Saturday 17 May 2014

Roh dan Tenaga



ayah selalu berpesan agar aku jangan terlalu sangat bergantung kepada aqal semata2  sama ada untuk menyelesaikan masalah mahupun dalam mengendalikan sebarang urusan kehidupan

sebagai orang muda yang menghormati ayah, aku hanya mengangguk2kan kepala sahaja bila ayah berkata begitu kepadaku
dan sebagai orang muda yang kononnya berpelajaran tetapi dari aliran sekular, aku sebenarnya tidak dapat menerima nasihat ayah diwaktu itu dek kerana kecetekan ilmu serta kekurangan pengalaman

ayah sememangnya memberi kebebasan kepada aku untuk meneroka apa saja ilmu namun beliau tetap memantau aku dari jauh agar aku tidak terlalu asyik-masyuk dengan ilmu2 terutama dari barat

aku suka membaca buku2 oleh penulis terkenal seperti Anthony Robin, Zig Ziglar, Napoleon Hill, Mark Victor Hansen, Jack Canfield....hanya menyebut beberapa nama
aku juga suka membaca topik2 psikologi yang ditulis oleh penulis2 maya dari barat

namun semakin banyak aku membaca idea2 mereka, aku rasa otak aku semakin tepu....huhu
aku sedaya upaya mahu mencedok ilmu2 dari mereka dan cuba aplikasikan dalam kehidupan seharian......tapi ia berakhir dengan jiwa yang semakin lesu dan fikiran yang semakin berserabut



nampaknya percubaan seorang anak muda yang mahu menafikan kata2 ayahnya menemui jalan buntu.....hahaha

ayah sesungguhnya selalu sangat berpesan agar aku memanfaatkan jiwa/hati/qalbu dalam menjalani kehidupan seharian......dan bukan bergantung 100% kepada kekuatan aqal sahaja, "nanti kau akan kepenatan dan kelesuan kalau guna aqal fikiran semata2..........." itulah kata2 ayah yang saya ingat sampai bila2

ayah bukan bemaksud jangan menggunakan aqal langsung dalam apa juga tindakan kita dan pada masa yang sama  ayah galakkan aku membaca buku2 tersebut, cumanya ayah tidak mahu aku melupakan faktor qalbu ataupun roh dalam setiap tindakan kita

kita boleh membaca apa saja buku2 yang ditulis oleh sesiapa sahaja.....dan satu persoalan penting ialah adakah faktor roh wujud dalam setiap bacaan kita itu??

aqal adalah sumber ilmu dan maklumat, namun yang memberi nyawa ataupun erti kepada kehidupan serta tindakan kita ialah roh atau jiwa atau qalbu

ayah juga tidak bermaksud mahu menyekat perkembangan intelektual anaknya, cuma ayah tidak mahu anaknya kehilangan banyak tenaga akibat dari bebanan berfikir yang terlalu banyak yang tidak disertai dengan roh




tenaga roh adalah tidak terhingga kerana roh yang berhubung dengan Penciptanya

pada perkara2 yang kadangkala aqal tidak dapat mencari logik mahupun rasionalnya kenapa & mengapa ia terjadi, maka roh berperanan untuk redha serta mengembalikannya kepada yang Maha Mengetahui kerana roh yakin bahawa pasti ada sebab yang tertentu bila Allah mentaqdirkannya untuk berlaku sedemikian rupa

pada masalah2 atau pun isu2 yang aqal masih belum menemui jawapannya kerana ketiadaan ilmu/maklumat/pengalaman, maka roh berperanan untuk kembali kepada Allah lalu berdoa serta memohon belas kasihanNya agar diberi petunjuk jalan penyelesaian dari sumber2 yang tidak diduga

bila roh Allah izinkan untuk berperanan, maka aqal dapat dijimatkan tenaga dari memikirkan perkara diluar batasan ilmu mahupun pengalaman ataupun maklumat yang dimilikinya, jadi kita boleh mengelakkan aqal kehilangan tenaga akibat daripada kebuntuan

maka bila roh pula memainkan peranan untuk "surrender" kepada Allah pada apa2 sahaja perkara dalam kehidupan seharian, itu bermakna roh telah mendapat satu jumlah tenaga yang tidak terbatas kerana sebagai balasan kepada hamba Allah yang mengingatiNya ialah ketenangan atau dengan kata2 lain ialah tindakan roh tadi dapat mengelakkan diri dari berputus-asa, kecewa, marah, dendam......yang mana semua itu hanyalah menjadi sumber kepada tenaga negatif dalam diri seseorang


bila hanya aqal yang mengingati Allah....ia tiada apa2 kesan kepada diri kita

namun bila roh yang mengingati Allah...maka jiwa akan "merasa" bahawa Allah itulah Yang Maha Berkuasa, jiwa akan "merasa" bahawa setiap kejadian itu pasti ada hikmah tertentu dan jiwa akan "merasa" satu keperluan untuk terus berusaha bagi memperbaiki kehidupan sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah

aqal "tahu" bahawa berlaku rajin, ikhlas, jujur serta sifat2 yang baik itu adalah kunci kejayaan
aqal juga "tahu" bahawa  solat dhuha, solat di 1/3 malam, membaca surah Al Waqiah dan  bersedeqah itu adalah amalan2 yang Tuhan izinkan untuk menarik serta mendapatkan rezeki

namun roh jugalah yang Allah izinkan untuk "menghidupkan" atau merealisasikan perkara2 tersebut
atau dengan kata lain roh ialah "is the doer"
bila roh berperanan untuk menggerakkan jiwa agar bersifat ikhlas, jujur amanah, maka disaat itu aura tenaga yang baik Allah izinkan untuk wujud dalam diri manusia
begitu juga bila roh berperanan menggerakkan kita untuk solat, membaca Al Quran serta bersedeqah, maka Allah izinkan suatu tenaga yang tidak terkalahkan hadir bukan sahaja kepada diri seseorang manusia, malahan seluruh pelusuk alam serta isinya juga akan mendapat manfaat yang baik darinya


Ya Allah......hidupkanlah jiwa kami..........