Saturday, 6 October 2012

Ulangkaji ATBM - 15



Assalamualaikum Cikgu Srikandi....

Cikgu Sri, izinkan saya ulangkaji pelajaran ATBM ye..

Saya kopi-pasta nota2 penting dari lecture maya Cikgu ye....

Tuesday, April 12, 2011

Alter Terahsia Bangsa Melayu XX

 

##-NOTA CIKGU SRIKANDI

~Kini terdapat dua dinasti Melayu yang amat berkuasa di Asia Tenggara; Sriwijayamala dan Sailendra
~Sailendra menguasai Jawa sementara Sriwijaya menguasai semenanjung dan Sumatera
~Sriwijaya juga menguasai istana Angkor melalui Sri Dharmaraja
~Semua ini berlaku sebelum kuasa Thai dan Annam (Dai-Viet) menjadi dominan di Indochina

~Riwayat-riwayat Kemboja ada menyentuh tentang pergeseran antara dua dinasti terulung ini
~Beberapa serangan dari Jawa ada dilaporkan dalam riwayat Champa dan Kemboja untuk mengurangkan hegemoni Sriwijaya yang semakin mendominasi perdagangan laut

~Namun pada suatu hari yang bertuah itu, dua dinasti teragung ini menjalinkan tali persaudaraan
~Kenangan silam suka-duka di Segenting Kra mengimbau kembali
~Melalui perkahwinan diraja, dua dinasti pemerintah Asia Tenggara ini bergabung untuk menguasai khazanah perdagangan maritim antara India dan China; antara Timur dan Barat
     
"lamun batinah Putari Kambang Murna namanya, 
lamun lanangn Matari Singa Jaya Himat namanya.Lama
lama baranak lanang; Matari Singa Jaya
 Mat, dari ratu, lami lami bangsa Malayu..."


(Matari Singa Jaya Himat Copperplate, Palembang, Indonesia)

##-CATATAN CIKGU SRIKANDI

~Semua rahsia jika anda sanggup menjejaknya lebih jauh ke masa silam, anda akan bertemu dengan mitos puak-puak Lemuria
~Beribu-ribu tahun dahulu, sebelum pembinaan piramid di Mesir Purba, suku-suku Lemur mula bertebaran ke timur dan barat dari Lautan Pasifik selepas kenaikan aras laut menenggelamkan peradaban mereka

~Di antara suku Lemur tersebut, terdapat satu puak yang menduduki kelas pemerintahan Lemuria
~Puak-puak ini menghasilkan garis keturunan aristokrat yang memerintah Lemuria berabad lamanya

~Di dalam plat emas yang bertulisan Ibrani Kuno yang kemudiannya dijadikan objek ritual oleh kelompok Church of Mormon,tertulis nama puak pemerintah itu...

-Ma-La-


Mari saya sorot kembali apa2 yang saya ingat semasa belajar sejarah di sekolah – itupun setakat tingkat 3 sahaja
Lepas tu terus amik jurusan sains

Berlainan dengan adik saya yang mengambil aliran sastera, saya kira dia belajar sejarah melayu serta sejarah dunia dari sekolah menengah, tingkat 6 sehingga masuk uni – kenyang dia dengan pelajaran sejarah

Saya masih ingat akan kerajaan funan dan champa
Tetapi nama sriwijaya dan sailendra rasa macam agak kureng dan nampak tidak gah langsung….ntah sape punya kerajaan pun wa tak tau…kalau disebut itu kerajaan melayu pun…..penceritaannya  masih belum cukup menyengat untuk menaikkan jati diri
Baca sekali lalu je la…demi nak lulus periksa ja

Kesultanan melaka memang agak banyak la…dan disebabkan ia masih baru (dikira paling kemudian sebelum alam melayu kena robek2 serta ia beragama islam, maka ia diterima sebagai kerajaan melayu lama
Namun penceritaannya  masih tiada sengat yang cukup berbisa untuk menaikkan semangat jati diri

Yang paling banyak ialah cerita sejarah diera omputih terhegeh2 datang ke alam melayu dan percubaan demi percubaan untuk menakluk satu demi satu negara-kota2 didunia sebelah sini

Maksudnya, silibus sejarah di sekolah itu lebih kepada nak memperkenalkan omputih itu sebagai imperialis yang (nampak) gah  dan hebat sehingga semua pejuang2 alam melayu dilabel sebagai pengkhianat serta penderhaka


Saya kira tiada satu pun atau amat kureng penceritaan yang boleh membina sifat jati diri
Kalau ada pun tidak cukup sengatnya dan mungkin sudah disihir dengan ayat2 pusing-keliling kat round-about jalan pahang tu je…… tidak akan dapat menaikkan semangat jati diri dan bangga dengan pejuang2 zaman dahulu

Yup..sejarah adalah satu matapelajaran yang ……………….tak tau nak cakap camna….tapi camtulah…..

Ini belum dikira lagi subjek sejarah yang diajar disekolah2 jenis kebangsaan cina dan tamil….betul ke pun mereka ada mengajar sejarah melayu??…atau semuanya tentang akaun, ekonomi dan perdagangan sahaja……….belajar sejarah melayu tiada nilai komersil

Walaubagaimanapun, subjek sejarah itu boleh dikira okay la sebagai pemberi input kepada puzzles yang berselerakan disana-sini

Saya harap diera langit terbuka ini, adik-kakak-abang, cikgu-cikgi, murid-pelajar, ibu-ayah, makcik-pakcik, cik-kak dan bro dapat  menggunakan kemudahan ict dengan sebaik2nya dengan mencari maklumat2 tambahan & baru, dan tidak bergantung harap sepenuhnya kepada silibus sekolah yang sudah disukat sana-sini macam pakai kain tak cukup tu…..


Bagi saya secara peribadi, maklumat dan ilmu yang dikongsikan oleh MO dan Srikandi ini bukan calang2, bukan biasa2 dan bukan murah kosnya
Ia memang diluar sukatan subjek sejarah di sekolah, tingkat 6  pun bukan, peringkat 1st degree pun bukan….
Kalau tak adik saya tu mungkin boleh bercerita apa2 perkara yang menarik tentang sejarah mala-yu
Belajor kat uni takat 1st degree pun dan cukup sebuk untuk menghabiskan semua paper – yang penting lulus exam dan boleh grad……………..

Maklumat ini adalah di peringkat penyelidik2 uni – di peringkat master mahupun phd ataupun penyelidik khas dlm kementerian tertentu seperti lonecryer

Maksudnya, kalau setakat rakyat biasa ni nak menyampai ke level mereka, memang tak tercapai pun

Melainkan anda adalah al-semantani jones atau ibnu rusdy yang sememangnya terlibat secara langsung sebagai penyelidik di universiti mahupun dikementerian

Lagipun depa2 ni kena rajin baca jurnal2 yang beratus2 jumlahnya untuk mencerna maklumat dan ilmu
Tak terdaya kita dibuatnya………………layan tv ke, layan bola ke lagi bagus…………daripada baca jurnal2 tu…..mata berpinar2…menguap dan teruss………………mataku layu dan ………….tido…..

Dengan kemudahan ict, sekarang blog2 sejarah dan yang sewaktu dengannya boleh dbaca secara percuma………….selagi mereka masih boleh diakses……bacalah sepuas hatimu……..cerna dan sebarkan
Dapatkan sesuatu yang bermakna lagi berharga dari maklumat2 tersebut semoga ia memberi manfaat


Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna kita sudah taasub atau percaya 100% dengan semua dan segala pendedahan dari blog2 ini……………..
Amik mana2 yang boleh, proses mana2 yang dirasa kurang tepat
Rajin2kan diri pergi ke perpustakaan terdekat membaca bahan2 yang berkenaan
Cuti2 malaysia mana2 tempat yang boleh memberi bukti realiti seperti muzium2, tapak2 tinggalan sejarah yang boleh dilawati dll
Ziarahi tukang2 melayu dalam pelbagai bidang

Contoh terbaik ialah sdr radzi safie – namun dia tu penyelidik sepenuh masa
Sdr Radzi siap lagi menziarahi pusara2 lama, masjid2 lama serta tempat2 yang jarang atau tak pernah terfikir dek orang lain yang  boleh memberi klu2 bagi menelusuri sejarah bangsa mala-yu
Mari kita ramai2 doakan semoga anaknya itu membesar dan dewasa menjadi seorang pemuda mala-yu yang benar2 memiliki jati diri yang kental dan tabah sebagaimana dia sedari kecik dah  ikut menjelajah satu nusantara mencari jejak nenek-moyang
Kita buat mana yang boleh mengikut kemampuan, masa dan komitmen  masing2

Yang penting ialah semua itu benar2 membantu kita menjadi manusia yang lebih berguna, lebih yakin kepada taqdir Tuhan dan lebih percaya dengan janji2 Tuhan

Apakah janti2 Tuhan?

Tuhan akan menggilirkan kepimpinan dunia akhir zaman kepada sekelompok hamba2Nya yang tinggal di hujung dunia, ditanah yang disinari cahaya matahari sepanjang tahun


Sama ada kita mahu percaya atau tidak, janji Tuhan itu akan tetap berjalan
Sama ada ia ditentang hebat atau cuba dinafikan, maka janji Tuhan itu tetap juga akan berjalan
Jadi lebih baik kita memilih untuk menjadi hamba yang yakin 100% dengan janjiNya itu
Yakin dengan janjiNya itu supaya ia menjadi titik-tolak perubahan diri kepada keadaan yang lebih baik dari sehari ke sehari dan seterusnya

Walau susah, walau payah, walau nampak seperti mustahil setelah kita jatuh tersembam ke jurang kelam gelap yang paling dalam akibat penangan imperialisme beratus tahun, namun kita gagahi  juga perjalanan ini kerana ia adalah kesinambungan dari perjalanan anak2 bonda keturah dari tanah kanaan mengharungi tanah, daratan,gunung-ganang, lautan samudra ganaz dari pulau ke pulau…….demi mendaulatkan seruan suci mengagungkan Tuhan Yang Esa serta NabiNya yang mulia

Semoga begitulah adanya…………………………………………………………………….

Terima kasih MO & Cikgu Srikandi.......


No comments:

Post a Comment