Saturday 5 May 2012

Permata Di Hujung Dunia (Berlian Di Semenanjung Emas)

Saya sangat tersentuh dengan bait-bait luahan harapan serta doa dari seorang pengunjung blog OrgOrg pada artikel lembik-longlai.

.said


Berlian perlukan tekanan yang amat hebat untuk menzahirkan sifat yang tiada tolok cabarnya itu…..
Begitu jugalah dengan bangsa yang satu ni.
Cukup masanya, matang tempohnya, cantik saatnya….
Bangkitlah ia dengan erti kata sebangkit-bangkitnya.
Naga langka bakal bangkit tak lama lagi.

April 27 2012 9:36 PM

Sesiapa sahaja yang suka dan cintakan kedamaian serta kasih-sayang, sudah tentu amat mengharapkan agar nikmat dan rahmat kemakmuran bumi bertuah ini dapat dikekalkan selama mungkin.

Namun, nampaknya bumi bertuah ini sudah mula menagih jiwa-jiwa bergenetik nusantara yang akan sanggup berjuang dan berkorban dengan cara masing-masing agar kedaulatannya dapat dijunjung seadilnya (selamanya).

Tuhan memberi peluang kepada anak-anak nusantara dizaman pasca-merdeka untuk merasai semula susah-payah, jerit-perih, letih-lesu, tanggisan serta rintihan generasi terdahulu bermati-matian mempertahankan setiap inci tanah bertuah ini dari jatuh ketangan penjajah.


Biarkan saja getaran-getaran jiwa perjuangan dari masa lalu itu bertiup lembut menembusi setiap rongga susuk kita. 
Relakan dan redakan saja suara-suara semangat, doa-doa tulus ikhlas, gerak-langkah, pencak-silat dari masa lalu oleh pahlawan-pahlawan Melayu menusuk terus kehati kita yang paling dalam.
Biarkan air mata keinsafan yang sangat mahal harganya ini menitik jatuh satu-persatu membasahi bumi bertuah ini.
Biarkan bumi di penghujung dunia ini tahu ia tidak akan bersendirian lagi untuk menghadapi masa-masa mendatang yang lebih super-canggih cabarannya.

Aku perlukan kata-kata yang paling bermakna supaya jiwaku ini benar-benar terbakar untuk menyalakan sumbu perjuangan.
Biarlah kata-kata yang sangat bermakna itu akan terus menemani aku di1/3 malam, bila aku terjaga dari tidur lalu menangis teresak-esak dihadapan Tuhan kerana rasa cinta yang amat mendalam kepada bangsaku yang juga saudara-saudaraku juga (yang aku kenali siapa sebenarnya aku dan mereka baru-baru ini saja......) 

Aku mahu aku serta saudara-saudara ku  yang lain dapat hidup dengan penuh harmoni dan berkasih-sayang (semula).....selamanya....