Perkampungan orang asli
Assalamualaikum Cikgu Srikandi....
Cikgu Sri, izinkan saya ulangkaji pelajaran ATBM ye..
Saya kopi-pasta nota2 penting dari lecture maya Cikgu ye....
Friday, August 13,
2010
##-NOTA
CIKGU SRIKANDI
~Sejarah Melayu Nusantara terpecah
kepada dua
~Pertamanya ialah Proto Mala yang memang sedia
ada di Nusantara.Proto Mala ini memang misteri namun kehadirannya dapat
dikesan dalam bahasa Melayu, tulisan Rencong dan catatan-catatan bangsa purba lain
~Siri ATBM yang mendedahkan tentang kaitan
bangsa Phoenicia (Kanaan) dan Mesir Purba dengan budaya Melayu Nusantara
adalah kunci kepada teka-teki ini
Rumah orang asli
~Raja Perehu dan isterinya Hati adalah
keturunan Proto Mala. Apabila Nabi Ibrahim a.s tiba ke Nusantara
untuk berdakwah,baginda membawa sekali budaya Phoenicia dan tulisannya
sekali. Sebab itu ada tulisan Rencong
~Tulisan-tulisan Phoenicia ini
digunakan untuk menuliskan ajaran Ibrahim atau Brahma dalam tradisi Avestan Purba.
Dari sini muncul gaya tulisaN Brahmi, yang digunakan untuk menuliskan
kitab-kitab Veda
~Kemudian Dravidian (Tamil,Telegu,Malayalam
dll) mencedoknya.Kemudian barulah kaum-kaum Asia Tenggara seperti Burma,Tai dan
Khmer mencedoknya.Kita juga ada versi dari Brahmi ini iaitu Kawi dan Aksara
~Nabi Ibrahim telah mengambil seorang
puteri dari Nusantara sebagai isterinya.Puteri Mayang Mengurai ini punya
gelaran diraja dan 'ensign' bagi dinasti diraja ini adalah lambang
'Naga' atau 'Ular Besar'.
Dari perkahwinan Nabi Ibrahim dengan Puteri
Mayang Mengurai (Keturah, panggilan di Sumeria dan Judah) inilah lahirnya satu
ras baru yang lebih bijak dan maju (advance) iaitu Deutro Mala
~Deutro Mala tiba dari utara semenanjung.Ketika
itu Nusantara telah ada Proto Mala.Indochina ketika itu diduduki oleh Proto
Mala
~Ketika itu belum wujud lagi orang Tai dan
Dai-Viet.Apatah lagi Siam Sam-sam (Srikandi tersenyum kecil).Yang ada mungkin
sebahagian kecil aborigine Kecinaan seperti Mon atau Pyu.Boleh juga saya katakan
bahawa Deutro Mala itu dahulunya tinggal di Indochina
~Jika kita angguk-angguk geleng-geleng
dengan Teori Melayu Berasal dari Palembang/Sumatera, MANA NAK CAMPAK ORANG CHAM? Orang Cham ini (dahulu menetap di pesisir
pantai Vietnam dan sebahagian Kemboja) adalah benar-benar rumpun Melayu
Bahasa
Cham adalah SATU BENTUK BAHASA MELAYU PURBA
~
Anda tahu asal kata 'Orang'? Ini berasal dari kata 'Uran' yang ditemui pada
prasasti-prasasti Cham Kuno
~'Uran Utan' sebagai contoh adalah kata
Melayu Kuno merujuk kepada "orang Hutan' dalam bentuk moden.Dari
semenanjung barulah Deutro Mala ini bergerak ke pulau-pulau sekitarnya termasuk
Sumatera
~Mereka bercampur dengan Proto Mala.Di
Tanah Jawa tidak dinafikan telah ada suku-suku Proto Mala ini
~Percampuran Deutro Mala dan suku-suku
Proto Mala di Jawa menghasilkan etnik Jawa pada hari ini.
DEUTRO MALA INILAH MERUPAKAN NENEK MOYANG KEPADA MELAYU MODEN PADA HARI INI.
DEUTRO MALA INILAH MERUPAKAN NENEK MOYANG KEPADA MELAYU MODEN PADA HARI INI.
~Melayu
Riau,Deli,Aceh,Kedah,Kelantan,Johor,Perak,Pahang,Terengganu,Bugis dan
sebagainya adalah contoh warisan Deutro Mala yang pekat Kemelayuannya
~Di Tanah Jawa terutama di wilayah tengah
agak kurang 'rasa Melayunya' kerana ia adalah percampuran Deutro Mala dan Proto
Mala.Jadi ada percampuran darah di sini
~Namun dengan adanya orang Sunda yang punya
budaya bercampur antara Kejawaan dan Kemelayuan, menunjukkan bukti percampuran
Deutro Mala dan Proto Mala di Tanah Jawa
~Namun Melayu semenanjung adalah benar-benar Deutro
Mala asli.Sebab itu saya bahagikan kaum-kaum Nusantara kepada 3
bahagian:
1.Mala-Polinesia:Kaum-kaum Deutro Mala yang terbuka sifatnya dan tinggal
di pesisir pantai.Profesion mereka adalah perdagangan maritim.Mereka banyak
tinggal di semenanjung,Sumatera dan pulau-pulau lain.
2.Mala KeJawaan:Kaum-kaum Nusantara yang bercirikan budaya Kejawaaan dari induk di Tanah Jawa.
3.Mala aborigine:Proto Mala yang tertinggal dari arus kemajuan.Mereka masih mengamalkan carahidup dan kepercayaan lama.Mereka tidak bercampur darah dengan Deutro Mala dan terasing dari perubahan.Orang Asli,Jakun dan Dayak adalah contoh aborigine.
2.Mala KeJawaan:Kaum-kaum Nusantara yang bercirikan budaya Kejawaaan dari induk di Tanah Jawa.
3.Mala aborigine:Proto Mala yang tertinggal dari arus kemajuan.Mereka masih mengamalkan carahidup dan kepercayaan lama.Mereka tidak bercampur darah dengan Deutro Mala dan terasing dari perubahan.Orang Asli,Jakun dan Dayak adalah contoh aborigine.
Orang asli muslim bersolat jemaaah
Saya amat tersentuh sekali apabila pertama kali Cikgu Srikandi mendedahkan hubungan akrab diantara orang asli serta warga melayu yang tinggal ditanah air.
Saya pernah berkunjung ke perkampungan orang asli di tapah, perak bersama rombongan sekolah. masih teringat serba sedikit bagaimana baiknya mereka meladeni kami dengan amat ramah-tamah sekali.
Sekali-sekala berkunjung ke rumah saudara di tanjung malim, kami akan melalui batu dam menelusuri banjaran titiwangsa di hulu selangor ke batangkali.
Dikaki gunung, terdapat rumah2 orang asli yang hidup aman damai melakukan aktivit seharian tanpa rasa ragu dan bimbang akan keselamatan serta kebajikan mereka.
Sesekali pergi ke rawang menaiki komuter, kita akan nampak orang2 asli ini menaiki keretapi diantara rawang dan kuang.
Melihat kelibat mereka....bukannya orang asli tu yang 'jakun', tapi diri ini pula yang terlebih 'jakun' dikernakan jarang melihat mereka.....
Dan sesungguhnya sewaktu belajar di ipt, saya berkesempatan menadah ilmu dari seorang pensyarah berketurunan orang asli (mendapat phd dari luar negara).
Pensyarah itu pula berkahwin dengan seorang gadis orang asli juga yang berkerjaya professional - kalau tak salah jurutera.
Seperti nukilan Cikgu Srikandi...sesungguhnya dan sebenar2nya....bangsa malayu itu terlalu amat menyayangi adik-adik beradik aslinya sehingga diberikan segala kemudahan yang sepatutnya mereka perlukan dalam meneruskan kehidupan seharian.
Kanak2 orang asli bernasyid
Namun pada masa yang sama, seruan kepada agama yang benar itu selalu dilakukan kepada adik-beradik asli bila mana program2 dakwah & ziarah sering dilakukan oleh pihak2 yg berkenaan.
Adik-beradik asli ini jugalah yang sering menjadi rujukan kita mengenal khazanah hutan hujan khatulistiwan - rahsia fauna & floranya juga tinggalan negara-kota2 lama seperti piramid melayu yang sedang hangat diperkatakan itu.
Maka benar seperti yang diduga bahawa hutan tebal kita itu memang ada 'penunggu' setianya dan mereka adalah adik-beradik asli kita (tanpa kita sedari......kita yang sering saja so called terlalu sebuk mengejar kemajuan di kota2 besar)
Rupa2nya dalam hiruk-pikuk kota, asap-debu-jerebu serta hujan asid keyel, masih ada manusia2 yang tenang menjalani kehidupan harmoni bertemankan simfoni alam, mendengar kicauan burung yang merdu, menghirup udara pagi yang segar di pinggir gunung berkabus yang sejuk airnya mengalir jernih, sejernih serta setulus mulus adik-beradik asli menjaga warisan nenek-moyang zaman-berzaman sedari dahulu-kala.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai bagaimana agaknya permulaan kehidupan manusia di muka bumi ini (termasuklah bangsa mala-yu), menelusuri sejarah para nabi adalah perkara yang paling afdal sekali.
Ada beberapa blogger yang telah membuat catatan hasil daripada pembacaan serta kajian mereka seperti Aiz (nusanaga) dan malai-ur.
Berikut adalah pautan kepada Siri Buaian Ketamadunan Manusia oleh malai-ur :
Hieroglif Nabi Idris Dan Mesir Purba
Ia adalah hasil kajian Aiz daripada pembacaan pelbagai sumber bagi menyiapkan thesis akhir semasa pengajiannya di universiti.
Nusanaga
Terima
kasih MO & Cikgu Srikandi.......
terima kasih sdr wangsa buat ulangkaji atbm...best baca...apatah lagi ada pendapat sendiri...rasa berkembang ilmu sedia ada...sdr Aiz mmg blaja kos sejarah ke?patutla info yang dia ada sgt bagus...
ReplyDeleteterima kasih kembali kepada puteri annur kerana sudi temankan saya ulangkaji ATBM
Deleteterima kasih tidak terhingga kepada cikgu srikandi dan MO
saya tak pasti Aiz ambik jurusan apa di uni
dr catatan Aiz, pd mulanya dia pun tidak berapa endah ttg tamadun melayu - lebih berminat menelusuri tamadun kuno lain spt mesopotamia dll
terdetik utk membuat kelainan dlm thesis akhirnya telah membawa Aiz ke 'dunia baru' alam melayu lama berpandukan kata kunci - alter terahsia dr MF
dia membaca pelbagai bahan rujukan penting, menemui guru2 tarikat/sufi dan membuat rujukan silang drpd sumber2 yg berkaitan
meneroka alam melayu tidak boleh lepas dr memahami hakikat roh melalui pandangan kesufian/tareqat
barulah kita boleh memahami betapa mistiknya bangsa nusantara ini
saya kira begitulah perjalanan catatan Aiz - maafkan saya jika ada yg tersilap
annur tak faham,kenapa bila mengkaji ttg melayu pasti takkan boleh lari daripada perbincangan tarekat...sdr wangsa ada idea?
ReplyDeleteas salam puteri annur..
Deletealamak!!.....saya dah tersilap guna perkataan...hahaha...nak meyoroklah pulak.....terkena soklan cepu-mas...!!!
maaf...gurau je...
saya sedang membaca blog Aiz - nusanaga dan futurephenomenon
http://futurephenomenon.wordpress.com/
saya juga sedang cuba nak faham akan kaitan tarekat atau bahasa biasa ilmu kesufian dengan orang melayu melalui blog Aiz
saya kira lebih afdal jika puteri annur bertanya terus kepada sdr Aiz sendiri
saya tak pasti apa email add Aiz
tapi dia ada fb
atau AB boleh tolong beri pencerahan kaitan antara sufism dan melayu
tetapi yg sy faham sufism/tarekat tidak hanya spesifik kepada bangsa melayu sahaja, bangsa/orang lain juga mengamalkan sufism
ia adalah suatu ilmu yg sudah hampir hilang atau sengaja dihilang2kan oleh mereka2 yg tidak suka melihat manusia mula mencari serta mengenali diri sebenar mereka
puteri annur, saya baru jumpa email Aiz
ReplyDeleteaiz_ver@yahoo.com
http://futurephenomenon.wordpress.com/2009/02/21/nusa-nagabangkitnya-nusa-antara/
saya harap ia masih digunapakai oleh Aiz
kajiannya byk membuka minda, melihat sesuatu dari sudut yg berlainan
dulu sy baca blog Aiz sekali lalu je, sekarang saya baca semula kerana byk perkara yg masih menjadi puzzles semasa ulangkaji ATBM, catatan Aiz byk memberi jawapan kepada persoalan2 sy tadi
terima kasih wahai sdr wangsa,dengarkan lagu bangkit,annur ada linkkan dalam cermin 11...nnt annur cuba cek,tapi annur sebenarnya adalah pembaca senyap untuk blog nusanaga...setiap post aiz jarang annur terlepas...
Deletejaga diri...
Assalammu'alaikum....
ReplyDeleteBangsa Mala@Melayu adalah antara tamadum awal bangsa2 manusia di dunia ini... bangsa Mala lahir sejak zaman nabi Adam a.s. lagi... sbb itulah kajian ttg bangsa Melayu ni jd misteri yg masih belum dpt disingkap dgn sejelas2nya kpd para pengkaji sejarah bangsa2 dunia... Cuba lihat dan kaji betul2 ayat2 Al-Quran, akan ditemui banyak ayat ttg kaum2 yg wujud sejak saman berzaman sehingga sekarang, yg mana ada kaum yg dibinasakan oleh Allah Ta'ala dan ada juga kaum yg dipelihara oleh Allah Ta'ala keturunannya hingga kini...
AB tak berapa pandai sebenarnya nak cerita atau nak bagi pencerahan ttg kaitan antara sufi dan melayu... ada ahlinya yg lebih arif... (malu dan daif rasanya diriku ini).
Namun sedikit pandangan yg boleh Ab berikan sbg klu kpd persoalan yg Puteri Annur bangkitkan....
Syariat (Hukum Hakam) dan Tariqat (Sufiyyah) perlu disepadukan untuk mencapai Hakikat (Kebenaran) dan seterusnya mencapai Makrifat (Kemurnian Iman) kpd Allah Ta'ala.
bangsa Melayu kaya dgn adat resamnya (syariat) dan sifat ketimuranya (tariqat) yg sedia maklum oleh seluruh bangsa2 bahawa bangsa Melayu mempunyai banyak sifat2 baik dan terpuji yg mana sifat2 tersebut telah lama mengalir dlm tubuh anak keturunan bangsa Mala ini. (ada juga sifat jahatnya sbg insan yg ada nafsu amarahnya). Sifat2 baik dan terpuji yg ada dalam tatasusila bangsa melayu ini adalah bersumber dari Wahyu Allah s.w.t. jua dan didikan kesufian (tasawwuf) sejak zaman Nabi Adam a.s. lagi.... Sbb itulah Melayu tak dapat dipisahkan dari Sufism....wallahu'alam.
w'salam AB yang sangat bertuah...
Deletetima kacih banyak2 diatas pencerahan
amat dihargai
hhmm...mungkin AB boleh kupas dengan lebih lanjut sufism dan mala-yu dlm madrasah AB...dlm kontek yg boleh difahami dengah mudah oleh org2 spt saya...
sufism adalah roh kepada jiwa mala-yu
dengan sufism, mala-yu akan dpt mempunyai hati2 spt para sahabat nabi
salam kawan2,aahla Ab,annur pun teringin sgt nak tau pasal sufism dan Melayu...
ReplyDeleteps:Ab,ape khabar bunga teratai?sihat?
Salam selalu....
ReplyDeleteWangsa : Ya sufism adalah roh kepada jiwa mala-yu dan setiap insan....InsyaAllah...
Annur: bunga teratai baik2 saja...senyum2 selalu...
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSy ada jumpa pasal Hajar isteri Nabi Ibrahim a.s :
1.Hajar perkataan bahasa hieroglyphic dari Ha- bermakna " bunga Lotus " dan Jar bermakna " Tanah Mesir " dan Hajar anak Raja Mesir di zaman nabi Ibrahim a.s
2. ada teori yg mengatakan Raja-Raja Mesir bukan berasal dari Mesir tapi dari luar
Jangkaan saya Hajar mungkin Keturah yang sebenar
Wassalam...wrt,
ReplyDeleteYa benar Hajar adalah Puteri Raja Firaun Mesir di zaman Nabi Ibrahim a.s., tp Hajar bukanlah Keturah...
Keturah merupakan Puteri kepada Raja Mala di Nusantara...
Raja Firaun Mesir mungkin mempunyai hubungan kekeluargaan dgn Raja Mala Nusantara...
Wallahu'alam...
Terima kasih AB diatas pendapat dan pencerahan.
Deleteya,terima kasih Ab...:p
Deletealangkah baik kiranya semua info dpt disampaikan kpd seluruh warga nusantara
ReplyDeleteAJ23