Assalamualaikum Cikgu Srikandi....
Cikgu Sri, izinkan saya ulangkaji pelajaran ATBM ye..
Saya kopi-pasta nota2 penting dari lecture maya Cikgu
ye....
Friday, August 13, 2010
Bingkisan dari Phnom Penh
##CATATAN CIKGU SRIKANDI
Menikmati waktu senja sambil melihat bayangan menara-menara
Angkor Wat begitu mengasyikkan.Saya seakan-akan melihat para jurutera
Melayu dan Khmer sedang berbincang di satu sudut untuk merencanakan
pelan pembinaan Angkor Wat.Sebagaimana para ahli arkeologi Indonesia dan
Kemboja,saya juga dapat merasakan ada kaitan misteri antara Borobudur dan Angkor
Wat.Apabila saya membaca dan mempelajari bayangan keturunan Srivijaya
(tradisi Khmer menyebutnya sebagai 'Melayu') dalam salasilah istana Angkor,saya
baru menyedari tangan-tangan misteri yang membina Borobudur adalah tangan yang sama
mewarnai Angkor Wat!
Sebenarnya untuk membicarakan tentang tamadun
Melayu,kita kena ingat DUA PERKARA PENTING INI:
1-Tamadun Melayu bukan bermula dari Kerajaan Melaka
2-Tamadun Melayu bukan bermula semata-mata apabila
orang Melayu menerima Islam
Tarian Makyong
Dan perlu diingat,sesungguhnya orang Thai/Siam telah mencedok
bahasa dan budaya Mon-Khmer serta Melayu Segenting Kra selama berabad
lamanya dan ini dipersetujui sebulat suara oleh pakar sejarah Kemboja (Khmer)
dan Thailand sendiri
Saya ingin beritahu satu rahsia.Jika ingin tahu
sejarah Kedah,anda mesti belajar sejarah orang Mon.Ada benang-benang merah antara orang
Melayu Kedah dengan orang Mon.Terutamanya lenggok bahasa mereka.Ini
terjadi selama beratus-ratus tahun malah mungkin beribu tahun.Untuk tahu lebih
lanjut,anda kena tahu lebih tentang ilmu linguistik dan sejarah,dan anda akan
nampak rahsia antara orang Mon dan Melayu Kedah.Sebagaimana untuk
memahami orang Kelantan,anda kena tahu sejarah Langkasuka dan Champa.Dan
'surprise'...jika anda mahu memahami sejarah orang Jawa,anda kena
kaji sejarah negeri Kelantan.
Sebenarnya pertanyaan2 tentang kenapa dan mengapa negeri2
melayu di semenanjung ini mempunyai dialek yang berbeza2 telah megetuk2 batu
jemala saya untuk membaca semula siri ATBM
Cikgu Srikandi sudah pasti akan berkata bahawa dia sudah menuliskan penerangan yang panjang
lebar dalam siri ATBM dan hanya rajin tak rajin je nak buat ulangkaji
“Jangan malas membaca sejarah diri sendiri…………….!!!! Penat
saya keliling dunia demi nak mencari kebenaran sejarah mala-yu, sampai tebal
muka saya berhadapan dengan Pong dan Nari yang amat berbangga dengan sejarah
negara masing2……….”
“Pong itu akhirnya mengaku bahawa bangsa khom ciptaan mereka
itu sebenarnya adalah orang mala-yu…..”
“Begitu juga dengan nari, akhirnya dia juga terpaksa mengaku
bahawa mera, puteri yang menurunkan bangsa khmer itu juga berdarah malayu………………”
Begitulah agaknya omelan
cikgu srikandi bila dia dah naik
marah…..sowi arr….wokay….wa baca lagi lor….
Isu dialek ini timbul bila saya terpaksa berhadapan dengan
dua orang rakan sejawat yang berasal dari kedah dan kelantan
Si kelantan tu memang mengaku lidahnya itu sudah kaku
untuk berdialek selain kelantan
Sampai ke akhirnya pun dia tetap akan berdialek kelantan….kecek
omputih pon slang kelate jugok….
Si kedah pula asyik dengan loghat kedahnya dan pasti akan
berdialek kedah sampai bila2
Lembah Bujang
Dan si perak ini pun bersumpah bahawa dia tidak akan
bercakap menggunakan dialek kedah mahupun dialek kelantan sampai
bila2………………sebab saya tak tahu nak ikut/ajuk loghat kedah maupun kelantan……huhuhu
(sebenarnya saya tak berminat…..tak tahu kenapa…………..)
Cakap melayu slang cina saya pandailah sampai orang ingat
saya cina asli
Tapi bila diajak berbahasa cina…………..saya cepat2 angkat dua
tangan dan mengaku bahawa saya ni melayu…sebab saya pun tak lah reti
cakap cina
OK…sekarang saya sudah faham sikit
cikguuuuuuuuuuuuu……………….mengapa loghat kedah dan loghat kelantan itu berbeza
Terima kasih MO & Cikgu Srikandi.......
Bangsa MIM...
ReplyDeleteMala, Malai, Malaika, Malaikat...
Mala, Malac, Malacc, Malacca...
Mala, Malay, Malays, Malaysia...
Mala, Malaya...Malayu
wahh..AB..kalau camni...boleh main silang kata SAHIBA guna kata kunci MALA...
ReplyDeletetima kacih AB..!!