~jagailah pandangan mataku
~tajamkanlah "pandangan" mataku
~bersihkanlah pandangan "mataku"
~murnikanlah "pandangan" "mataku"
Melihat seseorang manusia....
~ sekali pandang
----nampak sesusuk fizikal zahir - hidungnya mancung bak seludang kelapa, pipinya mulus nan pauh dilayang, bibirnya merah bak delima batu, rambutnya ikal bak mayang mengurai......badannya sasa bak badang, bertahi lalat dipipi, berlesung pipit senyum manis menawan...
~ dua kali pandang
----nampak riak muka kilasan cetusan rasa serta lenggok badan (body language) tafsiran dari fikiran yang menerawang
~ tiga kali "pandang"
----merasa dan terasa 'body chemistry' yang sampai dan disampaikan kepada kita, adakah dia sebenarnya betul2 jujur dgn kita atau adakah dia mahu mempermainkan kita..........
~ empat kali "pandang"
----di dalam dirinya itu bergetar degupan jantung yang Tuhan masih rezekikan untuk mengepam darah merah yang mengalir menjadi manifestasi kehidupannya
----di dalam dirinya berlegar aliran tenaga membawa pelbagai mesej dan maklumat dari minda keseluruh anggota tubuh zahirnya
----dari dalam dirinya terjana aura tenaga menifestasi peribadi misteri yang tersembunyi
----ke dalam dirinya terserap tenaga pelbagai dari sekeliling kehidupannya, sama ada yang baik mahupun yang tidak baik bergantung kepada kekuatan dalaman yang empunya diri
~pandanglah dan "pandanglah" berkali2 dengan matamu serta melalui "matamu"
----dirimu, diri orang2 yang kau kasihi serta diri orang2 disekelilingmu
----adanya darah kehidupan yang mengalir
----adanya tenaga kekuatan yang menjana
----adanya aura kewarasan yang membara
No comments:
Post a Comment