Saturday 8 December 2012

Ulangkaji ATBM – 18



Assalamualaikum Cikgu Srikandi....

Cikgu Sri, izinkan saya ulangkaji pelajaran ATBM ye..

Saya kopi-pasta nota2 penting dari lecture maya Cikgu ye....

Friday, August 13, 2010
Alter Terahsia Bangsa Melayu VIII

"Once upon a time..."

Wonosobo, Indonesia

##-CATATAN CIKGU SRIKANDI

~Beribu-ribu tahun dahulu,tidak tahu bila,seorang dewa bernama Rama mencari permaisuri yang dicintainya, Sita yang telah diculik Ravana,seorang dewa yang berwatak jahat di sebuah tempat yang menakjubkan digelar SUVARNADVIPA (Indonesia).

~Mungkin Dewa Ravana mempunyai negarakota emas yang menakjubkan di situ.
~Beribu-ribu tahun dahulu;mungkin selepas cerita dewa-dewi kayangan Ramayana itu, para Firaun Mesir, secara rahsia mengimport rempah-rempah dan kapur barus di sebuah tempat bernama Barus di SUVARNADVIPA ini.

~Anehnya, para Firaun ini mendakwa nenek moyang mereka berasal dari tanah ini,yang digelar...

'THE LAND OF THE GODS'

Hutan Simpan Belum, Perak

~Orang-orang Melayu sejak berabad yang lalu cuba dihalau dari Suvarnabhumi (Malaysia), menghadapi pelbagai rintangan yang getir,cabaran yang pedih dan rentetan sejarah yang meletihkan, namun dengan rahmat Allah s.w.t bangsa ini masih dapat memegang tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei.

~Pelbagai cara subversif dan perang saraf digunakan untuk memecahbelahkan bangsa misteri sehingga sesetengah rumpun Melayu di Indonesia sudah tidak mengenal kawan dan lawan mereka.

~Ada di antara mereka termakan racun yang mengatakan mereka adalah bangsa Indonesia berbeza dengan bangsa Melayu di Malaysia padahal bahasa yang mereka gunakan adalah sama iaitu bahasa Melayu.


~Di Malaysia sendiri Melayunya terdiri daripada Jawa, Banjar, Mandiling, Rawa, Boyan, Minang dan pelbagai lagi malah  Negeri Sembilan itu juga asalnya adalah negeri orang-orang Melayu Minangkabau.

~MEREKA SEBENARNYA TELAH BUTA OLEH SEMPADAN GEOGRAFI YANG DIBUAT OLEH PENJAJAH DARI MEMIKIRKAN BETAPA LUASNYA RUMPUN MELAYU ITU.


http://panglimafuzzy.blogspot.com/2010/10/pejuang-kemerdekaan.html

Semakin saya meneroka jauh ke alam melayu, terasa semakin sayu jauh disudut hati ini

Sejak dari alam persekolahan, kata2 keramat bahawa islam itu akan bangkit diakhir zaman diterajui oleh bangsa melayu selalu menjadi halwa telinga
Namun hati muda diketika itu tidak dapat melihat dari mana datangnya rasional dan logik untuk mengangkat bangsa yang selalu dikatakan buat jarum pun tak reti ini boleh menjadi penguasa dunia

Sedikit demi sedikit tabir rahsia bangsa melayu itu Tuhan bukakan seolah2 kita belajar sejarah dan latar belakang bangsa misteri ini buat pertama kali

Kesampingkan segala tohmahan, perli  serta skeptikal sesetengah drpd kita bahawa mengkaji bangsa  melayu itu akan wewujudkan rasa assobiah, syok-sendiri, rasis dan  taksub pada bangsa sendiri lantas memandang rendah etnik lain dan bangsa lain

Mereka itu amat takut jika  kita akan terikut2 dengan perangai  yahudi yang begitu amat mengangkat bangsa sendiri hingga tergamak memandang rendah bangsa lain setaraf haiwan ternakan
Ditambah dengan kerisauan adik-beradik bangsa lain yang nampaknya begitu sensitif dengan istilah ketuanan melayu
Keraguan mereka itu ada asasnya bila kita melihat bangsa dari sudut yang kurang tepat terutama jika bersandarkan kepada sihir demokrasi

Saya tidak dapat menelah seluas mana pengetahuan yang cikgu srikandi telah perolehi berkenaan latar belakang bangsa misteri ini melalui kajian beliau menjejaki susur-galor nenek moyang ke merata dunia

Saya juga  tidak dapat mengagak sejauh mana dan serahsia mana ilmu serta maklumat yang diperolehi oleh lonecryer, lodgekeeper, angleness aka MO dari  penganut zionis & jesuits mengenai sekelompok kaum yang tinggal di hujung dunia

Saya pun tidak dapat mengagak apakah rahsia2 keselamatan negara yang super duper rahsia yg diketahui oleh tuan haji shahpaskal dibawah akta osa dimana kita sebagai warga awam tidak berpeluang untuk mengetahuinya

Saya pun tidaklah dpt menyelongkar dengan lebih mendalam apakah maklumat terkini tentang pergerakan & strategi  thh dlm usaha mahu menghancurkan bangsa misteri serta tanah bertuah ini yg diketahui oleh afterdark melaui watcher groupnya itu

Saya pun tidaklah dapat menduga sejauh mana kerisauan serta keprihatinan sifu2 umat terakhir - shahi, the last stalker, clover, drifter.... selaku wartawan profesional yang tugasnya setiap hari berhadapan dengan penguasa2 massa yang boleh saja bertopengkan  pelbagai rupa demi utk  sebuah kuasa di  tanah hujung dunia yang menjadi idaman juga rebutan kawan serta lawan

Tapi saya pasti ada suatu perasaan yang tidak dapat digambarkan setelah dibukakan tabir bangsa ini satu persatu dihadapan mereka

Dato Bahaman
http://ikanlepu.blogspot.com/2011/03/dato-bahaman-ke-siam.html

Yang saya tahu, saya pernah tersesat dalam mencari jati diri dengan mahu menjadi orang lain, bertukar menjadi bangsa lain serta  berperangai lain (tetapi tidaklah sampai mahu menganut fahaman lain – minta dijauhkan)

Ya…..sesungguhnya iman yang hanya tinggal senipis kulit bawang inilah yang telah menjadi penyelamat kepada kita semua
Iman senipis kulit bawang inilah juga  yang sering saja dicabar kesabaran serta keyakinannya

Terus terang saya katakan bahawa walaupun saya pernah bergaul dengan bangsa lain dan mahu menjadi orang lain tetapi saya ‘rasa’ saya kuat dlm keyakinan saya
Saya masih bebas menjalankan upacara keagamaan saya tanpa sebarang prejudis dan mereka amat memahami serta menghormati kita

Suatu perkara yang sangat terkesan dihati saya ialah sewaktu menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan di kedah beberapa tahun lalu
Saya pergi bersama adik-beradik bangsa lain, dalam perjalanan pulang, saya meminta izin dengan mereka utk singgah sebentar di sebuah masjid utk menunaikan solat

Memandangkan kami menaiki satu kereta, maka saya terpaksa meninggalkan rakan saya (india – non muslim) ini didalam kereta di kawasan masjid
Dia okay saja dan faham bahawa saya perlu bersolat ketika itu
Selepas solat saya segera ke kereta dan memohon maaf jika dia terpaksa menunggu lama

Begitu juga di bulan ramadhan
Rakan semeja saya (cina – non muslim) bersungguh2 meminta maaf kerana membawa makanan masuk ke pejabat (dia tapau dari kedai) dan dia memberitahu bahawa hanya akan makan di pantry dan bukan dihadapan saya
Saya beritahu bahawa saya okay dan dia boleh makan walaupun dihadapan saya yang sedang berpuasa

Pengajaran yang saya perolehi  ialah kita akan rasa kita kuat bila terpaksa berkelana sebagai minoriti ditengah2  adik-beradik bangsa lain

Bersolat pun bukanlah di dalam surau berkarpet tebal mahupun berhawa dingin yang sangat sejuk
Tapi bila tiba waktu solat, diri akan bergegas mengambil wuduk supaya solat diawal waktu
Berbuka pun bukanlah bersama keluarga tercinta dirumah yang selesa, hanya bertemankan nasi bungkus dan sebotol air mineral………… dan buka posalah hang sorang2 kat pejabat..tak dak sapa nak temankan hang…………..

Kiyai Salleh Parang Terbang
http://www.keriswarisan.com/live/blog/173/kiyai-salleh-parang-terbang/

Kemudian diri ditaqdirkan berhijrah bukan saja ketempat baru,ke  alam pekerjaan baru…..malahan rupa2nya diri ini Tuhan kembalikan semula untuk bersemuka &  bergaul dengan adik-beradik sebangsa seagama

Tidak bermaksud untuk merendah2kan serta mengecilkan orang lain, namun ia adalah suatu realiti yang wajib kita terima dengan hati penuh terbuka serta minda yang waras supaya kita tidak melatah sesuka-hati menuding jari kesana-sini apabila realiti itu sebenarnya adalah sesuatu yang tidak mahu kita dengar sama sekali

Saya diketemukan dengan seorang rakan yang sudah lama tidak bersolat, sudah lama tidak berpuasa di bulan ramadhan, sudah terjebak dengan pelbagai perkara suka-duka kehidupan di ibu-kota, sudah lama juga tidak pulang menziarahi ibu-bapanya, sudah lama meninggalkan adat-budaya kita…..dan sebenarnya sudah tidak lagi kenal dirinya sendiri

Saya terkedu……

Bagaimana hendak mencari rasional ditengah2 majoriti rakyat negara ini yang muslim, ramai  rupa2nya yang sudah terlontar jauh dari  tatasusila serta norma2 budaya adat resam pegangan agama islam yang suci murni
Bahana apakah yang sudah menimpa kita sehingga ada anak2 nusantara yang sudah tidak kenal diri sendiri..??
Sudah sebuk sangatkah kita mengejar dunia, wang dan bisnes sehingga lupa untuk menjenguk serta bertegur-sapa mengambil berat kemashalatan ummat..??
Apakah perkara yang lebih super duper very-very penting itu, yang sudah melalaikan kita dari saling tegur-menegur dengan kasih-sayang serta saling bantu-membantu…??

Sihir demokrasi kah itu…??

Begitu juga dahulu sewaktu cuti panjang menunggu keputusan SPM, saya mengambil kesempatan bekerja sementara di sebuah kilang berdekatan rumah, saya tergamam melihat anak2 remaja sudah mulai bekerja di awal usia, bahkan tidak pula menyambung persekolahan di peringkat menengah.

Adik bongsu saya juga pernah bertanya kepada ibu kenapa rakan sebayanya tidak menghabiskan persekolahan peringkat rendah, belajar hanya setakat darjah lima sahaja.

Ini bermaksud, ada sesuatu  yang wajib kita syukuri dan sentiasa mengingati nikmat yang Tuhan pinjamkan kepada kita, dan tidak semua orang merasainya diatas pelbagai asbab yang Tuhan jadikan.

Nikmat merupakan amanah yang tergalas suatu tanggungjawab disebaliknya.

Nikmat pula  menguji jati diri serta kewarasan minda untuk belajar menerima pelbagai warna realiti kehidupan – yang cantik kita sukai, yang buruk  kita benci, yang sedih kita tidak mahu dengar, yang menyakitkan kita mahu jauhi, yang baik kita mahu dekati, yang merbahaya kita mahu elakkan, yang menakutkan kita mahu buangkan…..

Saya termanggu…..


Ada sesuatu yang perlu saya cari untuk diri ini
Ada sesuatu yang mesti saya terokai untuk bangsa ini
Ada sesuatu yang wajib saya amali untuk agama ini
Ada sesuatu yang sudah seafdalnya saya korbankan untuk Tuhan dan Nabi Yang Mulia

Terima kasih MO & Cikgu Srikandi.......

15 comments:

  1. Assalammu'alaikum... wangsa gelar bangsaku.

    Kata2 keramat bahawa islam itu akan bangkit diakhir zaman diterajui oleh bangsa melayu.

    Ini bermaksud, ada sesuatu yang wajib kita syukuri dan sentiasa mengingati nikmat yang Tuhan pinjamkan kepada kita, dan tidak semua orang merasainya diatas pelbagai asbab yang Tuhan jadikan.

    Apakah 'sesuatu' itu?

    Orang yang 'Cinta Allah' tidak akan takut hadapi setiap cabaran hidup di dunia ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandang,dengar dan rasa..akan alam.
      Dengan akal dan hati...
      Disitu ada ma'rifat.

      Delete
    2. sedangkan alam itu pula sentiasa berzikir kepada Tuhan serta berselawat kepada Nabi

      tetapi manusia yg sering terlupa boleh saja berjalan dengan penuh angkuh dan sombong di alam semesta ini

      ampunkan dosa kami wahai Tuhan...!!

      Delete
    3. adik Gua Rock...terima kasih sudi temankan kami ulangkaji pelajaran cikgu sri

      sekular benar2 telah menjadi hijab hitam kelam diantara akal, hati dan alam

      melihat alam....hanya 'melihat' indahnya alam...
      sepatutnya melihat alam....'melihat' indahnya alam diciptakan oleh Yang Maha Pencipta sehingga terbit rasa malu dan takut untuk melakukan onar & dosa

      Delete
  2. W'salam AB yg sgt bertuah dunia akhirat

    'sesuatu' itu bg saya yg paling asas adalah kenal Tuhan dan kenal Rasul lantas mengenal diri

    tahu, faham dan rasa bahawa Tuhan itu sgt berperanan dlm hidup kita
    tahu, faham dan rasa bahawa Nabi itu selalu dan selamanya prihatin kepada kita, bimbang akan keselamatan kita dan sesungguhnya sentiasa mendoakan kita

    tahu, faham dan rasa bahawa jawapan yg paling rasional dan logik utk sst permasalahan adakalanya ialah "ikut suka Tuhanlah apa Dia nak buat keatas kita...."
    ada byk perkara kadangkala tidak terjangkau oleh aqal fikiran serta hati manusia utk merasionalkannya

    sila perbetulkan hamba mana yg tidak tepat

    ReplyDelete
  3. Ya benar wahai saudaraku Wangsa..

    Tahu, Faham dan Rasa...

    Ilmu, Hayati dan Pengalaman...

    Syariat, Tariqat dan Hakikat...

    Kemuncaknya Makrifatullah... InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekacih AB diatas ringkasan perkaitan2 itu

      Delete
  4. bersabarlah insyaallah ada jalanya...
    mana yang boleh dinasihat sampaikanlah

    teruskan semoga tabah menjelang fasa baru tahun masihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sdr OrgOrg,

      disekitar tahun 1980an, kita hanya mendengar bahawa kahwin campur diantara pelbagai agama itu menjadi kebiasaan di negara seberang

      dlm satu keluarga, boleh saja ibu-ayah itu berlainan fahaman agama, namun masih boleh hidup bersama
      juga dlm satu keluarga, adik-beradik menganut berlainan agama menjadi kebiasaan

      nampak gayanya, fenomena itu 'akan' menjadi kebiasaan pula ke dlm masyarakat islam negara kita...??!!

      sudah ada pula suara2 sumbang yg menyokong kearah fenomena itu

      yg jauh, makin bertambah jauh...new world order benar2 sudah mencengkam kita...

      tetapi harapan tetap pada Yang Satu agar iman senipis kulit bawang ini Dia jagai selalu

      Delete
    2. tujuan utama ialah pecahkan perkataan "melayu"

      apabila kecelaruan dalam melebelkan anak itu melayu ke,cina ke,india ke

      maka gamenyer hapuskan saja kluse bumiputra, sekaligus mengancam agama anutan anak tersebut

      saya pun amat berharap ia tidak terjadi semasa hayat hidup ini...

      apa yang kita buat, semua kerana Allah, DIA da beri kita kefahaman maka laksanakan, bantu saudara islam kita yg lain

      insyaalah

      Delete
    3. bumiputra - melayu - islam

      Delete
  5. Datang kosong..
    Pulang jg kosong..

    Dia asalku..
    Dia perjalananku..
    Dia jg akhirku...

    Solat selagi nafas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahai insan berhati wali
      terima kasih diatas ingatan itu

      yup....solat selagi nafas

      'solat' itu sepatutnya setiap masa dan sentiasa
      dizahirkan pada waktu2 solat pada jeda masa tertentu sbg syariat utk mengadap kepada Yang Maha Esa

      Allah.....lalainya aku hidup di dunia persingahan yang fana ini.....

      Delete
  6. Kod Ahlullah... oo1 (zero,zero,one)...

    ReplyDelete
    Replies
    1. AB yg sgt bertuah dunia akhirat


      nak tanya soklan - kenapa zero-zero-one ??

      Delete