sangat istimewa, sudi mampir dalam kehidupan kita sekali dalam setahun
maka dengan penuh rendah diri serta penuh kebimbangan, sang diri mengadu, merintih, berharap serta memohon  kepada Tuhan supaya sentiasa di bantu untuk melayani tetamu besar ini dengan sebaik2nya



Tuhan..mengapa aku ini
Aku berlainan dari orang lain
Setiap kedatangan Ramadhan
Mereka menyambut dengan gembira
Mereka kelihatan ceria

Tapi aku berlainan
Kedatangan Ramadhan penuh duka
Bukan aku benci bulanMu
Yang penuh rahmat dan berkat

Tapi aku benci diriku
Aku bimbang RamadhanMu
Aku tidak mengisi sebaiknya
Aku rasa puasaku tidak sempurna
Ampunilah aku Tuhan
Aku rasa sembahyangku tidak sah
Terawih,bacaan Al Quran aku tidak sampai kemana

Tuhan..
Itulah yang menyelubungi hatiku
Setiap kali kedatangan Ramadhan
Adakah satu kesalahan
Ampunkan aku Tuhan
Maafkanlah aku Tuhan kalau itu satu kesalahan
Pimpinlah aku betulkan sikapku
Aku mohon keampunan dariMu Tuhan....
~asz

bait-bait rasa hati tentang ramadhan diatas boleh diaplikasikan dalam aspek kehidupan yang lain
dalam perjalanan mencari diri, saya tidak terkecuali drpd pernah berguru dengan pakar2 motivasi, pakar nlp, & pakar psikologi barat yang hebat2 seperti anthony robin, jack canfield, zig ziglar dll
namun, apa yang dicari masih belum dijumpai

dan apakah yang saya cari itu....??

rasa hati yang sebenar2nya kepada kehidupan serta Pencipta saya

pemikiran yang waras dan rasa hati yang betul terlalu amat kritikal dalam menghadapi kehidupan di matrik dunia yang begitu mencabar ini walaupun nampak ianya sangat poyoo.....




contoh dalam pekerjaan:-

Tuhan..mengapa aku ini
Aku berlainan dari orang lain
bila mendapat pekerjaan atau projek
Mereka menyambut dengan gembira
Mereka kelihatan ceria

Tapi aku berlainan
peluang  pekerjaan /projek disambut penuh duka
Bukan aku benci pada rezekiMu
Yang penuh rahmat dan berkat

Tapi aku benci diriku
Aku bimbang dengan rezekiMu
Aku tidak menguruskan dengan sebaiknya
Aku rasa tugasanku tidak sempurna
Ampunilah aku Tuhan
Aku rasa aktiviti pekerjaanku tidak pernah lengkap dan sempurna
proposal, menyuarat, perbincangan aku tidak sampai kemana

Tuhan..
Itulah yang menyelubungi hatiku
Setiap kali menerima rezekiMu
Adakah satu kesalahan
Ampunkan aku Tuhan
Maafkanlah aku Tuhan kalau itu satu kesalahan
Pimpinlah aku betulkan sikapku
Aku mohon keampunan dariMu Tuhan....
~modified version dalam rezeki dan pekerjaan






contoh dalam kekeluargaan:-

Tuhan..mengapa aku ini
Aku berlainan dari orang lain
Setiap kali berhadapan dengan pasangan/anak2/keluarga/saudara-mara/rakan-taulan
Mereka menerima dengan gembira
Mereka kelihatan ceria

Tapi aku berlainan
Kedatangan mereka penuh duka
Bukan aku benci dengan kurniaanMu
Yang penuh rahmat dan berkat

Tapi aku benci diriku
Aku bimbang dengan anugerahMu
Aku tidak dapat meladeni mereka dengan sebaiknya
Aku rasa tanggungjawabku tidak sempurna
Ampunilah aku Tuhan
Aku rasa serba kekurangan 
nasihatku, panduanku, layananku kepada mereka tidak sampai kemana

Tuhan..
Itulah yang menyelubungi hatiku
Setiap kali berhadapan dengan pasangan/anak2/keluarga/saudara-mara/raka-taulan
Adakah satu kesalahan
Ampunkan aku Tuhan
Maafkanlah aku Tuhan kalau itu satu kesalahan
Pimpinlah aku betulkan sikapku
Aku mohon keampunan dariMu Tuhan....
~modified version dalam kekeluargaan


kurniaan Tuhan, sewajarnya kita sambut dengan penuh kesyukuran (dan gembira)

pada masa yang sama rasa hati adakah kita dapat pula memenuhi tanggungjawab dengan sebaik2nya patut dihadirkan bersama

ini supaya kita insaf akan kekurangan diri serta keperluan yang amat sangat akan pertolongan Tuhan dalam setiap perkara yang dilakukan

supaya disetiap kejayaan yang diperolehi, hati akan ingat akan Tuhan yang mengizinkannya

dan disetiap kegagalan yang kita hadapi
kita tidak akan terus putus-asa, sedar akan dosa2, memohon ampun dan menyandarkan harapan yang tidak berbelah bagi kepada Tuhan Yang Amat Berkuasa serta Amat Mengasihani juga

wallahu'alam



4 comments:

  1. Walau zahir kami tampak robek berantakan lantaran tipudaya itu..
    Hakikatnya roh kami saling berpelukan dengan penuh kasih dan sayang.
    Kami cuma sarung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. as salam sahabat,

      terima kasih sudi mampir ke sini


      Roh kami meronta2 mahu kembali kepada Tuhan Yang Maha Esa...
      Biar apa pun cubaan yang mendatang
      kami tetap cekal mahu kembali ke jalan pulang
      tolonglah kami Ya Tuhan

      Delete
  2. Ibu roh itu setelah kamu melepasi hukum makrifat

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete