Monday, 15 October 2012

Ulangkaji ATBM - 01





Assalamualaikum Cikgu Srikandi (& MO)....

Cikgu Sri (& MO), izinkan saya ulangkaji pelajaran ATBM ye..

Saya kopi-pasta nota2 penting dari lecture maya Cikgu ye......
Persoalan2 baru dan lama sering datang silih berganti.....
Menjadi orang melayu malaysia yang hidupnya terpaksa berhadapan dengan kerenah & perangai bangsanya sendiri,  dengan kiasu & agresifnya bangsa 'adik-beradik' yang lain serta dengan kebanjiran warga luar yg datang & tak mahu pulang2- adakala menjadikan diri ini lemah-longlai, duduk tersembam menyembah bumi tanah tumpah darah sendiri, air-mata pun sudah kering, tak tahu apa lagi yang hendak ditangiskan - mencari jati diri, kepercayaan serta keyakinan yang masih tersisa........huhu


Friday, August 13, 2010
Kata Alu-aluan Dari Srikandi

##-CATATAN CIKGU SRIKANDI

Dari Diari Lodgekeeper m/s 171:

"warisan Bani Jawi itu ibarat sutera putih yang dipercik dengan narawastu dan air melati.Kemudian dibaluti dengan badar sila dan ditaruh ke dalam batil emas merah murni"

Pada halaman yang lain,

"....'Keturah' bukanlah namanya yang sebenar...namun adalah gelaran atau panggilan Tamadun Sumeria Kuno kepada sang gadis misteri...hadir dari rimba dari gunung yang diselaputi kabus aneh...bibirnya merah mulus,dia menjinjing sebakul bunga-bungaan dan kemenyan...di telinganya terselit sekuntum bunga yang indah"


Dari Diari Lodgekeeper pada m/s 230 di bawah tajuk 'The Tabernacle of Melati & Maya':

"...keris adalah satu lambang dari tamadun kuno yang terahsia...ia dijaga oleh para leluhur bangsa misteri sejak zaman berzaman.Bentuknya yang berkeluk-keluk adalah warisan dari satu dinasti atau keturunan diraja yang pernah memerintah satu tanah yang ditinggalkan..."

pada m/s 188:

"...terdapat penentangan di antara raja-raja berdarah naga ini...konflik sesama mereka akibat berebutkan kekuasaan dan teknologi....penyembah pagan mengenang mereka sebagai Dragon Lords of The Rings.Freemason yang mendakwa berasal dari warisan pengetahuan bangsa-bangsa yang hilang ini acapkali mendakwa mereka mempunyai darah naga ini.Di dalam ritual sulit peringkat Rahsia Dalam Rahsia,para Mason memakai warisan pakaian The Lords of Dragon ini.Ini adalah warisan kostum dari sejarah bangsa misteri yang hilang dan bersembunyi di tempat lain.Orang yang memberitahu para Mason ini tentang rahsia bangsa-bangsa misteri adalah seorang yang pakar dalam sejarah bangsa-bangsa sebelum atau ketika terjadinya Banjir Besar..."

##-NOTA CIKGU SRIKANDI

~Bangsa Melayu adalah pelayar yang gigih,dan inilah identiti yang dikenal oleh tamadun-tamadun purba pada masa dahulu.
~Sampan kecil mereka teroleng-oleng sehingga ke Madagaskar sehingga menubuhkan dinasti beraja Merina,memerintah seluruh kepulauan Madagaskar,menyatukan bangsa-bangsa Afrika di pulau itu di bawah raja-raja Melayu Merina.
~Bahtera-bahtera mereka menggerunkan para pengembara Sepanyol dan Portugis yang mencari laluan rahsia harta karun 'King Solomon's Mines' yang dikatakan terletak di Timur Jauh.
~Hanya satu cara sahaja untuk menundukkan kerajaan-kerajaan Melayu Purba;merasuah Laksamana dan para armada tentera laut mereka dan mengapikan-apikan perasaan hasad dengki sesama mereka,dan inilah ramuan yang digunakan untuk menjatuhkan kuasa laut Empayar Melaka,di mana armada tentera laut Siam turut gagal mengalahkan Tun Perak dan Laksamana untuk menguasai Selat Melaka.

Apakah makna semua ini.......???
Cara yang sama juga sedang digunakan untuk memecah-belahkan kesatuan orang melayu moden yang masih tersisa dengan mencipta sihir demokrasi – sudah terang lagi bersuluh demokrasi itu permainannya meminta orang2 melayu hidup berpuak2. Demokrasi adalah interpretasi daripada agenda mengapikan-apikan perasaan hasad dengki sesama kita.


~Jika anda setia bersama saya (Cikgu Sri) menjejak rahsia bangsa misteri,saya akan bawa anda kepada rahsia tertinggi para Mason bertahap 'over 33rd Degree'.
~Siapa yang pernah melihat majlis ritual mereka,pasti akan terkesan,mengapa para Elit mereka terpaksa 'bersampin' dan 'bersongkok' untuk menjalankan upacara-upacara sulit mereka.

Kenapa mereka terpaksa berkelakuan begitu....???

Alhamdulillah, syukur kepada Tuhan, Nabi yang penyayang telah meninggalkan wasiat agar para sahabat mendatangi satu kaum yang tinggal di timur jauh.


Baginda meminta supaya para sahabat belayar membelah lautan mendatangi kaum itu (nenek moyang kita)  di dunia sebelah sini. Sesungguhnya Nabi tahu bahawa para sahabat bersaing dengan masa agar dapat sampai mendahului para zionis dan jesuits yang bertujuan memesongkan aqidah hanif orang sebelah sini. Dan juga sesungguhnya Nabi yang mulia itulah yang telah menaruh harapan tinggi  agar dengan islamnya warga timur jauh itu  nanti  dapat pula mereka  membela kaum keluarga baginda di kemudian hari dari habis dibunuh oleh musuh islam. 

Tidakkah kita berasa sangat istimewa dengan peristiwa pengislaman warga nusantara ini ditangan para sahabat Nabi beratus tahun dahulu??!!!?? Kerajaan sriwijaya yang kaya-raya dan gah itu akhirnya tunduk juga kepada iman dan islam lalu kemudiannya menjadi kerajaan kesultanan melaka serta kerajaan2  islam yang lainnya disekitar nusantara.


Tidakkah kita berasa bahawa Nabi itu sesungguhnya terlalu amat dekat dengan kita serta bagindas amat mengenali siapa bangsa mala-yu yang sebenarnya……….Nabi adalah insan yang mulia serta  bijaksana, sudah tentu Nabi itu lebih maklum akan sejarah peradapan dunia sejak dari dahulu kala juga sejarah yang akan datang termasuk perkembangan bangsa mala-yu yang menjadi sebahagian daripada umat baginda.

Ambillah pelajaran & pengajaran daripada peristiwa pen’sepanyol’an dan pengkristianan (minta dijauhkan oleh Tuhan) warga melayu bumi manila (amanillah), pen’thai’an warga melayu pattani, pen’liberal’anwarga nusantara indonesia, pem’portugis’an warga nunsantara timur- timor, peng’kiasu’an warga melayu singapura, juga pengapusan etnik asal nusantara di myanmar, kemunduran warga asal nusantara di indochina – namun kita masih boleh mengamalkan adat budaya melayu berpaksikan islam di semenanjung emas juga di negara brunei darul salam.

Siapa orang cham/kemboja, siapa orang rohinya, siapa orang sulu, siapa orang pattani ??– mereka adalah saudara senusantara kita yang hidup penuh dengan perjuangan bersenjata berhadapan dengan pemerintah (bukan dari bangsa serumpun) yang sentiasa mahu menekan kehidupan mereka.

Kita memang ‘tidak berapa kesah’ dengan ritual sulit para elit freemason itu kerana kita sudah mendapat hadiah iman dan islam dari Nabi tercinta.

Sesungguhnya warisan para ahlul-baitlah yang telah berjuang  membela tanah melayu dari jatuh tersungkur kepada zionis & jesuits. Siapakah Tok Kenali, siapakah Abdul Rahman Limbung, siapakah 7 wali melayu, siapakah wali songo kalau bukan warisan dari wasiat Nabi tercinta.


Tetapi pada masa yang sama kita perlu waspada kerana  pencarian para elit freemason kepada master race itu sungguh gigih, sanggup pula mereka melakukan segala tipu muslihat (sekali lagi dan berkali-kali) untuk klaim tanah bertuah ini sebagai their promised land jika benar semenanjung emas ini meninggalkan khazanah permulaan tamadun manusia spt piramid yang misteri dan kontroversi itu.

Sebab itu mengetahui kenapa, mengapa, bila, dimana dan bagaimana tentang asal-usul bangsa kita adalah sangat signifikan.Kita bukan berasal dari beruk, juga tidak tinggal di dalam gua atau menenggek diatas pokok serta bercawat sahaja disebabkan tidak tahu membuat jarum……hhmmmm…..habis tu siapa pula yang mengerjakan pusat peleburan besi kuno di sungai batu kedah jika bukan orang mala-yu ??!!??


Dapat berjalan dibumi tanah air sendiri dengan penuh kesedaran tentang asal-usul, dapat menyerap aura semangat perjuangan warga terdahulu, kaki ini benar2 melangkah dengan memijak tanah misteri dengan penuh takzim……. dan bila  jiwa sedar akan tanggungjawab & amanah yang sedang menanti – ia  merupakan satu perasaan tentang kepuasan diri yang sangat bermakna  dan sungguh berharga.

Terima kasih Cikgu Srikandi dan MO.......

3 comments:

  1. Salawat dan salam kepada...
    Ninda Ibrahim a.s. serta Ninda Muhammad s.a.w...
    Juga kepada jurai keturunannya.

    ReplyDelete
  2. satu ucapan yang bernas, membeduk hati.tahniah !

    ReplyDelete
  3. terima kasih tidak terhingga kepada sifu2 maya dan rakan2 maya yang telah banyak memberi ilmu & maklumat utk memecahkan kebuntuan ttg isu asal-usul mala-yu

    isu sejarah mala-yu ni seumpama bayang2 diri sendiri yang sentiasa mengHANTUi, memburu dan mengekori kemana saja kita pergi

    tak boleh dibuang langsung dari minda kita setiap masa.....

    ReplyDelete