Tuesday, 11 December 2012

Ulangkaji ATBM – 19



Assalamualaikum Cikgu Srikandi....

Cikgu Sri, izinkan saya ulangkaji pelajaran ATBM ye..

Saya kopi-pasta nota2 penting dari lecture maya Cikgu ye....

 

Friday, August 13, 2010


 

##-NOTA CIKGU SRIKANDI

~Orang Jawa pada umumnya bersifat kasar dan berani.Hati mereka kering.Mereka cepat emosi.Mereka juga bersifat menonjol berbanding etnik-etnik lain.Mereka rajin dan kreatif.
~Berlainan dengan Malaysia, pendekatan mereka lebih lembut
~Bangsa Melayu di Malaysia terdiri dari etnik Kedah, Perak, Kelantan sekadar menyebutkan beberapa nama memiliki emosi lebih bertolakansur

~Anda tahu panggilan purba kepada bangsa Melayu di semenanjung? Iaitu SIAM ASLI
~Dari mana perkataan Siam ini diambil?  iaitu dari Benua Siam,di mana antara persinggahan pertama Deutro Mala sebelum mereka bergabung dengan Proto Mala dan Deutro Mala yang mengambil jalan laut untuk sampai ke 'Promised Land'


~Deutro Mala yang mengambil jalan laut inilah yang membentuk kaum Jawa hari ini
~Dari Tanah Kanaan mereka berlayar hingga ke Tanah Jawi, tepatnya di Sungai Musi
~Cabaran di lautan menyebabkan kaum Jawa lebih lasak dan tegas dalam hidup



~Berbeza dengan Deutro Mala yang mengambil jalan darat, mereka banyak bertemu dengan pelbagai bangsa di sepanjang perjalanan mereka, berasimilasi dan banyak berdiplomasi
~Jika mereka tidak pandai dalam hal bertolakansur atau diplomasi, sudah tentu mereka akan lenyap sebelum sampai ke Yunnan seterusnya ke Benua Siam dan semenanjung

~Jadi kita boleh lihat mengapa tabiat bangsa Nusantara di Indonesia dan Malaysia berbeza dari segi sikap


##-Kajian Strategi The Wise Man of Antichrist

~Sepanyol dan Portugis adalah dua buah kuasa maritim awal Eropah zaman kolonial
~Saya rasa anda sudah maklum tentang Columbus yang berusaha untuk mencari India namun terjumpa Amerika dan panggilan 'Indian' kepada kaum pribumi Amerika yang disangka Columbus ialah orang-orang India masih lekat sehingga ke hari ini
~Mengapa Columbus berkeras mahu menjumpai India melalui jalan laut? Ini kerana dia menerima arahan dari atasannya
~Sebab itu Columbus pernah dihukum kerana gagal menemui jalan ke Timur seperti yang diharapkan
~Mengapa bangsa-bangsa Eropah ini berlumba-lumba untuk mencari jalan ke Timur?

~Pola sebenar Imperialisme adalah INPERIALISME KE ATAS ASIA TENGGARA tepatnya Kepulauan Tanah Melayu

~Anda boleh lihat selepas kejayaan Magellan menjumpai Filipina, kerajaan Sepanyol cepat-cepat menghantar tenteranya untuk menduduki Kepulauan Filipina
~Anda pernah dengar slogan Gold, Gospel dan Glory? Gospel adalah tujuan utama The Wise Man
~Imperialisme adalah strategi awalnya sementara para sarjananya menulis pelbagai buku dan tesis tentang pelbagai idea dan gagasan sosiopolitik
~Dari sini timbul IDEOLOGI

~Liberalisme, Fasisme, Komunisme dan Nasionalisme sekadar menyebut beberapa contoh adalah percaturan The Hidden Hand untuk memecahkan negara-negara di zaman imperialisme


~Soalannya sekarang, apakah tujuan nasionalisme?
TUJUANNYA IALAH UNTUK MENGHINDARKAN KEBANGKITAN ISLAM

~Kita boleh kaji pola selepas imperialisme
~Negara-negara yang sukar ditakluk sepenuhnya seperti China dipaksa menganut faham Komunis
~Di negara-negara yang dijajah, nasionalisme disuburkan
~Dengan cara ini 'nasionalisme Islam' hampir tiada atau tidak kedengaran langsung.Ditidurkan dengan lenanya
~Semua orang bercakap tentang demokrasi, nasionalisme, perjuangan bangsa,hidup bangsa dan sebagainya

 ~Soekarno menganggap Malaysia bakal menjadi proksi Inggeris sedangkan pada masa yang sama Indonesia bakal menjadi proksi Komunis

~Permainan catur The Hidden Hand amat licik!
~Mereka menganggap Malaysia adalah perancangan Inggeris, namun sebenarnya …………..

MALAYSIA DAN INDONESIA ADALAH PERANCANGAN BELANDA DAN INGGERIS.

~Mengapa tidak Belanda saja memegang Malaysia?
~Mengapa Belanda mampu menakluk apa yang dinamakan sebagai Indonesia yang luas itu namun tidak berani menjajah Tanah Melayu

CUBA FIKIRKAN

~Jika Belanda saja yang memegang Nusantara, apabila zaman Imperialisme berakhir, Belanda pasti akan melepaskan Nusantara dan hasilnya ialah sebuah NEGARA YANG BESAR!

~The Hidden Hand telah menghantar negara-negara Eropah yang berbeza untuk menjajah Alam Melayu

~Belanda dan Portugis telah sampai dahulu ketika Sepanyol telah mula mendapatkan Filipina
~Namun Belanda dan Portugis meninggalkan Tanah Melayu begitu sahaja tanpa menjajahnya, padahal Portugis nampaknya hanya berminat dengan pelabuhan Melaka
~Belanda mampu berperang dengan orang-orang di Suvarnadvipa atau Malayadvipa (Pulau-pulau Indonesia) namun tidak di Suvarnabhumi (Semenanjung Tanah Melayu)

BELANDA MENUNGGU ORANG LAIN UNTUK MENJAJAH TANAH MELAYU!

~Apabila Imperialisme tamat, Alam Melayu berpecah kepada beberapa negara!


Darah bergenetik nusantara

Mekacih cikgu srikandi…
Baru ku sedar dan tahu kenapa sedari dulu aku ini sangat degil dan keras hati orangnya
Habis semua pengurus2 cina tu aku ‘tebas’ kalau mereka itu sengaja mengusik atau men’jentik’2 telinga ku…..

Ahhh…..peduli apa aku dengan pangkat mu…..kau tidak menghormati orang….cakap melenting2 macam aku berhutang dengan kamu saja…………nah…!!!  aku ‘tebas’ kamu dengan kemarahanku pula….hahaha
Kau ingat orang malayu ni kurus cekeding layu mata terkebil2 tak tahu apa???…suka2 saja kamu nak memarahi orang malayu

Tetapi pada masa yang sama aku ni baik juga orangnya….huhu
Asalkan kau boleh hormat dengan orang lain, kau cakap baik2, kau buat keja kau, aku buat keja aku…..ok no hal….lai…lai….lai….wa tolong lu….lu tolong gua….

Hhmmmm………………rupa2nya darahku ini bercampur diantara dua darah deutro mala yang berjalan melalui gunung ganang tanah daratan untuk sampai ke promised land dengan deutro mala yang mengharungi lautan lepas yang ganaz untuk sampai ke kepulauan2 di sekitar promised land

Ini baru campuran dua deutro mala, bagaimana dengan anak2 bergenetik nusantara yang darah mereka sudah bercampur2 dari pelbagai bangsa dan keturunan……………

Namun ketauhidan dan pegangan orang malayu itu selamanya adalah – “tiada daya upaya serta kuasa melainkan dengan keizinan Tuhan sahaja”

Sebab itu jugalah Nabi yang mulia sentiasa mengingatkan bahawa iman itu tidak mengira bangsa dan keturunan. Orang yang paling baik ialah orang yang paling banyak melakukan kebajikan serta memberi manfaat kepada manusia serta makhluk yang lain


Misteri  gugusan kepulauan alam melayu

Renungkanlah dalam2 kedudukan strategik yang Tuhan taqdirkan ke atas kepulauan melayu
Jika dulu kita belajar geografi  semata2 nak lulus periksa serta ia memang sudah termaktub didalam sukatan pelajaran, maka pergunakanlah semula ilmu alam itu utk mengkaji, meneliti, melihat dengan mata hati  akan ‘sesuatu’ yang tersembunyi dan misteri disebalik kedudukan geografi alam melayu itu

Cikgu sri ada menyebut bahawa alam melayu itu terdiri drpd sekian banyaknya pulau melangkaui dari madagaskar sehingga ke hawaai
Jejak2 bangsa misteri itu ada bertaburan diserata pulau2 tersebut
Terlalu banyaknya hikmah, nikmat serta pengajaran yang Tuhan sediakan, berikan serta amanahkan kepada kita dengan asbab alam melayu itu terdiri dari sekian banyaknya pulau

Cuba kita bandingkan dengan negara asal adik-adik beradik berlainan bangsa – benua india serta tanah besar cina yg terdiri drpd sekian luasnya tanah daratan saujana mata memandang yang majoritinya dipenghuni oleh etnik2 dr satu bangsa sahaja – maka alam melayu mempunyai banyak kelebihan dari segi pendedahan kepada dunia maritim dlm menguasai kemahiran ilmu lautan, perdagangan antarabangsa serta perhubungan diplomatik dengan sekian ramainya bangsa2 dr negara luar

Saya teringat kisah warga cina serta warga india yang berhijrah ke singapura
Si cina tidak tahan dengan bau masakan kari oleh si india kerana mereka tinggal berdekatan di apartment yang sama
Kes ini terpaksa dipanjangkan kepada seorang menteri singapura berbangsa india
Jalan penyelesaiannya ialah si india hanya boleh masak kari pada waktu2 tertentu sahaja…kasihannya dia

Tetapi perkara diatas mungkin tidak akan berlaku di tanah bertuah ini
Seorang rakan cina di pulau pinang dengan bangganya berkongi pengalamannya di dalam sebuah akhbar beberapa tahun lepas seperti berikut:

“ kenapa ahli politik asyik memainkan isu perkauman. Pada saya di peringkat rakyat bawahan, tiada langsung masalah perkauman, saya masih boleh duduk semeja dengan rakan2 saya, saya ( cina) boleh saja makan capati, rakan saya (india) boleh saja makan laksa serta seorang lagi rakan (melayu) boleh saja makan wan tan mee tanpa sebarang masalah, kami bersembang bersama2 serta saling faham-memahami dengan penuh mesra dan muhibbah”

Satu kata kunci yang amat penting kepada mana2 manusia yang Tuhan taqdirkan dapat tinggal di tanah malayu ini ialah – asimilasi

Kemahiran serta kelebihan asimilasi itu menjadikan usaha zionis serta jesuits utk menakluki bangsa misteri ini agak sukar terutamanya dlm misi mereka memburu saki-baki keluarga Nabi yang dipercayai mendapat perlindungan di alam melayu
Ia seumpama mencari sehelai daun emas di dalam kehijauan serta ketebalan hutan hujan khatulistiwa – seperti yang pernah ditamsilkan oleh seseorang dlm komennya di Mistisfiles

Semua kuasa imperialis barat terpaksa bergabung tenaga demi  untuk melaksanakana agenda  pecah-perintah keatas sekian banyaknya negara-kota di kepulauan melayu
Maka akhirnya satu demi satu negara-kota jatuh ketangan musuh namun ia bukanlah secara total

Tidak bermaksud utk cuba menafikan penjajahan  yang telah berlaku keatas kita, namun melihat perjuangan warga nusantara mempertahankan tanah air tercinta dari sudut yang berbeza adalah penting agar kita tidak terus jatuh lemah longlai tidak berdaya lantas terus menyerah kalah kepada keadaan semasa

Cikgu sri ada menyebut bahawa asbab pertama dan utama kerajaan melayu jatuh ketangan musuh adalah kerana penghianatan dari dalam

Ia bermula seawal kejatuhan kerajaan champa dimana pegawai perbendaharaannya telah menerima rasuah dengan sekian banyaknya pemberian harta oleh pihak musuh demi utk menerobosi tembok kota yang kukuh

Ia berulang semula dikala temasik jatuh ke tangan majapahit bila mana seorang penghianat telah membuka pintu kota bagi membenarkan tentera musuh menyerang serta menawan kota tersebut

Begitu juga dengan peristiwa sadis kejatuhan misteri kota melaka yang sehingga kini masih menghantui kita bila mana armada laut  melaka menghilangkan diri setelah beberapa hari portugis berhempas-pulas mahu berputus asa menyerang melaka


Dan peristiwa penghianatan dari dalam itu berulang semula pada tahun 1998 bila mana seorang pegawai tertinggi kerajaan malaysia bersekongkol dengan penyangak matawang mahu menggadaikan kedaulatan negara demi untuk mendapatkan pinjaman dana asing dari IMF semasa krisis ekonomi melanda dunia

Namun tun m aka maha-firaun aka maha-perahu itu dengan berani telah mengikat ringgit malaysia agar tidak dijual-beli sesuka hati oleh penyangak mata-wang dunia itu

Setelah tun m turun dari tampuk pemerintahan semenanjung  emas, maka thh telah  mengambil peluang semaksima mungkin bermodalkan sihir demokrasi meratah segala apa yang boleh demi untuk mengkucar-kacirkan negara serta terus melemahkan orang melayu serta warga malaysia

Ia seolah2 membayar dendam yang sekian lama terpendam dek kerana ketegasan pemerintahan tun m dlm menjaga keharmonian negara pelbagai bangsa ini

Perpecahan sia-sia dikalangan warga melayu dari segi fahaman politik nampak semakin meruncing, ditambah dengan sifat batu api agen2 thh yang sengaja bermuka2 serta berpura2 berbuat baik kepada pihak2 yang saling bersengketa itu


Perpecahan itu nampak seperti sudah tidak dapat dibendung lagi, namun disebalik tiupan sihir demoraksi itu, masih ada bara api iman senipis kulit bawang yang merah menyala membakar semangat mahu menjaga islam serta mengenepikan kepentingan diri

Perjuangan kehidupan pada  hari ini adalah untuk kelangsungan generasi masa hadapan
Biarlah dengan berbekalkan iman senipis kulit bawang ini maka anak-cucu akan datang menjadi pembela agama yang kental imannya kepada Tuhan serta RasulNya

Kita berbangga dengan tok kenali, mat kilau, tuan tulis, tok ku paloh, dato bahaman serta ribuan pejuang berhati wali yang telah berkorban dan terkorban demi untuk survival iman warga nusantara hingga kehari ini,  maka kita perlu terus berjuang mempertahan serta memperbaiki iman demi anak-cucu kita di masa hadapan

Cukuplah negara seberang itu dengan caca-marba ketauhidan warga mereka, boleh saja berlainan agama mendirikan rumahtangga bersama
Cukuplah negara filipina yang warganya itu benar2 sudah menjadi orang lain, bangsa  lain serta beragama lain, mereka seumpana rakyat turki yang hanya boleh berbicara bahawa dulunya nenek-moyang mereka sebenarnya berbangsa malayu serta beragama islam
Cukuplah temasik itu sudah bertukar rupa menjadi zionis kecil ditengah2 gugusan kepulauan melayu
Cukuplah dengan kebanyakan tapak negara-kota purba malayu itu berada di bumi thailand, segala khazanah serta budaya sudah diambil serta dithailandkan semuanya
Cukuplah tapak  tamadun purba malayu di kemboja dan vietnam itu kini menjadi bekas pemerintahan komunis, bertatih sedikit demi sedikit keluar dari lubuk kemiskinan serta kesusahan

Dan cukuplah dengan persengketaan sia-sia yang kita ciptakan sesama sendiri di tanah bertuah ini
Kita mulai dengan langkah pertama serta langkah seterusnya…..sayangi warga kita sebagaiman kita menyayangi diri kita sendiri…..doakan yang terbaik dan yang baik2 sahaja buat mereka setiap masa dan jadikan islam itu benar2 penguat hubungan diantara warga
Jadikan Tuhan dan Rasul itu benar2 sebagai sumber kekuatan kerana sebenarnya kita hanyalah seorang hamba yang lemah dan tidak berdaya

Wallahu’alam

Terima kasih MO & Cikgu Srikandi.......

15 comments:

  1. Assalammu'alaikum...wrt, saudaraku wangsa gelar bangsaku.
    Cantik dan Indah Seni Khat tu....

    Proto Mala dan Deutro Mala
    Jawi dan Jawa
    Malay-sia dan Indone-sia

    asimilasi = mutan-x @ x-men

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam citer katun the 'League Justice'...
      kwn boley laa amik watak...'The nothing'..watak paling low profile..tapi paling hi superb endurance,taktikal n berbisa.
      Zikirnya ...Allah the one and only.
      He he..just my 10 cents.

      *banyaknyer watak kite yg dia org pakai pinjam ye...

      Delete
    2. w'salam AB yg sgt bertuah dunia akhirat

      seni khat itu hamba pinjam dr koleksi google images kepunyaan seseorang yg tidak hamba nyatakan disini

      dan sebenarnya semua gambar adalah sepenuhnya dr google images yg ada empunya barang

      hhmmm...AB ni memang pakar SHAHIBA

      tidak terfikir oleh hamba bahawa ASIMILASI boleh ditamsilkan sbg mutan-x aka x-men

      Delete
    3. adik OnnoChoRoko

      semoga Tuhan memberi rezeki hati seumpama wali kepada kita semua

      watak kita dipakai kerana 'mereka' mengkaji, mempelajari serta mengaplikasi watak2 tersebut

      dan kita menjadi penonton setia karya2 'agung' mereka dlm bentuk kartun, anime dll

      Delete
  2. insyaallah saudara wangsa, singapura itu akan kembali sebahgian dari malaysia, ini akan berlaku apabila islam kembali kuat di nusantara

    kebelakangan ini, ade ip dari israel membaca blog, anda bagaimana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...disebalik keresahan bahawa temasik itu kini menjadi pangkalan zionis...ada suara2 optimis menghembus sayup sepoi2 bahasa singgah di cuping telinga bahawa temasik itu sebenarnya akan kembali kepangkuan yang empunya hak.....

      lee kuan yu pun sebenarnya kena menerima hakikat bahawa dia hanya menumpang keberkatan wali2 yg bertapak di temasik diatas kemakmuran serta kemajuan yg dicapai oleh pulau itu

      lee kuan yu pun akhirnya terpaksa menyerahkan semula temasik kepada tuan sebenarnya supaya warganya yg sudah over kiasu bertuhankan duit itu pun akan berpeluang kembali kepada iman dan islam yg selamat dan menenangkan jiwa

      Delete
  3. salam semua,sdr wangsa,nampaknya tanah ini seperti sedang dilambat-lambatkan...ditahan-tahan...kerana menanti sebuah kebangkitan islam sejati...mungkin sebab itu,Melayu selalu di"usik" dengan segala macam topik...harap semuanya baik2 sahaja...semoga beroleh rahmat buat pemimpin yang berupaya menahan cacian demi sebuah kebangkitan yang sudah lama dinanti berzaman-zaman...insyaAllah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dipercepatkan pun islam tetap akan menang
      diperlambatkan pun islam tetap akan menang juga


      Tuhan sudah berikan peluang kepada zionis/jesuits menjarah dan meratah dunia sepuas hati mereka
      namun kini Tuhan sedang gilirkan penguasaan dunia kepada yang empunya hak

      'usikan' kepada melayu merupakan tarbiah Tuhan keatas warga ini agar menjadi lebih tunduk dan patuh kepada kekuasaanNya

      dunia akan datang menyerah diri kepada jiwa2 yg sudah mencintai akhirat lebih dr segala2nya

      semoga kita semua termasuk kedlm golongan yg sedemikian

      Delete
  4. salam buatmu saudara-saudara ku,
    aku merindui kalian, adakah kalian juga begitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. adik tlanai

      para penchinta kebenaran itu saling rindu-merindu walau tidak pernah bertemu

      hidup dengan penuh kasih-sayang serta saling doa-mendoakan kesejahteraan & keselamatan di dunia dan akhirat

      Delete
  5. Salam kasih dan rindu buat saudaraku semua,

    Moga hati-hati kita disatu padukan dgn kalimah haq 'tauhid'lantaran rahmat,kasih dan sayangnya...
    Moga kita akan 'kenal diri' dgn arti sebenar-benar kenal akan diri ini...sebelum saat kita kembali..dgn hati redho lagi diredhoi.
    Mengharapkan rahmat dan rindunya semata.

    Dari yang hina dina dan tiada memiliki.
    Rahsia antara rahsia.

    ReplyDelete
  6. saya juga merindui kalian semua, saudara-saudaraku serumpun dan seiman. ikatan Islam menjadikan hati kita terasa begitu dekat walau laut dan politik pecah belah masa penjajahan telah memisahkan kita.

    -pohonkelapa-

    ReplyDelete
    Replies
    1. adik -pohonkelapa-
      selamat bertandang...haha...saya suka nama adik

      pohon kelapa adalah signature kepada kepulauan nusantara, pohon beribu2 manfaat

      salam rindu kepada adik juga

      tapi saya tidak akan sesekali rindukan adik sebab pohon kelapa terdapat di merata tempat di bumi bertuah ini....haha..jangan kecil hati ye..gurau je...

      Delete
  7. mengapa ayahnda tun m sgt dibenci oleh barat

    http://sel13.com/punca-amerika-dan-britain-bencikan-dr-mahathir-keberanian-yang-tidak-ada-pada-anwar-ibrahim/

    ReplyDelete