Assalamualaikum Cikgu Srikandi....
Cikgu Sri, izinkan saya ulangkaji pelajaran ATBM ye..
Saya kopi-pasta nota2 penting dari lecture maya Cikgu
ye....
Friday, October 21, 2011
Catatan Srikandi VII
##-CATATAN CIKGU SRIKANDI
~Orang Melayu adalah etnik yang unik
berbanding mana-mana etnik Asia Tenggara kerana menduduki kedua-dua bahagian
tanah besar dan kepulauan.
~Ini memberitahu kita bahawa induk Asia Tenggara adalah
Austronesia.
~Di bahagian tanah besar Asia Tenggara,terdapat 4
kaum yang dikenal pasti oleh majoriti ahli sejarah dalam dan luar Asia Tenggara
sebagai 'indigenous' iaitu: Mon,Pyu,Khmer dan kita,Malayu.
~Kaum Pyu sudah pupus manakala orang Mon semakin
tersepit dan menuju ke arah kepupusan bahasa dan budaya.
~Yang masih bertahan adalah Malayu
dan Khmer kerana kedua-duanya memiliki peradaban tinggi dan tahap
survival yang lasak.
~Hubungan orang Melayu sebagai suku Austronesia dan Khmer
sebagai suku Austro-asiatic sememangnya diketahui sejak zaman berzaman.
~Orang Khmer adalah 'mainlander'
manakala Melayu adalah 'seafarers'.
~Orang Melayu membuka perdagangan maritim dan
memerlukan barang dagangan dan pertanian untuk didagangkan.
~Transaksi ekonomi berlaku antara kedua-dua kaum ini.
~Orang Khmer juga meminati galian mahal ini; emas,yang
dilombong
oleh orang Melayu. Raja-raja Khmer selalu memesan sejumlah perhiasan
dan jongkong emas yang banyak dari negeri-negeri Melayu untuk menghiasi
kuil-kuil mereka.
~Tradisi emas dengan negeri-negeri Melayu memang
berakar umbi dari sejarah yang panjang dan ini membuka rahsia yang lain mengapa
Raja Siam tetap mahukan negeri-negeri Melayu naungannya menghantar bunga emas
ke Bangkok pada masa dahulu.
"Mera juga disebut sebagai Ye
Ye dalam pelbagai rekod dinasti China,yang diterjemah oleh penterjemah
Inggeris sebagai 'Coconut Leaf'," Nari bercerita tentang Mera, puteri
Funan yang menurunkan bangsa Khmer.
"Mayang Mengurai..."
"Apa kamu kata?" Nari menyoal.
Sedari kecil kita sudah biasa sangat dengan aktiviti sungai
Memancing, menjala, memukat dan segala macam teknik
menangkap ikan kita lakukan
Dari situ kita menguasai teknologi menangkap ikan
Teknologi bermaksud cara – teknologi menangkap ikan yang paling
asas ialah – cari buluh, cari tali, cari mata pancing, pasangkan semuanya
menjadi kail,cari cangkul dan cari cacing, cari parit, sungai atau lubuk yang
banyak ikan – dan memancinglah kamu sampai dapat ikan
Kehidupan kampung yang
‘adventure’
Begitu juga dengan teknologi kenderaan air – sampan, kolek,
dayung, jong, lanchang, perahu, bahtera – pelbagai saiz
Dahulu dikampung saya, setiap rumah pasti ada sampan mereka
sendiri yang ditambat di jeti kampung
Nak pergi kesekolah menengah – kena berbasikal dari rumah,
letak basikal di jeti, naik sampan, tunggu bas sekolah, barulah sampai ke
sekolah – hidup penuh dengan adventure….!!
Nak ke pekan kena berdayung sampan ke seberang sana dimana
terletaknya jalan raya utama
Nak mengeluarkan hasil pertanian, kena punggah ke sampan
dahulu lalu dibawa ke seberang,barulah boleh dijual kepada pemborong
Walaupun hidup nampak susah tetapi ia sungguh meriah dan
penuhbermakna sebab kita tetap survive walaubagaimanapun keadaannya
Walau terperosok jauh di pedalaman namun hati tetap tenang
dikelilingi hasil bumi yang mewah…tak perlu fikir mana nak parking kereta dan
berbaris panjang di pasaraya2 besar demi mencari sesuap makanan dan seteguk air
Asal saja ringan tulang, taburlah benih apa pun, cucuklah
tunas apa pun….insyaAllah…rezeki Tuhan itu amat banyak dan melimpah ruah…bumi
ini memang sangat bertuah, subur makmur dan kaya raya…..
Orang laut dan perkampungan air
Ini baru saja yang tinggal di kampung2
Itu belum lagi yang mewarisi perniagaan perkapalan dan
menjalinkan hubungan perdagangan diperingkat antarabangsa
Termasuk juga para tukang yang membuat bot/kapal nelayan di
pantai timur atau dipesisir pantai
disekeliling semenanjung malaysia
Begitu juga orang laut yang berada di sabah dan sarawak
sehingga rumah mereka itu benar2 berada di atas air
Pernah dengar perkampungan air di brunei…??
Sebenarnya terlalu banyak yang boleh diteroka untuk
mengenali bangsa yang satu ini
Kita mungkin kurang berminat kerana kita sudah biasa
dengannya lalu kita langsung tidak pedulikannya
Namun bila kita lihat, teroka dan kaji dari sudut mahu
mengenali diri sendiri terutama dalam kontek mahu ‘negate’ – atau menafikan
tuduhan kita dulunya tinggal di dalam gua atau diatas pokok, bercawat serta
buat jarum pun tak tahu….saya kira perkara2 yang biasa itu akan menjadi fakta
yang sangat luar biasa kerana orientalis melihatnya sebagai satu pencapaian
tamadun atau aktivit manusia yang tinggi
Tanah kaya raya dan mewah di
hujung dunia
Sebenarnya kita kena tahu kenapa kita dituduh sebegitu rupa
barulah kita mula menghargai kemahiran2 biasa
itu tadi
Bandingkan tanah melayu dengan tanah besar cina, bandingkan
tanah melayu dengan benua india, bandingkan tanah melayu dengan bumi eropah…ia
berbeza dan sungguh berlainan
Kita berada di suatu kawasan di hujung dunia yang mendapat
sinaran cahaya matahari di sepanjang masa………….yang sangat mewah dan kaya –raya
dengan pelbagai sumber alam dan hasil bumi serta hasil laut……………!!!!
Kita kaya….hahaha
Kaya tamadun, kaya tinggalan sejarah yang masih misteri,
kaya bahasa, kaya budaya, kaya makanan, kaya minuman…..dan semoga juga Tuhan
kayakan kita dengan iman serta keyakinan yang kental dalam menghadapi new world
order vs kebangkitan islam buat kali kedua disebelah sini….
Terima kasih MO & Cikgu Srikandi.......
semoga orang kita semua kaya luar dan dalam...:D
ReplyDeletesalam sahabat raksasa...
Ya, Memang Kaya. Kaya Bahan Mineral, Kaya Bangsa (Mala-Yu,Iban,Bidayuh,Kadazan,Penan,Jawa,Minang,Sulu,Batak,mcm2 lagi), KAYA RAYA. Maka Jadilah Kita Seri Kaya, hahaha....
ReplyDeleteas salam puteri annur & sdr mala-yu sarawak,
ReplyDeletereverse-psychology:
kaya-raya --> miskin
maju berteknology --> mundur buat jarum pun tak tahu
gigih --> pemalas
cerdik --> bodoh
seri kaya - mungkin juga sbg intepretasi kepada kekayaan dan pengusaan kerajaan sriwijaya...semua pun nak disriwijayakna....hehehe
Orang kita, orang Kayangan...
ReplyDeleteKaya-ngan maknanya Kaya dengan Angan-angan yakni Cita-cita yang tinggi menggunung....
Sbb itulah bangsa kita cepat maju....
AB....mindamu itu sudah berputar dengan pastasnya tanpa boleh diberhentikan lagi....!!
Deletekayangan - kaya dengan angan-angan....hahaha....sangat 'cute'
termasuklah saya lah tu.....suka sangat berangan2....huhu
Semoga angan-angan yang baik menjadi kenyataan...
DeleteSegalanya tak mustahil jika diizinkan Allah Ta'ala...
angan2 mencerna minda...
Deleteangan2 diiringi solat dhuha, surah al-waqiah, sedeqah, solat malam, usaha dan tawakkal kepada Tuhan serta selawat kepada Nabi...
wah...cantiknya disiplin tawakkal dan usaha di dalam Islam kan..??