Thursday, 25 October 2012

Ulangkaji ATBM - 08



Assalamualaikum Cikgu Srikandi....

Cikgu Sri, izinkan saya ulangkaji pelajaran ATBM ye..

Saya kopi-pasta nota2 penting dari lecture maya Cikgu ye....

Saturday, April 23, 2011
Catatan Srikandi VI:  "Don't cry,Srikandi"

##-CATATAN CIKGU SRIKANDI

Suatu ketika datuk saya itu memanggil saya duduk di sisinya."Cucu atuk ni nak dengar cerita tak?"

Sudah tentu saya mengangguk dengan gembira.Kemudian dia memulakan ceritanya.

"Dahulu negeri Perak ini adalah sebuah pulau.Penjaganya ialah Naga Kepala Tujuh"

"Betul ke tok? Naga tu duduk kat mana?"

"Ini cerita rakyat sahaja,naga tu duduk di dasar laut.Kononnya ketika bakal Sultan pertama Negeri Perak berlayar dari Melaka ke sini,naga ini pernah muncul lalu menjatuhkan mahkota raja ke dalam laut.Sebab itu raja kita tidak bermahkota"

"Yang terselamat antaranya ialah pedang Curasimanjakini,tengkolok dan keris Taming Sari,ketika kejadian itu kononnya bahtera raja berhenti di sebuah beting pasir yang tiba-tiba muncul. Itulah Beting Beras Basah"

~Hari ini saya mula terfikir, tradisi potoh naga berasal dari mana?
~Saya yakin dalam senarai barang kebesaran yang dibawa dari Melaka itu tidak termasuk potoh naga.
~Dan saya yakin potoh naga adalah asli alat kebesaran Negeri Perak.
~Mungkin dari kerajaan Gangga Negara, Beruas dan Manjung.

~Dalam catatan lanjutan yang diterjemahkan dari makam Hatshepsut di Luxor,Mesir ada menceritakan secara terperinci kostum Raja Perahu,pemerintah Punt yang menyambut delegasi Mesir Purba yang diketuai oleh Nehesi,ketua delegasi Mesir.
~Raja Perahu memakai ikat kepala (saya kira tanjak),memakai senjata yang disisip di pinggang (saya berpendapat ia adalah keris) dan memakai gelang di lengan (ya,ini adalah potoh).
~Di dalam ukiran relief pada dinding yang menceritakan Raja Perahu dan isterinya, Hati tidak terpapar gelang potoh ini.
~Anehnya ia tercatat pada keterangan di dinding makam dalam hiroglif.
~Jadi jika ada raja di mana-mana di dunia ini yang ingin mengaku mewarisi Raja Punt yang digelar pemerintah "The Land of Gods",dia mesti mewarisi 3 eleman diraja;

1)tanjak atau ikat kepala,
2)senjata tersisip dipinggang dan,
3)gelang di lengan.

~Anda boleh namakan siapa raja di dunia ini yang menepati 3 elemen Raja Punt ini?

Cikgu srikandi…apa maksud ‘the land of gods” ??  tanah yang mempunyai banyak tuhan atau tanah yang mempunyai banyak raja?? atau tanah yang kaya-raya-aman-makmur..??atau tanah yang mempunyai pemerintah yang dipuja-puji seumpama dewa-dewi??


Perak negeriku
Yang saya tahu serba sedikit mengenai negeri perak ialah amat susah untuk penjahat british masuk menakluki kawasan perak tengah
Siapa perasan bahawa sehingga kini perak tengah masih dihuni kebanyakannya oleh orang mala-yu
Kurang sangat orang cina dan india tinggal di perak tengah – maksud saya daerah seperti bota, parit, sg manik, kampung gajah dan seumpamanya
Yang ramai orang india dan cina ialah seperti di teluk intan, banyak pula gereja dan sekolah missionari di teluk intan

Jangan terkejut ya…………..sebenarnya teluk intan tu dahulunya adalah sebuah pelabuhan yang sebuk bagi memunggah minyak dari syarikat shell ke tangki2 minyak mereka disitu
Namun sekarang pelabuhan itu sudah tiada mungkin kerana sungai perak sudah cetek sebagaimana ceteknya pengetahuan tentang asal-usul sejarah perak oleh warganya

Mata sungguh tidak sedap bila melihat gereja betul2 berada bersebelahan dengan masjid daerah teluk intan ditengah2 bandar lama itu
Pernah dengar bahawa ada omputih yang tersesat semasa mahu memasuki kawasan perak tengah – seperti sg manik..??
Mereka seolah2 diselubungi kabus dan seakan berada dilaut, tertutup pemandangan mata semasa dalam perjalanan ke kawasan tersebut…
Kenapa agaknya ya…???
Wallahu’alam….Tuhan saja yang tahu


Bahana sihir demokrasi keatas negeri perak
Negeri perak yang aku kasihi  hampir sahaja jatuh kepada agen zionist dan jesuits melalui sihir demokrasi di zaman moden ini dek pemusuhan sia2 sesama bangsa mala-yu
Tak percaya…..??

Marah kerana ada orang melompat2 dan terlompat2  (parti anutan)  demi untuk mendapatkan kembali kedaulatan negeri perak??
Itu kan sememangnya permainan dalam sihir demokrasi…boleh melompat kesana-sini..suka hati dialah…

Marahkan sultan kerana bertindak bagai lembu dicucuk hidung mengikut saja nasihat orang yang berkepentingan menandatangi pertukaran segera menteri besar demi untuk mendapatkan semula kuasa memerintah negeri perak…?? Marahlah semahumu….

Tetapi mahukah kamu peristiwa hilangnya armada laut kota melaka itu berulang semula…sehingga roboh dan rata kota melaka itu dibedil oleh british?? British tu bedil kota melaka menggunakan meriam2 yang telah ditinggalkan oleh orang2 malayu yang telah mengundurkan diri  tau………!!

Walaupun sultan2 itu nampak macam tiada fungsi, namun kuasa mereka masih ada bisanya dan mereka boleh saja berperanan dalam keadaan terdesak…..sebab itulah agen zinonis dan jesuits amat bencikan sultan2 mala-yu kerana para sultan itu masih terlalu liat untuk ditundukkan sedari dulu lagi

Sistem sihir demokrasi adalah sistem bikinan manusia –boleh saja diubah asal saja tanah air tidak tergadai
Sedangkan j ww birch itu bercerai kepala dari badan, apalah sangat nak merombak dan menukar sistem demokrasi yang jelas memecah-belahkan bangsa mala-yu
Tuduhan tidak beretika dalam sistem demoraksi kerana melompat kesana-sini….???
Kepala tidak bercerai dari badan pun sudah dikira sangat bagus……………masih diberi peluang menghirup udara segar di bumi perak itu pun sudah sangat bertuah

Sungai Perak

Pewaris mutlak warisan gangga negara
Orang2 cina itu dibawa masuk melalui kongsi2 gelap yang sengaja diberi peluang tinggal diperak untuk memecahkan monopoli perlombongan bijih timah oleh orang mala-yu
Dek kerana orang2 cina itu ‘tidak boleh’ tinggal di tanah darat, maka mereka hanya boleh menumpang dipesisir pantai lalu menjadi cina bagan….

Sampai begitu sekalikah daulatnya tanah perak keatas bangsa mala-yu sehingga bangsa bukan berdarah melayu tiada tempat terutama di perak tengah…??
Sehingga terpenggal kepala omputih yang bercita2 mahu menjadi tuan keatas tanah warisan zaman berzaman ini…??

Maaf  j ww birch….awak bukan pewaris mutlak tanah perak….jadi kepalamu terpaksa dikorbankan
Maaf juga kepada bangsa bermata sepet….nampaknya kamu juga bukan pewaris negeri perak…jadi kita boleh saja ubah permainan sihir demokrasi  ini kerana bangsa mala-yu adalah pemerintah tanah warisan dari kerajaan gangga negaraini

Saya tidak bermaksud mahu memasukkan isu politik disini, juga tidak bermaksud mahu menghina cina bagan atau cina warga perak, pengurus cina saya pun berasal dari kampar, sahabat baik cina saya pun berasal dari pantai remis…no hal…
Cuma…..batu jemala ni kena diketuk2 untuk melihat isu negeri perak dari perspektif yang lain….melangkaui sehingga era kerajaan gangga negara…juga untuk menjejak warisan potoh naga itu tadi….
Sungai Manik

Potoh naga warisan gangga negara
Menjejak potoh naga pula tidak bermaksud tidak mahu mensyukuri nikmat iman dan islam serta akan timbul isu Nabi dulu pun tidak berpotoh naga bagai……jadi lupakan saja alat kebesaran potoh naga ini…

Tapi isu yang lebih sadis ialah dengan tiada pengetahun asal-usul ini telah menjadikan diri ini menerima saja cemuhan dan ejekan bahawa islam kita ni hanyalah islam keturunan sahaja
Bukan islam yang original , jadi memang patutlah iman pun tak kuat, ilmu agama pun kurang, perangai pun memang patut jadi bohsia dan mat rempit sahaja….kesiankan..

Bila kita tahu…dulunya bagaimana….perjuangannya bagaimana, susah-payahnya bagaimana, musuhnya siapa….jadi ia memberi jawapan yang memuskan hati kenapa aku ini dapat islam secara keturunan

Islam keturunan bermaksud  islam secara free dari mak-ayah-nenek-moyang…dan ia sepatutnya menjadi suatu sebab yang sangat kuat untuk kita betul2 menghargai, mengamalkan serta membela iman dan islam yang diturunkan kepada kita

2 comments:

  1. The Land of God maknanya Sebuah Tanah (Penempatan) pilihan Tuhan (Allah Ta'ala)... jika The Land of Gods maknanya Sebuah Tanah (Penempatan) yg mempunyai banyak Raja (Penguasa)...Wallahu'alam..

    Bangsa Mala-Yu dipilih oleh Tuhan sebagai Penguasa Tanah pilihan Tuhan dari sejak dahulu hingga sekarang dan selamanya...insyaAllah..

    Keturunan Nabi Adam a.s., Nabi Syits a.s., Nabi Idris a.s., Nabi Nuh a.s., Yarfis, Nabi Syuib a.s., Nabi Ibrahim a.s., Iskandar Zulkarnain, Nabi Khidir a.s., dan bersatu dgn zuriat Ahlul Bait Rasulullah s.a.w. dizaman Sayidina Umar r.a....wallahu'alam.

    ReplyDelete
  2. terima kasih AB yang sangat bertuah dunia dan akhirat

    hhmmm...itu makna the land of gods rupa2nya...

    ReplyDelete