Thursday 27 September 2012

Rutin Harian




Papa Meow, saya pinjam gambar onyet papa ye...kucen papa ni comel, cool and steady je...
Inilah kucen yang banyak berjasa menyelamatkan nyawa papa kan..??

http://kucing2terbiar.blogspot.com/2012/09/kalaulah-onyet-tak-kacau.html

Melihat rutin harian kucing2 kesayangan - Kechik, Ocen, Belang dan Kola - makan, minum, "pee", tidur, rehat, baring, lari-lari, main, gaduh....makan lagi, minum lagi, "pee" lagi, tidur lagi....dan seterusnya.....nampak macam rutin harianku sama saja dengan mereka.

Apa yang aku lalui setiap hari??
Bangun tidur, sarapan (makan/minum), kerja, "lunch" (makan/minum lagi), gaduh dengan manager, gaduh dengan customer, gaduh dengan kawan, balik rumah, main badminton, main tenis, dinner (makan/minum lagi), gaduh dengan adik, supper (makan/minum lagi),  tv, internet, chatting, tidur.
Bangun tidur, sarapan (makan/minum), kerja......

Aku ni seekor kucing kah?
~Kau bukan seekor kucing, malahan  kau seorang manusia.
Tetapi kenapa rutin harianku agak sama dengan ruitn harian kucing2ku?
~Entahlah...kau carilah sebabnya?
Kalau aku seorang manusia, bagaimana seharusnya rutin seharianku?
~Kau baca baliklah ciri-ciri seorang hamba Tuhan yang seharusnya hidup hanya sementara di dunia ini.
Aku hamba kepada Tuhan?
Aku tidak akan tinggal lama disinikah?
~Kasihannya kau kerana begitu lalai selama ini


Kucing diklasifikasikan sebagai haiwan. Segala fikiran, kepandaian,kelebihan yang mereka ada dibekalkan Tuhan untuk mereka cukup2 dapat hidup di dalam dunia mereka.
Bahkan mereka sebenarnya sentiasa berzikir kepada Tuhan serta berselawat kepada Nabi.
Malahan mereka tidak pula diamanahkan untuk mentadbir dunia.

Tetapi manusia lain. Nabi Adam, Tuhan muliakan baginda sebagai seorang manusia yang dibekalkan aqal fikiran, hati perasaan, naluri, tenaga dan segala kelengkapan sewajarnya untuk mentadbir dunia.
~Kau perlu mentadbir dunia.
~Bukannya hanya sekadar makan, minum dan tidur sahaja.

Solat entah kemana, puasa entah dimana, zikir kau lupakan begitu sahaja, selawat pun tak tahu kau dah simpan diceruk mana....

Bukankah dalam kehidupan seharianmu kau perlu berhadapan dengan ayah-ibu, adik-beradik, sanak-saudara, rakan-taulan, kenalan-perniagaan, pembekal-pesaing dan seribu satu jenis manusia yang datang dalam pelbagai wajah dan rupa?

Cukupkah tenaga yang kau perlukan untuk berhadapan dengan cabaran, saingan, pertaruhan kehidupan dunia masa kini?

MD yang asyik pening kepalanya, sentiasa memikirkan bagaimana mahu mengekalkan serta mengembangkan bisnes dengan lebih luas - dia perlukan idea bernas darimu.
Manager yang sentiasa moody, asyik komplen banyak sangat kerjanya sampai semua orang termasuk customer pun disemburnya - dia perlukan sokongan moral darimu.
Rakan2 yang sentiasa bertambah beban kerja setiap hari - mereka perlukan tunjuk ajar dan contoh-tauladan baik yang berterusan dari kamu.

Cukupkah tenaga yang kau ada jika rutin harianmu sebagai seorang pentadbir dunia sama saja dengan rutin harian seekor kucing yang segala perlakuanya tidak ditimbang-tara dosanya atau pahalanya?

Mampukah kau menghadapi dunia jika kau bertindak hanya sebagai penerima sahaja kepada segala pengaruh, signal, sihir dan segala tenaga negatif yang dipancarkan kepada dirimu setiap masa tanpa kau sedari??

Tidakkah kau pernah dengar akan peribadi2 wali yang diri mereka itu bukan sahaja tenang bersahaja menghadapi dunia, bahkan dari diri mereka terpancar pula aura karisma rasa kehambaan kepada Tuhan yang dapat dirasakan oleh kawan dan lawan?

Tidakkah kau pernah dengar seorang penebang kayu yang menghabiskan sebahagian masanya mengasah kapak untuk menajamkan matanya agar pokok dapat ditebang dengan lebih efisien??

Atau, kau tidak sedar bahawa tenaga minda, fikiran, hati, jiwa dan perasaan manusia itu boleh saja semakin lemah seperti tumpulnya mata kapak kerana si penebang kayu yang tidak pernah kisah mahu mengasah kapaknya??

Kau terus mahu berpura-pura masih kuatkah jika realitinya tenagamu semakin lemah bila rutin harianmu sama saja dengan kucing2mu itu?

Sedarlah.....
Kau amat perlukan Tuhan dalam hidupmu.
Mintalah petunjuk dengan bersungguh2 agar rutin hidupmu itu benar seperti seorang hamba perlakuannya.
Makan, minum, tidur dengan seadanya, itupun sepatutnya dilakukan kerana Tuhan. Tuhan yang memberi rezeki makan-minum kepaadamu. Tuhan juga yang menyuruh kau tidur barang sejenak, berehat buat sementara supaya nantinya kau bertenaga semula.

Berjumpalah dengan Tuhan di 1/3 malam, mintalah segala apa yang kau mahu minta dariNya - agar ibu-bapa ada yang menolong sentiasa, agar adik-beradik baik2 pula, agar rakan-taulan sejahtera adanya, agar kenalan-perniagaan lancar hendaknya, agar MD, manager, customer, pembekal dan juga pesaing dibanyakkan rezeki, agar Tuhan ampunkan dosa, agar Tuhan beri petunjuk sentiasa, agar kita hidup benar2 sebagai hamba dan bukannya macam kucing (haiwan) pula.

MD yang sentiasa pening - minta Tuhan tunjukkan jalan kepadanya.
Manager yang moody - minta Tuhan tenangkan jiwanya.
Rakan-taulan - minta Tuhan tajamkan aqal agar mudah belajar.


Dari 1/3 malam, solat sunat subuh, solat subuh, diikuti solat dhuha, baca surah Al-Waqiah, bekerjalah, solat zuhur + solat2 sunatnya, berhiduplah, solat asar + solat sunatnya, berkerjalah, solat magrib + solat2 sunatnya, berehatlah (atau bekerjalah), solat isyak + solat2 sunatnya, berehatl (atau bekerjalah), berjumpa Tuhan di 1/3 malam.....dan begitulah yang sewajarnya. Berpuasa sunatlah, berzikirlah, berselawatlah dan begitulah seterusnya.

Jadilah penyebar tenaga positif, peneutral tenaga negatif, jadilah peribadi sebagaimana yang dikehendaki oleh Tuhan agar hidup kita benar2 bermakna.

Sunday 23 September 2012

Peribadi Melayu



Sebelum meneruskan catatan mengenai peribadi melayu ini, pegangan utama kita ialah Tuhanlah yang menjadikan manusia itu berbangsa2 serta berpuak2. Tujuannya supaya manusia saling kenal-mengenali diantara satu sama lain sambil mengambil pengajaran yang ada. Ia juga menunjukkan betapa Maha Berkuasanya Tuhan dalam mewujudkan kepelbagaian (diversity) dalam penciptaan makhluk bernama manusia. Titik.

Saya sering mengingatkan diri serta rakan2 dalam membincangkan karakter2 bangsa utama yang ada di Tanah Melayu. Kita bukan mahu bersikap rasis tetapi kita patut menyedari bahawa setiap bangsa itu mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri (sudah semestinya Tuhan jugalah yang telah menciptakan sebegitu rupa).

Secara amnya, sifat baik/buruk sesuatu bangsa bukan sahaja diakui oleh bangsa2 lain yang berinteraksi dengan mereka, malahan diakui sendiri oleh orang2 dari bangsa tersebut.

Saya kemukakan kenyataan diatas supaya kita faham dan sedar bahawa banyak ruang serta peluang boleh diambil untuk saling lengkap-melengkapi diantara bangsa2 ini demi kebaikan  bersama.
Ini supaya terbina sifat yakin diri pada bangsa yang sentiasa rasa mereka itu lemah, juga untuk wewujudkan sifat hormat kepada bangsa lain kepada bangsa yang selalu rasa mereka itu lebih baik karakternya.

Hasad dengkinya orang m, bukan saja diakui oleh bangsa lain, bahkan disokong oleh orang2 dari bangsa m sendiri.
Begitu juga dengan sikap lemah-lembut serta diplomasi bangsa m.
Lemah-lembut serta diplomasi dalam melakukan kebaikan, bahkan juga dalam hal2 melakukan kejahatan.

Kerana hasad dengki dengan perniagaan A contohnya, B tidak akan terus menyerang A secara berhadapan (tidak manis kalau mengikut adat budaya, nampak sangat B itu tamak dan rakus). B yang berniat jahat selalunya akan menggunakan ilmu hitam (secara sembunyi2 pastinya) agar hidup keluarga A tidak tenang seperti mengganggu emosi anak perempuan A agar sentisa meracau. Maka bermulalah episod kelam-kabut dalam keluarga A sehingga mungkin akan menjejaskan perjalanan perniagaan mereka. Itulah sikap "diplomasi" orang m dalam melaksanakan sesuatu kejahatan. Kita biasa dengar cerita2 begini bukan..??

Diplomasinya bangsa m memang sudah terkenal seantero dunia. Jika boleh, pertumpahan darah sangat mahu dielakkan. Selagi boleh dibawa berbincang, ditimbang-tara, maka orang m akan melakukannya.
Namun diplomasi orang m pun ada sempadannya, bila ia melibatkan maruah serta kedaulatan agama dan negara, maka orang m yang nampak lemah lembut itu boleh saja bertukar menjadi harimau ganas yang menyerang hingga ke titisan darah terakhir. "Gila" dan "amok" perjuangannya diakui oleh tentera2 barat sendiri.

Runtuhnya Kota Melaka bukan kerana bangsa m tidak gagah berjuang pada waktu itu, namun sifat hasad dengki serta khianat orang m keatas bangsa mereka sendiri (serta faktor2 lain) telah meruntuhkan kota yang mereka bina selama ini. Biasa dengar bukan...??

Bagaimana agaknya hubungan bangsa m sesama mereka di waktu ini?? Saling berkasih-sayangkah?? Atau saling berdengkikah?? Mahukah kita melihat "Kota Melaka" runtuh buat kali kedua hanya dengan asbab sifat saling berdengki itu tadi..?? Bagaimana tahap siap-siaga serta kesetiaan para wira kita dalam mempertahankan maruah serta kedaulatan agama dan negara..?? Perlu diakui bahawa merekalah benteng utama dan terakhir untuk mempertahankan apa yang kita ada sekarang ini. Namun imej mereka juga selalu saja diusik sejak akhir2 ini bukan..?? Kenapa agaknya ya...??


Shahpaskal ada menulis bahawa negara Cina sanggup menghadiahkan sepasang panda kepada kerajaan Malaysia semata2 kerana menghormati diplomasi, setiakawan serta pendirian pemerintah bangsa m ke atas hal2 yang berkaitan hubungan dua-hala (Walaupun sebenarnya pemerintah bangsa m juga sedang berusaha mendapatkan hak ke atas Kepulaun Spartly yang menjadi pertikaian seperti juga negara Cina, Filipina, Vietnam serta negara2 lain yang berkepentingan). Selat Melaka itu selamanya Tuhan taqdirkan menjadi penghubung utama perdagangan timur dan barat. Tradisi yang diwarisi semenjak dari kerajaan2 terdahulu, Kerajaan Lemuria, Kerajaan MU, Raja Matahari, Raja Perahu, Raja2 purba, Raja2 Sriwijaya, Raja2 Melaka sehinggalah kepada Raja2 Tanah Melayu dan terkini Yang DiPertuan Agong dibawah naungan kerajaan Malaysia. Bersengketa di Selat Melaka dan sekitarnya akan merugikan semua pihak. Berdamai dengan kerajaan bangsa m adalah langkah terbaik (walaupun mungkin dalam keadaan terpaksa).

Satu perkara yang perlu diambil berat ialah tentang cara bagaimana mahu mengambil hati, memberi pengajaran dan teguran dengan cara paling efektif kepada bangsa m. Secara semula jadi (yang dijadikan Tuhan), bangsa m ini amat peka dan prihatin orangnya kepada perubahan sekeliling. Mereka punyai hati yang sensitif, amat perasa, kuat berfikir (sebenarnya), disamping pemalu juga orangnya (sepatutnya). Sebab itu Tuhan datangkan pendakwah2 yang berkarisma tinggi, berakhlak mulia, dermawan, jutawan lagi hebat peribadi bagi menyampaikan syiar Islam ke nusantara. Dengan hanya melihat seorang alim bersolat, maka seorang raja melayu (yang belum Islam pada waktu itu) tertarik dengan perlakuan tersebut, lantas mengutus surat kepada gabenor Islam di Timut Tengah agar mengajar baginda (serta rakyat jelata) tentang ajaran agama yang baru dilihatnya itu.



Engkau berbuatlah semaksima dan sesungguh yang mungkin dalam setiap tugasanmu, beri contoh tauladan terbaik, paling baik dan yang baik2 saja kepada anak2 bangsa m, maka mereka itu melihat, menilai serta akan menerima perbuatanmu itu (didalam hati). Mereka amat perlukan contoh2 yang ikhlas, kerana bangsa m juga adalah orang2 yang berkemampuan untuk 'detect' keikhlasan seseorang. Sebab itu wujudnya peribahasa 'bila bercakap biarlah serupa bikinnya'. Jika tidak jujur, maka kita akan ditertawakan oleh bangsa m. Membebel kepada bangsa m pula adalah kurang efektif, kerana mereka juga petah dalam berkata2. Membebel serta 'meracau2' mengutuk, mencerca bangsa m hanya akan menjauhkan mereka dari diri kita. Walaupun tahu mereka itu bersalah, tetapi bangsa m tidak mahu dihina diatas kelemahan dan kekurangan mereka. Tunjukkan contoh tauladan terbaik, maka bangsa m akan mudah untuk mengikutinya. Walaupun ada orang dari bangsa m yang berhasad-dengki, namun dengan kejujuran serta keikhlasan (dengan pertolongan dan izin dari Tuhan) dapat mematahkan unsur2 jahat mereka.

Diplomasinya bangsa m ini menjadi asbab masih wujudnya raja2 bangsa m sehingga kini, bukan seorang tetapi ramai; perlis, kedah, kelantan, terengganu, perak, selangor, pahang, n9 serta johor (termasuk brunei). Hilangnya raja2 di pulau pinang, melaka dan singapura (termasuk sabah dan serawak) adalah juga diatas diplomasi bangsa m yang sanggup melepaskan (mengorbankan) sebahagian harta mereka demi supaya tidak hilang kesemuanya (juga kerana faktor2 lain).

Diplomasinya bangsa m hingga sanggup menerima bangsa2 lain menjadi warganegara demi tidak mahu terhapus terus bangsa ini di tanah airnya sendiri. Diplomasinya bangsa m hingga komunis yang ganas terpaksa berdamai dengan mereka demi untuk tidak perlu berperang dengan bangsa m ini hingga ke akhir dunia (perang sampai kiamat pun bangsa m tidak akan sekali2 menyerah kalah kepada komunis yang jelas ganas serta menyekutukan Tuhan).

Diplomasinya bangsa m sehingga Nabi yang mulia ada memberitahu bahawa ahli keluarga yang bakal diburu oleh musuh selepas kewafatan baginda akan melarikan diri dan selamat dibawah naungan sekelompok bangsa di sebelah timur (bangsa m). Mereka berasimilasi dengan bangsa m bukan saja dikalangan rakyat jelata, bahkan dalam linkungan raja2 dan pemerintah demi meneruskan kesinambungan ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi yang penyayang.


Ubat untuk hasad dengkinya bangsa m sesama mereka, maka kembalilah kepada keyakinan bahawa rezeki itu Tuhan yang punya. Mintalah kepada Tuhan supaya dibuka pintu rezeki seluas2nya didarat, dilaut, diudara serta dimana2 saja dengan asbab bangsa m itu melakukan amal soleh kepada Tuhannya.

Diplomasinya bangsa m itu menunjukkan Maha Berkuasa Tuhan dalam menciptakan karakter bangsa2 didunia. Diplomasi kerana ada amanah yang Tuhan pikulkan keatas bahu bangsa m.

~ Maafkan saya jika ada yang tidak tepat serta sila perbetulkannya kerana saya dalam proses untuk mengenali semula bangsa saya sendiri.

Tuesday 18 September 2012

Darah Yang Mengalir




Allah izinkan jin dan sekutunya bergerak bersama aliran darah di dalam tubuh badan sebagai medium kepada mereka untuk hidup serta mempengaruhi manusia.

AfterDark ada menulis bahawa jin belaan orang nusantara kebanyakannya hanya minum titisan darah dari jari tuannya sahaja. Manakala jin belaan orang eropah yang mengamalkan ilmu hitam pagan memerlukan darah dari korban yang dipersembahkan kepada mereka. Pernah dengar tentang kes-kes pembunuhan bersiri (selalunya keatas wanita) yang biasa terjadi di negara barat ?? Biasa dengar kes-kes kanak2 yang diculik lalu hilang entah kemana?? Untuk apa semua itu agaknya ya..??

Rumah-rumah pelacuran dikomersilkan hingga sebegitu rupa untuk "membiakkan" seberapa ramai anak2 luar nikah yang kemudiannya boleh saja dicucuk hidung mereka menjadi goyyim. Darah yang bagaimanakah agaknya mengalir di dalam diri anak2 tersebut?? Darah sucikah?? Jin dan sekutunya suka darah yang "kotor". Ia seumpama lebuhraya 10 lorong yang memudahkan mereka memecut kenderaan kesana-sini sesuka hati. (Sesungguhnya saya tidak bermaksud menghina orang2 yang telah terjebak dan dilahirkan dalam  keadaan sedemikian. Dengan taufik serta hidayah dari Yang Maha Esa, orang2 seperti ini boleh saja berubah menjadi hamba yang paling tulus ikhlas kepada Tuhan dalam hidup mereka).

Darah yang paling disukai oleh jin dan sekutunya sudah tentu darah yang terhasil dari perhubungan haram sesama ahli keluarga terdekat. Kita sudah biasa mendengar istilah sumbang mahram bukan?? Perkara yang Tuhan larang, itulah juga perkara yang sentiasa ingin digalakkan dan selalu dicanang-canangkan kepada manusia untuk melakukannya.


Bagaimana pula dengan kes2 buang bayi yang berleluasa dalam masyarakat melayu nusantara?? Orang melayu membuang bayi hasil dari perhubungan haram??? Pelik?? Sudah tidak pelik bukan?? Bayi berdarah melayu nusantara itu tiada signifikankah kepada pihak2 yang berkenaan?? Masakan tiada pihak yang terlalu menghidam serta sangat kehausan untuk menghirup manisnya darah jenis melayu nusantara yang sangat mahal harganya?? Berilusikah kamu dengan berani berkata2 begini..?? Secara hakikatnya memang itulah yang berlaku. Masakan bayi2 yang terbuang itu akan dibazirkan secara percuma sahaja darahnya oleh "pihak2 berkenaan".

Oleh itu, sampaikanlah pesanan penting ini  kepada adik2/kakak2/wanita2 yang sudah terlanjur. Datangilah ke rumah2 kebajikan yang sentiasa terbuka menerima mereka seadanya. Sanggup pula bersama menanggung kesusahan yang ditanggung - menjaga kandungan, melahirkan serta membesarkan bayi2 nusantara yang telah diselamatkan dari diratah oleh "pihak2 yang tidak bertanggungjawab". Ketelanjuran yang berlaku bukan menjadi tiket untuk membuang zuriat melayu nusantara sesuka hati bagi menutup malu. Realiti sebenar pembuangan bayi sehingga menyebabkan kematian adalah lebih dari yang dapat kita fikirkan. Ia lebih kepada menggalakkan lagi penjanaan tenaga negatif yang berganda serta berleluasa. Menyerahkan diri serta zuriat melayu nusantara kepada rumah2 kebajikan yg berhati mulia adalah jalan terbaik bagi menyelamat keadaan daripada menjadi lebih parah lagi. Ramai pula pasangan di luar sana terutama yang masih belum mempunyai zuriat yang sangup mengambil bayi2 tersebut, membela dan mendidik mereka agar menjadi warga yang berguna.


Maka darah yang mengalir itu bukan sahaja menyebarkan zat-zat makanan yang telah dicerna keseluruh 76 billion sel tubuh badan manusia, pada masa yang sama ia juga membawa "penumpang" yang diizinkan Tuhan bergerak didalamnya. Sebab itu kita digalakkan berpuasa sunat Isnin-Khamis agar salur darah menjadi sempit, maka lebuhraya 10 lorong bertukar pula menjadi jalan sehala sahaja. "Penumpang" terpaksa melalui jarak yang jauh untuk sampai ke sesuatu destinasi. Atau mungkin juga menemui banyak jalan yang terlalu sempit untuk dilalui atau boleh saja tersadai dihujung jalan mati. Maka terdamparlah si penumpang disitu kepenatan, kehausan dan kelaparan, tidak kesampaian dalam misi untuk mempengaruhi manusia.

Amalan puasa sunat terbaik ialah Puasa Daud (berpuasa selang sehari). Dengan asbab berpuasa yang membolehkan salur darah menjadi sempit, maka badan dan fikiran terasa "ringan", mudah pula hendak melakukan kebaikan dan dapat lebih fokus kepada tugasan seharian. "Ringan" kerana Tuhan izinkan lebuhraya 10 lorong bertukar menjadi jalan sehala yang sangat sibuk dan padat, mat rempit pun kena fikir berkali-kali untuk berlumba haram.


Orang-orang tua dan alim selalunya amat menjaga sumber makanan serta minuman mereka. Ia merujuk kepada sistem penyediaan makanan/minuman. Orang2 perempuan yang "bercuti" biasanya tidak akan terlibat dalam kerja2 di dapur. Mereka dalam keadaan "tidak bersih". Apa yang tidak bersih? Dengan kata lain mereka ada "darah kotor". Darah kotor menjadi kesukaan "mereka2 yg  berkenaan". Sehinggalah para perempuan itu kembali dalam keadaan "suci"; suci lahir dan suci batin termasuk darah mereka sudah tidak kotor lagi. Darah suci yang mengalir di dalam tubuh badan yang membolehkan mereka kembali menunaikan ibadah2 wajib. Begitu juga menjadi ingatan kepada para wanita agar mencuci "kain tuala" mereka dari "darah kotor" supaya "mereka2 yg berkenaan" tidak sewenang2nya "menikmati darah kotor yang tesisa". Adakah kita sedang memperkatakan sesuatu yang jijik sekarang...tidak sekali2 jijik, tetapi ia adalah perkara asas utama yang patut diketahui serta diambil berat oleh kita semua.

Oleh itu dalam kontek darah yang mengalir, apakah maksud sebenar halal dan suci dalam "good islamic manufacturing practice" (GIMP)?  Maka para perempuan yang "bercuti" akan dicutikan juga dari terlibat dalam kerja2 penyediaan makanan/minuman, sekiranya syarikat itu terlibat dalam industri tersebut. Begitu susah sekali SOP dalam GIMP? Islam itu indah dan mudah terutama bila kita faham maksud tersirat daripada SOP tersebut.


Adat budaya Melayu yang bertunjangkan syariat Islam sebenarnya banyak mengajar kita tatasusila penyediaan makanan/minuman yang berkait rapat dengan perjalanan darah yang mengalir. "Bismillah..." serta selawat menjadi amalan utama semasa menyediakan makanan/minuman. Doa sebelum makan sudah sebati dalam kehidupan kita. Ucapan "Alhamdulillah..." menjadi kemestian selepas setiap kali kita menghabiskan makanan/minuman. Semua ini dilakukan dengan harapan semoga makanan/minuman yang direzekikan mendapat keberkatan Tuhan, lantas dapat melancarkan darah yang mengalir untuk membawa zat makanan keseluruh sel badan. Melancarkan darah yang mengalir juga membawa maksud supaya Tuhan pelihara diri kita dari pengaruh2 oleh "penumpang" yang tidak dikehendaki. Kemudiannya zat2 akan diserap kesistem tubuh menjadi darah daging kita. Zat2 tersebut pula akan ditukarkan kepada tenaga bila diperlukan untuk membolehkan manusia melakukan aktiviti seharian.

Para wanita yang "bercuti" dibenarkan membaca doa-doa serta ayat-ayat Al Quran hafalan yang biasa mereka amalkan semasa suci dengan niat untuk berzikir. (rujuk kepada soal-jawan dalam blog Ustaz Amin). Oleh itu para perempuan yang "bercuti" tidak akan terputus terus dari amalan2 hati yang boleh mendekatkan diri mereka kepada Rasul dan Tuhan. Jadi mereka masih boleh menyediakan makanan/minuman yang halal lagi suci (zahir dan batin) kepada ahli keluarga tersayang serta orang2 yang berkenaan.