Friday, 15 March 2013

Asimilasi Terakhir

"Kepulauan Melayu ~ Madagaskar ke Kepulaun Pasifik"

DECEMBER 16, 2009
BANGSA 'MIM' – tak hilang di dunia (siri akhir)


MELAYU ITU BANGSA MIM?
Untuk meringkaskan cerita, bangsa MIM adlah bangsa asimilsi yang sentiasa 'update' waris keturunannya yang telah bermula sejak zaman nabi NUH a.s. Bangsa MIM sememangnya tidak hilang di dunia kerana ia sentiasa 'ke hadapan dalam pencampuran bangsa-bangsa dunia. Boleh di katakan Bangsa MIM adalah bangsa UNIVERSALatau bangsa dunia secara umumnya. Tapi terdapat syarat-syarat tertentu untuk melayakkan diri menjadi bangsa MIM yang tidak hilang di dunia (sunnatullah - tiap umat ada umur/matinya)

Kita ketahui bahasa sebelum british membawa masuk CINA dan INDIA, melayu pada masa itu adalah melayu yang tidak lagi berevolusi. Mereka tetap pada campuran yang sama yang bermula sejak zaman melaka lagi. Biarpun begitu, kemasukkan cina dan india oleh british membawa kepada evolusi ini. Meskipun begitu, evolusi kali ini kelihatan sedikit tegang kerana "yang datang tidak di jemput", "yang datang tidak di sambut". Tiada proses 'give and take' di lakukan. Oleh kerana itulah masing-masing membawa perkauman masing-masing. Mereka saling survival untuk menguasai tanah melayu ini. Para rahib india dan cina tahu mengenai rahsia di bumi melayu ini. Saya pernah terbaca satu artikel secara rahsia mengenai satu saudagar cina yang mana keluarga mereka datang untuk takluki 'chi' pada bangsa yang tidur ini dan seterusnya menjadikan mereka kaya dan terus kaya. Tidak terfikirkah anda kenapa kaum cina terus kaya dan kaya? India pula hanya di ladang-ladang tapi kini telah ramai jadi lawyer dan menguasai aktiviti pengangkutan dan keewangan serta perundangan?

Tidak lain tidak bukan mereka di bantu oleh mereka yang 'tahu; kerahsiaan' di bumi bertuah ini. Tapi, ini tidka bermakna melayu itu ketinggalan kerana masih terdapat kerahsiaan yang tetap tersembunyi dan akan bangkit bila tiba masanya. insyallah. Berbalik pada MIM tadi, asimilasi terbaru ini juga menghasilkan ras baru yang di gelar sebagai CHINDA yakni INDIA+CINA tapi masih belum masuk islam. Jika sekali imbas, mereka seperti wajah kemelayuan akan tetapi mereka bukan islam. Dek kerana itulah pihak JAWI kadang-kala tersilap menangkap orang di taman-taman gelap. Bila cheak I.C, rupanya bukan muslim.

Jadi, inilah satu lagi asimilasi tapi masih belum lengkap syaratnya. Tambah pula di awal millenium, asimilasi terbaru bermula di mana bangsa-bangsa seperti Bangladesh, NEPAL, VIETNAM, AFRIKA dan lain-lain mulai bercampur di sini. Akibatnya, bertaburanlah nusa kemelayuan di seluruh dunia. Proses ini berjalan dan terus berjalan. Tapi, merekakah MIM?!

“Salam dan sejahtera, sembah bakti dan segala kebaikan bagi Allah. Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Demikian pula mudah mudahan dianugerahkan kepada kita dan kepada segenap hamba-hambaNya yang soleh. Aku mengaku bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Ya Allah berilah rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kita Nabi Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti apa yang telah Engkau anugerahkan kesejahteraan kepadaIbrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti yang Engkau berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi.”

Bacaan Tahyat akhir dalam solat
Itulah kod tersembunyi di dalam solat seharian. Takkala kita membacanya, jari telunjuk kita akan di naikkan dan tahukah anda, ia membentuk apa? Jari telunjuk dan gengaman itu telah membentuk huruf MIM. Ini bermaksud, ahli rumah (ahlul bait) itu harus bersatu dengan waris dari IBRAHIM. Syaratnya KOD RAHSIA INI HARUS DI PEGANG sebagai kad identiti anda. Ianya bukan mainan atau ritual solat, tapi ia di jadikan dengan tidak sia-sia.



Saya  terkesan dengan rumusan adik Aiz dalam siri kajian bangsa mim beliau, ianya lebih kurang begini:- 

Setelah jauh berjalan merentas benua dan lautan, maka bangsa mim itu telah sampai ke tanah yang dijanjikan. Disepanjang pengembaraan itu, bangsa mim telah melalui pelbagai perkara serta berjumpa dengan pelbagai jenis manusia. Demi untuk kelangsungan (survival) bangsa dan cita2 amanah yang dipikul, bangsa mim belajar utk bergaul serta berhubung dengan baik bersama bangsa2 yg berlainan budaya & adat resam itu. 

Hasil dari proses asimilasi itu mereka dpt menerapkan sifat2 diplomasi, saling menghormati, setiakawan serta minat yg mendalam utk saling bertukar pendapat & buah fikiran. Seboleh2nya perang cuba dielakkan & merupakan jalan terakhir jika terpaksa dilakukan demi  menjaga keselamatan  serta maruah diri. Maka kini anak2 bangsa mim ini sudah sampai ke destinasi terakhir mereka, setelah pengembaraan ribuan tahun oleh generasi terdahulu. Inilah tanah nenek moyang. Mereka tidak akan kemana2 lagi selepas ini.

Untuk beberapa lama bangsa mim membina tamadun bersilih-ganti di sebuah kawasan yg mempunyai banyak pulau serta mendapat sinaran cahaya matahari disepanjang tahun. Kawasan ini memang sungguh bertuah kerana bukan saja amat subur dan kaya dengan hasil alam, malahan kedudukan geografinya amat strategik sebagai pusat perdagangan yang menghubungkan negara2 dari timur dan barat. Ini mengukuhkan lagi sifat diplomasi bangsa mim untuk berbaik2 dengan pelbagai bangsa yang datang berdagang dengan mereka. Konsep menang-menang -  “win-win situation” amatlah dititik-beratkan dlm menguruskan hal-ehwal perdagangan antarabangsa ini.

Setelah agak lama hidup di dalam zon selesa sesama sendiri terutama dengan kedatangan sinar iman dan islam ke tanah nusantara, maka taqdir Tuhan kapada bangsa mim untuk melalui proses asimilasi terakhir bermula dengan kedatangan imperialis barat ketanah bertuan ini. Maka bermulalah episod demi episod pahit-getir yang terpaksa dihadapi oleh bangsa mim dalam menghadapi tipu-daya, helah-kerenah, lawan-perang dlm usaha thh utk menghapuskan serta membumi-hanguskan bangsa mim ditanah air mereka sendiri.

Namun dengan izin Tuhan, bangsa mim masih lagi wujud sehingga kini, hidup menghirup udara segar dari banjaran gunung titiwangsa……….menjalani hari2 mendatang di dalam sebuah negara yang berdaulat bersama dengan sekian banyaknya bangsa2 lain yang ditaqdirkan hidup ditanah bertuah dihujung dunia ini.


Asimilasi dalam pelbagai era yang sangat rencam sifatnya

Disepanjang proses asimilasi, bangsa mim telah menempuhi pelbagai era. Namun untuk proses asimilasi terakhir ini , kita hanya akan  menyoroti serta menelusurinya  secara ringkas dari era kemuncak kegemilangan sriwijaya hingga era terkini di tahun 2013 serta tahun2 yang mendatang. Jika ada yang salah, sila perbetulkan dan  jika ada yang kurang, sila tambahkan….

Didalam setiap era yang ditempuhi, bangsa mim terpaksa sentiasa mengadaptasi hampir semua aspek kehidupan mereka, menjadikan bangsa mim  suatu bangsa yang kadang2 agak sukar ditelah pemikiran serta tindakan mereka. Sementelahan banyak juga maklumat benar berkenaan diri mereka yang telah dihilangkan mahupun disembunyikan, maka tidak hairanlah jika ada anak2 bangsa mim yang tidak dapat lagi mengenali  diri mereka sendiri dengan baik, maka disinilah bermulanya isu2 asal-usul serta jati diri yang kabur.

~Era sriwijaya membawa kepada majapahit
Kerajaan berasaskan anutan hindu-budha, bangsa melayu menjadi rujukan oleh pendeta2 dari cina dan india
Etnik bangsa  mim yg pelbagai saling bergaul sesama mereka

~Era pertembungan dua anutan utama
Kedatangan sinar iman & islam telah menjadikan bangsa melayu terpecah kepada dua kelompok utama diantara penganut islam serta penganut yg masih hindu-budha
Perjuangan wali songo berhadapan dengan cabaran menyebarkan islam dikalangan warganya di tanah seberang
Diplomasi wali songo dlm menanamkan iman disamping pengekalan amalan budaya yg tidak bertentangan dengan aqidah islam

~Era kerajaan2 islam nusantara
 Melaka, pasai, aceh, johor-riaum brunei dll
Kemasukan secara besar2an ahlul-bait ke nusantara bagi menyelamatkan diri dari dikejar musuh yg mahu menghapuskan saki-baki keturunan Nabi
Perhubungan erat diantara nusantara dan empayar islam di timur tengah – berlakunya pertukaran budaya dalam pelbagai aspek
Bangsa mim bergaul dengan bangsa dari timur tengah

~Era pra-neokolonisma
Sebelum kedatangan imperialisme barat
Para raja memakai gelaran sultan  serta menggunakan gelaran berasaskan islam-arab
Para ulamak berketurunan ahlul-bait menjadi penasihat utama umarak/sultan di dalam istana
Munculnya ramai  ulama2 bertaraf wali mengembangkan ajaran islam dimerata pelusuk nusantara
Budaya melayu berasimilasi dengan budaya arab/islam dengan begitu kuat & kukuhnya di dalam kehidupan seharian
Makanya melayu itu islam dan islam itu melayu di nusantara

~Era pertembungan kerajaan islam dan imperialisme barat
Zionis/jesuits terlambat menjumpai alam melayu
Namun zionis/jesuits mengambil kesempatan perbalahan & bersengketaan yg berlaku dikalangan pemerintah negeri2 nusantara utk menawarkan bantuan kepada pihak yg terdesak serta pengkhianat yg mahu mendapatkan kuasa
Maka bangsa mim mula bergaul dengan orang2 dari negara atas angin yang berlainan anutan, budaya mahupuin bahasa

~Era pendudukan imperialisme barat di tanah nusantara
 Portugis, belanda, british – menawarkan penasihat resident kepada sultan2
Begitu juga  sepanyol mula bertapak di filipina dan brunei
Begitu juga  thai yg kononya tidak pernah dijajah oleh british telah  merampas tanah sgt berharga di segenting kra
Bangsa mim bergaul dengan orang barat yg pelbagai – portugis, belanda, sepanyol, british, eropah
Bangsa mim bergaul dengan orang cina dan india yang dibawa masuk beramai2 oleh penjajah
Bangsa mim yang tidak mahu diperintah sesuka hati oleh penjajah barat yang sombong dan biadap telah memenggal kepada jww birch di pasir salak perak

~Era pendudukan jepun
Tentera jepun yang ganas dan kejam diharapkan akan dapat menyembelih semua warga bangsa min di tanah bertuah – namun pengeboman hiroshima dan nagasaki membantutkan usaha tersebut
Bangsa mim bergaul dengan warga bermata sepet datang dari negara matahari terbit

~Era pendudukan komunis
Sekali lagi usaha utk menghapuskan bangsa mim ‘diamanahkan’ kepada penganut idealogi komunis yang kejam dan ganas dan tidak percayakan Tuhan
Namun usaha tersebut ternyata gagal lagi
Peperangan dengan kamunis berlanjutan sehingga tahun 1980an
Bangsa mim bergaul dengan orang2 bermata sepet dari tanah besar cina
Bila konfrontasi berlarutan berlaku, maka mucullah pahlawan2 melayu yg gagah berani mencari komunis hingga ke lubang cacing – panglima salleh parang terbang

~Era pra-malayan union
Sekali lagi agenda pengapusan bangsa mim secara halus dilakukan oleh penjajah dengan mensyaratkan konsep sama-rata diantara penduduk asal nusantara dengan imigran2 cina/india yang dibawa masuk ke tanah melayu
Ternyata semangat juang cintakan agama, bangsa dan tanah air begitu tinggi dikalangan bangsa mim
Demonstrasi diadakan utk menentang gagasan malayan union sehingga british terpaksa beralah dengan menerina syarat2 yg ditetapkan oleh bangsa mim utk tujuan kemerdekaan

nota: walaubagaimanapun, kisah2 disebalik setiap era itu sebenarnya penuh dengan misteri2 & rahsia2 tersendiri, mungkin yang kita tahu hanyalah setakat sipi2 disana-sini

http://untoldhistoriesofmalaya.blogspot.com/2012/01/untold-history-tabung-emas-rahsia-raja.html
" sebab utama "Malayan Union" ditubuhkan adalah utk merompak tabungan rizab emas raja2 melayu, bukan unutk memberi kerakyatan kepada imigran atau pentadbiran yang lebih baik......."

gelaran "tanah melayu" - "sijantung hati" - "semenanjung emas" - "tanah dihujung dunia" - "kawasan yang mendapat sinaran cahaya matahari disepanjang masa" itu terlalu signifikan ........ada makna yg berlapis sama ada yg tersurat mahupun yang tersirat...Maha Suci Tuhan yang menciptakan alam serta segala isinya dengan berkat dari Nur Muhammad

~Era post-malayan union
Tanah melayu –semenanjung emas – era pra ‘merdeka’ – pemberian taraf warga-negara kepada bangsa cina (dari tanah besar cina) dan bangsa india (dari benua india) dengan masih mengekalkan hak2 istimewa penduduk asal tanah melayu serta kedaulatan raja2 melayu yg masih diiktiraf serta pemeliharaan agama islam sebagai agama rasmi tanah melayu

~Era pelepasan negeri2 nusantara dari pentadbiran imperialisme barat
Selepas perang dunia kedua, satu-persatu wilayah2 nusantara dilepaskan oleh penjajah barat kepada anak watan – indonesia - belanda, tanah melayu - british dan filipina – sepanyol
Namun proksi2 mereka yg pelbagai rupa  masih terus tinggal bertahan dibekas tanah jajahan untuk meneruskan agenda tersembunyi

~Era post-neokolomnisme
Bermulalah pemerintahan sendiri oleh negara2 nusantara setelah tanah2 nusantara dipotong2 seumpama kek harijadi – tiada lagi central  federation yang menguasai hampir keseluruhan kepulauan melayu seperti era srivijaya, majapahit dan melaka
Maka dengan ini wujudlah nama2 negara yg belum pernah didengar sebelum ini
Nama2 yg sesuka hati diberikan oleh penjajah yg menguasai sesuatu wilayah sebelum ini
~Malaysia – diberi nama oleh british
~Filipina – diberi nama oleh sepanyol sempena nama raja philip
~Indonesia – diberi nama oleh belanda
~Singapura – asalnya bernama temasik

Juga terpecahlah tanah2 warisan yg dulunya dipunyai serta dikuasai oleh kesultanan tertentu
~Johor-riau – menjadi johor di malaysia, riau di indonesia, temasik menjadi singapura
~Kesultanan brunei – masih kekal namun keluasan negara sudah menjadi ciput
~Kesultanan sulu – menjadi filipina, sabah menjadi isu yg paling sadis bila dipajakkan kepada orang putih
~Borneo – terpecah kepada dua – sebahagian menjadi malaysia dan sebahagian lagi menjadi indonesia, juga brunei
~Indocina – lagilah sadis dengan terbentuknya negara thailand yg ‘mencuri’ semua adat-budaya melayu silam menjadi hak-milik kekal mereka, bahkan ‘mencuri’ tanah segenting kra yg amat kaya dgn tinggalan sejarah menjadi sebahagian thailand, vietnam, kemboja menjadi negara yg miskin dan ketinggalan dek bahana komunis pol pot
~Burma – langsung terpisah jauh dari nusantara bila dikuasai oleh tentera junta, melakukan penghapusan etnik malayu secara halus disana


~Era perkongsian kuasa 3 bangsa utama
‘‘Kemerdekaan" tanah melayu pd 31/8/1957, kehidupan di bawah ‘spell’ sihir demo-crazy & raja berperlembagaan bermula
Persekutuan tanah melayu – bersekutu bertambah maju
Inilah era ‘getir’ dimana Tuhan paksakan kita utk berasimilasi di tanah bumi sendiri dengan kedatangan ‘secara paksa’ imigran2 yg dulunya hanya kita kenali sewaktu menjalankan perdaganan

Namun kini mereka sudah diiktiraf utk menjadi ‘adik-beradik’ dr lain mak dan lain bapak
Mereka diberi hak utk tinggal bermastautin di tanah warisan nenek moyang bangsa mim
Malahan agenda pecah-perintah berjalan terus secara terancang dengan pemisahan kaum mengikut kawasan dengan memisahkan sejauh mungkin bangsa mim dari arus kemajuan

Tidak dapat menghapuskan bangsa mim dari tanah bertuah, lalu usaha untuk membunuh semangat & jati diri keatas bangsa mim dilakukan secara amat terancang dengan kata2 sihir ‘bangsa malayu itu malas dan bodoh, buat sebatang jarum pun tak reti, tiada tamadun, hanya tinggal di dalam gua atau berumah diatas pokok, memakai cawat sahaja dan hanya tahu melukis gambar khinzir hutan di dinding2 gua………………….”

Pecah dan perintah itu adalah seperti berikut:

~Melayu di kampung2 pedalaman – bertani secara tradisional, jauh dari bandar2 besar
~Cina di bandar besar – berniaga, juga dibagan2 pesisir pantai menjadi nelayan, atau dikampung2 baru menanam sayur
~India – di estet menjadi buruh menoreh getah

~Orang2 besar melayu dipisahkan dan dihidangkan dengan kehidupan material yang elit, tidak bergaul dengan rakyat jelata yg sentiasa disihir dgn kata2 malas & bodoh
~Sultan2 yg dulunya menjadi payung rakyat juga dipisahkan kehidupan mereka dari orang awam, mereka dihidangkan pula dengan pelbagai darjah kebesaran, pangkat dan bintang2 oleh ratu england, menjadi ahli kelab2 elit freemason – kelab rotary dll

~Ulamak bertaraf wali yg sentiasa menjadi penasihat sultan rakyat disingkirkan satu persatu – sama ada di bunuh atau dibuang negeri, maka yg tinggal adalah ulama2 berkiblatkan barat, kerja makan gaji dan bertugas mengikut waktu pejabat dan hanya berkisar tentang urusan2 rasmi sahaja

Sekali lagi agenda penjajah utk menghapuskan bangsa mim dilaksanakan melalui taktik pecah-perintah seperti diatas
Tujuannya ialah supaya bangsa mim dpt dibonsaikan segala aspek kehidupan mereka, tidak dpt survive dan akhirnya mereka pupus dan lupus dari bumi tercinta ini

**Era kemasukan budaya kuning, rock n roll, hippies, black metal, penyanyi kelab malam & kabaret menjengah masyarkat yang terkenal dengan adat budaya dan kesopanan yang tinggi
Pernah disuatu ketika munculnya iklan arak dlm bahasa melayu yg mempromosikan bahawa arak itu bagus dan elok utk diminum

~Era proksi zionis/jesuits dr bangsa lain mula menonjolkan diri dengan bantuan sihir demo-crazy
Terkeluarnya singapura dr gabungan negeri2 melayu
Ancaman komunis masih berlaku
Peristiwa berdarah 13 mei 1969 bila proksi zionis bermata sepet menang dlm pilihanraya – ‘adik-beradik segera’ ini yg datang tidak kita undang sememangnya tidak pernah mahu kenal & beramah-mesra dgn  penduduk asal tanah melayu dek bahana pecah-perintah kaum2 mengikut kawasan tertentu
Mereka dengan sombongnya mahu ‘menyapu’ bersih orang melayu dari tanah bertuah ini. Zionis/jesuits tidak akan pernah jemu untuk terus berusaha cuba mengapuskan suatu bangsa yang dipanggil mim

Maka alter terahsia bangsa mim terpetik dengan kedatangan jiwa2 pahlawan yg mahu memberi bantuan ke kuala lumpur – mereka datang dari johor, sg manik perak dll

~Era post- 13 mei 1969
 DEB- dasar ekonomi baru dilancarkan
Hahahah…..macamanalah penduduk asal tanah melayu ni boleh lebih miskin drpd ‘adik-beradik segera’ tadi, pulak tu kena buat satu dasar utk menaikkan ekonomi dan taraf hidup rakyat bangsa mim yg digelar bodoh dan malas ini…???

Inilah bahana hasil dari pecah-perintah kaum mengikut kawasan
Sudah ramai ahli perniagaan ‘adik-beradik segera’ menjadi jutawan di tanah bertuah ini. Namun demikian bila ada usahawan bangsa mim yg baru naik dan mahu berjaya, pastinya akan dipertikai dan dipersoal kredibiliti mereka

~Era proksi zionis/jesuits dr bangsa sendiri secara senyap meluaskan pengaruhnya dikalangan pelajar universiti
Tanpa kita sedari, rupa2nya agenda zionis/jesuits itu masih terus berjalan mahu menghancurkan bangsa mim oleh petualang dari bangsa min itu sendiri

Proksi zinois ini mesti memenuhi ciri2 yg sesuai dengan watak dan perlakuan orang ramai – nampak beragama, petah perpidato, semangat juang yg tinggi, menengahkan isu2 sensitif yg dekat dengan bangsa ini– isu kristianisasi, isu kedaulatan negara, isu ketuanan melayu, isu2 yg boleh menaikkan semangat patriotik dikalangan bangsa mim

Sepatutnya anak-anak bangsa mim digalakkan utk menggunakan cara berhikmah dalam memperjuangkan isu2 berkaitan islam, namun cara radikal digunakan – demontrasi, menjerit2 dan terpekik2 dijalanan diamalkan demi menyuarakan rasa tidak puas hati kepada pihak2 tertentu

**Era kegigihan pendakwah islam mendekati masyarakat di seluruh pelusuk negara, berjalan kaki masuk kampung sambil menjual majalah2 berunsurkan islam
 Nasyid sepohon kayu mula berkumandang, doa sebelum dan selepas makan mula menjadi amalan….
Pakaian jubah dan purdah mula diperkenalkan kepada masyarakat bangsa mim sehingga mereka ini digelar zorro dan ninja

Maka mulailah perempuan2 bangsa mim belajar utk menutup aurat dengan lebih baik bila sebelumnya pemakaian tudung dikalangan wanita kelihatan begitu janggal sekali

Makanan halal yang dibuat oleh orang islam mula mendapat tempat oleh bangsa mim setelah  tersedar bahawa selama ini hampir kesemua kicap/sos/mi/taugeh/sabun/ubat gigi dll lagi dibuat oleh orang bukan islam

**Era suara2 yg entah datang dari mana mula meniupkan kata2 backdoor trigger kepada bangsa yang sedang berasimilasi
#-Islam itu AKAN bangkit untuk kali kedua dari timur
#-/Bangsa malayu AKAN memimpin dunia diakhir zaman

~Era komunis sudah ‘give-up’ memerangi bangsa yg sedang berasimilasi
Dimasa negara2 lain ada yang sudah sebati dengan ideologi komunis yang tidak percayakan Tuhan, yakin dengan konsep kesamarataan, maka ditaqdirkan dengan diplomasi bangsa mim disokong dengan semangat juang yg tinggi utk tidak mahu diperintah oleh ideologi yg bertentangan dengan adat budaya bangsa ini, maka akhirnya ditahun 1980an, perjanjian dimeterai bagi mengakhiri ancaman komunis di tanah bertuah ini

Namun perkampungan baru terpaksa dibuka untuk menempatkan bekas2 komunis yang dulunya tinggal di dalam hutan…baikkan bangsa mim ni…??


~Era pemerintahan maha-firaun moden yang ‘kejam dan zalim’ 
22 tahun ‘mengongkong’ negara ini dari segala bentuk ancaman yg boleh mengganggu keamanan negara tanah dihujung dunia

Maha-firaun moden itu  tidak lain dan tidak bukan adalah tun m yang Tuhan masih rezekikan kesihatan yang amat baik serta masih aktif menyumbang idea kepada bangsa mim serta negara ini

Maha-firaun ini memang ‘sungguh zalim’ keatas bekas penjajah negaranya dahulu iaitu england kerana dengan selamba, sempoi dan bersahaja, maha-firaun moden telah mengambil semula seberapa banyak aset berupa ladang2, bangunan2 bersejarah, hak berdagangan, hak berekonomi serta hak2 yang lain drpd terus dimiliki atau dibuli oleh england

Maka sungguh marahlah perdana menteri england ketika itu kerana telah ‘dipemainkan’ dengan kelicikan stategi maha-firaun bangsa mim moden ini

~Era proksi zionis/jesuits dr bangsa sendiri bekerja keras memegang tampuk pemerintahan negara untuk dipersembahkan kepada tuan zionis/jesuits’
Sesungguhnya zionis/jesuits itu memang amat marah  serta menaruh dendam yg bersangatan terhadap maha-firaun moden ini

Maka disaat maha-firaun sebuk membangunkan negaranya yang baru saja terlepas drpd gangguan komunis,  tanpa disedari maha-firaun telah meletakkan proksi didikan & tajaan zionis/jesuits terlalu dekat dengan dirinya

~Era ‘mengejutkan’ negara dengan pemecatan orang no. 2 penting kerajaan
Berlakunya bencana alam jerebu yg paling dasyat dlm sejarah alam sekitar, bermulanya aktiviti demonstrasi dikalangan rakyat malaysia yg belum pernah dilakukan sebelum ini (kecuali semasa penentangan terhadap malayan union)
Kita seolah2 dikejutkan dari suatu mimpi ngeri namun ianya adalah nyata …

Kita hampir ‘bermimpi’ bahawa semasa krisis kewangan 1998, negara ini hampir saja dijual kepada IMF, dijual juga terutamanya maruah diri bangsa mim, dan jika urusan jual-beli benar2 terjadi maka zionis/jesuits akan menyambut hari raya terbesar dengan melakukan ‘pembunuhan’ beramai2 bangsa mim sama ada secara halus atau nyata

Ekonomi akan jatuh merudum, berlaku huru-hara, rakyat hidup dalam kesempitan maka akan berlakulah  pertumpahan darah seperti yang sangat diidamkan oleh zionis/jesuits 

**Era kemunculan irama nasyid dan muzik berkonsepkan islam serta nyanyian berunsur ketuhanan serta selawat, konsep hiburan islam mula diterima oleh masyarakat yang dulunya sudah hadam dengan lagu2 kebaratan 

~Era berakhirnya pemerintana ‘zalim lagi kejam’ maha-firaun moden
Bangsa mim dikejutkan dengan pengumuman maha-firaun moden utk melepaskan jawatan no. 1 negara walaupun beliau masih belum ‘kenyang’ utk memakmurkan tanah bertuah ini
Bangsa mim menjadi semakin berani bersuara lantang memperjuangkan pelbagai jenis hak2 kemanusian setelah sekian lama hidup ‘menikus’ dibawah ‘kezaliman’ maha-firaun moden

**Era kemasukan telenovela mexico & sepanyol, drama2 bersiri jepun, drama2 feeling dari korea winter sonata, anime jepun dll

~Era pemerintahan ‘tidur’ dan ‘musuh dalam selimut’
Berlakunya pelbagai jenis tsunami samada dr segi bencana alam – dilautan, didaratan malahan dlm arena pemerintahan negara dimana sebahagian negeri diperintah oleh pihak yg berlawanan dengan kerajaan, era musuh mula secara agak terbuka menyelinap masuk  kedalam kedua2 pihak yg memerintah dan pihak yg berlawanan dgn pemerintah

~Era jatuhnya sebuah kuasa bahana ‘spell’ dr sihir demo-crazy
Dan bermulalah era musuh nyata mula menampakkan diri dan menunjukkan taringnya yang tajam menusuk jiwa

**Era budak2 malayu sudah pandai ‘membuat’ serta ‘membuang’ bayi dimerata2 tempat

~Era ‘berjalan2’ dan ‘bersantai2’ di jalan raya, di stadium malahan dipekan2/bandar2 dek mahu mengamalkan sihir demo-crazy secara bersungguh2, memijak gambar pemimpin2 yg tidak disukai, kata-mengata semakin berleluasa

**Era kemasukan beramai2 bangsa dari pelbagai pelusuk dunia ke tanah bertuah dengan tiket sebagai pelajar antarabangsa di  ipta/ipts

**Era budak2 malayu genius tahap gaban mendapat straight a dlm spm, 20A, 18A – nur amalina, nik madihah, siti fatimah

**Era langit terbuka – fenomena mistisfiles oleh MO serta siri alter terahsia bangsa melayu oleh Srikandi

~Era – islam agamaku yang tulus mulus mula di’bincang2’kan secara terbuka
“Mereka” yang selama ini amat ‘berminat’ dengan agama ini mula mempersoalkan pelbagai perkara yang berkaitan dengan amalan islam oleh bangsa mim

Melaungkan azan mengganggu ketenteraman manusia yang sedang enak diulit mimpi diwaktu subuh, kalimah ‘Allah’ adalah milik semua - Allah Tuhan untuk semua agama – tapi aqidah tetap berlainan, peguam syariah terbuka kepada semua anutan agama asalkan you ada kelulusan dlm syariah islam…..etc

~Era sihir demo-crazy semakin terserlah ‘spell’nya keatas bangsa malayu 
Pecah & perintah semakin menyerlah sehingga lahirnya etnik2 baru bangsa melayu dizaman moden berdasarkan warna & simbol..??

Etnik hijau bersimbol bulan, etnik biru bersimbol dacing, etnik merah/putih bersimbol keris, etnik putih bersimbol roket, etnik biru muda bersimbol mata satu
Bangsa melayu dengan mudahnya boleh saja bertelagah disebabkan warna2 & simbol2 itu tadi

Warna hijau dan simbol bulan sudah dipajak oleh golongan tertentu lalu mereka menjadi etnik tersebut, warna biru dan simbol dacing telah dipajak oleh segolongan yg lain, lalu mereka menjadi etnik tersebut…dan bergitulah seterusnya……

Tuhan, Nabi, Iman dan Islam sudah menjadi prioriti terakhir malahan amat senang diperdagangkan sesuka hati demi kelangsungan & taksub terhadap warna2 & simbol2 yg telah dipajak itu tadi  Begitu juga nadi & tunjang utama bangsa melayu iaitu adat-budaya-bangsa  dan agama-aqidah-anutan benar2 sudah terpisah menjadi dua entiti yg berbeza

**Era kegilaan kepada drama2 korea, muzik korea, artis korea, k-pop dan segalanya korea termasuk psy-gangnam style

**Era uai – ustaz azhar idrus, ustaz don danial

**Era penghijrahan artis2 kesayangan kembali kepada islam

**Era drama2 berunsurkan keagamaan

**Era yuna berhijrah ke usa  mengikat kontrak dengan david foster serta shila amzah memenangi asia music wave 2012 di negara cina – artis2 wanita malayu berhijab yang cantik manis, educated, ayu menawan meluaskan pengaruh mereka keluar negara

***Era tiupan sepoi2 bahasa backdoor trigger semakin menyerlah, singgah ke cuping2 telinga singa2 dan naga2 yg sedang ditidurkan sejak dri ratusan tahun yg lalu

***Era sekumpulan manusia dari tanah di hujung dunia berusaha gigih mengembangkan sayap perniagaan ke kota mekah dan kota madinah
Usaha mereka ini dilakukan untuk  membuka ‘kunci’ teka-teki bahawa bangsa berhidung pesek, berbadan sederhana, bermata bundar dan rambut ikal mayang inilah yg akan berperanan besar menjadi pendamai kepada pihak2 yg selama ini saling bermasam-muka akibat berlainan fahaman idelogi

Juga bangsa berkulit sawo mayang, tak hensem tetapi menawan dan tak jelita tetapi ayu – yg akan berjuang membebaskan al-aqsa dari cengkaman zionis/jesuits sejak sekian lama – dengan bunyi derapan kuda2 yg kencang berlari pantas mengejar musuh bersama kilauan pedang2 panca-suria yg sudah lama dahagakan darah musuh yg hanya menanti saat tarikh luput dr muka bumi ini


Lalu era apakah yang sedang kita lalui diketika dan disaat ini….???

Inilah era keruntuhan serta kemusnahan sebuah sistem yang dinamakan sihir demo-crazy (demokrasi) – sisem yang selama ini mencengkam  serta amat memecah-belahkan ummat – saudara sebangsa & seaqidah sanggup dibuang ketepi hanya semata2 kerana berlainan fahaman dlm  melaksanakan sihir demo-crazy, sistem yang hanya mementingkan kekayaan individu & suku-sakat sendiri sahaja, tetapi agama Islam dan ummat islam itu masih nampak sgt mundur & asyik menjadi penerima subsidi sahaja

Angin sepoi2 bahasa ada menyampaikan mesej indah lagi bermakna kecuping telinga bangsa malayu yang berhidung pesek iaitu demo-crazy ditanah bertuah ini sedang runtuh serta Islam pasti menang dan tidak akan terkalahkan lagi

Era masa depan
Berbalik kepada backdoor trigger:-
~Islam itu AKAN bangkit untuk kali kedua dari timur
~Bangsa malayu AKAN memimpin dunia diakhir zaman

Suasana  yang bagaimanakan yang bakal mewarnai tanah bertuah dihujung dunia ini..??
Negara yang aman makmur serta mendapat mengampunan dari Tuhan
Bolehkah ia terjadi…??
Atau ia hanyalah satu angan2 atau mitos disiang hari..??

Ianya  BAKAL dan AKAN terjadi kerana ia adalah janji Tuhan utk ummat akhir zaman
Sekelompok bangsa mim aka bangsa malayu sedang begitu bersungguh2 menagih janji Tuhan dengan merealisasikan segala “terma & syarat” yang sangat diperlukan utk berlakunya era gemilang tersebut

Tahun 2013 membawa seribu satu persoalan dan harapan

Disaat catatan ini ditulis…..isu  sabah masih berlangsung, tempoh kematangan parlimen sistem sihir demokrasi raja berperlembagaan semakin menghampiri tarik luput 5 tahunnya, simbol2 etnik baru melayu sudah kelihatan disana-sini, dimerata2 tempat – simbol biru dacing, simbol merah keris, simbol hijau bulan, simbol biru muda mata satu dan simbol roket putih pun ada…..manusia amat mementingkan simbol2 berwarna2 ini…simbol…aka ‘berhala’ moden…???

Namun disebalik ‘cuaca’ emosi dan jiwa yg nampak semakin panas membara, ada suara sayup2 kedengaran…dengan penuh qudus namun tegas sering mewar2kan bahawa etnik2 baru yang mengguna-pakai simbol2 berwarna ini akan runtuh…

Sistem etnik bersimbol ini hanya menjadikan bangsa mim yang berhidung pesek semakin berpecah-belah dek bahana sihir demokrasi…kelangsungan daripada agenda utama utk melenyapkan banga mim dari muka-bumi ….menghalang bangsa mim daripada melengkapkan asimilasi terakhir untuk menjadi hamba  yang benar2 takutkan Tuhan, cintakan Rasul serta menjadi pendokong kebenaran kepada kebangkitan islam diakhir zaman utk kali kedua

Suara2 qudus sering membisik2kan bahawa dikala sistem sihir demokrasi ini sedang runtuh,  angin sepoi2 bahasa pula sedang bertiup  lembut keatas bara api islam yg  sedang membakar & terus marak, memberi tenaga baru menyuburkan iman yg dulunya hanya senipis kulit bawang, membantu bangsa berhidung pesek, bermata bundar, berkulit sawo matang ini menjalani proses asimilasi terakhir..................menggabungkan keperibadian bangsa mim yg kuat berdiplomasi dengan keperibadian para wali yang tidak risau dengan hal2 dunia serta terlalu amat merindukan kehidupan akhirat yang kekal abadi

Lalu setelah asimilasi terakhir ini lengkap kitarannya, maka islam itu tidak akan terkalahkan lagi dibawah naungan banga mim ini


~Era asimilasi terakhir bangsa mim - Islam tidak akan kalah-kalah lagi
Tuhan....sesungguhnya aku sungguh tidak berdaya utk menghalang perpecahan yang semakin ketara keatas bangsa darah daging ku ini kepada etnik2 baru berdasarkan warna2 & simbol2…..
Aku melihat sendiri adik-beradikku, ipar-duaiku, saudara-maraku saling bersengetan hati semata2 berbalah bahana daripada anutan ‘agama baru’ ini

Namun ‘suara2’ lembut yang hampir setiap hari tidak pernah jemu membisikkan ke cuping telinga bahawa kebangkitan islam itu tidak akan kalah-kalah lagi dibawah teraju bangsa berhidung pesek & berkulit sawo matang ini

Sudah terlalu banyak adaptasi serta asimilasi yang Engkau datangkan keatas bangsaku
Aku hampir penat untuk terus berubah  setiap kali berhadapan dengan era2 baru yang ditaqdirkan

Tuhan….tolonglah jadikan era ini adalah proses asimilasi terakhir kami dalam pencarian spiritual hati dan jiwa ini

Kami hanya mahu  menjadi hambaMu yang sebenar2nya dan bukan hamba kepada warna2 & simbol2 itu
Juga kami mahu menjadi umat yang komited kepada sunnah kekasihMu, Nabi Muhammad SAW Yang Mulia dan bukan kepada sunnah2 korea, sunnah2 barat, sunnah2 mexico, sunnah2 warna & simbol2 atau sunnah yang seumpamanya

Perkenanlah doa dan harapan kami ini wahai Tuhan Yang Maha Esa

17 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Saudara Jangan NBimbang Disini. Orang2 Melayu Sarawak Dan Bangsa Dayak Semakin banyak kembali kepada Islam.

    Orang2 Malayu Sarawak, mula menjadi tahfiz dan seorang bakal menjadi Mufti di Perlis. Insyallah, Bumi Borneo Akan bangkit selari dengan 'Jantung Dunia'.

    Ingatlah, ketika Bumi Semenanjung itu bak 'Jantung', Kami inilah bagaikan 'Anjing' yang akan memberi peringatan di atas perbuatan kalian.

    Kami di anugerahkan kekayaan untuk memberi pertolongan kepada orang2 'Jantung'. Kami ini dijadikan Darah Pahlawan,(Malayu,Iban,Bidayuh,Sulu,Bugis,Tidung,Jawa,Minahasa,Penan Dan Dll) untuk menjaga kedaulatan orang2 yang hidup dijantung.

    Walau kami berbadan kecik namun tidak kami takut kepada sesiapa pun.Walaupun agama kami masih lagi rendah, namun darah hangat jika Islam dipersoalkan.

    Tatkala, sebahagian orang2 'Jantung' menanya mana jati diri kami terhadap demokrasi, kenapa kami tidak demostrasi, kenapa kami tidak mengundi hinggakan etnik dacing biru sahaja menang tanpa bertanding. Ini adalah kerana kami sudah tahu apa itu bahana demokrasi.

    Demokrasi ciptaan dajjal. Jika kami juga terkena bahana demokrasi, siapakah yang mampu memberi peringatan Kepada Orang2 'Jantung' lagi.

    Kini Mulut si 'Anjing' (Lahad Datu) mula mengaung. Mengaung melihat tanah filipina dan amerika disebelah kanan. Melihat mereka mengatur langkah.

    Anjing ingin memberi peringatan kepada Tuannya. Agar senantiasa berhati2 ketika meniti. Meniti sesuatu yang tak pasti.

    Musuh mula mendidik darah pahlawan(Borneo) untuk membunuh sesama sendiri. Akibatnya, jantung, hati dihiris, kepala disembelih tanpa takut dan getir layaknya Seekor Anjing kelaparan.

    Atas sebab itulah 'Tuannya' Harus mendidik si 'Anjing'. Agar menjadi Anjing seperti Ar-Raqim Si Anjing Ashabul Kahfi.

    East Malaysia tempat anjing kini berada. Sebab itulah orang2 ganas namun penuh senyuman layak orang2 Jantung. Jika tidak dijaga mahunya sifat keberanian membunuh mula dihidupkan.

    Seperti Malayu Kalimantan menghambat Madura.

    Jika kita lambat bertindak, musuh akan meyelinap masuk ke leher anjing (Brunei) Jika leher dipengang maka 'Anjing' Akan berpaling kepada Tuannya.

    Maka berdoalah kita agar tidak terjadi sedemikian. Amin.

    PSS# Tulisan saudara amatlah berkenan dan sama pemikiran dengan hamba.

    ReplyDelete
  2. w'salam sdr Malayu Sarawak,

    Maha Suci Tuhan yg menjadikan tanah semenanjung itu seumpama 'jantung' dan tanah borneo itu seumpama 'anjing' yg sedang menyalak

    walau sebahagian manusia memandang hina makhluk anjing, namun manusia lupa bhw anjing adalah teman/penjaga yg sgt setia kepada tuannya

    terlalu byk misteri borneo yg masih belum terungkap - tanah punt, raja perahu & permaisuri ati, raja matahari....

    maka Tuhan taqdirkan berlakunya apa yang telah/sedang berlaku kini di tanah borneo - maka bangsa mim 'dipaksa' utk membaca/mengkaji/menelaah salah-silah, potensi, cerita2 ttg tanah ini serta org2 yg mendudukinya

    pakcik saya & seluruh ahli keluarganya sanggup berpindah & bermastautin di sabah semata2 mahu mendekati & menemani 'saudara2' kami di sana - sungguh mulia hati mereka

    yup.....org2 borneo terlalu amat baik hati mereka, tutur-kata manis, semangat juang yg tinggi, tidak mudah putus asa, rajin2 belaka - warisan drpd jiwa pahlawan yg gigih berjuang

    sungguh benar bhw sifat diplomasi 'si jantung' mesti digabungkan segera dgn sifat pahlawan 'si anjing' - bersandarkan kepada aqidah tauhid yg tulus - maka islam itu pasti menang di sebelah timur ini

    masa 'bersuluk' sudah tiba, kita 'jual' dunia kita sedikit demi sedikit kepada Tuhan agar bangsa mim ini menjadi seorang pahlawan yg amat berdiplomasi berhadapan dengan kawan atau lawan

    ReplyDelete
  3. Assalammu'alaikum...wrt, hamba hanya ingin memetik sedikit sebanyak ayat2 yang saudaraku Wangsa gelar bangsaku dan ayat2 saudaraku Melayu Sarawak berDarah Pahlawan...

    Ya Allah... Ya Rabbuna...
    Kami hanya mahu menjadi hambaMu yang sebenar2nya dan bukan hamba kepada warna2 & simbol2 itu.

    Namun ‘suara2’ lembut yang hampir setiap hari tidak pernah jemu membisikkan ke cuping telinga bahawa kebangkitan Islam itu tidak akan kalah-kalah lagi dibawah teraju bangsa (MIM) berhidung pesek & berkulit sawo matang ini.

    Ingatlah, ketika Bumi Semenanjung itu bak 'Jantung', Kami inilah bagaikan 'Anjing' yang akan memberi peringatan di atas perbuatan kalian.

    Maha Suci Tuhan yg menjadikan tanah Semenanjung itu seumpama 'jantung' dan tanah Borneo itu seumpama 'anjing' yg sedang menyalak.

    Walau sebahagian manusia memandang hina makhluk anjing, namun manusia lupa bhw anjing adalah teman/penjaga yg sgt setia kepada Tuannya.

    Atas sebab itulah 'Tuannya' telah pun mendidik si 'Anjing'. Agar menjadi Anjing seperti Ar-Raqim Si Anjing Ashabul Kahfi.

    Aminnn.. InsyaAllah Ta'ala... JazakAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam AB yg sgt bertuah dunia akhirat,

      akhirnya Tuhan bukankan hijab sebahagian puzzle yg kita cari2 dgn kata kunci - jiwa pahlawan dan sifat diplomasi

      kedua2nya saling bahu-membahu, bagaikan aur dengan tebing, bagaikan irama dan lagu yg tidak boleh dipisahkan

      dan ianya tidak akan dpt dipisahkan lagi utk kali ini....

      Delete
    2. Ya benar saudaraku....
      bagaikan isi dengan kuku...

      Delete
  4. Wangsa, maafkanlah Tun Mahathir, dia sudah bertaubat.Dia didoakan oleh seorang Ulama agar menerima kebenaran. ucapan perkataan yang baik adalah doa utk saudara seagama. Tun memang bersalah tapi dia ada juga jasa kpd negara iaitu mengelakkan bumi ini dari dicengkam oleh IMF dan campurtangan Us secara langsung dalam urusan negara.kalau org lain dah lama kita semua kena jual.Secara diam-diam beliau juga menyokong perjuangan kebenaran yg suatu ketika dulu, beliau sendiri pernah menentangnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wangsa, makcik minta maaf. Lepas baca ulang kali ttg 'maha-firaun' baru la paham. maklumlah dah tua...tapi kalau boleh janganlah guna perkataan tu...

      Delete
    2. w'salam makcik,

      tun m 'diejek' dgn gelaran maha-firaun
      namun mungkin kita lupa, bukankah raja2 mesir dahulukala mempunyai pertalian dgn raja2 nusantara spt raja matahari, raja perahu/permaisuri ati

      firaun adalah gelaran kpd raja mesir, kita skeptikal mungkin kerana 'firaun' yg kita kenal adalah yg zalim

      maha-firaun(raja mesir) aka maha-perahu (raja nusantara)aka kapal-yg-sgt-besar-dan-gagah aka semenanjung-emas

      tun m menerajui negara yg kaya raya

      jadi- gelaran 'maha'firaun' tu ada juga betulnya kan..???.....hehehe
      hhhhmmm......ini sebenarnya adalah imaginasi saya je....

      terima bertandang makcik...!!!

      Delete
  5. Kalaulah para raja purba..prahu..pheroah..firaun..dahulu kala dapat menaiki mesin merentas masa untuk menziarahi cucu cicit mereka dizaman ini..maka akan berkatalah mereka..

    'Alangkah bangganya dan gembiranya kami,apabila mengetahui ada dari keturunan kami yg diberi gelaran MAHA firaun...'

    ReplyDelete
    Replies
    1. as salam adik,

      raja2 malayu purba dibekalkan dgn ilmu firasat yg tinggi, gerak rasa hati yg kuat serta kebijaksanaan dlm strategi mereka meninggalkan jejak2 berharga utk ditelusuri semula oleh generasi kemudian

      -----------------------------------------------------
      FRIDAY, DECEMBER 10, 2010
      Ucapan Alu-aluan Dari Hermit

      saya kod semula isi2 penting ucapan Hermit sbg input utk difikir2kan semula:

      "usia piramid - ialah kira-kira 8000 tahun SEBELUM Masehi (tahun2 sebelum NABI ISA AS)" - backward kpd zaman para NABI terdahulu

      "penemuan yang MASIH DIRAHSIAKAN - tulisan mirip tulisan Rencong telah ditemui - terukir di 'hall chamber' yang merupakan 'ACCESS DENIED' atas sebab-sebab yang tidak munasabah"

      "Maharaja Sriwijaya telah menghantar keturunannya untuk membina berpuluh-puluh negarakota untuk mengekalkan SURVIVAL dan hegemoni,maka sejarah Kemelayuan telah disimpan kemas dalam lipatan sejarah bangsa-bangsa lain untuk tujuan yang sama"

      "Induk2 Melayu pada masa purba telah MENULISKAN RIWAYAT mereka pada pelbagai bahasa selain bahasa ibunda dalam pelbagai tulisan.Selepas mereka mengukirkan huruf terakhir,dengan penuh harapan...bahawa...SUATU HARI nanti ADA ANAK MELAYU yang dapat MEMBACA RIWAYAT TERAHSIA ini"

      "Anda tahu pada era mana terdapat kekerapan kes-kes lelaki Melayu menghadapi kes perebutan anak dengan wanita asing bukan?"

      terima kasih Hermit krn melontarkan klu2 berharga bersempena Maal Hijrah 1432 & Tahun Masehi 2011

      Delete
  6. salam ummat melayu
    ummat bangsa mim

    Insya Allah...jika benarlah pepatah orang dulukala. Di vanua buah (SAVVAH berhamparan lautan Slanglat'in)' huruf bangsa MIM terpeta. Dikala ini, disinilah akan bermulanya, era kebangkitan islam akhir zaman.

    salam akhir mula
    Dari
    Hang@Pang@tidak berlima Berseorang@Laksamana Allihoo
    DisallangTimbang,Lautan berantara Nusa Sammutdra Timur terahsia.
    Menukil kata warisan Sri MAhalinga diatas PralkangParau, AdjungBahtera-Sampan

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam laksamana allihoo,

      terima kasih sudi singgah ke sini
      banyak rahsia & petanda2 dahulu kala yang tuan allihoo ketahui

      semoga ia menjadi pembakar semangat utk terus mempertahankan kedaulatan warisan tanah nenek moyang hingga ke akhirnya

      Delete
  7. Umat ini telah dibentuk dengan tumpahan darah Baginda Rasulullah s.a.w dan kelaparan Baginda s.a.w, sementara kita hari ini memecahbelahkan umat atas perkara-perkara kita yang kecil. Ingatlah bahawa meninggalkan solat Jumaat pun tidak akan datang begitu banyak keburukan seperti yang berlaku akibat memecah-belahkan umat. Apabila akan datang perasaan perpaduan umat di kalangan orang-orang Islam, maka tidak sekali-kali mereka akan dihinakan di dunia ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. as salam AB yang sgt bertuah dunia akhirat

      sugul benar hati tuan hamba

      bukan sahaja darah & kesusahan...malahan Nabi Yang Mulia itu pernah dibaling najis kearah baginda semasa berdakwah kepada umatnya

      disamping kita memang perlu risaukan keadaan umat dikala ini, sesungguhnya kata2 yg merupakan suatu backdoor trigger yang dibisik2kan sedari dulu boleh dijadikan penawar kepada hati yg gundah-gulana

      --------------------------------------
      Kegelapan malam takkan selamanya
      Fajar Subuh datang bersama sinaran mentari
      Begitulah kegelapan pada dunia Islam kini
      Sinarannya pasti kembali

      Kegelapan itu takkan berpanjangan
      Sinaran Iman dan Islam terangi kehidupan
      Ia pasti kan datang membawa tamadun
      Yang menggembirakan, yang kita nantikan

      Di zaman itu, yang hak pasti terbela
      Yang palsu kan musnah
      Kebenaran pasti terjadi
      Yakinlah kita pembela akan tiba
      Tak siapa dapat menghalangnya

      Delete
    2. Wa'alaikummussalam...wrth.
      Benarlah bagai bicara saudaraku wangsa gelar bangsaku.
      Terima kasih atas 'bisikan penawar kepada hati yang gundah-gulana'....

      Delete
    3. takut vs harap

      siapa tidak takut akan perkara2 bencana, kesusahan, kepayahan apatah lagi perpecahan kesatuan yang sedang berlaku dengan tragiknya di kala ini..dan mungkin akan menjadi lebih sadis lagi selepas ini

      pada masa yang sama....secebis harapan itu amat diperlukan sebagai pencetus kepada nyalaan perjuangan dari bara api kesedaran yang sudah semakin membara di sana sini

      takut akan dosa2 yg kita lakukan diatas kejahilan, kelemahan dan kecuaian kita kerana boleh menjadi hijab kepada kebaikan yg sedang menunggu di perjalanan kehidupan

      namun sebagai hamba, amat mengharapkan keampunan, belas kasihan serta petunjuk jalan yang benar dari Tuhan Yang Maha Esa

      Delete
  8. benarkah Raja Matahari = Raja Cyrus?

    AJ23

    ReplyDelete