Assalamualaikum Cikgu Srikandi....
Cikgu Sri, izinkan saya ulangkaji pelajaran ATBM ye..
Saya kopi-pasta nota2 penting dari lecture maya Cikgu
ye....
Wednesday, April 13, 2011
Catatan Srikandi V: Rahsia dari Kemboja
##-CATATAN CIKGU SRIKANDI
"Sebelum ini saya hanya berpura-pura di hadapan
kamu.Saya sebenarnya telah tahu hubungan orang Melayu dengan Khmer seawal
zaman Funan namun saya tidak dapat menerima beberapa hakikat di sana
yang menyebabkan saya tetap berdegil mempertahankan pendapat saya," Nari
menjawab dengan nada serius.
"Hakikat bahawa Ibu kami bangsa Khmer,iaitu Mera
ialah seorang puteri Malayu"
Saya cuba menduga,"Apa yang istimewanya dengan
Malayu?Di Malaysia tiada Angkor Wat atau Beng Mealea."
"Ya,itulah yang saya fikir pada awalnya. Di
Malaysia tiada apa-apa binaan yang mampu dibanggakan kamu,bukan? Saya
memikirkan Malayu mungkin berasal dari 'sea-gypsies' atau orang dari
hutan rimba,maaf...saya tidak bermaksud menghina tetapi ini pandangan
awal saya.Tetapi...."
"Tetapi apa?"
Nari terdiam.Dia mengerutkan dahinya."Anehnya, sejarah
bangsa kamu bertebaran di seluruh Indochina. Catatan-catatan dari China
menceritakan kehebatan empayar kamu. Batu-batu bersurat bertebaran di Asia
Tenggara sehingga ke India yang menceritakan nama dinasti-dinasti raja kamu. Riwayat
Mon mengatakan raja kami,Suryavarman I yang membina Preah Viharn adalah Malayu.
Saya semakin bingung dengan kenyataan ini. Semakin digali,semakin saya tidak
dapat menafikan betapa besarnya peranan Malayu kepada sejarah Indochina dan
Asia Tenggara."
Saya menunjukkan foto Angkor Wat,"Lama sebelum
Angkor Wat atau Beng Mealea atau Banteay Samre dibina, raja Sailendra telah
membina Borobudur.Mereka hanya menuliskan prasasti dalam dua bahasa sahaja,iaitu..."
"...Old Malay & Sanskrit,"sampuk
Nari.Matanya bersinar.
"Apakah panggilan orang Khmer Purba kepada bangsa
saya pada masa silam?" saya memandang
wajah Nari dengan penuh berharap.
"Ma...la...yu!!!"
Kita tidak dapat lari dari lagenda cik siti wan kembang
Kita juga biasa mendengar gelaran seorang wanita bernama
mayang mengurai
Sementelahan pohon kelapa itu menjadi sebahagian daripada
warna-warni kehidupan bangsa mala-yu
Hidungnya pun mancung bak seludang kelapa
Rambutnya yang ikal dan panjang bak mayang yang mengurai dari pokok kelapa
Apatah lagi orang yang sering ketinggalan dengan berita
terkini itu seumpama katak yang hidup dibawah tempurung kelapa
Mat jenin pun sering berangan2 semasa memanjat pokok kelapa
Angan2 Mat Jenin
Tuan haji helmi melihat angannya mat jenin itu sebagai satu
karakter yang bagus kerana berangan itu memberi maksud berimaginasi mencari
idea2 bernas untuk menyelesaikan sesuatu masalah
Disebabkan kita telah melihat berangan2 itu sebagai satu
sifat yang buruk, maka kebanyakan strategi, perancangan dan tindakan itu selalu
saja kita ilakukan dengan semberono, membabi-buta…langgar sana-sini dan
berahkhir dengan kegagalan
Kita jarang menggunakan berangan2 yang sebenarnya dalam
kontek merancang dan mencari strategi untuk mencapai cita2 kita dalam kehidupan
Kebolehan angan2 dan masa berangan2 kita itu telah dipukau
oleh angan2 maya lagi menipu yang lainnya oleh kartun walt disney, anime jepun,sop-opera
sepanyol/mexico, telenovela amerika
tengah, drama jiwang korea, filem hindustan & tamil, drama bersiri barat
dan banyak lagi cerita2 yang datang dari kotak pukau bernama tv itu….hahaha
Nak tengok cerita tu semua…tengoklah…no hal…
Pada masa yang sama berikan masa secukupnya melatih minda menggunakan kemahiran
“berangan”-meditasi-berdoa-berimaginasi-berdoa-bersolat untuk memperbaiki diri
kita
Law of attraction (LOA) sebenarnya menggalakkan manusia
berangan2 dengan cara yang betul
Apakah yang diangankan oleh mat jenin sehingga dia jatuh
dari pokok kelapa….??
Siapa tahu bila mat jenin itu mendapat dorongan serta
sokongan yang maksima maka dia juga boleh merealisasikan angannya itu…
Wanita mala-yu
Kembali kepada lagenda
cik siti wan kembang….sesungguhnya saya dapat melihat semangat kental
jati diri wanita mala-yu dari ibu serta ibu mertua saya….”their will and
preserverence is so solid dan firm”…..mereka begitu gigih menjaga suami, anak2
dan keluarga termasuk ipar-duai, sanak-saudara dan jiran tetangga
Kata2 mereka tidak boleh disangkal, kata2 mereka adalah
sangat keramat kerana ia merupakan suatu doa untuk diri kita juga
Sebab tu saya amat berhati2 bila berkomunikasi dengan mereka
dan mendengar setiap butiran kata2 mereka dan sentisa berharap agar semuanya
adalah yang baik2 belaka
Sebab itu juga agaknya cik siti wan kembang aka durga
wijayamala aka nang che yam aka nang gwa itu begitu dihormati dan disegani oleh
rakyat baginda sebagai seorang permaisuri yang telah memenggal kepala
ramakhamheng
Sehingga beliau itu dipuja bak seorang dewi dan disebut
namanya yang keramat itu di dalam mantera2 kuno khmer dan thai demi memohon
kemakmuran dan kekayaan rezeki dengan mengambil semangat perjuangan yang kental
dari seorang puteri mala-yu
Perempaun mala-yu bukanlah orang yang hanya bersenang-lenang, goyang-kaki duduk dirumah
sahaja
Mereka sedari dulu turut bekerja turun ke sawah, menoreh
getah, mengait kelapa, mengusahakan kebun, juga menjadi bidan, tukang urut,
berniaga dan segala macam perkerjaan
Sudah menjadi tradisi zaman-berzaman memang begitu tahap survival wanita mala-yu
Pernah dengar ibu2
tunggal dengan ramai anak berjaya
membesarkan mereka dengan jayanya atau ibu2 itu sendiri berjaya menjadi
usahawan terbilang…?? Hebat bukan wanita2 mala-yu
Sedangkan permaisuri juga turut berperang, para puteri sanggup berkorban berkahwin dengan putera dari negara lain demi
kelangsungan keturunan mala-yu, apatah lagi wanita dari kalangan rakyat,sudah
tentu mereka mendapat contoh tauldan yang baik daripada permaisuri2 serta
puteri2 tadi dalam menyumbangkan tenaga membina negara-kota dan empayar
Puan Roza dan Madinah
Puan roza, isteri kepada prof kamil ibrahim yang telah
berhijrah ke madinah ditawarkan menjadi pensyarah di universiti madinah
walaupun tiada kelulusan phd ( puan roza berkelulusan master dan berpengalaman
menjadi pensyarah di uitm)..……di antara sebabnya ialah orang arab faham bahawa
wanita mala-yu dari malaysia itu tidak akan betah hanya tinggal di rumah sahaja
Pak2 arab itu pun yakin dengan kemampuan, bakat, kelulusan,
kelayakan serta pengalaman yang dimiliki
oleh puan roza sebagai wanita mala-yu, jadi tiada isu langsung untuk melantik
beliau mendidik anak2 warga madinah pula di bumi kelahiran Rasulullah SAW
itu…baguskan….!!
Suatu bangsa yang begitu menghormati wanita, memberi peluang
seluasnya kepada mereka untuk menyumbang tenaga membangunkan negara-kota
dan empayar sehingga boleh saja mengangkat permaisuri mereka menjadi ketua tentera…..ketua tentera…??!!...boleh dikira
sebagai bangsa yang bertamadun tinggi
Maka siapakah bangsa itu……??? Bangsa mala-yu
Siapa dang wangi, tun teja, tun fatimah…?? itu belum lagi
termasuk wirawati2 dari tanah seberang yang turut sama berjuang melawan belanda
Mereka adalah wanita bangsa mala-yu
Nama mereka dikenang sehingga kini sebagaimana wanginya
haruman dari kemenyan dan bunga melati di tanah rendah sekebun bunga….bertuah
kan…!!
Terima kasih MO & Cikgu Srikandi.......
Bahasa Ibunda (bahasa Malayu) dituturkan oleh setiap Warga-nagara sebagai bahasa Ibu Pertiwi (tanahair) sejak zaman berzaman.
ReplyDeleteBahasa Jiwa Bangsa...bangsaku Wangsa.
Moyang sebelah Ibuku > Nang Che Yam puteri Kaifa Tabim Syeikh Ali, cucu kepada Marhum Naga dan Permaisuri kepada Ismail Jammu Pattani...
terima kasih AB.....
ReplyDeletesemakin hari semakin saya memahami fungsi bahasa melayu
semenjak dua menjak bertambah ramainya warga asing datang ke tanah melayu.....saya lebih terdedah kepada pelbagai dialek terutama dari negara seberang
cth: peniaga kedai runcit yang berdialek acheh, bibik yang berdialek medan dan 1001 dialek lagi....
namun kita semua masih boleh beramah-mesra serta menjalin hubungan tanpa rasa prejudis dengan berbahasa melayu dengan mereka
mereka juga kena berkomunikasi menggunanakan bahasa melayu kerana sesungguhnya ia adalah bahasa IBU PERTIWI warga nusantara dari dahulu lagi
sekarang ni sesiapa yang sudah lama menetap di tanah melayu - amat mudah bg mereka utk fasih berbahasa melayu
cth: manager kilang jepun di perak fasih berbahasa melayu, pakar it pakistan di low yat yg fasih berbahasa melayu dll
nang che yam itu adalah che siti wan kembang kan....???
AB ni ada darah diraja la kan...??
bagus....!!
Sama-sama Kasih saudaraku wangsa,
ReplyDeleteYa...bahasa Mala-yu sgt istimewa, mugkin bahasa Malayu sahaja yg dpt menggunakan huruf Arab (tulisan Jawi) dan huruf Rome (tulisan Rumi).
Ya...keungkinan besar Che Siti Wan Kembang adalah Nang Che Yam. Nenek (perempuan) sebelah Ibu AB semuanya mengunakan awalan SITI pada nama mereka, dan ayah (lelaki) sebelah nenek AB semuanya mengguna awalan CHE sebelum nama mereka.
AB ni rakyat biasa je sbb darah diRaja dah bercampur dengan darah diRakyat...hehehe (lebih bagus jadi rakyat biasa daripada jadi raja di zaman ini)
mekacih AB
Deleterupa2nya tulisan rumi tu dari rome...rumi
jadinya (permaisuri/ratu/queen) che siti wan kembang tu guna kedua2 gelaran bg feminin dan maskulin - che + siti
contoh2 orang yg saya kenal..che hamid (orang terengganu)...nama siti bg wanita dah menjadi budaya dlm masyarakat melayu
tetapi trend orang sekarang dah guna nama yg bunyinya canggih2 spt anak mawi - cahaya malaika
jadi AB ni berdarah diraja dr sebelah ibu
hhmm..jika tak keberatan mungkin AB boleh berkongsi apa2 pengalaman atau maklumat berkenaan sejarah raja2 dr sebelah ibu itu (yg boleh dikongsilah, yg rahsia ...simpan sbg rahsia..)