Sunday, 10 February 2013

Backdoor Trigger



Direct Psychological Attack
Bangsa Malayu adalah bangsa yang malas dan bodoh
Bangsa Malayu tiada tamadun, buat sebatang jarum pun tidak tahu

                                 Versus

Backdoor Trigger
Islam itu AKAN bangkit untuk kali kedua dari timur 
Bangsa Malayu AKAN memimpin dunia diakhir zaman 

Nota: backdoor trigger - pinjam kata-kunci ini drpd cikgu srikandi


Direct Psychological Attack – kata2 yg dilemparkan terus kepada diri kita dengan niat menjatuhkan air-muka, semangat, maruah, harga diri serta jati diri bangsa ini

~Bangsa Malayu adalah bangsa yang malas dan bodoh
~Bangsa Malayu tiada tamadun, buat sebatang jarum pun tidak tahu

Saya pun tidak pasti siapa dan dari mana kata2 sihir itu datang
Tetapi kata2 sihir itu telah meniti dari bibir ke bibir sejak sekian lama dlm masyarakat kita

Diantara percaya dengan tidak, kita pun  menelan kata2 sihir tersebut secara paksa-rela dengan minda yang terpinga2....."okay...okay....betullah semua tu.....!!!"

Nak kata ia tidak benar, ada juga kebenarannya terutama bila bangsa kita SENTIASA dibandingkan dengan kerajinan bangsa yang satu lagi yang rata2 hidup dibandar2 besar, penuh dengan segala  prasarana asas yg memudahkan mereka menjalani kehidupan seharian serta mengejar kemajuan (material)



Nak kata ia tak betul pun boleh juga, sebab melihatkan kesungguhan & ketekunan ibu-ayah, datuk-nenek, saudara-mara sekampung bekerja membanting tulang, memerah keringat siang dan malam, membuka hutan-belukar, semak-samun, mencangkul parit dan ban hingga akhirnya mereka berjaya bercucuk-tanam koko, kelapa, getah, kelapa sawit, menternak lembu-kambing-ayam-kerbau-itik, menanam jagung-sayuran dan semua serta segalanya – secara kolektif – gotong-royong, muafakat-mesyuarat.........mereka semua tu bekerja-berusaha dengan penuh rajin & gigih belaka…!!!! membela nasib keluarga-isteri-anak-pinak, menghantar mereka kesekolah-madrasah, berkorban harta-benda demi memajukan diri & masyarakat agar generasi seterusnya dpt hidup dengan lebih baik lagi

Lalu dimana kebenarannya bahawa bangsa ku ini malas dan bodoh…??? 

Bila disingkap tabir anak2 malayu satu-persatu, ramai rupa2nya yang bijak2 belaka dan menjadi pakar dlm pelbagai bidang professional. 
Bukan saja sebatang jarum, malahan pelbagai teknologi dicipta hasil dari kepakaran anak2 kita

Namun kata2 sihir ini tetap juga mengekori kita dari segenap penjuru kehidupan seumpana saka keturunan yg diwarisi secara paksa-rela atau tanpa diketahui oleh seseorang itu

Setiap perkara yg kita lakukan (material) pastinya AKAN SENTIASA dibandingkan dengan pencapaian bangsa2 imigran yg dibawa masuk serta diberi taraf warga-negara oleh british dahulu


Namun sejak dari tahun2 1970an, ada pula suara2 halus-tulus-mulus yang menendang2 cuping telinga kita, sehingga menjadikan dahi kita berkerut seribu, mata pun rabun2 dan mamai, suara2 selamba tetapi berani & tegas memberi seakan Backdoor Trigger kepada jiwa2 malayu yang nampak semakin layu kerana asyik sangat dibandingkan segala dan semuannya dengan kehebatan bangsa2 imigran tadi

Apakah kata2 keramat itu…???

Backdoor Trigger – indirect brainwash to the corrupted & spoiled mind and soul

~Islam itu AKAN bangkit untuk kali kedua dari timur (nusantara – malaysia)

~Bangsa Malayu AKAN memimpin dunia diakhir zaman (bangsa malayu disenangi dan mudah diterima oleh bangsa2 lain, sering menjadi pendamai kepada pihak2 yg bertelagah diperingkat asia-tenggara mahupun dunia)

Mahu percaya…??
Silalah percaya dan ambil manfaat darinya
Ia bukan kata2 poyo

Tidak mahu percaya, lantas mengabaikannya dan meneruskan kehidupan seharian seperti sedia-kala dlm zon-selesa…??
Janganlah begitu kawan….!!

Ambil, pegang, hayati dan perjuangkan kata2 keramat ini kerana Allah dan RasulNya
Tuhan berikan peluang-ruang-masa kepada sebuah bangsa yang selama ini dilabel sbg malas, bodoh dan buat sebatang jarum pun tidak tahu bagi memperbaiki dirinya, memajukan dirinya, menyiapkan dirinya utk menjadi contoh dan ikutan, tempat rujuk bahkan ketua kepada bangsa2 lain didunia



Kita rasa tidak layak..???

Yup…sememangnya dengan segala dosa, kekurangan, lemah-longlai-mamai yg sedang kita hadapi kini, kita sejujurnya tidak layak langsung utk memimpin dunia

Tetapi kita ada Tuhan bukan..??
Kita juga ada Nabi bukan…??


Tuhan Yang Maha Agung -  memudahkan perkara yang payah, meringankan perkara yang berat, mendekatkan perkara yang jauh….sebagaimana doa dlm solat sunat dhuha yang amat berkat itu

Nabi Muhammad SAW yang roh Baginda itu sentiasa aktif menemani kita diakhir zaman, Nabi yang sentiasa menjawab salam kita, Nabi yang sering mendoakan kita malahan Nabi yang boleh saja memberi syafaat bila mana kita mengikuti amalan2 yg disuruh agama

Marilah kita jadikan backdoor tigger ini sebagai penguat semangat serta kata2 hikmat yang boleh kita pegang sebagai motivasi bagi merubah keadaan minda-tenaga-jiwa kepada keadaan yang lebih baik didunia hingga ke akhirat

Kita sama2 berdoa dengan sungguh2 kehadrat Tuhan agar:
~Minda-jiwa yang sekular dpt segera sedar-insaf-kembali ke jalan yg diredhaiNya
~Minda-jiwa yang sudah islamik dpt segera menyuburkan rasa-tenaga kasih-sayang kepada sesama saudara seagama
~Minda-jiwa yang sudah jauh terpesong dengan isme2 liberal dpt segera kembali kepangkal jalan, menjadi manusia yg normal mengikut acuan fitrah kejadian insan

Tiada apa yang lebih membahagiakan selain drpd melihat bangsaku ini saling berkasih-sayang sesama mereka, tidak lagi tertipu dengan segala sihir demokrasi yang amat memecah-belahkan ummat.

"saya sayang Pak Mie..................semoga semua rakyat malaysia pun saling berkasih-sayang dan hormat-menghormati ya Pak Mie....."




"mekacih Pak Mie kerana menjaga saya selama ini..........bagi saya makan-minum, ubati saya bila sakit, dpt bermain dgn kawan2 dan dpt tidur lena di malam hari.....semoga Tuhan balas budi-baik Pak Mie & Mak Intan dgn syurgaNya diakhirat sana....."


Nota: sebagai seorang musim dewasa, sudah tentu Pak Mie & Mak Intan arif tengtang hukum-hakam bersuci dlm syariat Islam. Dengan adanya sungai yg terletak berdekatan dengan tempat pemeliharaan ini, mudah bagi mereka utk bersamak serta menyucikan diri

6 comments:

  1. Ya Rahman..Ya Rahim

    Solawat dan salam buat nabi junjungan serta keluarga baginda.

    Kepada engkau ku mohon Ya Allah.

    Karuniakan akan daku,isteriku,ayahbonda serta para leluhurku,zuriat keturunanku, saudara sohabatku,bangsaku..

    Ketenangan dan kebahgiaanmu.
    Kegagahan dan keteguhanmu.
    Keredhoan dan anugerahmu.

    Amin.......




    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga Tuhan perkenankan doa-harapan-permohonan kami ini demi utk kelangsungan Iman & Islam di akhir zaman

      Delete
  2. adakah ini contoh direct psychological attack?

    contoh kes:

    orang melayu sering dikatakan tidak tahu berniaga. walaupun sebenarnya, tanah melayu pada saat kegemilangannya adalah sebuah pusat perdagangan antarabangsa yang terkenal ke pelosok dunia. masakan bangsa yang menguasai maritim benar2 tak tahu berniaga. dan kita juga sering dikhabarkan bahawa nenek moyang kita banyaknya menjadi petani di kampung2 sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. as salam adik Siti Najwa

      kata2 sihir 'malas' & 'bodoh' ini ditujukan utk membonsaikan semangat bangsa malayu di SEMUA bidang
      salah satunya ialah perniagaan

      penjajah sengaja membawa masuk imigran ini beramai2 dan mensyaratkan raja2 melayu memberi taraf warga negara jika mahu merdeka. itupun alhamdulillah malayan union dpt dicantas oleh pejuang2 zaman dahulu sebelum kita diberi so called kemerdekaan. jika tidak imigran2 tadi benar2 diberi taraf yg sama dgn kita - tiada privilege utk kita pertahankan agama, raja2 serta bangsa kita - lagi naya rasanya jika malayan union itu benar2 dpt dilaksanakan
      tapi Tuhan tidak izikan ia berlaku

      saya petik perenggan berikut dr blog MOM:

      http://militaryofmalaysia.net/2013/01/black-ops-operasi-sabah-selamanya/

      "Apabila Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957, dunia antarabangsa berkata sesama sendiri bahawa negara ini akan musnah dan terjerumus dalam konflik berdarah akibat rasnya terbahagi kepada tiga iaitu Melayu, Cina, India serta bumiputra yang lain."

      utk menyokong kata2 sihir itu, teknik pecah-perintah antara kaum dilakukan mengikut lokasi:
      cina-bandar-BERNIAGA
      india-estet-BURUH
      malayu-kampung-BERTANI

      namun usaha keras dilakukan oleh pemerintah (biasanya secara kita tidak sedari) utk menaikkan ekonomi org melayu terutama yg tinggal diluar bandar - agensi2 spt felda-felcra-uda-tekun dll diwujudkan kerana persaingan memang sungguh sengit bila bangsa2 adik-beradik itu didatangkan ketanah melayu ini

      bangsa melayu memang tahu & pandai berniaga - cth kecil ialah pasar malam atau ditepi2 jln, walaupun tidak secara besar2an, namun semangat & bakat berniaga tetap mengalir dlm darah2 malayu ini bukan...??

      bukankah tujuan jepun datang itu utk menghapuskan etnik malayu di tanah melayu ini...??? tapi tidak berjaya

      juga bukankah komunis itu juga datang ke tanah melayu ini utk menyembelih org2 malayu dan merampas tanah ini dr pribuminya...?? tapi sekali lagi Tuhan tidak izinkan

      juga bukankah peristiwa 13 mei 1969 itu juga bertujuan mahu 'menyapu' org malayu dr tanah tempat lahirnya..?? sekali lagi Tuhan tidak izinkan juga

      jadi utk terus melemahkan semangat bangsa malayu - kata2 sihir ini terus dimainkan supaya kita mudah kalah-putus asa dlm setiap usaha yg dilakukan

      tapi sekali lagi ianya seolah2 tidak menjadi kerana di era langit terbuka ini...TIBA2 muncul ramai usahawan-jutawan malayu dlm pelbagai bidang spt herba-kosmetik, hartanah, saham dll
      ramai pula pakar2 motivasi yg muncul memberi tips-kursus-latihan-sokongan kepada warga ini utk terus maju terutamanya dlm bidang perniagaan

      tidak lain dan tidak bukan - ianya adalah hasil dari doa yg berterusan drpd para pencinta agama (tanpa kita sedari) yg mahu melihat bangsa ini naik-semula, kuat imannya & baik peribadinya - supaya dpt menjadi penolong & pelayan agamanya diakhir zaman ini

      kita amat memerlukan ramai warga muslim yg kaya-raya namun berjiwa spt abd rahman bin auf utk membangunkan & memakmurkan agama & negara

      Delete
    2. ow, saya fikirkan momokan orang kita hanya di kampung2 dan tak tahu berniaga itu hanya datang dari figura2 tertentu dalam negara sahaj. rupanya dari penjajah dahulu

      Delete
  3. Assalammu'alaikum...wrt, Saudaraku wangsa..

    Saya amat setuju dgn kenyataan ini;

    "Islam itu AKAN bangkit untuk kali kedua dari timur
    Bangsa Malayu AKAN memimpin dunia diakhir zaman"

    Benarlah segala Firman Allah T'a'ala dan sabdaan Baginda Rasulullah s.a.w.

    Amin...Ya Rabbal 'Alamin..

    ReplyDelete