Saturday, 10 November 2012

Ulangkaji ATBM - 15


Assalamualaikum Cikgu Srikandi....

Cikgu Sri, izinkan saya ulangkaji pelajaran ATBM ye..

Saya kopi-pasta nota2 penting dari lecture maya Cikgu ye....

Tuesday, April 12, 2011

Alter Terahsia Bangsa Melayu XX

 

##-NOTA CIKGU SRIKANDI

~Kini terdapat dua dinasti Melayu yang amat berkuasa di Asia Tenggara; Sriwijayamala dan Sailendra
~Sailendra menguasai Jawa sementara Sriwijaya menguasai semenanjung dan Sumatera
~Sriwijaya juga menguasai istana Angkor melalui Sri Dharmaraja
~Semua ini berlaku sebelum kuasa Thai dan Annam (Dai-Viet) menjadi dominan di Indochina

~Riwayat-riwayat Kemboja ada menyentuh tentang pergeseran antara dua dinasti terulung ini
~Beberapa serangan dari Jawa ada dilaporkan dalam riwayat Champa dan Kemboja untuk mengurangkan hegemoni Sriwijaya yang semakin mendominasi perdagangan laut

~Namun pada suatu hari yang bertuah itu, dua dinasti teragung ini menjalinkan tali persaudaraan
~Kenangan silam suka-duka di Segenting Kra mengimbau kembali
~Melalui perkahwinan diraja, dua dinasti pemerintah Asia Tenggara ini bergabung untuk menguasai khazanah perdagangan maritim antara India dan China; antara Timur dan Barat
     
"lamun batinah Putari Kambang Murna namanya, 
lamun lanangn Matari Singa Jaya Himat namanya.Lama
lama baranak lanang; Matari Singa Jaya
 Mat, dari ratu, lami lami bangsa Malayu..."

(Matari Singa Jaya Himat Copperplate, Palembang, Indonesia)


##-CATATAN CIKGU SRIKANDI

~Semua rahsia jika anda sanggup menjejaknya lebih jauh ke masa silam, anda akan bertemu dengan mitos puak-puak Lemuria
~Beribu-ribu tahun dahulu, sebelum pembinaan piramid di Mesir Purba, suku-suku Lemur mula bertebaran ke timur dan barat dari Lautan Pasifik selepas kenaikan aras laut menenggelamkan peradaban mereka
~Di antara suku Lemur tersebut, terdapat satu puak yang menduduki kelas pemerintahan Lemuria
~Puak-puak ini menghasilkan garis keturunan aristokrat yang memerintah Lemuria berabad lamanya

~Di dalam plat emas yang bertulisan Ibrani Kuno yang kemudiannya dijadikan objek ritual oleh kelompok Church of Mormon,tertulis nama puak pemerintah itu...

-Ma-La-




Mari saya sorot kembali apa2 yang saya ingat semasa belajar sejarah di sekolah – itupun setakat tingkat 3 sahaja
Lepas tu terus amik jurusan sains

Berlainan dengan adik saya yang mengambil aliran sastera, saya kira dia belajar sejarah melayu serta sejarah dunia dari sekolah menengah, tingkat 6 sehingga masuk uni – kenyang dia dengan pelajaran sejarah

Saya masih ingat akan kerajaan funan dan champa
Tetapi nama sriwijaya dan sailendra rasa macam agak kurang dan nampak tidak gah langsung…Ntah sape punya kerajaan pun wa tak tau…kalau disebut itu kerajaan melayu pun…..penceritaannya  masih belum cukup menyengat untuk menaikkan jati diri
Baca sekali lalu je la…demi nak lulus periksa je

Kesultanan melaka memang agak banyak la…dan disebabkan ia masih baru (dikira paling kemudian sebelum alam melayu kena robek oleh imperialis barat, maka ia diterima sebagai kerajaan melayu lama}
Namun penceritaannya  masih tiada sengat yang tidak cukup berbisa untuk menaikkan semangat jati diri

Yang paling banyak ialah cerita sejarah diera omputih datang ke alam melayu dan percubaan demi percubaan untuk menakluk satu demi satu negara-kota2 didunia sebelah sini

Maksudnya, silibus sejarah di sekolah itu lebih kepada nak memperkenalkan omputih itu sebagai imperialis yang (nampak) gah  dan hebat sehingga semua pejuang2 alam melayu dilabel sebagai pengkhianat serta penderhaka


Saya kira tiada satu pun atau amat kurang penceritaan yang boleh membina jati diri
Kalau ada pun tidak cukup sengatnya dan mungkin sudah disihir dengan ayat2 pusing-keliling…… tidak akan dapat menaikkan semangat jati diri dan bangga dengan pejuang2 zaman dahulu

Yup..sejarah adalah satu matapelajaran yang ……………….tak tau nak cakap camna….tapi camtulah…..

Walaubagaimanapun, subjek sejarah itu boleh dikira okay la sebagai pemberi input kepada puzzles yang berselerakan disana-sini

Saya harap diera langit terbuka ini, adik-kakak-abang, cikgu-cikgi, murid-pelajar, ibu-ayah, makcik-pakcik, cik-kak dan bro dapat  menggunakan kemudahan ict dengan sebaik2nya dengan mencari maklumat2 tambahan & baru, dan tidak bergantung harap sepenuhnya kepada silibus sekolah yang sudah disukat sana-sini macam pakai kain tak cukup je…..

Perpusatakaan Universiti Leiden, Belanda

Bagi saya secara peribadi, maklumat dan ilmu yang dikongsikan oleh MO dan Srikandi ini bukan calang2, bukan biasa2 dan bukan murah kosnya
Ia memang diluar sukatan subjek sejarah di sekolah, tingkat 6  pun bukan, peringkat 1st degree pun bukan….
Kalau tak adik saya tu mungkin boleh bercerita apa2 perkara yang menarik tentang sejarah mala-yu
Belajar kat uni takat 1st degree pun dah cukup sebuk untuk menghabiskan semua paper – yang penting lulus exam dan boleh grad……………..

Maklumat ini adalah di peringkat penyelidik2 uni – di peringkat phd ataupun penyelidik khas dlm kementerian tertentu seperti lonecryer

Maksudnya, kalau setakat rakyat biasa ni nak menyampai ke level mereka, memang tak tercapai pun

Melainkan anda adalah al-semantani jones atau ibnu rusdy yang sememangnya terlibat secara langsung sebagai penyelidik di universiti mahupun dikementerian


Lagipun depa2 ni kena rajin baca jurnal2 yang beratus2 jumlahnya untuk mencerna maklumat dan ilmu
Tak terdaya kita dibuatnya………………layan tv ke, layan bola ke lagi bagus…………daripada baca jurnal2 tu…..mata berpinar2…menguap dan teruss……………tido…..

Dengan kemudahan ict, sekarang blog2 sejarah dan yang sewaktu dengannya boleh dbaca secara percuma………….selagi mereka masih boleh diakses……bacalah sepuas hatimu……..cerna dan sebarkan
Dapatkan sesuatu yang bermakna lagi berharga dari maklumat2 tersebut semoga ia memberi manfaat

Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna kita sudah taasub atau percaya 100% dengan semua dan segala pendedahan dari blog2 ini……………..
Amik mana2 yang boleh, proses mana2 yang dirasa perlukan maklumat lanjut
Rajin2kan diri pergi ke perpustakaan terdekat membaca bahan2 yang berkenaan
Cuti2 malaysia dan pergilah ke mana2 tempat yang boleh memberi bukti realiti seperti muzium2, tapak2 tinggalan sejarah yang boleh dilawati dll
Ziarahi tukang2 melayu dalam pelbagai bidang

http://merahsilu.blogspot.com/

Contoh terbaik ialah sdr radzi safie – namun dia tu penyelidik sepenuh masa
Sdr Radzi siap lagi menziarahi pusara2 lama, masjid2 lama serta tempat2 yang jarang atau tak pernah terfikir dek orang lain yang  boleh memberi klu2 bagi menelusuri sejarah bangsa mala-yu
Mari kita ramai2 doakan semoga anak2nya itu membesar dan dewasa menjadi anak2 bergenetik mala-yu yang benar2 memiliki jati diri yang kental dan tabah sebagaimana dia sedari kecik dah  ikut menjelajah satu nusantara mencari jejak nenek-moyang
Kita buat mana yang boleh mengikut kemampuan, masa dan komitmen  masing2

Yang penting ialah semua itu benar2 membantu kita menjadi manusia yang lebih berguna, lebih yakin kepada taqdir Tuhan dan lebih percaya dengan janji2 Tuhan

Apakah janji2 Tuhan?

Tuhan akan menggilirkan kepimpinan dunia akhir zaman kepada sekelompok hamba2Nya yang tinggal di hujung dunia, ditanah yang disinari cahaya matahari sepanjang tahun

Sama ada kita mahu percaya atau tidak, janji Tuhan itu akan tetap berlaku
Sama ada ia ditentang hebat atau cuba dinafikan, maka janji Tuhan itu tetap juga akan berlaku
Jadi lebih baik kita memilih untuk menjadi hamba yang yakin 100% dengan janjiNya itu
Yakin dengan janjiNya itu supaya ia menjadi titik-tolak perubahan diri kepada keadaan yang lebih baik dari sehari ke sehari dan seterusnya

Walau susah, walau payah, walau nampak seperti mustahil setelah kita jatuh tersembam ke jurang kelam gelap yang paling dalam akibat penangan imperialisme beratus tahun, namun kita gagahi  juga perjalanan ini kerana ia adalah kesinambungan dari perjalanan anak2 bonda keturah dari tanah kanaan mengharungi tanah, daratan,gunung-ganang, lautan samudra ganaz dari pulau ke pulau…….demi mendaulatkan seruan suci mengagungkan Tuhan Yang Esa serta NabiNya yang mulia

Semoga begitulah adanya……………………………………………

Terima kasih MO & Cikgu Srikandi.......

 p/s - disebabkan masalah teknikal, Ulangkaji ATBM 15 ini telah disiarkan pada '6 oct 2012' - dan saya siarkan semula supaya ia ngam dengan turutan ulangkaji ATBM yang lain

22 comments:

  1. salam sejahtera sdr wangsa,best baca yg ini...ramai orang kita yg da mula sedar dan mula mecari jatidiri,bermula dari fenomena mistisfiles,termasuklah annur dan ramai kawan2 yg lain...gembira sgt dapat jadi komuniti maya...semoga kita semua gembira selalu dan msia tanah tercinta ni sentiasa dilindungi dari bala bencana mahupun dari musuh luar...amin...

    ReplyDelete
  2. wahai annur yang cantik manis budi bahasanya.....

    fenomena mistisfiles dan blog2 sealirannya sungguh signifikan serta memberi impak besar kepada ramai warga nusantara

    kita juga bertemu lewat mistisfiles bukan....??? hahaha
    dan kita juga mempunyai ramai kenalan lewat blogger2 sejarahwan ini...

    janji Tuhan itu sedang terjadi dan sudah tidak dapat ditahan2 lagi...

    cumanya aku yang masih lambat merangkak seperti kura2 yang mencari jalan pulang ke tanah dihujung dunia...huhuhu

    ReplyDelete
  3. masakan hamba mampu melawan budi bahasa pemilik teratak ini sendiri...

    tetamu datang dijamu dengan madah pujangga,
    buat hati berbunga saja,
    jika sampai kehendak yang esa,
    kita semua pasti akan bertemu jua...

    lambat atau cepat itu cuma permainan masa,
    yang dipegang talinya oleh Yang Maha Kuasa,
    kitakan hamba mana mampu menegah esa,
    sekali Dia berhajat kita semua tertunduk paksa...

    tertuduk paksa mudah-mudahan rela,
    dibawa kekiri kekanan juga pun tak mengapa,
    asalkan saja redhaNya jadi bekalan sentiasa,
    bukan seperti sesetengah mengidam syurga lebih dari Yang Esa...

    sampai disini hamba bermadah,
    sekadar melepas rindu yang tak terluah,
    rindu berpuisi bersama teman berkelah,
    kenangan berkelah diteratak yang sudahpun terbelah...

    mohon undur diri...

    ReplyDelete
  4. hahaha..puteri annur berpuisi di emperan hamba.....tima kacih!!!

    hhmmm....ya aammppuunn!!...orang mala-yu ini memang halus benar kata bicaranya...Maha Suci Tuhan yang menjadikan perkara2 yang cantik tulus dan mulus

    ReplyDelete
  5. bicara melayu halus sekali,
    tapi malang jarang ia diperhati,
    tentang apa bagaimana datangnya semua ini,
    jika bukan daripada hati yang suci...

    ramai manusia berkata melayu ini hebat,
    melayu gah dalam segalanya disebat,
    tapi malang sekali melayu suka benar berdebat,
    sehingga harta semua habis dirembat...

    harta bukan sekadar tanah emas segala,
    itukan sementara pastikan pudar bila tiba masa,
    ada satu harta yang jika kita semua punya,
    takkan mampu dihinjak semua musuh durjana...

    silakan tuan menjawab...:)

    ReplyDelete
  6. wahai annur puteri yang berjalan2....hahaha

    puteri melayu bukanlah puteri yang hanya dipingitkan saja...harus juga keluar rumah, pergi menziarahi negara-kota2, rakyat jelata dan boleh saja menjadi kepala tentera...

    hati emas - saya quota kata2 pierre andre dari blog syahril kadir:

    http://syahrilkadir.wordpress.com/2012/11/09/anugerah-skrin-2012-mengapa-aku-perlu-bangga-dengan-mereka/

    "malam ini saya datang pada anugerah ini bukan kerana anugerah, tapi sebab nak bagitau yg sebenarnya dlm diri kita, iaitu kalimah LAILAHAILLAH!! itu iman kita kena jaga"

    terbaik dari pierre andre

    ReplyDelete
  7. apakah makna kalimah itu wahai sdr wangsa yang budiman?
    annur sungguh jahil dalam mencerna segala yang diberi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. inilah bahananya aktiviti kopi-pasta, dah tak leh kopi-pasta - taip cepat2...huhu

      habis si annur puteri fenin kepala...apa bende ini barang...??

      " itu adalah kalimah SYAHADAH dlm tulisan rumi - tulis tak habis..."laila'haillallah"

      terima kasih diatas teguran....yang nampak bukan macam teguran..hehe

      saya mungkin melihat 'keagamaan' dari perspektif yang lain

      secara 'real'nya 'mungkin' orang2 yg saya rujuk bukanlah dalam bidang so called 'agama' yang diterima ramai dimasa kini
      saya suka membaca, melihat dan menghargai pandangan, pegangan serta keyakinan seseorang melalui pengalaman hidup mereka seharian di dalam bidang masing2
      dari situ kita akan dpt merasa apakah intipati jati diri serta kekuatan halus yang dimiliki serta harus dihargai oleh kita semua

      membaca catatan syamsul yusuf - ibu-bapanya medidik supaya dia sentiasa tulus ikhlas, ingat akan asal-usul, ingat akan Tuhan Yang Esa, ingat akan amanah, ingat agar seniasa gigih berusaha dan yakin kepada Yang Maha Pemberi Rezeki

      membaca catatan rizalman ibrahim - ada suatu jiwa yang gigih berjuang dlm bidangnya sendiri disamping keyakinan bahawa Tuhan itulah Yang Maha Memberi, sentiasa bersyukur serta berbuat yang terbaik dlm semua pekerjaan yg dilakukan

      membaca catatan nani rostam - terlahir satu jiwa yang gigih berusaha membela suami/anak2 dan keluarga, dlm kepayahan dan rintangan maka Tuhanlah jua yg menjadi rujukan serta sandaran

      itu hanyalah sekadar bbrp contoh, saya kira ramai lagi jiwa2 gigih sebegini disamping mempunyai hati yg down-to-earth dikernakan sedar bahawa ada satu kuasa yang lebih hebat yang sentiasa memerhatikan perjalanan hidup kita

      sesungguhnya - walau siapa pun kita, dlm bidang apa pun yg diceburi, walau apapun latar-belakang kita - ada sesuatu yg sgt rapat dan sebenarya sudah sedia ada bersama kita didlm diri iaitu iman kepada Tuhan dan RasulNya

      hanya masa, ketika & peristiwa sahaja yg akan menentukan bila setiap dari kita akan mula menyedari serta amat menghargai anugerah Iman itu

      bukankah begitu adanya wahai puteri annur yg berbahasa manis??

      Delete
  8. ya begitu...izinkan sekali lagi hamba berpuisi...:)

    sudah tersurat dalam alam,
    sudah disirat dalam kalam,
    apa dicerita semua diperam,
    bukan kedekut mahupun geram,
    tapi takut yang mendengar berbalam2...

    ilmu alam nama diberi,
    kelamaan disingkat2 tanpa terperi,
    akhirnya cucu jadi seolah pari,
    yang terbang bebas rupanya tersekat sendiri...

    berjalan2 kesana kemari,
    mencari2 pengubat hati,
    maafkan hamba pada pendapat si jahil ini,
    tuan empunya kalimah harus mengerti,
    apa yang dipegangi sejak diberi umur didunia ini....

    ampunnnn....



    ReplyDelete
  9. annur nak cabut lari dulu...takut raksasa mengamuk....wuuu~~~

    annur da terbang tinggi skrang,harap2 takdapatla ditangkappppp.....

    ps: salah annur datang umah orang keje ngusik pulak,ampunnnnnn....takda niat,ampunnnnn....

    ReplyDelete
  10. apasal nak cabut larik...??

    terima kasih diatas perkongsian puisi yang sungguh puitis itu

    hamba tau....puteri annur sudah merindu untuk berpuisi-puisian....kerna agak lama juga sang puteri berekperimen dengan cerpen bersiri "chermin" nya itu...

    blogging merupakan rezeki yang Tuhan kurniakan kepada umat akhir zaman sebagai medium utk mengekspresi diri - membaca nukilan blogger dalam menyelami isi hati budi yang empunya diri - segala resah gelisah harapan dan cita dapat direnungi - dapat pula kiranya mengambil pelajaran & pengajaran sebagai panduan

    dari nukilan2 itu boleh saja anak2 bergenetik nusantara ini meneruskan legasi berbasa basi dlm bentuk puisi
    puisi yang boleh saja meredakan bahasa2 potong-pendek "short-cut" dlm sms

    sila bertandang lagi wahai sang puteri annur...

    ReplyDelete
  11. Salam... Syok ulangkaji ATBM dgn Enchik wangsa...teruskan....

    Puteri Annur... Ab rindu nak menghayati puisimu...kat sini rupanya annur berpuisi...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam AB,

      tima kacih sudi temankan saya buat ulangkaji ATBM...
      tima kacih seluas alam semesta kepada MO & Cikgu Srikandi diatas ilmu yg dikongsi (secara percuma...!!)

      hhhmmmm....AB pun dok cari puteri annur yang sedang menyorok tu ke..??

      teringat dengan Orang Yg Menyorok....mungkin puteri annur temankan Orang Yg Menyorok tu menyorok...

      AB, sorok-sorok ni pun sebahagian drpd permainan fav budah2 bergenetik nusantara kan..??

      tapi puteri annur kalau menyorok mau dia sampai ke dimensi kayangan.....(bahaya tu....!!)

      dia nampak kita....tapi kita tak nampak dia....tak ke haru-biru dibuatnya.....??!!

      Delete
  12. ehem2,annur disini,siapa yg berkata2 tentang hamba ya?teringin benar hamba tahu siapakah gerangannya ituuuu?

    bijak sungguh menyusun bahasa,
    pasti bukan sebarangan manusia,
    kedua mereka sama sahaja,
    mengusik kerjanya setiap masa,
    sehingga tersedak hamba dibuatnya...

    haha~

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahai AB, sungguh powerkah aura mu itu dlm pencarian misteri si puteri annur.....sehingga sang puteri boleh saja tersedak walau sedang berada diatas sana dlm dimensi kayangan....????!!

      AB.....power..!!!

      Delete
    2. apa??? annur maksudkan kamu berdua,wahai raksasa wangsa...jangan berani tuding jari yeee...

      Ab,ini raksasa apa patut kita buat haaa???

      Delete
    3. haiya...puteri annur ni buat2 lupa plak...

      kan ke AB punya giliran utk kira..1,2,3 sampai...100

      puteri annur menyorok kat dimensi kayangan...

      saya pulak menyorok di dalam piramid melayu...

      Org Yg Menyorok..tak tau dia nyorok kat mana ntah..

      AB....dah abis kira nanti....cuba cari kita orang yek....!!

      Delete
  13. yek!

    ok2,sambung kira...88,89,90,....

    -Ab nombor 2- =p

    ReplyDelete
  14. AB dan puteri annur...bersempena maal hijrah 1434...doa2kan semoga Tuhan tambahkan ilmu bermanfaat kepada kita yek...!!!

    AB tengah baca tahlil atau baca yassin di madrasah dia....

    nanti sambung lagi main2 nyorok2 yek!!

    ReplyDelete
  15. 99, 100.....sedang mencari tempat puteri menyorok...

    dlm bahasa kedah 'menyorok' maknanya 'sarapan pagi'...

    "dah menyorok ke?"...."dah sarapan pagi atau belum?"

    ReplyDelete
  16. aduh..kepala ku fenin wahai AB...
    "gimana menyorok itu sudah jadi sarapan pagi dong...??"

    jika aku pergi kekedah...pasti aku akan terpinga2..

    tapi anak saudaraku pun sudah beristerikan orang kedah

    sebab itulah bahasa melayu itu menjadi lingua-franca kepada semua suku kaum di nusantara juga kepada pedagang2 dari seluruh dunia

    setiap suku/etnik ada dialek masing2 yg mungkin tidak difahami dengan jelas oleh suku/etnik yg lain
    maka bahasa melayu itu menjadi bahasa perantaraan

    ReplyDelete
  17. Hahaha...Ya betul tu...
    lingua-franca (dlm bahasa apa ni)...
    tp kat Perlis 'menyorok' maknanya bersembunyi seperti yg Enchik wangsa dan kebanyakan org melayu faham...
    AB lahir kat Perlis Indera Kayangan....

    ReplyDelete