Friday, 19 October 2012

Ulangkaji ATBM - 04



Assalamualaikum Cikgu Srikandi....

Cikgu Sri, izinkan saya ulangkaji pelajaran ATBM ye..

Saya kopi-pasta nota2 penting dari lecture maya Cikgu ye....


Friday, August 13, 2010
Alter Terahsia Bangsa Melayu IV

##-NOTA CIKGU SRIKANDI 
Tapi...siapakah Keturah??

~Menurut satu versi dari sebuah manuskrip kuno,Keturah adalah isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s.
~Setelah kewafatan Sarah, Nabi Ishak a.s. telah merayu Nabi Ibrahim a.s. untuk berkahwin dengan ibu angkat beliau dari kerajaan Champa Kuno (bukan Champa Baru di era Angkor).
 ~Akhirnya Nabi Ibrahim a.s. bersetuju dan berkahwin dengan Keturah dan telah dikurniakan ALLAH 6 orang anak.
~Nama anak-anak Keturah adalah Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah .

~Anak-anak mereka inilah menjadi pengasas kepada bangsa Melayu.
~Melayu diambil dari perkataan 'Mala' (nama bangsa asas Keturah).
~Lihat, nama ini sama dengan nama yang tertulis dalam manuskrip yang dikaji oleh Ralph Olssen.

~Bukan itu sahaja, keturunan Keturah inilah yang ramai tinggal di Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Borneo, Sulawesi dan Mindanao.
 ~Kesemua tempat ini merupakan tempat yang mempunyai tulisan purba yang diadaptasi dari tulisan Semitik Purba (termasuk di dalamnya tulisan Aramaik Kuno dan Ibrani).
~Tulisan Rencong adalah tulisan rasmi Melayu.
~Jawa dan Bugis juga mempunyai tulisan yang hampir serupa.
~Agama rasmi Melayu adalah agama Jawi.
~Agama Jawi adalah agama Nabi Ibrahim a.s.
~Jawi dikatakan ada perkaitan dengan Levi,iaitu anak kepada Nabi Yaakob a.s.Levi merupakan ketua Ulama dan ketua Rahib bagi agama Nabi Ibrahim a.s. di kalangan Bani Israel.
~Sejak penggalian di sebuah daerah di Jordan menemukan kota purba yang bernama Jawi/Jawa (Jevi),minat sarjana Barat untuk mengkaji bangsa Mala semakin kuat.

~~INGAT, YAHUDI/BANI ISRAIL BUKANLAH MELAYU TETAPI KEDUA BANGSA PURBA INI ADA INTERAKSI ANTARABANGSA PADA MASA SILAM.~~

~Keturah bukanlah Melayu.
~Walaupun beliau melahirkan bangsa Melayu, Keturah adalah daripada bangsa Mala.

~~MELAYU ADALAH BANGSA MALA YANG MEMPUNYAI DARAH KETURUNAN NABI IBRAHIM A.S.~~

~Sekiranya kita lihat orang-orang asli seperti Mahmeri dan Jakun, bahasa mereka adalah diambil dari bahasa Mala.
~Semua bangsa seperti Mahmeri, Jakun, Iban, Kadazan, Melanau, Bajau, dan seumpamanya adalah merupakan bangsa asal Mala.
~DNA bagi bangsa ini adalah 01m-19a.
~Ini menerangkan Keturah mungkin berasal dari satu kerajaan purba yang sedia ada di Timur ketika zaman Nabi Ibrahim a.s.(ada versi yang mengaitkan 'Mala' dengan 'Mon' tetapi ini bukan kaum Mon pada hari ini kerana pertama kaum Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya dan yang kedua jika terdapat 'benang-benang merah' sekalipun antara Mon dan Melayu ia adalah proses asimilasi Mala/Melayu yang kompleks dengan etnik-etnik Indochina, perlu diingat Melayu juga boleh kehilangan identiti mereka akibat penjajahan, perang atau pemaksaan budaya seperti yang berlaku pada orang Melayu di Cape Town, Filipina, Thailand dan sebagainya jadi orang Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya kerana akibat percampuran etnik yang kompleks walaupun cendekiawan mereka masih mencari-cari kerajaan purba mereka yang dinamakan 'Suvarnabhumi'-menunjukkan mereka mungkin masih mahu menjejak moyang Mala mereka)

~Namun Mala bukanlah bangsa asal.
~Mala mempunyai 'benang-benang merah' dengan bangsa Scythia.
~Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, hingga ke ke kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di pulau-pulau Jepun sebelum kedatangan kaum Yamato (kaum dominan Jepun pada hari ini) Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi , Filipina, Pasifik , Madagascar dan Amerika Latin.

~Ini bermaksud sebelum sampai ke 'homeland' mereka dari sebelah ibu,perkahwinan campur mungkin sahaja berlaku dengan kaum-kaum di sepanjang perjalanan mereka yang mengambil masa beratus-ratus tahun itu.

~Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah (ingat Teori kapak Tua dan bangsa Kambuja?) berhampiran dengan Laut Hitam.
~Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang arkaelogis Eropah di sekitar tahun 1830an lagi.
~Maka ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Adam a.s. Ini kerana Nabi Adam a.s. mempunyai 22 pasang anak,atau bermaksud 22 bangsa asas (kemungkinan dari kajian setakat ini).

~Namun kesimpulan yang lebih sederhana dan meyakinkan bahawa salahsatu sukukaum Mala dari keturunan Keturah telah berhubungan dengan Scythia ini melalui perdagangan atau peperangan.

~~BUKAN UNTUK MENGATAKAN MELAYU ADALAH BERASAL DARI SCYTHIA.~~

~Bangsa Scythia diketahui umum menjadi askar upahan empayar-empayar di Sumeria dan Parsi.
~Jadi kebarangkalian untuk bertembung dengan keturunan Keturah dan Ibrahim amat tinggi.

Banjaran Titiwangsa

Bagusnya belajar sejarah peradapan dunia
Ia berkait rapat secara langsung dengan asal usul manusia sejak dari Nabi Adam AS
Lebih bagus bila betul2 faham perjalanan peradapan manusia dilihat dari kronologi sirah nabi2 dan rasul2

Sirah sepatutnya bukan saja dilihat sebagai salah satu topik dalam mempelajari agama sahaja, tetapi ia merupakan ilmu tentang perkembangan kehidupan manusia diseluruh dunia secara keseluruhan – bersama kemajuan teknologi serta sistem2nya

Contohnya teknologi kejuruteraan sewaktu pemerintahan Nabi Sulaiman AS, juga ilmu sosiologi, psikologi, perdagangan dan perekonomian dizaman Nabi Muhammad saw dll.
Kita dipaksa untuk menerima teori manusia berevolusi dari beruk, darwin pun tak mahu disebut berasal dari beruk…

Sejujurnya para ilmuan di zaman dahulu tidak pernah menghadkan pengajian, pembelajaran serta kajian mereka di dalam sesuatu bidang sahaja – sama ada ilmuan dari timur tengah apatah lagi para ilmuan nusantara

Mereka juga suka menulis catatan2, makalah2, kitab2 dari pemahaman serta penelitian mereka setelah mereka belajar sesuatu ilmu
Mereka juga mengembangkan pemahaman tersebut dengan mengkaji dan mencari hubungkaitnya dengan ilmu2 yang lain

Mereka akan menelaah pelbagai kitab dan semua kitab2 selagi mereka ada daya dan qudrat
Mereka akan mengadap guru, bukan seorang bahkan semua guru2 selagi mereka sanggup menuntut ilmu

Saya pasti ilmu bahasa arab sebagai bahasa Al Quran itu selalu sahaja digandingkan dengan ilmu2 yang lainnya – ilmu mengenal  diri (psikology), ilmu tasauf, ilmu falak dll – dan akan juga dipelajari bersama ilmu kehidupan seperti perubatan, pertanian, perkapalan dll

Hhmmm..bukan macam sekarang yang ilmunya sudah disukat2, dibonsai2kan, dikurus2kan, dicatu sana sini…akhirnya lepasan tingkatan 6 setelah umur mencecah 20an…satu benda pun tak tahu….kena masuk kursus kemahiran lah, kursus itu dan ini baru tahu dan faham ilmu2 asas kehidupan…itu pun masih tidak mampan untuk menghadapi dunia persaingan yang hebat diabad ini
Sesungguhnya saya amat menghargai ilmu2 yang diperolehi dibangku sekolah kerana ia telah  memperkenalkan saya kepada baca-dan-tulis


Namun adalah lebih molek bila diri berpeluang mempelajari ilmu2 yang benar2 bermanfaat dan dapat digunakan di dalam kehidupan

Juga faktor banyak sangat kekangan yang tercipta dan dicipta utk memperolehi ‘multiple certs and degree’ – wang, kelayakan, masa, umur, komitmen dll
Bagus kan bila dapat belajar dalam pelbagai disiplin dan dapat pula masuk kursus2 yang kita sukai
Saya sering memberi nasihat kepada adik2….”you abiskan dulu belajar akaun ni sama ada suka ke atau tak suka…dapatkan tiket yang bernama degree tu dulu, lulus periksa …bila dah graduate nanti ikut suka youlah nak masuk bidang apa..tak semestinya you belajar A, kemudian you wajib kerja dalam bidang A juga….”

Sadisnya kan…sampai begitu sekali kita diperosokkkan ke dalam ruang lingkup yang  sempit dalam kontek menuntut ilmu…

Anak2 bergenetik nusantara sekeliannya……….. kembangkanlah minat/bakat/kemahiran/seni dan segala apa ilmu yang kamu mahu kenali, pelajari dan ikuti selagi  ada dayamu….sebenarnya tiada sempadan dalam memperdalamkan ketajaman minda dan ketelusan hati supaya kita benar2 menjadi insan yang berguna serta memberi manfaat kepada dunia serta makhluk yang menghuninya


Terima kasih MO & Cikgu Srikandi.......

8 comments:

  1. Rahsia bangsa 'mim'... Allah Ta'ala yg Maha Mencipta dan Dia yg telah menjadikan bangsa 'mim'... Dia juga yg menyimpan segala rahsia bangsa 'mim'... Dia sahaja yg Berkuasa membuka rahsia bangsa 'mim'... tiada siapa yg dpt membuka rahsia ini tanpa izin-Nya.

    ReplyDelete
  2. suka pada senibina candi borobudur,falsafah mengenal diri tinggi sekali...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.

      Hi Nur,

      Saya pun suka gak Candi Borobudur ni..

      Makin 'tinggi', makin 'hilang'...

      Tiada rupa, tiada warna, tiada apa, tiada tiada...

      Semua karam lagi fana'...

      Sesungguhnya, Malai sudah lama mengenal Tuhan - sebelum kezahiran Nabi Muhammad SAW lagi.



      .

      Delete
    2. Slm AbdElHmyd,
      Kwn yg tk brapa bijak nak mencelah sdikit,

      Malai tidak mengenal tuhan,kerana malai tidak mencari tuhan,kerana tuhan itu tiada....
      Yang ada hanyalah ALLAH yang maha esa.

      (",)

      Delete
    3. Salam saudaraku Akukuku.

      Sekadar menyampaikan – Malai memang mengenal Tuhan & Tuhan itu memang ada.

      Siapa Allah? Siapa Tuhan?

      Allah ialah Nama.

      Nama apa? Nama bagi kewujudan DIRI yang bertahap Tuhan.

      Bila Tuhan itu wujud?

      Wujud Tuhan setelah adanya ciptaan.

      Sebelum adanya ciptaan, Tuhan itu tidak wujud. Yang wujud hanyalah kewujudan DIRI – tiada huruf, tiada baris, tiada ayat, tiada surah, tiada juzuk, tiada kitab & hanyalah dakwat semata-mata.

      Dan DIRI tersebut berkehendakkan untuk dikenali. Dengan kekuasaan yang ada padaNya, lalu diciptakannyalah ciptaan/penyata/pesuruh/penanggung rahasia, iaitu Muhammad Rasulullah SAW.

      Setelah adanya ciptaan, DIRI tersebut memperkenalkan DIRINya kepada ciptaanNya. Lalu mengaku & bersaksilah ciptaan tersebut bahawa dirinya adalah ciptaan dan DIRI tersebut Penciptanya.

      Sejak dari detik itulah, DIRI tersebut bertahap Tuhan (ada ciptaan, adalah penciptaNya; tiada ciptaan, tiadalah penciptanya & hanyalah wujud kewujudan DIRI semata-mata – dakwat semata-mata).

      Dan DIRI tersebut menjadi Tuhan dengan memakai nama Allah, dan juga lain-lain nama tidak terperi banyaknya.



      Apa yang hamba hendak sampaikan di sini, sesungguhnya Malai amat dirahmati kerana sudah mengenali hakikat keTuhanan sebelum diIslamkan lagi.

      Sebab itulah bergetar sealam Malaitenggara ni apabila dari Raja-raja hingga ke rakyat jelatanya meng’upgrade’kan aqidah mereka dengan 'total surrender', tiada paksaan & peperangan.

      Namun kini Malai sudah melupakan diri & DIRI. Habis dipeluknya Arab & diceraikannya Malai bertalak-talak. Mungkin malu kerana Malai itu bau, rupa, warna , bunyi & rasanya tidak seperti Arab.

      Mungkin Malai terkeliru Islam itu Arab & Arab itu Islam.

      Bersyukurlah dizahirkan di dalam Malai kerana ‘Miim’ itu RahasiaNya yang dipangkalkan di Muhammad Rasulullah SAW.


      Yang amat merindui,
      .

      Delete
  3. makin lama,makin hilang...tapi sebenarnya ia mencari 'wujud'...nyatanya,kita mampu lihat sekarang...gitulah simboliknya..2

    ada-tiada-wujud...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya cuma 'bayang-bayangan'...

      Tiada 'aku' melainkan 'aku'...

      (",)

      Delete
  4. sdr Akukuku,

    saya kira sdr sudah jumpa geng yang ngam dengan corak pemikiran sdr itu

    Anakanda Bertuah (AB) yang sangat bertuah, sdr AbdElHmyd yang berfalsafah tinggi serta Puteri Annur yang penuh puitis itu saya kira amat memahami 'bahasa2 sufi' sdr
    saya faham tak semua orang boleh berbahasa sebegitu dan tahu pula maksud bahasa yang begitu2.....

    teruskan berkongsi maklumat dan ilmu dengan kami semua

    sdr boleh bertandang ke'rumah' mereka:-

    AB:
    http://berkatayahnda.blogspot.com/

    Puteri Annur:
    http://2selendangkuning.blogspot.com/

    sdr AbdElHmyd:
    http://abdelhmyd.blogspot.com/

    ReplyDelete