Sunday, 28 October 2012

Ulangkaji ATBM - 10



Assalamualaikum Cikgu Srikandi....

Cikgu Sri, izinkan saya ulangkaji pelajaran ATBM ye..

Saya kopi-pasta nota2 penting dari lecture maya Cikgu ye....

Friday, October 21, 2011
Catatan Srikandi VII part II

##-CATATAN CIKGU SRIKANDI

"Pong...Suryavarman I memang keturunan Melayu tetapi ibunya adalah orang Khmer. Dahulu kami,orang Malayu dan Khmer berhubungan rapat dan saling mengadakan perkahwinan sesama kami.Kami berkongsi sejarah Indochina dan suka-duka di sana.Semua ini terjadi sebelum kedatangan orang Thai.Adakalanya dinasti Malayu memerintah,tetapi mereka memerintah bukan atas dasar menakluk namun atas ikatan kekeluargaan.Ini bukan seperti Thai yang melanggar Pattani dan Ligor dahulu atau menceroboh Angkor," saya melepaskan diri dari 'perangkap' Pong.

Pong memandang kedua mata saya tepat."Kamu benar.Dan saya tidak mampu mematahkan hujah kamu.Kamu tahu,saya telah membaca sebahagian riwayat Thai yang tersimpan di sebuah wat purba di Phatthalung.Sebahagian lagi ada tersimpan di arkib diraja di Grand Palace".

Pong menyambung,"....saya tahu sebahagian kata-kata kamu adalah benar.'Mala Ratcha' adalah satu garis keturunan di Angkor dan Funan.Jika kami menganggap Khmer bukanlah pewaris sebenar empayar Angkor tetapi Khom, persoalannya siapakah sebenarnya Khom itu? Bagi saya Khom adalah...." Pong berhenti.

Saya mengangkat kening.

Pong memanjang jari telunjuknya dan menyentuh bahu saya.

"Kamu...kamu dan kamu...,Malayu"



"....dia berani bagaikan api suria...
lahir dari seroja angkasa...
ibunya ialah kesatria pertiwi
bapanya ialah permata raja-raja
Mala dari Malayu..."

Saya teringat bait-bait kata yang diterjemahkan Nari untuk saya dari sebuah mantera kuno Khmer yang berasal dari satu batu bersurat yang dijumpai di Pergunungan Dangrek,Kemboja. Puisi ini ditujukan kepada emperor Angkor berdarah Melayu ini, Suryavarman I.


Darah mala-yu
Dalam kontek perkahwinan campur, kita pasti akan berhadapan dengan isu penentuan bangsa kepada si anak
Sementelahan ia juga merupakan satu keperluan di zaman moden ini dalam pelbagai urusan – ic, pasport antarabangsa, borang2 rasmi  dll

Mengikut tatacara logikal biasa, keturunan si anak akan ditentukan oleh bapanya
Jadi kita terpaksa mengikut tatacara tersebut bila berhadapan dengan sebarang urusan rasmi
Pernah dengar kes seorang ibu (bangsa cina) yang mahu anaknya dibangsakan sebagai cina (secara rasmi di dalam ic) walaupun berayah bangsa india..?? apa macam……..??

Namun dalam kontek darah keturunan, selagi si anak itu mempunyai campuran darah melayu, ia akan diterima sebagai orang melayu
 Ia seperti juga warga asing yang datang ke negara ini – bangla(bapa) berkahwin dengan indonesia(ibu)- sianak tetap berdarah indonesia (nusantara), melayu singapura (ibu) berkahwin dengan perancis(bapa) – si anak tetap berdarah melayu, jawa (ayah) berkahwin dengan jawa+melayu (ibu) – si anak tetap mempunyai darah melayu….


Bermain dengan darah
Mari kita bermain lagi dengan campuran darah yang berbeza2……………
India (ayah) berkahwin dengan cina(ibu) – anak jadi cindia…saya teringat seorang kenalan…dia nampak seperti india (lelaki) tetapi mempunyai nama penuh cina kerana namanya mengikut ayahnya yang berketurunan cina, namun mungkin disebabkan gen ibunya lebih dominan, sebab itu wajahnya lebih kepada india dan kelihatan seperti orang india

Ada juga kes2 dimana cina(ibu)+ india(ayah) atau india(ibu) + cina(ayah) maka si anak nampak seperti orang melayu (sawo matang), orang sebegini akan menghadapi masalah di bulan puasa kerana silap haribulan dia akan ditangkap oleh penguatkuasa jabatan agama islam kerana makan dikhalayak ramai dibulan ramadhan


Arab+burma(ibu) berkahwin dengan cina+melayu (ayah) – anak tetap mempunyai darah melayu
Saya kira dalam kontek masyarakat mala-yu malaysia – asalkan si anak itu mempunyai walau sedikit darah melayu (dan biasanya muka mereka ni dah tak nampak macam melayu…atau muka melayu ala arab, melayu ala cina, melayu ala hindustan……dll), maka mereka tetap diterima sebagai orang melayu
Bangsa melayu adalah bangsa yang eksotik….??

Jadi siapa yang aslinya/originalnya masihmempunyai darah melayu yang paling pekat?
Sultan2……??
Sultan johor………….??
Sultan brunei ………………??
Sultan pahang………………??
Sultan perak………………??
Sultan kelantan………….??
  

Terima kasih MO & Cikgu Srikandi.......

3 comments:

  1. Darah Mala-yu.....
    Darah Mala....
    Darah alaM....

    ReplyDelete
  2. AB bermain SHAHIBA lagi..

    Mala itu terlalu dekat dengan alam - lautan, daratan, hutan rimba, gunung-ganang, tasik, sungai, udara...semua diteroka dan diredahnya...

    ReplyDelete