Saturday 13 April 2013

Asimilasi Di Hujung Dunia



Asimilasi ini berlaku.....

di tanah hujung dunia......
di tanah semenanjung tanduk emas
di tanah kepulauan melayu
di tanah semenanjung si jantung hati
di tanah srivijaya
di tanah zabag
di tanah punt
di tanah yang dahulunya dipanggil benua mu
di tanah dari tinggalan raja matahari yg mendapat gelaran maatheru oleh orang mesir purba
di tanah yang mendapat sinaran matahari di sepanjang tahun
di tanah dari warisan raja perehu dan permaisuri ati
di tanah yang dijanjikan (promised land)



di tanah masih tersimpan kemas harta melimpah ruah di pergunungan ledang
di tanah kota gelangi masih mendiamkan diri menyimpan sejuta misteri
di tanah birunya air tasik cini menjadi lubuk permainan anak2 naga
di tanah tebalnya hutan hujan khatulistiwa menjadi perkampungan orang asli serta warga bunian
di tanah bersemadinya perak man
di tanah waris raja berpotoh naga berada
di tanah terletaknya piramid2 melayu gagah berdiri dicelahan banjaran titiwangsa
di tanah terdapatnya tinggalan tapak loji peleburan dan pemprosesan besi & logam purbakala
di tanah yang pernah diperintah oleh preston john
di tanah nenek moyang raja2 mesir
di tanah para ahlul bait membawa diri menyelamatkan aqidah yang benar
di tanah yang menjadi tempat laluan pergerakan manusia sejak dari dahulu kala
di tanah yang diduduki oleh master race yang sering disebut2 oleh para penganut new age religion
di tanah yang dipercayai berasal dari benua atlantis & lemuria
di tanah yang menjadi rebutan dan igauan kawan serta lawan
di tanah di mana lee kuan yiew masih berangan untuk menjadi presiden walaupun untuk sehari


di tanah yang penuh dengan kekayaan serta kemakmuran
di tanah bagaikan seorang anak gadis pingitan ayu mayu bermata kuyu idaman para jejaka
di tanah yang masih wujud aqidah ahli sunnah wal jamaah
di tanah darah merah pejuang berjiwa wali mengalir menentang penjajah di seluruh pelusuk negeri
di tanah pihak missionari jesuits bergiat cergas mahu menukar aqidah warganya menyembah tuhan trinity



di tanah yang menanti dengan penuh debaran apakah nasib dirinya menjelang awal mei 2013
di tanah yang suhu serta emosi warganya semakin panas dari hari ke hari
di tanah yang juga hujan lebat luar biasa sering turun di petang hari membawa banjir kilat di bandar2 besar
di tanah yang tidak pasti sama ada 13-5-13 menjanjikan sebuah kedamaian ataupun kekalutan
di tanah yang menjadikan zionis tidak pernah leka merangka pelbagai taktik & strategi utk menguasainya
di tanah yang terlalu rencam sifat, watak serta keperibadian warganya
di tanah di mana Islam itu akan bangkit dan tidak akan kalah kalah lagi



dan tanah ini diberi nama malaysia...............
kita adalah warga malaysia

kitalah yang sedang menduduki tanah bertuah ini
kita masih sedang menghirup udara percuma pemberian Tuhan ditanah kebanggaan ini
kitalah yang sedang berasimilasi secara evolusi di tanah berkat ini
dan kita jugalah yang sedang berhadapan serta menghadapi pelbagai cubaan, ujian, susah-payah, sedih-duka-gembira akibat dari asimilasi berat ini
ambil peluang proses asimilasi hebat ini
walau jiwa sering menjerit kesakitan, sapukan ubat ketabahan ke lubuk sanubari
biarkan air mata mengalir lalu kita menangis teresak-esak seumpama anak kecil yang mencari ibunya
walau jiwa seakan punah dan hancur akibat dari asimilasi perit ini, waraskan minda demi secebis tenaga murni yang masih tersisa


kita terlalu sayangkan tanah ini
kita terlalu sayangkan warga tanah ini
siapakah yang paling benar dalam janjinya jika bukan Tuhan Yang Maha Esa
siapakah yang paling benar kata2nya jika bukan Nabi Muhammad SAW yang mulia
siapakah yang paling jujur hatinya jika bukan para pencinta kebenaran serta perindu kedamaian
maka apakah paling bermakna untuk kita dengari selain daripada bisikan2 halus tulus mulus bahawa kemenangan Islam itu sudah terlalu hampir
dan ia diterajui oleh orang2 dari tanah di hujung dunia ini


ya....ramai yang sedang berusaha gigih ke arah kemenangan itu sama ada secara terang atau sembunyi
tidak kira mereka itu siapa dan dari mana

maka mari kita semua lengkapkan proses asimilasi terakhir ini
semoga hanya perkara yang baik, rezeki yang baik2 serta semua yang terbaik sahaja Tuhan taqdirkan untuk kita semua......

12 comments:

  1. di TanahAir tempat Tumpahnya Darah anak-anak Watan yang teguh berdiri umpama banjaran titiWangsa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. as salam AB yg sgt bertuah dunia akhirat

      yup..disini kita dilahirkan..dan bukannya di tempat lain
      walaupun ada anak2 yg dilahirkan di luar negara, namun ibu-ayah ataupun asal keturunan tetap dari tanah sebelah sini

      juga di tanah ini lahirnya ramai zuriat dari warga2 yg datang jauh dari tempat kita..sejauh cina, india, eropah dan seluruh dunia

      juga darah warga tanah ini sudah terlalu amat bercampur2 genetiknya....dan itu adalah salah satu ciri asimilasi yg berlaku di tanah ini

      hebatnya Tuhan menjadikan semua taqdir2 ini

      Delete
    2. Wa'alaikummussalam...wrth, Ya benar bagai bicara saudaraku Wangsa gelar bangsaku.

      Delete
    3. seperti yang selalu cik sri sebutkan....wilayah kedudukan etnik2 dlm kelompok melayu menjangkau dr madagaskar hingga ke kepulauan pasifik

      Tuhan taqdirkan org melayu tinggal di tempat yg mengandungi sekian banyaknya gugusan pulau2...sangat unik dan Maha KuasaNya Dia Yang Maha Menciptakan

      Maha AdilNya Tuhan...menjadikan bangsa cina di kawasan negara cina, bangsa india di benua india, bangsa eropah di kawasan eropah, bangsa arab di timur tengah....maka apakah bangsa yang menduduki gugusan pulau2 di bahagian asia tenggara khususnya jika bukan bangsa malayu

      memandangkan kedudukan strategiknya di laluan perdagangan antarabangsa maka bangsa ini Tuhan taqdirkan utk melalui proses asimilasi yang paling rencam berbanding bangsa2 yg lain..sebab itu salah satu sifatnya ialah kita mudah memahami org lain dan juga mudah dipengaruhi oleh org lain

      keyakinan yg teguh kepada pegangan agama adalah kunci utama supaya kita dpt mempergunakan sifat2 tersebut dgn sebaik2nya

      Delete
  2. assalamualaikum saudara wangsa.

    blog mirror of mistifile dan asal usul melayu tu milk wangsa juga ke? wangsa ada semua salinan entry blog mistifile dan nota srikandi ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam siti najwa,

      blog asal-usul melayu - masa semua blog MF ditutup, saya kopi-pasta ATBM disini sbg rujukan

      siapa sangka MF akan ditutup juga akhirnya...huhu
      jadi saya cuba kopi-pasta artikel2 MF di blog mirror of MF - boleh dijadikan rujukan kpd sesiapa yg nak menelaah artikel2 ever-green MO

      yup...saya sempat salin artikel2 dr MF

      perlu teruskan pembacaan/kajian/ulangkaji sst yg boleh mengetuk batu jemala, barulah minda boleh selalu berfungi dgn baik..haha

      Delete
  3. Mala u nama bangsanya. Islam agama asalnya. Buang islam tak panggil melayu. Beragama islam dan bermastautin di sini dipanggil bangs itu...MELAYU.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ilmuninati....

      oh..nama tuan hamba ialah - ilmu minati - minat ilmu lah ye...

      sekali pandang nampak macam illuminati...haha..minta maaf

      terima kasih diatas peringatan islamnya mala u itu
      mala adalah bangsa asal bonda keturah
      bila sudah berasimilasi dengan keturunan Nabi Ibrahim yang mulia, maka lahirlah bangsa malayu yang menyembah Tuhan Yang Satu

      tidak pernah terlambat utk mengenali bangsa sendiri
      utk kenal diri ...kena kenal bangsa asal kita
      kerana kita bukan bangsa cina, bukan bangsa india dan bukan bangsa2 yg lain
      Tuhan taqdirkan kita berbangsa melayu

      dengan kenalnya bangsa sendiri
      maka kita akan lebih menghargai maruah diri serta menghormati bangsa2 yg lain
      kerana itulah sebenarnya keperibadian bangsa melayu

      Delete
  4. nama "mala" dulu terdengar lumrah karena banyaknya anak-anak perempuan yang diberi nama "mala", nurmala, kemala, nirmala, putri mala, malahayati.

    mala sounds beautiful to me.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...and mala sounds beautiful to me and others as well....

      noor kumalasari....
      normala omar
      normala shamsudin

      Delete
  5. apa dh jadi dgn blog mf tu??dh di hujung nyawa??

    ReplyDelete
    Replies
    1. as salam adik,

      sila baca penjelasan cik srikandi ttg status blog mf dlm fbnya melalui tajuk Pengumuman

      http://www.facebook.com/pages/Srikandi/496613607030536

      harap mendapat jawapan
      terima kasih....

      Delete