Friday, 20 December 2013

Half The Sky




saya baru saja menonton Half The Sky, sebuah program dokumentari berinspirasikan catatan pengalaman sepasang wartawan suami-isteri Nicholas D. Kristo dan Sheryl WuDunn yang telah mendapat anugerah hadiah Pulitzer diatas kejayaan mereka menengahkan isu2 keganasan terhadap wanita serta kanak2 perempuan kepada khalayak ramai. isu2 penjagaan kehormatan serta hak2 fitrah asasi wanita/kanak2 perempuan yang mungkin selama ini tidak pernah diketahui mahupun disedari oleh kebanyakan orang. mereka menjelajah ke cina, kemboja, vietnam, india & negeri2 di afrika serta berkongsi cerita pahit-getir mangsa2 pemerdagangan seks, penderaan domestik malahan pembunuhan secara 'senyap' terhadap golongan ini.

selain daripada melihat pendedahan mereka sebagai suatu perkara yang wajib diambil pengajaran agar kita semua lebih mahu menyayangi, menghargai serta menjaga keselamatan serta hak2 fitrah wanita2 serta anak2 perempuan disekeliling kita, ada perkara yang lebih penting, yang wajib kita pertahankan dan perjuangkan terutamanya di negara ini iaitu KEAMANAN, KESEJAHTERAAN & KUASA MEMERINTAH keatas tanah-air dimana kita dilahirkan.


Front Cover


kemboja -  kita sedia maklum bahawa mereka baru saja terlepas dari cengkaman rejim komunis dan sedang berusaha dengan susah-payah untuk bangun semula dari mimpi ngeri peperangan hitam-gelap-gelita dinegara mereka. kesan akibat perang yang sangat panjang itu adalah sesuatu yang sangat memeritkan, menusuk hingga ke qalbu yang paling dalam keatas warganya terutama wanita dan kanak2 perempuan. umum mengetahui bahawa peperangan itu memusnahkan SEGALA2 & SEMUANYA termasuk undang2 keselamatan, kebajikan keatas masyarakat serta kemusnahan ekonomi & pendidikan. yang ditinggalkan dari serpihan perang hanyalah kemiskinan, kemunduran & kejahilan hampir dari semua aspek kehidupan - rohani, jasmani serta spiritual apatah lagi hal2 mengenai ketuhanan, akhlak baik serta kesopanan. boleh dikatakan manusia hidup begitu sengsara semasa perang apatah lagi selepas perang dan terdesak untuk tidak berkelakuan sebagaimana insan normal demi memenuhi tuntutan kehidupan. maka terjadilah apa yang telah dan sedang terjadi iaitu pihak yang lemah itu sentiasa akan ditindas serta dipergunakan malahan akan diekploitasi demi kerakusan nafsu pihak yang lebih kuat.




begitu juga dengan negara2 afrika yang juga digelar benua gelap,  ada yang masih berperang sesama sendiri, ada yang baru saja terlepas dari bahana perang saudara......dan mereka menanggung implikasi yang sama seperti nasib rakyat kemboja.

biar saya berkongsi serba sedikit walaupun ia kedengaran agak taboo dan lucah mengenai apa yang telah dilakukan keatas wanita serta kanak2 perempuan sebagaimana yang diceritakan dalam dokumentari tersebut - mereka diperkosa sesuka hati seawal umur beberapa bulan (cth: 2/12bulan) / (beberapa tahun (cth: 2 thn, 3thn), dijual kerumah2 pelacuran dan dipaksa menjadi pelacur seawal umur beberapa tahun, cth: 10thn, disunatkan (disempitkan alat kelamin dengan melakukan pembedahan yang menyakitkan secara tradisional dengan alasan budaya supaya boleh berkahwin tetapi mengancam kesihatan dan keselamatan wanita/kanak2), diskriminasi dari mendapat peluang pendidikan dan bersekolah, terpaksa bekerja sejak dari kecil untuk membantu keluarga, penderaan mental/fizikal sehingga membawa kepada ancaman bunuh oleh pasangan, dipulaukan keluarga setelah menjadi mangsa pelacuran/perkosa tetapi pesalah sebenar terlepas begitu sahaja akibat dari undang2 yang lemah, diskriminasi keatas bayi2 perempuan dimana mereka akan 'dilupuskan' sebelum/selepas lahir berbanding bayi lelaki (ia berlaku di negara cina)  serta 1001 cerita yang tidak pernah terjangkau oleh aqal fikiran kita yang sudah agak lama tinggal di zon selesa di  negara bertuah ini.



orang2 tua ada berpesan - mahu berjaya, ambil pengaran dari mereka2 yang berjaya, dan mahu bersyukur, ambil pengajaran dari mereka2 yang lebih susah supaya kita pandai menghargai peluang-ruang yang kita sedang nikmati kini

mari kita kembali menyelami diri sendiri....

agama Islam yang dibawa oleh Junjungan Besar Muhammad SAW itu terlalu amat memuliakan wanita/kanak2. Baginda adalah pejuang hak2 asasi wanita yang sebenar dengan membawakan syarikat Islam yang dapat memenuhi segala tuntutan fitrah dan keselamatan wanita/kanak2. disaat para wanita dinegara2 tersebut bersusah-payah menuntut hak2 sama-rata dengan kaum lelaki, para wanita yang sangat kita kasihi dinegara ini mempunyai ruang-peluang yang terbuka luas bekerja-bersaing menyumbang tenaga/fikiran membangunkan negara. 

percubaan demi percubaan telah, sedang dan akan dilakukan untuk memporak-perandakan keamanan serta keharmonian negara ini dengan siri perhimpunan jalanan, demonstrasi jalanan, mogok, pencerobohan, gangsterism serta rusuhan yang melibatkan rakyat jelata dengan permainan isu2 panas yang boleh membuatkan orang-ramai tidak akan berpuas-hati dengan mana2 pihak yang diperlihatkan sebagai zalim lagi bersalah.

ya.....harga minyak naik....
ya.....harga gula naik....
ya....harga tol naik...
ya....semua harga barangan naik...
ya....kos sara hidup naik....
ya...ada pihak dizalimi dan ada pihak yang menzalimi...

dan ingat bahawa.....ada pula pihak yang sengaja mewujudkan kedua2 pihak diatas tadi agar mereka saling bertelagah serta sentiasa bermusuhan (ini bukan teori konspirasi...tetapi adalah realiti kehidupan dizaman ini...)
mereka ini sudah lama menunggu dan tidak sabar2 lagi mahu mencetuskan huru-hara yang diharapkan akan membawa kepada peperangan sama ada perang saudara, perang antara kaum atau pun perang diantara agama dikalangan rakyat jelata


Somali Mam - wanita kemboja berhati waja
Tidakkah wajahnya itu mirip wajah wanita melayu (orang cham)...??
ohhh no...semua pun mahu dimelayukan ke??

mari kita bangun dari tidur......negara gajah putih sedang "perperang" disaat ini apabila pihak merah sedang bertembung dengan pihak kuning, negara seberang itu akan sentiasa teruja untuk melakukan demo jalanan apabila dijentik dengan sebarang itu sensitif seperti kes pengintipan maklumat indonesia oleh australia dan baru2 ini pulau kecil diselatan itu telah tercalar keselamatan mereka akibat rusuhan teruk yang berlaku di little india diantara pekerja warga asing dengan pihak polis singapura

maka adakah kita juga mahu mengikuti jejak-langkah orang2 dinegara sekeliling kita?
akan selesaikah masalah bila berlakunya demo jalanan, rusuhan mahupun peperangan?
apakah yang tinggal jika huru-hara berlaku?
siapakah yang akan mendapat faedah besar bila negara tidak aman nanti?



Jane Ngori - pejuang dari kenya
tidak mustahil kita juga akan tinggal dirumah2 seperti diatas jika kita suka sangat mahu mencetuskan huru-hara di negara ini. tiada siapa yang akan untung bila perang tercetus, hanya pihak2 yang kepentingan saja yang akan mengaut hasil dari kemusnahan yang berlaku.
yup....kita dan 50 tahun merdeka...dan boleh saja kemerdekaan itu direnggut dalam beberapa saat jika kita lalai-leka dari menjaga kedaulatan serta keharmonian negara ini



dan soalan yang paling penting ialah - apakah nasib yang akan berlaku keatas wanita2 kesayangan kita serta anak2 kecil perempuan yang kita kasihi akibat dari huru-hara/peperangan yang melanda itu?

adakah kita mahu melihat mereka menderita menjadi pelacur kepada askar2 pengaman warga asing, diperkosa dan ditidakkan hak pendidikan yang sewajarnya mereka perolehi?

adakah kita mahu Nicholas D. Kristo dan Sheryl WuDunn kemudiannya datang ke malaysia pula untuk membuat dokumentari tentang nasib wanita/ kanak2 perempuan akibat perang dan nama negara ini tercatat di dalam buku Half The Sky?

adakah kita ini sudah terlalu mementingkan diri mengejar populariti demokrasi (demo-crazy) demi keuntungan jangka pendek tetapi menggadai maruah wanita/ kanak2 perempuan??

betul .....harga gula naik
betul.....harga petrol naik
betul......harga tol naik
betul......kos sara hidup naik


maka saya menasihati diri saya sendiri....
maka 'naik'kanlah tahap kesabaran, kecekalan serta ketabahan jiwamu dalam menempuh zaman yang bakal menggigit ini
maka 'naik'kanlah semangatmu untuk lebih mahu mendekatkan dirimu kepada Tuhan Yang Esa - memohon ampun diatas dosa2 dan memohon rahmat serta keredhaan dan keberkatan rezeki walaupun ia nampak semakin mengurang jumlahnya
maka 'naik'kanlah jalinan ukhuwah dan kasih-sayang sesama keluarga, jiran, rakan2 serta kenalan agar kesusahan itu dapat ditanggung bersama dan saling bertolong bantu mengurangan beban yang ditanggung

maka kurniakanlah keselamatan, kesejahteraan dan keharmonian yang berpanjangan kepada negara ini serta rakyat jelata...wahai Tuhan Yang Maha Esa dengan kemuliaan Baginda Rasulullah SAW.......


nota: apakah maksud Half The Sky  ?
Ia diambil daripada peribahasa Cina "Women hold up half of the sky"
seperti perbahasa melayu - pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara"

kedua2 peribahasa itu seakan2 sama bukan..??
bila nasib para wanita/kanak2 perempuan itu dibela, maka pembangunan sesebuah negara itu akan menjadi lebih mantap dan terjamin

tangan yang menghayun buaian itu boleh menggoncang dunia.....


9 comments:

  1. sarungnya bebagai rupa
    warnanya berbagai pancar
    jalannya berbagai liku
    isinya adalah satu
    tetap yg satu
    dekat tak bersentuh
    jauhnya pula tak terpisah
    indah nian
    syahdu syahdan

    ReplyDelete
    Replies
    1. cabaran yang mendatang semakin menghiris perasaan
      bagaikan sudah tiada akan penghujungnya
      satu persatu mula menampakkan diri sebenar mereka

      dugaan dan ujian datang silih berganti begitu mencengkam jiwa sanubari

      Tuhan....kurniakanlah secebis dari belas-kasihan, rahmat dan kasih-sayangMu kepada kami semua
      Engkau peliharalah keselamatan & kesejahteraan negara kami

      Delete
  2. Berdoalah di dalam hati wahai sekalian saudara2ku....

    "Ya Allah, dengan sifat-sifat ketinggian dan kemuliaan Mu, dengan asma’ Mu Ya ‘Alim, bukakan lah diriku dengan kefahaman para nabi, ingatan para rasul, ilham-ilham dari malaikat yang hampir dengan Mu. Perkenankan padaku Ya Allah............................."
    Semoga khayalan ini menjadi ilham,zahir lagi nyata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..para Nabi......para Rasul......para malaikat.....

      Delete
  3. aku juga pernah bermusafir ke negara2 umat islam yg miskin..........masyaALLAH syukur lah apa yg kita ada di malaysia ini. Bukan senang nak jadi susah dan bukan susah pun nak jadi susah. Kepada yang diluar tu berjuang lah kepada Islam,jadikan Islam pakaian mu bukan sebagai alatan. Fikir lah sedalam dalam........Kasihani lah ibu kita,nenek kita,ibu saudara kita,kakak kita,anak perempuan kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. kasihani para wanita disekeliling kita dengan menjaga dan membela maruah & kehormatan mereka



      Delete
  4. aku juga pernah bermusafir ke negara2 umat islam yg miskin..........masyaALLAH syukur lah apa yg kita ada di malaysia ini. Bukan senang nak jadi susah dan bukan susah pun nak jadi susah. Kepada yang diluar tu berjuang lah kepada Islam,jadikan Islam pakaian mu bukan sebagai alatan. Fikir lah sedalam dalam........Kasihani lah ibu kita,nenek kita,ibu saudara kita,kakak kita,anak perempuan kita

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. bukan senang nak jadi senang
      (susah sebenarnya nak jadi senang -banyak cabarannya.......)

      bukan susah nak jadi susah
      (senang je nak jadi susah.....ikutlah semua bisikan nafsu jahat dan syaitan yang direjam tu....)

      Delete