Saturday 3 November 2012

Ulangkaji ATBM - 14




Assalamualaikum Cikgu Srikandi....

Cikgu Sri, izinkan saya ulangkaji pelajaran ATBM ye..

Saya kopi-pasta nota2 penting dari lecture maya Cikgu ye....


Friday, August 13, 2010

Senjata-senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah



##-CATATAN CIKGU SRIKANDI

~Apabila orang Thai mengeluarkan filem-filem menceritakan sejarah Patani, mereka menggambarkan orang-orang Melayu Patani biasa menggunakan pistol dan senapang,apatah lagi meriam
~Ini tidak kalah dengan filem-filem mereka yang menceritakan peperangan menentang tentera Burma.Mereka betul dari segi sejarah.

~Mengapa saya kata begitu?
~Kerana apabila teknologi meriam semakin maju pada abad ke-14, seluruh dunia berlumba-lumba mendapatkan teknologi ini


~Kerajaan-kerajaan Eropah,wilayah-wilayah bekas Empayar Abbasiah dan Turki  Uthmaniyyah,Emperium China dan kerajaan Ayutthia berusaha tidak ketinggalan dalam soal mengambil tahu atau memiliki meriam malah merekrut rakyat mereka mempelajari cara membuat meriam.

Jadi ADAKAH SULTAN-SULTAN MELAKA YANG MEMILIKI PELABUHAN PALING KAYA DI TIMUR MENJADI PEKAK,TULI,BUTA DAN BISU DENGAN PERKEMBANGAN INI?

~Padahal raja-raja Melayu Brunei dan Sulu ketika itu sudah biasa bermain dengan pistol dan menjadi pengeluar meriam kecil terbaik dunia?
~Sebab itu Sepanyol gerun dan tidak mampu mencabut 'kemelayuan' mereka.

~Adakah para pedagang yang tiba di pelabuhan Melaka semuanya berpakat untuk menyorokkan berita-berita tentang meriam, istinggar (musket) dan ubat bedil?

~Adalah amat tidak logik jika Sultan Melaka yang pernah menakluk sebahagian Sumatera dan tanah semenanjung malah mengalahkan tentera Siam menggunakan keris dan lembing sahaja

~Tiada satu pun kerajaan yang boleh mengalahkan Melaka ketika itu……

KECUALI GABUNGAN TENTERA PORTUGIS,KERAJAAN-KERAJAAN KECIL DI SUMATERA DAN JAWA,ASKAR-ASKAR UPAHAN DARI GOA,JAWA DAN SIAM DITAMBAH DENGAN PEMBELOT DAN PENGKHIANAT DALAMAN DARI PARA PEDAGANG ASING DAN ORANG-ORANG MELAYU SENDIRI.


~Inggeris walaupun buas dan kejam,namun masih menjaga 'standard' mereka cuba menghormati perjuangan orang-orang Melayu mempertahankan warisan
~Mereka cuba mengawal alter amuk para musketeers (ahli senjata api) dan gunners (ahli meriam) Melayu dengan cuba meletakkan para residen mereka terlebih dahulu di setiap negeri Melayu

~Apa salahnya Inggeris membawa balatenteranya meranapkan takhta-takhta raja-raja Melayu ini terus atau menghalau mereka sepertimana mereka menumbangkan raja-raja Tamil, Hindi dan Maharaja Moghul di India
~Sultan Abdullah memang dibuang ke Pulau Seychelles, namun yang peliknya Inggeris berusaha mengadakan raja baru di Perak dengan membiarkan institusi beraja Perak menabalkan pengganti Sultan Abdullah
~Pelikkan?
~Apa salahnya Inggeris melantik sahaja Hugh Low menjadi 'Rajah Perak' sebagaimana James Brooke menjadi Rajah Sarawak
~Biar warisan raja-raja Perak hancur sebagaimana mereka berjaya menghancurkan dinasti raja China dan India.Tetapi ini tidak berlaku

~Bukan sahaja orang Melayu,malah 'Mat Salleh' pun berdegil 'mempertahankan' takhta raja-raja Melayu.Lucu dan aneh

Sebenarnya jika kita bersemangat mempertahankan warisan budaya kita sendiri, orang lain pun akan segan dan hormat pada kita.

~Adakah Inggeris dan Belanda takutkan orang-orang Nusantara yang menentang mereka menggunakan sumpit, lembing dan keris (kesampingkan ilmu mistik,kita bercakap soal realiti)?

Tidak sama sekali

~Para musketeers dan gunners Melayu inilah antara 'penggerun' mereka dan membuatkan Inggeris berfikir 10 kali untuk menghapuskan raja-raja Melayu,mengkristiankan seluruh orang Melayu dengan paksaan dan menjadikan Tanah Melayu seperti Amerika dan Australia



Sdr Mala-yu Sarawak ada menyebut tentang permainan ‘ganaz’ budak2 melayu terutama di musim raya
Permainan apakah itu???

Sudah tentu ia adalah……………………….mercun….
Mercun adalah pemainan budak2 dizaman multi-player on-line game seperti raknarok (game ni pun dah berzaman….)

Tetapi itu tidak menghalang mereka untuk terus ‘mencipta’ mercun aka ‘meriam’ yang lebih ‘ganaz’ – tin kosong beserta sedikit belerang…sudah cukup untuk ‘ngap’ sekurang2nya jari, atau tangan atau mata atau muka budak2 tu jika mereka tidak berhati2 serta ghalit nak tengok apa yang sedang terjadi di dalam tin kosong itu bila diledakkan belerang di dalamnya


Hhmmmmmmmmm………………budak2…..budak2…………dah tahu mercun itu akan meletup….tapi saat yang paling dinanti2 ialah ‘nak tengok’ semasa belerang itu meletup di dalam tin kosong ….

Inikah dia gen ‘semangat pahlawan semerah padi’ yang masih tersisa di dalam tubuh-badan budak2 bergenetik nusantara……….????
Pakar dalam pembuatan senjata api…??

Ok ….sebelum era langit terbuka……budak2 memang benar2 membina meriam (bukan mercun) di kawansan  rumah masing2

Saya masih teringat nostalgia dulu2…..setiap kali datangnya  bulan ramadhan….pakcik (dan makcik) saya akan membina meriam tanah
Lepas tu di malam hari …mereka akan bermain meriam….hahaha

Mereka tidak keseorangan kerana jiran2 yang lain mempunyai meriam sendiri dirumah masing2
Dulu tinggal dikampung…..setiap keluarga ada kawasan kebun yang luas… rumah di dalam kawasan kebun….jadi jarak diantara  jiran2 adalah agak jauh juga

Jadi di malam hari….masing2 akan saling berlawanan untuk mendengar meriam siapa yang paling kuat munyinya….
Munyi meriam akan saling sahut-bersahutan hinga dini hari


Pada zaman sekarang…ada sesetengah kampung yang masih meneruskan tradisi membina sebuah meriam yang agak besar mewakili kampung berkenaan ‘berlawan’ munyi dengan meriam2 dari kampung2 bersebelahan
Jadi semasa anda berjalan2 menziarahi sanak-saudara, jangan terkejut bila anda ‘terserempak’ dengan batang buluh atau mungkin juga paip air yang besar tersadai ditepi2 jalan
Itulah dia meriam kebangaan kampung berkenaan yang dimainkan sebelum hari raya

Yup….sdr mala-yu sarawak…memang benar bahawa sesungguhnya darah mala-yu itu suka dan pandai membuat dan bermain dengan meriam…………..hilang jari atau tangan pun tak apa………hari raya kat sepital pun okay juga………..dah genetik meriam tu mengalir dengan deras tanpa boleh disekat2 di seluruh tubuh badan…..nak wat camne….???

Teringat lagu hari raya oleh saloma….dam..dam..dum….munyi mercun…(dan meriam …………)…hari raya disambut hanya sekali setahun……………

Terima kasih MO & Cikgu Srikandi.......

8 comments:

  1. Salam be,
    masuk skali meriam batang pinang ng batang getah..
    teringat mase kecik2 dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam adik anony,

      sesungguhnya hutan hujan khatulistiwa yang sungguh kaya dengan flora dan faunanya itu sudah cukup banyak memberi sumber bahan mentah untuk warga bergenetik nusantara ligat berfikir memerah idea merekacipta pelbagai benda termasuklah meriam.........the boundry is unlimited/limitless

      sesungguhnya kita sangat kaya...........!!

      Delete
  2. Darah pejuang mengalir hingga akhir zaman...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cewahhhh...serius nampak si Ab niii??hehe

      Delete
    2. AB dan puteri annur....dulu2 waktu kecik suka main meriam apa..???

      Delete
  3. Ab kecik2 dulu main perang dgn meriam kabaid paip besar dan mercun roket di malam hari....hahaha best... main perang2 guna senapang kayu peluru bemban pun selalu gak di siang harinya...(geng budak lelaki)


    kadang2 main pondok2 dan masak2 dgn geng budak pompuan... (layan...) hehehehe... teringan masa bab bersanding olok2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. AB...sesungguhnya anda telah mengingatkan aku kepada permainan yg telah aku lupakan....

      senapang kayu peluru bemban...
      main pondok2...
      main masak2...
      main kawen2...pun ada juga..

      semua dan apa pun kita orang main je...

      AB..adakah kau jiran ku sewaktu aku kecil dulu2...??

      oh..tidak....!!
      kau orang kedah...
      aku orang perak...

      Delete
  4. Kebanyakkan anak melayu biasa dengan permainan mcm tu...dulunya...
    tp skrg ramai anak melayu dah pandai main futsal, pc game, playstation dan bermcm lg permainan moderen....hehehe...

    dulu masa kecik2 penah juga AB tinggal kat perak...batu gajah. dan kat Melaka, masjid tanah.... tp main perang2, masak2, pondok2 dan kawen2 dan segala pemainan kg tu kat perlis masa kecik2 dulu....

    ReplyDelete