Dengan rezeki masa yang terluang, saya ulangkaji
semula catatan maya Cikgu Srikandi dan MO, mengimbas kembali perjalanan &
perjuangan satu bangsa misteri yang Tuhan taqdirkan masih wujud hingga ke zaman
facebook, nuffnang, samsung galaxy, google earth, cloud computing, proton
preve, kereta hybrid, projek lynas (raw earth material)..........etc….termasuk
juga free blogging..hehe
Baru2 ini saya berpeluang menghadiri majlis
perkahwinan putera sulung seorang jiran. Bagusnya ialah hubungan kelompok
masyarakat di kejiranan saya ini begitu erat dan majlis kenduri-kendara
terutama perkahwinan adalah satu majlis yang sangat ditunggu2 oleh semua orang.
Pada setiap majlis perkahwinan pastinya acara tradisi
melayu turun-temurun masih kukuh diamalkan seperti berikut:
~pada malamnya akan diadakan kenduri doa selamat
dirumah pengantin
~pada pagi hari kenduri - perkumpulan wanita akan
mengadakan majlis bacaan berzanji serta majlis khatam Al Quran
~para lelaki akan bergotong-royong menguruskan
makanan/minuman kepada para tetamu
~para wanitanya akan mengagih2kan makanan kepada para
tetamu yang hadir
~budak2 lelaki akan ringan tulang membantu menguruskan
gelas2 minuman dimeja makan tetamu
~budak2 perempuan pula akan membahagikan gula2 di
dalam bekas yang comel kepada kanak2 kecil
~bila raja sehari sudah tiba, pasukan kompang akan
mengiringi mereka masuk ke kawasan majlis bersama bunga manggar serta bunga
telur
~kemudian mereka akan didudukkan di kawasan lapang
terlebih dahulu, pasukan silat gayong akan mempersembahkan silat mereka kepada
pengantin
~bila selesai, pengantin akan diarak masuk ke pelamin
yang tersergam indah diiiringi dengan paluan kompang
~majlis merenjis akan dilakukan – air mawar dan bunga
rampai
~agenda terakhir ialah makan beradab bersama ahli
keluarga terdekat – makanan pengantin digubah serta dihias penuh seni dengan lauk-pauk istimewa khas untuk raja
sehari
Dari kecil sehingga kini, hati sentiasa teruja setiap
kali menghadiri sebarang majlis perkahwinan selain dapat makan nasi minyak,
sekarang ni ada pula nasi hujan panas, nasi arab, nasi kukus dan sebagainya berserta
lauk pauk yang sedap2. Disamping itu dapat ole2 berupa bunga telur, kuih baulu,
makanan ringan dan cenderahati yang comel.
Hati begitu suka melihat suasana yang meriah dengan
para tetamu memakai pakaian yang cantik2.
Juga hati teruja melihat raja sehari yang hensem dan
jelita berhias dengan pakaian yang indah2.
Bila usia menjengah dewasa, hati dan fikiran mula
bertanya dan tertanya2:
~upacara yang penuh tradisi dan budaya gilang-gemilang ini pasti berasal sejak dari
dahulu-kala, turun-termurun dan tidak akan berlaku secara tiba2 - perhiasan2,
persiapan2 dan tatacara yang sangat cantik dihias sebegitu rupa pasti diwarisi
dari satu kebudayaan yang maju dan tinggi. Itu belum lagi kita melihat hasil
seni dari tekad benang emas diatas kain baldu, dengan segala kendi2, tepak
sireh, dan banyak lagi peralatan2 nenek moyang dahulu kala - pasti bangsa ini terdiri
dari tukang2 yang sangat teliti, prihatin, halus mulus seni dan karyanya -
semestinya bukan berasal dari orang2 yang dulunya
tinggal di dalam gua atau duduk diatas pokok serta bercawat sahaja. Sudah
semestinya bangsa juga ini amat rapat dengan JARUM untuk menjahit pakaian,
perhiasan dan segala peralatan yang memerlukan kemahiran rekabentuk serta
menjahit yang tinggi – jadi dimana dan bagaimana rasionalnya tuduhan keatas
bangsa ini iaitu tidak tahu buat jarum…??!!??
~sedangkan saya teruja dan suka setiap kali melihat
upacara yang cukup indah, berseni serta bertatacara ini dikalangan rakyat
jelata - apatah lagi jika berpeluang melihat upacara sebenar dikalangan raja2,
pastinya mata akan terpegun melihat betapa segaknya putera raja berpakaian
kebesaran dan betapa anggunnya sang puteri raja dengan perhiasan2 tiara,
gelang, kalung dari emas dan berlian -sungguh berseri2. Yang masih dapat
dilihat kini ialah upacara pertabalan yang dipertuan agong dikaca tv sahaja
~apatah lagi orang2 putih/eropah yang berjaya sampai
ke nusantara beratus2 tahun dahulu - mereka pasti terpegun (atau boleh juga
terlopong) melihat ada sekumpulan manusia disebelah sini yang hidup dengan tamadun yang tinggi, ada sistem
pemerintahan, sistem perkapalan, sistem pentadbiran yang tersusun rapi. Mereka
pula memakai pakaian yang cantik2 dengan perhiasan yang mewah bertatahkan emas
dan permata serta bercakap menggunakan
bahasa yang tersusun rapi.
~itu belum lagi
melihat persembahan2 tarian oleh dayang2
yang ayu, penuh gemalai dengan pakaian2 serta perhiasan2 yang cantik dan
menarik
~itu belum dikira lagi dengan sistem pernomboran,
sistem bahasa, sistem persenjataan dan seribu satu sistem lain yang membolehkan
raja2/sultan2 menguruskan pelabuhan maritim yang kaya raya dan tersohor didunia
~ itu belum lagi membaca tulisan2, nukilan2 ilmu,
watikah2, puisi seloka orang melayu yang sarat dengan nasihat, kiasan dan
bidalan, ditulis menggunakan tulisan jawi dengan lenggok bahasa yang cantik dan
tersusun indah
~membaca karya2 yang masih tersisa seperti hikayat
malim deman & hikayat anggun cik tunggal memang sungguh mengasyikkan –
membawa fikiran dan angan jauh menerawang ke dunia kayangan dengan penggunaan
bahasa2 yang cantik dan syahdu
~apatah lagi jika berpeluang membaca kitab2 lama,
kitab2 kuning , kitab2 amalan dan segala kitab2 ilmu warisan cendikiawan
melayu, wwhhooaa...pasti aku akan menjadi seorang pendeta yang berfikiran
tinggi dan tidak perlu lagi tercari2 erti jati diri.....huhuhu
~tapi realitinya ialah otakku sudah tepu dengan bacaan
nukilan penulis2 barat tentang pelbagai perkara hingga disuatu waktu aku sudah
tidak lagi fasih berbahasa melayu kerana mengadap buku2 bahasa inggeris sahaja…..kasihannya
diriku
Dicelah2 para wanita melayu yang sebuk melayan tetamu
tadi, terselit seorang aunty nyonya berpakaian sedondon dengan mereka, juga
sebuk membahagi2kan bunga telur
dikalangan tetamu - mesranya dan
terbukanya orang melayu ni
Saya terbayangkan betapa meriah dan sebuknya orang2
nusantara saling berhubungan sesama mereka ditanah besar serta diantara pulau2,
juga bersama pedagang dari timur dan barat - juga para pengembara, pendeta,
pencari ilmu dan segala macam aktiviti manusia sejak dari zaman dahulu kala
lagi
Ini semua memang sungguh meriah terutama sebelum
berkuat-kuasanya penggunaan pasport antarabangsa setelah nusantara ini dipotong2
seumpama rainbow cake berperisa cheese diantara penjajah barat - british,
belanda, portugis dan sepanyol termasuk
thailand
Betapa meriahnya warga nusantara berhubung sesama
mereka dilaman rumah mereka sendiri, bebas pergi kemana saja tanpa sebarang had
kawasan dan peraturan - dan ini berlaku sebelum raja2 terpaksa menerima
penasihat inggeris, orang2 kaya & elit tinggal dibandar2, sementara rakyat
yang lainnya diperosok tinggal dikampung2 nun jauh dipedalaman - maka
terpisahlah raja dengan rakyatnya, terpisahlah sikaya pemurah dengan rakyat
biasa, terbiar tinggal di kampung dengan segala kesusahan dan kepayahan - lalu
disogokkan dengan fakta palsu dari hati orang yang dengki bahawa orang melayu
itu hanya bermula dari kesultanan melayu melaka dan sebelum itu mereka hanya
bercawat serta tinggal di dalam gua atau diatas pokok2 sahaja dan buat jarum
pun tak reti....sadisnya sejarah bangsaku....didowngrade hingga sebegitu
rupa……bahkan munsyi abdullah yang menulis
sejarah melayu itu rupa2nya bukanlah orang mala-yu, malahan dia hanyalah orang
suruhan stamford raffles yang ditugaskan utk menulis semula sejarah melayu
mengikut citarasa sesedap selera tuannya (zionis, ahli freemason serta pengikut
agama pagan).
Rata2 anak2 mala-yu lebih suka membaca sejarah negara2 lain yang
penuh dengan semangat perjuangan yang tinggi dan diakhiri dengan kemenangan
berbanding dengan menbaca sejarah negara sendiri yang langsung tidak menarik –
kita lebih kenal dan “jatuh cinta” dengan mahatma ghandi, mao tze tung dan
hitler, namun memandang sepi mat kilau, datuk bahaman, tok kenali, datok
maharajalela dll sebab awal2 lagi mereka
sudah dilabel sebagai pemberontak kepada penasihat inggeris instead of mereka dikenang sebagai perwira
berjuang mempertahankan tanah air dari terus jatuh 100% ketangan barat (zionis
dan jesuits).
~terima kasih Ya Tuhan kerana memberi ilmu yang
berguna lagi bermanfaat
~ia amat penting sebagai titik permulaaan dan titik
perubahan dalam mengenal kewujudan diri
~perjalanan suka-duka bangsa mala-yu sejak dari dahulu
kala sehingga kepada zaman kesultanan melaka yang berpayungkan syahadah adalah
kronologi penting sebagai asbab bagi mensyukuri nikmat iman dan anugerah islam
kepada diri ini
~ia adalah suatu perjalanan yang penuh dengan aura
perjuangan, semangat kental, ketabahan serta setiakawan dalam mencari dan
mempertahankan sebuah kebenaran
Terima kasih kepada MO dan Cikgu Srikandi….
Terimakasih semua,
ReplyDeleteSekarang bila ada yang mengatakan orang melayu datang dari gua dan tak akan ke mana tanpa 'kaum' lain di tanah ini...
Saya boleh 'stand tall' dan menghadapi serangan mereka kerana saya kini tahu.. melayu itu gemilang sejarahnya
Moga kita kembali gemilang...
'Naga Langka'
DeleteWalaupun sejarah berganti lagenda...
lagenda berganti mitos...
mereka tetap memanggilnya 'Naga'..
Bukannya 'ular'..bukannya 'cacing'..
Naga Alam bersisik 'EMAS'....
Hatinya 'MA'NIKAM'...
Lawinya 'BERLIAN'..
Tajinya 'INTAN'.
'Naga Langka'
DeleteWalaupun sejarah berganti lagenda...
lagenda berganti mitos...
mereka tetap memanggilnya 'Naga'..
Bukannya 'ular'..bukannya 'cacing'..
Naga Alam bersisik 'EMAS'....
Hatinya 'MA'NIKAM'...
Lawinya 'BERLIAN'..
Tajinya 'INTAN'.
Naga - merupakan gelaran kepada pemerintah yang menguasai kawasan kepulauan
Deletepengangkutan utama ialah kenderaan diatas air pelbagai versi - perahu, jong, tongkang, bahtera dll dilengkapi dengan pelbagai peralatan dan juga perhiasan - nampak cantik tetapi berkuasa dan power juga
mungkin sebab tu gelaran naga diperolehi ...Tuhan saja yang tahu...
hhhmmm...dulu pun saya tak tahu macamana sepatutnya nak berfikir dan berkelakuan sebagai orang melayu
ReplyDeleteselalu diperkatakan kepada kita yg buruk2 sahaja...malas, bodoh, duduk kat gua, ketinggalan dan macam2 lagi
diri dipenuhi dengan 1001 perasaan rendah diri yang ntah apa2
terima kasih kepada Tuhan yang menciptakan dunia langit terbuka dan tanpa sempadan ini - menjadi tiket utk kita meneroka maklumat dan ilmu tanpa had (berpandukan kepada guru2 yang ditemui di alam realiti juga)