Thursday, 18 October 2012

Ulangkaji ATBM - 03




Assalamualaikum Cikgu Srikandi....

Cikgu Sri, izinkan saya ulangkaji pelajaran ATBM ye..

Saya kopi-pasta nota2 penting dari lecture maya Cikgu ye....

Friday, August 13, 2010
Catatan Srikandi III



##CATATAN CIKGU SRIKANDI
~SuryaVarman I adalah raja agung yang banyak membina candi dan binaan.
~Pernah dengar Preah Vihear? Ada pengkaji mengatakan beliaulah yang membina ibukota Angkor berpandukan rujukan bintang-bintang sebagaimana Piramid Agung dibina berpandukan buruj Orion.
~Raja-raja Kemboja menyambung usahanya selepas itu sehingga terbinalah Angkor Wat dan sejarah Angkor Wat inilah yang saya katakan ada kaitan dengan Grahi.
~Saya (Cikgu Sri) boleh katakan...bahawa...blueprint Angkor Wat dikeluarkan dari dalam istana Grahi.

~Saya (Cikgu Sri) belajar memahami siapa di sebalik nama Urduja atau Durga Wijayamala,serang puteri raja dalam riwayat Kelantan yang pergi berperang di atas gajah dan berhasil memenggal kepala seorang raja yang ganas!
~Durga Wijayamala telah membunuh RamaKhamhaeng di atas gajah dalam pertempuran paling legenda seluruh Indochina.
~Wanita besi itu telah memenggal kepala raja Sukhothai itu dan mencampakkan tubuhnya ke sungai,lalu menyembunyikan kepalanya sebelum dituntut oleh sami-sami Sukhothai.
~Saya (Cikgu Sri) ingin beritahu anda satu perkara. Puji-pujian kepada raja-raja Melayu Sriwijaya adalah satu budaya biasa ketika Sriwijaya berkuasa di IndoChina.Raja-raja ini dipuji dan dipuja bagaikan Dewa Visnu dan Siva dalam prasasti dan riwayat-riwayat Thai Kuno.
~Dan jangan terkejut jika sebahagian mantera sami Thai masih terlekat pujaan terhadap 'Sriwichai' ini,

NAMA EMPAYAR INI DIPUJA BAGAIKAN MASIH PUNYA BISA DAN KESAKTIAN.

~Mungkin mereka dengan kepercayaan mereka,tetapi bagi saya kesaktian SEE-WI-CHAI terletak kepada HEGEMONI PERDAGANGAN MARITIMNYA.Bukan jelmaan Visnu atau Siva.

~Prasasti Grahi yang telah dijumpai di Kemboja adalah dalam bahasa Khmer.
~Namun ia menceritakan tentang keagungan raja-raja Melayu Sriwijaya.Pelik?Anda kena belajar memahami kenyataan ini!

~Apakah kaitan Sriwichai,Durga Wijayamala dan Ramakhamhaeng?
~Cik Siti Wan Kembang dan Tanah Serendah Sekebun Bunga!!
~Siapa dia Nang Che Yam dan Nang Gwa ??


##NOTA CIKGU SRIKANDI
~Anda kena memahami bahawa Melayu itu tidak SESEMPIT PERLIS SEHINGGA KE SABAH.
~Belajar nama empayar ini, SRIWIJAYA dan anda akan dapat tahu rahsia kerajaan Grahi yang hilang.
~Sekali anda tahu rahsia Grahi,anda akan tahu apa yang berlaku 500 tahun sebelum Masehi.
~Sekali anda tahu riwayat 500 tahun sebelum Masehi...sebelum Dapunta Hyang Jayanasa mendarat di Muara Tamwan dengan balatentaranya sebagaimana yang tercatat di prasasti Kedukan Bukit,anda akan dapat memahami mengapa Valmiki menuliskan nama 'Malayadvipa' (Kepulauan Melayu) dalam Ramayana juga Vyasa dalam kompilasi Purana,beratus tahun sebelum kemunculan Gautama Buddha.
~Sekali anda tahu mengapa para rishi menuliskan nama Kepulauan Melayu di dalam kitab-kitab suci mereka...anda akan tahu siapakah dia watak misteri 'Maat Heru' (Mata Hari) seperti yang tercantum di dalam The Egyptian Book of The Dead.

Lembah Bujang

Siapakah aku??
Cikgu Sri, siapakah Raja Matahari sebenarnya..??
Apa ke benda nye The Egyption Book of The Dead itu…??
Apa kaitannya dengan master race yang dicari oleh para penganut new age religion..??
Betulkah british itu mengetahui apa sebenarnya khazanah yang masih tersimpan di dalam hutan tebal di banjaran titiwangsa….??
Kota gelanggi itu masih misteri bukan….??
Tasik cini juga masih misteri….??
Gunung ledang itu juga misteri….??
Lembah bama itu misteri…??
Lembah bujang itu misteri...??
Sungai batu itu misteri…..??
Gangga negara itu ada tinggalan tapaknya ke…??
Cikgu ada kata bahawa di tengah2 negeri perak itu penuh dengan tinggalan kulit kerang dan kulit siput..??
Walaupun tanah melayu tiada binaan gah, tapi tanah melayu masih penuh dengan tempat2 misteri yang belum diteroka….begitu ke cikgu srikandi…..???
Cikgu pun pernah beritahu bahawa struktur tulang dan rangka manusia kuno yang dijumpai di dalam beberapa gua di kelantan ada tersimpan di muzium2 di luar negara – amerika dan eropah…??
Hhmmm……………..kenapa orang luar…orang putih tu lebih tahu sejarah tanah melayu daripada kita……….??
Hhmmmm..semua tempat pun masih misteri sebagaimana misterinya asal-usul kami wahai cikgu srakandi yang budiman.........

Tanah melayu memang tak ada satu pun binaan se-gah tembok besar cina….tapi di tengah2 hutan tebal banjaran titiwangsa tu masih tersimpan kemas dan kukuh tinggalan2 sejarah dari permulaan peradapan manusia yang usianya lebih tua dari kebanyakan binaan2 gah sejarah di seluruh dunia bukan…???
Jadi kita ni orang apa dan dari bangsa apa sebenarnya Cikgu Sri….??

Gunung Ledang

Tanah Lemuria
Para pengkaji dok sebuk mencari kemungkinan2 tempat tinggalan dari tamadun atlantis…..dan kita dok yakin bahasa benua atlantis itu hanyalah satu mitos yang tempatnya ntah kat mana…..kemudian kita diperdengarkan tentang tamadun lemuria, mungkin tempatnya di atas pentas sunda, orientalis barat berjaya mengesan binaan se-gah borobodur di tanah seberang selepas mereka berjaya menjarah dan menjajah tanah seberang itu..…

Namun ada satu lagi bumi Tuhan yang masih belum mereka dapat teroka sepenuhnya untuk menjejaki atlantis dan lemuria yang hilang itu..dimanakah tanah itu??…disini…di malaysia..di dalam hutan2  khatulistiwa yang sangat tebal ditengah2 semenanjung tanah melayu ini.

Ingat…ini semenanjung tanah melayu dan bukan semenanjung tanah yang lainnya ye….


Kota Gelanggi 

MALA – alam-bangsa-bahasa
Seperti dari kajian Cikgu Sri……you cakaplah apa saja yang you nak klaim…tapi satu fakta keramat yang Tuhan taqdirkan ialah…..nama mala-yu, molo-yu, mala-polinesian..…kata kunci MALA itu tak boleh dipadam dari mana2 catatan sejarah yang ditulis oleh para pengembara dari timur tengah, eropah dan cina….you kena jaja keseluruh dunia untuk padamkan catatan keramat nama MALA dari semua prasasti2 dan diari2 dahulu kala itu

Boleh lah kalau you nak klaim ini tanah sebagai tanah you, tapi you kena sanggup mengaku bahawa you berbahasa melayu sejak dari dahulu kala you tinggal disini…bukan calang2 bahasa melayu, tapi bahasa melayu kuno bercampur bahasa sanskrit dengan bahasa jawa kuno. You kena tahu baca tulisan rencong dan kemudiannya kena pandai menulis jawi sebab prasasti2 kuno itu ditulis dalam bahasa melayu tua. Jika bab bahasa ni you  fail….hhmmmm…camna you nak klaim sebagai penghuni asal tanah bertuah ini…

Ataupun kalau tak suka sangat dengan bahasa orang dari gua dan duduk diatas pokok  dan bercawat ni…you kena mengadap orang2 mala-yu yang bertebaran dari selatan afrika, sri lanka, australia, madagaskar serta tempat2 yang sewaktu dengannya….you cubalah berkomunikasi dengan mereka menggunakan bahasa selain bahasa yang you tak suka ni…agak2nya orang2 kat situ boleh faham ke…??? Sebab bila you klaim sebagai penduduk asal tanah ini, you juga terpaksa menerima keturunan2 mala-yu di tempat2 tersebut sebagai saudara2 you juga….

Inskripsi Talang Tuo

Ataupun jika benar you nak klaim ini tanah….you kena tiru macam thailand dan cina komunis….you ciptalah sendiri tinggalan2 sejarah dan prasasti2 kuno…sebagaimana terciptanya bangsa khom oleh negara thailand untuk menyorokkan identiti bangsa berdarah mala-yu yang mewarnai pemerintahan kerajaan2 di indochina…..funan, champa, angkor, sriwijaya, grahi, tambralinga, langkasuka….aduhai banyak pula kerajaan2 lama mala-yu kuno ni….tak tersebut kesemuanya…itu tak termasuk yg ada bertaburan di seluruh alam melayu...

Ok lah…I bagi you peluang klaim ini tanah, tapi you kena mengadap dulu semua catatan2, nukilan2, watikah2, kitab2 lama jawi yang berada di perpustakaan2 di london, di belanda, di rusia yang dibawa dari tanah melayu dan ditulis dalam bahasa melayu. Semua catatan2 itu asli datang dari dunia sebelah sini, bukan dari benua2 lainnya….boleh..??


Hang Tuah ku vs Hang Tuah mu
Ok lah…you nak klaim hang tuah tu you punya…amiklah segala hang2 yang pernah ada dan wujud di dunia sebelah ini….tak da hal….pada masa yang sama you kena ceritakan bahawa you punya hang tuah tu tidak berpakain cara melayu, tidak berbahasa melayu, tidak mengikut agama dan adat melayu..senang cerita hang tuah versi you lah….

Untuk klaim hang tuah….you pun kena cipta kata2 keramat dari hang tuah versi you sendiri mengenai bangsa you…sebab hang tuah asli sedap je mulutnya berkata bahawa tidak melayu hilang didunia….tapi pelik la pulak…jika benar hang tuah tu you yang punya….kenapa hang tuah tu baik hati sangat nak menyatakan bahawa bangsa yang dikatakan malas dan bodoh ni tak akan hilang di dunia..…baiknya hang tuah you ni kan….atau disebabkan hang tuah you ni memang sudah jauh merantau ke serata pelusuk dunia…maka dengan pengaruh bahasa dan budaya tinggi orang melayu di merata2 tempat, maka hang tuah you ni pun yakin bahawa orang melayu memang sangat berpengaruh sejak dari dahulu kala dan kesannya akan dapat dirasainya menjangkau hingga ke kemudian hari. Jadi macamana sekarang….you nak klaim hang tuah tu you yang punya dan juga you nak menidakkan kata2 keramat hang tuah tentang orang melayu….atau what actually you want….??

Kalau betul2 nak klaim ini tanah….you pun kenalah usaha betul2 dengan mengadap perkara2 mengenai bahasa2 tadi dari yang pakar diseluruh dunia….barulah ada kelas…..bukannya setakat hanya tuduh-menuduh itu dan ini macam budak2 tadika berebut ais krim pong sahaja….itu aku punya….!!..bukan....ini aku yang punya…!!

Rencong

KA-GA-NGA-CA
Bahasa melayu adalah bahasa yang tersendiri, bukan cedokan atau berkembang dari bahasa2 yang lain.
Begitu juga tulisan rencong, ia merupakan satu sistem tulisan yang berdiri sendiri sebagaimana bahasa melayu
Tulisan rencong – KA GA NGA CHA

Lama sebelum cikgu srikandi menengahkan sejarah asal-usul bahasa melayu…batu jemala ni dok fenin memikirkan kenapa bahasa melayu sekarang ni macam satu salinan je daripada bahasa arab. Apa yang ada di dalam bahasa arab…maka perkataan ini ada juga di dalam bahasa melayu…mahabbah..muhibbah…nur..cahaya… dll

Rupa2nya ia merupakan suatu pengaruh dari anutan kepercayaan sesuatu kaum. Bila islamnya warga sriwijaya nusantara, maka asimilasi dari bahasa arab ke bahasa melayu itu terjadi. Sebagaimana cantiknya asimilasi abjad arab itu yang digunakan untuk menulis di dalam bahasa melayu …..dan masih mengekalkan bunyi atau sebutan asal dari tulisan rencong…KA GA NGA CHA….cantik bukan…??

Cantik…chantek….encik….enchek…..

Gua Niah

Matahari vs Matahati
Sebagaimana bahasa melayu menerima pengaruh perkataan2 dari bahasa2 yang lain , begitu juga bahasa2 tersebut juga  menerima pengaruh daripada bahasa melayu.
Contoh paling misteri ialah perkataan mesir purba maatheru – mata + hari adalah asli dari bahasa melayu…bukan dari bahasa2 yang lain ye…dalam bahasa inggeris moden – eye + day…the eye of the day…matahari la tu….dan the eye of the night ialah …bulan…

Mata+hari pula merupakangelaran yang diberikan oleh orang-ramai (rakyat) kepada seseorang pemerintah. Digelar matahari kerana pemerintah/raja itu tinggal di kawasan yang menerima sinaran matahari disepanjang masa – raja matahari. Raja ini pula sudah semestinya mempunyai nama sebenarnya dan juga nama2 yang lain – seperti nama timangan, nama mengikut adat-budaya atau nama mengikut kepercayaan anutan.

Nama penuh saya seperti dalam IC  ialah………, orang panggil saya …….,mak-ayah panggil saya adik walaupun saya ada adik…adik saya pun kena panggil saya adik juga…hahaha..anak saudara kena panggil saya acik adik..hehehe , nama timangan saya ialah……., dan nama maya ialah…wangsa…hehe

Contohnya sultan kelantan, nama betul faris …tapi gelarannya ialah sultan muhammad iv….itu belum lagi  gelaran dalaman dikalangan keluarga raja2..raja tengah, raja di hulu, raja dihilir, putera mahkota…dll

SuryaVarman  1 adalah nama dalam bahasa sanskrit…tapidia  mesti ada nama mala-yu yang kita tak tahu….

Bahasa melayu dipertuturkan oleh orang mala-yu lah…..yang berkulit sawo matang, tak tinggi dan tak rendah, lelakinya tak lah hensem sangat tapi nampak segak dan manis, perempuannya pula tak lah jelita sangat tapi tetap ayu dan amat menawan, hidung ada2 versi utama – pesek &  mancung dan juga ada diantaranya….muka mereka tak pernah nampak sama dan sepesen…sebab sudah bercampur2 seumpama makanan mereka yg terdiri dr pelbagai rampaian – rojak, pasembur, pecal, kerabu – ada yg macam cina, ada yang macam india, ada nampak macam arab, ada yg macam omputih, ada yg macam jepun, ada yg  macam rusia dan macam2 ada….

Tasik Cini
Gua cakap lu
Perkara bahasa bukan satu isu yang semudah air batu campur….suka-suki boleh tukar aksara, abjad, suku-kata, kosa-kata, sistem ejaan, nahu dan segala benda berkaitan bahasa, semalam guna sistem lain, hari ni tak suka, tukar akasa lain, esok gaduh dengan orang, jadi kena tukar guna abjad lain pulak…..atau memang kita ni semua berasal dari beruklah, tiada sistem tulisan dan sistem bahasa yang tinggi….you kena champion bab bahasa baru dunia akan iktiraf you sebagaimana pemenang….

Rencong

Sistem bahasa berkembang rapat dengan sistem tulisan, sistem aksara, sistem abjad – sebutan, ejaan, bacaan dll. Ia bukan boleh muncul secara tiba2. Betullah orang2 tua ada menyebut…bahasa jiwa bangsa..bila kita ber-lu dan ber-gua…semestinya nampak sangat bezanya dengan orang yang ber-hamba dan ber-tuan-hamba….

“…..gua cakap lu maa….kita kautim arrr….”
“……….apa??!!...pak mat tempe…??!!!....bukan!!…mail lambung lah….!!!”
 “….dipersilakanlah tuan hamba berjalan dahulu….hamba akan menyusul kemudian kerna ada tugas yang perlu hamba bereskan….”

Aku menghargai bahasa melayu………..

Ya Tuhan..tolonglah aku….panjangnya aku merapu meraban….ampunkan lah dosa2ku….
Kok ye pun….awak ni marahkan siapa sebenarnya….??


Terima kasih MO & Cikgu Srikandi.......

3 comments:

  1. Salam,
    'Lemuria' therion...jadi pujaan kat barat pulak.
    Kisah yang berturutan...mcm ada emergncy kod nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sdr Akukuku,

      kita sedang melihat kisah2 tentang diri kita sendirikah melalui drama2/filem2/kartun2 barat itu...??

      Delete
    2. Slm sdr wangsa,

      jawapannya,salah.
      jika kita melihatnya secara tersurat.
      tetapi benar,bila kita melihatnya secara tersirat.

      Kwn tak brp pandai nak crita tapi...

      mcm bercerita ilmu munakahat..bila open sesama dewasa ada manfaatnya..tetapi bila open pada bebudak kecik...masalah pulak yg dtg.

      Delete