Tuesday, 30 October 2012

Ulangkaji ATBM - 12




Assalamualaikum Cikgu Srikandi....

Cikgu Sri, izinkan saya ulangkaji pelajaran ATBM ye..

Saya kopi-pasta nota2 penting dari lecture maya Cikgu ye....

Friday, August 13, 2010
Catatan Srikandi dari Guadalajara


##CATATAN CIKGU SRIKANDI

Diari Lodgekeeper - pada muka surat ke 37,perenggan ke 5 di bawah tajuk 'The Realm of Mystic Flower' ada mencatatkan:

"...tiga kerajaan bangsa bunga-bungaan,Teratai di kiri,Kembuja di tengah dan Champaka di kanan..."

Diari Lodgekeeper  - pada muka surat 47 di bawah tajuk 'The Bloodline of The Kings of Sacred Mountain ':

"Mereka berasal dari satu bangsa misteri yang pernah menerima utusan Mesir Purba pada masa dahulu.Mereka inilah asal-usul gelaran 'Pharaoh' yang merupakan sebutan versi Mesir Purba kepada 'Perahu' yang tercatat nama Raja Mala ini pada ukiran di Kuil Hatshepsut di Luxor.Samala dan Vimala adalah satu garis keturunan dari Ketolamala berasal dari kelas pemerintahan Mala-YU purba di Ligor,Negara Sri Darmaraja yang maju dan berjaya"


Bunga yang harum semerbak
Bunga kemboja – orang kemboja – sinonim dengan bunga kuburan – tapi sekarang bunga kemboja yang berwarna-warni sudah menghiasi bandar2 besar seperti keyel
Bunga cempaka – orang champa- sinonim dengan minyak rambut orang2 zaman dahulu, minyak kelapa dicampur dengan bunga cempaka menjadi sangat harum aromanya
Bunga teratai – orang mon….?? orang melayu………?? Orang pyu……….??
Bunga melati – orang melayu…………?? – bunganya kecil molek berwarna putih mulus tulus dan sangat wangi, selalu dipakai oleh orang perempuan india untuk menghiasi rambut mereka yang panjang dan ikal

Bunga kemboja – baulu kemboja sebab bentuknya yang berlekuk2 seumpama sekuntum bunga, tak sama macam baulu biasa yang kecil dan gumuk, atau baulu ikan yang berbentuk ikan
Siam – beras siam, mempelam siam, kucing siam,kembar siam
Cikgu srikandi …..kalau kembar tu bercamtun…..kenapa dipanggil kembar siam……………??
Siam ni sebenarnya berkembar dengan siapa ………….??

Bunga teratai…………..sinonim dengan agama budha di malaysia…….kalau ada pelekat kereta bunga teratai………..biasanya dia adalah penganut budha………….biasanya bangsa cina dan juga thai

Bunga orang malayu ialah bunga mala-ti (melati)…??
Hahaha……….semua pun hendak di “mala” kan……
Mari kita klaim gunung himalaya sebagai gunung orang2 mala-yu kerana nama gunung itu sinonim dengan nama mala-yu – hi-MALA-ya…………hehehe


Semuanya adalah gelaran semata-mata
Gelaran à Pharaoh – firaun – preah – phra – phrahu – perahu – sampan
Hubungan mesir purba dengan empayar mala-yu purba

Raja perahu – perahu di tanah melayu
Menam choa phraya – phraya di thailand (indocina)
Preah Vihear – preah di kemboja (indocina)
Tetapi seperti kata2 pong (rakan thailand) cikgu srikandi – satu fakta yang terpaksa dterima ialah pembina preah vihear adalah berdarah melayu

Seperti juga gelaran à maatheru – matahari – sun of the day
Hubungan mesir purba kuno dengan empayar mala-yu kuno


Pengaruh darah mala-yu di indocina sinonim dengan pengaruh keturunan Nabi di nusantara
Saya tidak bermaksud untuk membandingkan/menyamakan keturunan Nabi dengan orang mala-yu
Maksud saya ialah dengan kedatangan islam ke nusantara, kita tidak dapat lari dari bergaul dengan orang2 timur tengah – arab, turki, parsi dll. Dan sudah pasti berlaku perkahwinan campur diantara dua bangsa utama ini.

Begitu juga kita sering menghormati tokoh2 agama dari negara padang pasir itu dan mengenang mereka dalam nukilan2 & makalah2  yang ditulis dalam bahasa melayu
Memandangkan kita bertuhankan Allah, maka segala puji2an selayaknya hanya kepada Dia sahaja
Dan orang2 alim atau yang paling alim diantara mereka seperti 7 wali melayu serta wali songo amat disegani dari segi ketokohan serta kuatnya iman mereka kepada Tuhan dan RasulNya
Sebab itu setelah era islam, ramai pula orang mala-yu yang bermuka arab hasil dari kahwin-campur dan sudah semestinya sistem nama kita berubah mengikut syariat islam- menggunakan bin dan binti.

Sesungguhnya pengaruh para sahabat Nabi itu sangat besar dalam masyarakat melayu sehingga kita begitu mengingati Sheik Abdul KadirJailani Al Kubra sebagai wali besar di sebelah sini
Mereka juga datang bukan dengan peperangan, mereka datang dengan kasih-sayang membawa peribadi serta akhlak yang sangat mulia
Warisan mereka banyak bertebaran di seluruh pelusuk tanah air dalam bentuk madrasah2, pusat2 pengajian serta sekolah pondok

Dan dengan islamnya warga nusantara, maka tulisan rencong itu diasimilasikan dengan huruf arab lalu menjadi tulisan jawi
Cantiknya tulisan jawi ialah ia merupakan abjad2 arab bercampur abjad rencong dan digunakan untuk menulis bahasa melayu…………..amazing………!!

Yup….darah padang pasir sudah meresap dan bercampur dengan darah mala-yu
Pendakwah timur tengah datang sebagai guru2 agama dan pedagang juga sebagai orang besar, jadi tidak hairan jika mereka bercampur pula dengan golongan bangsawan melayu juga pemerintah dan raja2  melayu


Raja yang segak bergaya, baik dan banyak jasa
Berbalik kepada darah mala-yu di dalam istana raja2 indocina (sebagaimana darah keturunan nabi di dalam istana sultan2 melayu), maka seperti catatan cikgu srikandi, orang mala-yu membina empayar berdasarkan hemogeni perdagangan dan prestij (bahasa dan budaya)
Raja2 mala-yu mendatangi negara-kota2 indocina dengansegak dan bergaya membawa bersama teknologi, ilmu dan kepakaran lalu diterima masyarakat tempatan.

 Raja2 bersama rakyat membina tamadun, kekuatan serta kemakmuran  ditempat masing2. Jadi tidak hairan bila rakyat tempatan sayang dan mengenang raja2 mereka itu walaupun berdarah mala-yu memandangkan raja mereka baik, berpengetahuan, berkarisma dan berjasa dalam menjaga serta membela rakyat setempat. Maka tidak hairan jugalah  bila rakyat menukilkan puisi serta puji2an sebagai penghormatan kepada raja mereka  diatas prasasti2 serta mengukir raja2  mereka yang segak & tampan itu di tembok2 kota.


Gua-pokok-babi hutan-cawat
Bukankah orang mala-yu itu amat segak tampan bergaya serta ayu manis  menawan sedari dulu lagi…………???
Atau kita masih mahu percaya bahawa orang mala-yu (termasuk raja2nya) itu tinggal di dalam gua dan diatas pokok serta bercawat sahaja dan buat jarum pun tak reti…………??
Cawat itu pula hanyalah dari tempekan dari daun2 hutan atau kulit2 kayu sahaja…..tapi sekurang2nya taklah bolen sahaja kan??…masih kreatif dan  ada rasa malu untuk melindungi kehormatan diri

Tak reti buat jarum tu bermaksud kita tak pakai cawat kain tau……………!!
Kain pun tak jumpa………….benar2 pakai daun dan kulit kayu sebagai cawat
Kalau pakai cawat kain….kita kena cipta jarum untuk menjahit kain tu……
Dah ada kain dan jarum….watpe pakai cawat lagi….ciptalah pakaian yang lebih sempurna
Pakai cawat tu pula bermaksud tutup bahagian yang ‘itu’ sahaja tau………………!!
Kalau yang perempuan…..hhmmmm………..

Duduk dalam gua atau di atas pokok…………pakai cawat dan buat jarum pun tak reti………….
wwwwwwwwwwwwaaaaaaaaaaaaaaaaaa…!!!!!!!!!………..itu memang sihir yang paling ngam untuk reverse psikologi generasi dari bangsa yang mempunyai tamadun tinggi serta disegani kawan dan lawan…….
wwaaaaaaaaaa……!!!………hang tuah you tau kaa…..itu macam dia orang sudah sihir sama kami woooo……….!!!! You tak kesian ke dengan kami semua……………????

Kita pula  hanya bisa melukis gambar babi hutan didinding2 gua manakala  angkor wat serta borobodur itu telah dibina oleh alien yang datang dari planet zargus  ( ini planet cikgu srikandi………..hehehe)

Anda bebas memilih
Pilih  mana satu yang  anda suka……………….no hal punya….
1)orang mala-yu itu memang bertamadun dan mampu membina struktur segah angkor & borobodur……………
2)atau orang mala-yu tu duduk di dalam gua atau diatas pokok, pakai cawat dan buat jarum pun tak reti………..dan hanya pandai  lukis gambar babi hutan

Luangkanlah masa melawat muzium, atau para pengumpul barang antik atau berjumpa tukang2 tenun, pakar2 tekad juga tukang2 seni warisan melayu……lihat dengan penuh teliti bukan saja kecantikan bahkan kehalusan, ketelitian & eksotiknya tekad benang emas, songket, batik dan  juga persalinan raja2 dan permaisuri serta rakyat jelata dari dahulu kala.
Juga hayati struktur binaan rumah2 melayu lama, kenderaan air melayu – perahu, sampan, bot, bahtera
Dari dahulu kala bermaksud sejak ribuan tahun dahulu bila Tuhan taqdirkan hadirnya bangsa mala-yu di muka bumi ini.


Terima kasih MO & Cikgu Srikandi.......

2 comments: