Assalamualaikum Cikgu Srikandi....
Cikgu Sri, izinkan saya ulangkaji pelajaran ATBM ye..
Saya kopi-pasta nota2 penting dari lecture maya Cikgu ye....
Friday,
August 13, 2010
Alter
Terahsia Bangsa Melayu VIII
"Once
upon a time..."
Wonosobo, Indonesia
##-CATATAN
CIKGU SRIKANDI
~Beribu-ribu tahun dahulu,tidak tahu bila,seorang dewa bernama Rama
mencari permaisuri yang dicintainya, Sita yang telah diculik Ravana,seorang
dewa yang berwatak jahat di sebuah tempat yang menakjubkan digelar SUVARNADVIPA
(Indonesia).
~Mungkin Dewa Ravana mempunyai
negarakota emas yang menakjubkan di situ.
~Beribu-ribu tahun dahulu;mungkin selepas cerita dewa-dewi kayangan
Ramayana itu, para Firaun Mesir, secara rahsia mengimport
rempah-rempah dan kapur barus di sebuah tempat bernama Barus di
SUVARNADVIPA ini.
~Anehnya, para Firaun ini mendakwa nenek moyang mereka berasal dari tanah ini,yang
digelar...
'THE
LAND OF THE GODS'
Hutan Simpan Belum, Perak
~Orang-orang Melayu sejak berabad yang lalu cuba dihalau dari
Suvarnabhumi (Malaysia), menghadapi pelbagai rintangan yang
getir,cabaran yang pedih dan rentetan sejarah yang meletihkan, namun
dengan rahmat Allah s.w.t bangsa ini masih dapat memegang tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei.
~Pelbagai cara subversif dan perang saraf digunakan untuk memecahbelahkan
bangsa misteri sehingga sesetengah rumpun Melayu di Indonesia sudah tidak
mengenal kawan dan lawan mereka.
~Ada di antara mereka termakan racun yang mengatakan mereka adalah
bangsa Indonesia berbeza dengan bangsa Melayu di Malaysia padahal bahasa yang
mereka gunakan adalah sama iaitu bahasa Melayu.
~Di Malaysia sendiri Melayunya terdiri daripada
Jawa, Banjar, Mandiling, Rawa, Boyan, Minang dan pelbagai lagi malah Negeri Sembilan itu juga asalnya adalah
negeri orang-orang Melayu Minangkabau.
~MEREKA
SEBENARNYA TELAH BUTA OLEH SEMPADAN GEOGRAFI YANG DIBUAT OLEH PENJAJAH DARI
MEMIKIRKAN BETAPA LUASNYA RUMPUN MELAYU ITU.
http://panglimafuzzy.blogspot.com/2010/10/pejuang-kemerdekaan.html
Semakin
saya meneroka jauh ke alam melayu, terasa semakin sayu jauh disudut hati ini
Sejak
dari alam persekolahan, kata2 keramat bahawa islam itu akan bangkit diakhir
zaman diterajui oleh bangsa melayu selalu menjadi halwa telinga
Namun
hati muda diketika itu tidak dapat melihat dari mana datangnya rasional dan
logik untuk mengangkat bangsa yang selalu dikatakan buat jarum pun tak reti ini
boleh menjadi penguasa dunia
Sedikit
demi sedikit tabir rahsia bangsa melayu itu Tuhan bukakan seolah2 kita belajar
sejarah dan latar belakang bangsa misteri ini buat pertama kali
Kesampingkan
segala tohmahan, perli serta skeptikal
sesetengah drpd kita bahawa mengkaji bangsa
melayu itu akan wewujudkan rasa assobiah, syok-sendiri, rasis dan taksub pada bangsa sendiri lantas memandang
rendah etnik lain dan bangsa lain
Mereka
itu amat takut jika kita akan terikut2
dengan perangai yahudi yang begitu amat
mengangkat bangsa sendiri hingga tergamak memandang rendah bangsa lain setaraf
haiwan ternakan
Ditambah
dengan kerisauan adik-beradik bangsa lain yang nampaknya begitu sensitif dengan
istilah ketuanan melayu
Keraguan
mereka itu ada asasnya bila kita melihat bangsa dari sudut yang kurang tepat
terutama jika bersandarkan kepada sihir demokrasi
Saya
tidak dapat menelah seluas mana pengetahuan yang cikgu srikandi telah perolehi
berkenaan latar belakang bangsa misteri ini melalui kajian beliau menjejaki susur-galor nenek moyang ke merata dunia
Saya juga
tidak dapat mengagak sejauh mana dan
serahsia mana ilmu serta maklumat yang diperolehi oleh lonecryer, lodgekeeper,
angleness aka MO dari penganut zionis & jesuits mengenai sekelompok kaum yang tinggal di hujung dunia
Saya pun
tidak dapat mengagak apakah rahsia2 keselamatan negara yang super duper rahsia
yg diketahui oleh tuan haji shahpaskal dibawah akta osa dimana kita sebagai warga awam tidak berpeluang untuk mengetahuinya
Saya pun
tidaklah dpt menyelongkar dengan lebih mendalam apakah maklumat terkini tentang
pergerakan & strategi thh dlm usaha
mahu menghancurkan bangsa misteri serta tanah bertuah ini yg diketahui oleh
afterdark melaui watcher groupnya itu
Saya pun
tidaklah dapat menduga sejauh mana kerisauan serta keprihatinan sifu2 umat
terakhir - shahi, the last stalker, clover, drifter.... selaku wartawan profesional yang tugasnya setiap hari berhadapan
dengan penguasa2 massa yang boleh saja bertopengkan pelbagai rupa demi utk sebuah kuasa di tanah hujung dunia yang menjadi idaman juga
rebutan kawan serta lawan
Tapi
saya pasti ada suatu perasaan yang tidak dapat digambarkan setelah dibukakan tabir bangsa ini satu
persatu dihadapan mereka
Dato Bahaman
http://ikanlepu.blogspot.com/2011/03/dato-bahaman-ke-siam.html
Yang
saya tahu, saya pernah tersesat dalam mencari jati diri dengan mahu menjadi
orang lain, bertukar menjadi bangsa lain serta berperangai lain (tetapi tidaklah sampai mahu
menganut fahaman lain – minta dijauhkan)
Ya…..sesungguhnya
iman yang hanya tinggal senipis kulit bawang inilah yang telah menjadi
penyelamat kepada kita semua
Iman
senipis kulit bawang inilah juga yang
sering saja dicabar kesabaran serta keyakinannya
Terus
terang saya katakan bahawa walaupun saya pernah bergaul dengan bangsa lain dan
mahu menjadi orang lain tetapi saya ‘rasa’ saya kuat dlm keyakinan saya
Saya
masih bebas menjalankan upacara keagamaan saya tanpa sebarang prejudis dan
mereka amat memahami serta menghormati kita
Suatu
perkara yang sangat terkesan dihati saya ialah sewaktu menghadiri majlis
perkahwinan seorang rakan di kedah beberapa tahun lalu
Saya
pergi bersama adik-beradik bangsa lain, dalam perjalanan pulang, saya meminta
izin dengan mereka utk singgah sebentar di sebuah masjid utk menunaikan solat
Memandangkan
kami menaiki satu kereta, maka saya terpaksa meninggalkan rakan saya (india –
non muslim) ini didalam kereta di kawasan masjid
Dia okay
saja dan faham bahawa saya perlu bersolat ketika itu
Selepas
solat saya segera ke kereta dan memohon maaf jika dia terpaksa menunggu lama
Begitu
juga di bulan ramadhan
Rakan
semeja saya (cina – non muslim) bersungguh2 meminta maaf kerana membawa makanan
masuk ke pejabat (dia tapau dari kedai) dan dia memberitahu bahawa hanya akan
makan di pantry dan bukan dihadapan saya
Saya
beritahu bahawa saya okay dan dia boleh makan walaupun dihadapan saya yang
sedang berpuasa
Pengajaran
yang saya perolehi ialah kita akan rasa
kita kuat bila terpaksa berkelana sebagai minoriti ditengah2 adik-beradik bangsa lain
Bersolat
pun bukanlah di dalam surau berkarpet tebal mahupun berhawa dingin yang sangat
sejuk
Tapi
bila tiba waktu solat, diri akan bergegas mengambil wuduk supaya solat diawal
waktu
Berbuka
pun bukanlah bersama keluarga tercinta dirumah yang selesa, hanya bertemankan
nasi bungkus dan sebotol air mineral………… dan buka posalah hang sorang2 kat
pejabat..tak dak sapa nak temankan hang…………..
Kiyai Salleh Parang Terbang
http://www.keriswarisan.com/live/blog/173/kiyai-salleh-parang-terbang/
Kemudian
diri ditaqdirkan berhijrah bukan saja ketempat baru,ke alam pekerjaan baru…..malahan rupa2nya diri
ini Tuhan kembalikan semula untuk bersemuka & bergaul dengan adik-beradik sebangsa seagama
Tidak
bermaksud untuk merendah2kan serta mengecilkan orang lain, namun ia adalah
suatu realiti yang wajib kita terima dengan hati penuh terbuka serta minda yang
waras supaya kita tidak melatah sesuka-hati menuding jari kesana-sini apabila
realiti itu sebenarnya adalah sesuatu yang tidak mahu kita dengar sama sekali
Saya diketemukan
dengan seorang rakan yang sudah lama tidak bersolat, sudah lama tidak berpuasa
di bulan ramadhan, sudah terjebak dengan pelbagai perkara suka-duka kehidupan
di ibu-kota, sudah lama juga tidak pulang menziarahi ibu-bapanya, sudah lama
meninggalkan adat-budaya kita…..dan sebenarnya sudah tidak lagi kenal dirinya
sendiri
Saya
terkedu……
Bagaimana
hendak mencari rasional ditengah2 majoriti rakyat negara ini yang muslim,
ramai rupa2nya yang sudah terlontar jauh
dari tatasusila serta norma2 budaya adat
resam pegangan agama islam yang suci murni
Bahana apakah
yang sudah menimpa kita sehingga ada anak2 nusantara yang sudah tidak kenal
diri sendiri..??
Sudah sebuk
sangatkah kita mengejar dunia, wang dan bisnes sehingga lupa untuk menjenguk
serta bertegur-sapa mengambil berat kemashalatan ummat..??
Apakah
perkara yang lebih super duper very-very penting itu, yang sudah melalaikan
kita dari saling tegur-menegur dengan kasih-sayang serta saling bantu-membantu…??
Sihir demokrasi
kah itu…??
Begitu
juga dahulu sewaktu cuti panjang menunggu keputusan SPM, saya mengambil
kesempatan bekerja sementara di sebuah kilang berdekatan rumah, saya tergamam melihat
anak2 remaja sudah mulai bekerja di awal usia, bahkan tidak pula menyambung
persekolahan di peringkat menengah.
Adik
bongsu saya juga pernah bertanya kepada ibu kenapa rakan sebayanya tidak
menghabiskan persekolahan peringkat rendah, belajar hanya setakat darjah lima
sahaja.
Ini
bermaksud, ada sesuatu yang wajib kita
syukuri dan sentiasa mengingati nikmat yang Tuhan pinjamkan kepada kita, dan
tidak semua orang merasainya diatas pelbagai asbab yang Tuhan jadikan.
Nikmat
merupakan amanah yang tergalas suatu tanggungjawab disebaliknya.
Nikmat
pula menguji jati diri serta
kewarasan minda untuk belajar menerima pelbagai warna realiti kehidupan – yang
cantik kita sukai, yang buruk kita
benci, yang sedih kita tidak mahu dengar, yang menyakitkan kita mahu jauhi,
yang baik kita mahu dekati, yang merbahaya kita mahu elakkan, yang menakutkan
kita mahu buangkan…..
Saya termanggu…..
Ada sesuatu
yang perlu saya cari untuk diri ini
Ada
sesuatu yang mesti saya terokai untuk bangsa ini
Ada sesuatu
yang wajib saya amali untuk agama ini
Ada sesuatu
yang sudah seafdalnya saya korbankan untuk Tuhan dan Nabi Yang Mulia
Terima
kasih MO & Cikgu Srikandi.......
Assalammu'alaikum... wangsa gelar bangsaku.
ReplyDeleteKata2 keramat bahawa islam itu akan bangkit diakhir zaman diterajui oleh bangsa melayu.
Ini bermaksud, ada sesuatu yang wajib kita syukuri dan sentiasa mengingati nikmat yang Tuhan pinjamkan kepada kita, dan tidak semua orang merasainya diatas pelbagai asbab yang Tuhan jadikan.
Apakah 'sesuatu' itu?
Orang yang 'Cinta Allah' tidak akan takut hadapi setiap cabaran hidup di dunia ini...
Pandang,dengar dan rasa..akan alam.
DeleteDengan akal dan hati...
Disitu ada ma'rifat.
sedangkan alam itu pula sentiasa berzikir kepada Tuhan serta berselawat kepada Nabi
Deletetetapi manusia yg sering terlupa boleh saja berjalan dengan penuh angkuh dan sombong di alam semesta ini
ampunkan dosa kami wahai Tuhan...!!
adik Gua Rock...terima kasih sudi temankan kami ulangkaji pelajaran cikgu sri
Deletesekular benar2 telah menjadi hijab hitam kelam diantara akal, hati dan alam
melihat alam....hanya 'melihat' indahnya alam...
sepatutnya melihat alam....'melihat' indahnya alam diciptakan oleh Yang Maha Pencipta sehingga terbit rasa malu dan takut untuk melakukan onar & dosa
W'salam AB yg sgt bertuah dunia akhirat
ReplyDelete'sesuatu' itu bg saya yg paling asas adalah kenal Tuhan dan kenal Rasul lantas mengenal diri
tahu, faham dan rasa bahawa Tuhan itu sgt berperanan dlm hidup kita
tahu, faham dan rasa bahawa Nabi itu selalu dan selamanya prihatin kepada kita, bimbang akan keselamatan kita dan sesungguhnya sentiasa mendoakan kita
tahu, faham dan rasa bahawa jawapan yg paling rasional dan logik utk sst permasalahan adakalanya ialah "ikut suka Tuhanlah apa Dia nak buat keatas kita...."
ada byk perkara kadangkala tidak terjangkau oleh aqal fikiran serta hati manusia utk merasionalkannya
sila perbetulkan hamba mana yg tidak tepat
Ya benar wahai saudaraku Wangsa..
ReplyDeleteTahu, Faham dan Rasa...
Ilmu, Hayati dan Pengalaman...
Syariat, Tariqat dan Hakikat...
Kemuncaknya Makrifatullah... InsyaAllah.
mekacih AB diatas ringkasan perkaitan2 itu
Deletebersabarlah insyaallah ada jalanya...
ReplyDeletemana yang boleh dinasihat sampaikanlah
teruskan semoga tabah menjelang fasa baru tahun masihi
sdr OrgOrg,
Deletedisekitar tahun 1980an, kita hanya mendengar bahawa kahwin campur diantara pelbagai agama itu menjadi kebiasaan di negara seberang
dlm satu keluarga, boleh saja ibu-ayah itu berlainan fahaman agama, namun masih boleh hidup bersama
juga dlm satu keluarga, adik-beradik menganut berlainan agama menjadi kebiasaan
nampak gayanya, fenomena itu 'akan' menjadi kebiasaan pula ke dlm masyarakat islam negara kita...??!!
sudah ada pula suara2 sumbang yg menyokong kearah fenomena itu
yg jauh, makin bertambah jauh...new world order benar2 sudah mencengkam kita...
tetapi harapan tetap pada Yang Satu agar iman senipis kulit bawang ini Dia jagai selalu
tujuan utama ialah pecahkan perkataan "melayu"
Deleteapabila kecelaruan dalam melebelkan anak itu melayu ke,cina ke,india ke
maka gamenyer hapuskan saja kluse bumiputra, sekaligus mengancam agama anutan anak tersebut
saya pun amat berharap ia tidak terjadi semasa hayat hidup ini...
apa yang kita buat, semua kerana Allah, DIA da beri kita kefahaman maka laksanakan, bantu saudara islam kita yg lain
insyaalah
bumiputra - melayu - islam
DeleteDatang kosong..
ReplyDeletePulang jg kosong..
Dia asalku..
Dia perjalananku..
Dia jg akhirku...
Solat selagi nafas.
wahai insan berhati wali
Deleteterima kasih diatas ingatan itu
yup....solat selagi nafas
'solat' itu sepatutnya setiap masa dan sentiasa
dizahirkan pada waktu2 solat pada jeda masa tertentu sbg syariat utk mengadap kepada Yang Maha Esa
Allah.....lalainya aku hidup di dunia persingahan yang fana ini.....
Kod Ahlullah... oo1 (zero,zero,one)...
ReplyDeleteAB yg sgt bertuah dunia akhirat
Deletenak tanya soklan - kenapa zero-zero-one ??