Sunday 5 August 2012

Se Zarah



Se Zarah, saya merujuk kepada komen Tokteh seperti di bawah dalam salah satu artikel Mistisfiles.





Tokteh said….
Assalamulaikum,
Mari kita fikirkan sama-sama. Semua benda yang boleh kita lihat, sentuh dan rasa dalam dunia ini dibina oleh susunan zarah-zarah yang paling kecil dipanggil atom. Sebutir atom pula dibina oleh partikel yang lebih kecil dipanggil elektron, proton dan neutron. Beza diantara satu atom suatu unsur dengan satu atom unsur yang lain, contohnya beza antara atom emas dengan atom karbon ialah beza antara bilangan proton dalam atom-atom tersebut. Jika ditambah atau dikurang satu proton ke dalam satu atom suatu unsur, atom itu akan bertukar menjadi unsur yang lain, seperti halnya yang berlaku ketika penguraian radioaktif. Proton dan neutron juga memberi nilai jisim kepada sesuatu atom. Kajian sains menunjukkan partikel-partikel yang membina atom tadi semuanya terdiri dari benda yang tidak konkrit, malah sifat ‘mereka’ semuanya sentiasa bergetar/berpusing/bergerak/berputar pada kelajuan tinggi, sifat yang serupa macam cahaya, kita mempunyai berat kerana ada daya tarikan dan masa itu relatif. Apa akan jadi apabila tiada lagi cahaya, graviti dan masa terhenti? Pada masa yang sama, semua kejadian alam ini kembali semula menjadi partikel-partikel dalam atom – bertukar semula kepada cahaya?
July 5, 2012 6:05 PM
http://mistisfiles.blogspot.com/2012/06/matrix-4th-densityintroduction.html

Secara fizikalnya sebanyak manakah jumlah tenaga yang diperlukan untuk menggerakkan sekilas lintasan fikiran serta sedetik cetusan hati?


Apa signifikan se zarah (satu zarah)?
Apa pula yang boleh kita lakukan bermula dengan jumlah se zarah?
Dan sejauh manakah kesannya terhadap sesuatu perkara bila kita buka gerak-langkah sebermula dengan se zarah?

Menyedari, mengetahui serta menghayati hakikat kejadian makhluk yang Tuhan ciptakan adalah suatu ilmu yang perlu. Ini supaya kita dapat memaksimumkan tenaga murni yang masih tersisa senipis kulit bawang dengan sewajarnya.

Tuhan menjadikan setiap makhluknya berserta dengan fitrah tersendiri sebagai panduan kepada umat manusia dalam mengharungi kehidupan dunia yang serba mencabar ketahanan minda serta jiwa.

Sesungguhnya bila mengikut tafsiran ilmu haqikat, maka hati itulah yang menjadi raja ~ kepala pengembala kepada bala tentera seluruh anggota badan manusia.


Namun di sini, kita mahu memahami signifikan sekilas lintasan fikiran serta sedetik cetusan hati yang sentiasa bergetar secara berterusan di setiap masa dan ketika di dalam jasad manusia.

Sekilas lintasan fikiran itu boleh berlaku ’ in a split second ’ yang boleh membawa kesan besar kepada diri dan sekeliling kita.

Sedetik cetusan hati itu pula boleh terjadi tanpa kita perasan pun kehadirannya dan tiba-tiba berlaku perkara-perkara sama ada yang kita ingini atau yang kita tidak ingini.





Ia seumpama bermain snooker. Kita hanya perlu meyuntik gerakan kepada bola utama untuk mengaktifkan gerakan bola-bola yang lain sehingga bola yang kita kehendaki itu masuk ke lubang papan snooker tersebut. Ini adalah sunnahtullah dalam permainan snooker.

Dalam konteks jasad manusia, tenaga dari pergerakan se zarah sudah cukup untuk mengaktifkan sekilas lintasan fikiran serta sedetik cetusan hati seseorang. Kesannya bergantung kepada niat, bila niat kita baik, maka secara fitrahnya kesan baik juga yang akan diperolehi oleh diri serta sekeliling kita.


Maka lintasan fikiran serta cetusan hati yang berterusan itu pula seumpama tiupan angin di lautan luas yang membawa desiran ombak menghempas pantai tanpa henti. Pasti ada butiran pasir yang terubah dan berubah dari kedudukan asalnya.

Niat dari fikiran yang waras berserta doa dari hati yang tulus secara istiqamah hasil dari pergerakan bermula dengan se zarah, maka dengan izinNya akan mampu menyampaikan apa-apa hajat yang diingini.

Maka dengan ini kita akan faham akan signifikan doa sebagai senjata orang mukmin.


Doa yang spesifik serta dilakukan dengan penuh pengharapan kepada Tuhan itu sesungguhnya seumpama sebuah peluru berpandu. Para malaikat dengan rahmat dan keizinanNya membawa cebisan-cebisan doa itu lebih laju dari cahaya kepada orang yang kita doakan itu.


Tenaga yang sampai kepada orang yang kita doakan itu pula dengan izin Tuhan akan mengaktifkan bermula se zarah dari jasad mereka, membawa kesan perubahan kepada keadaan yang  lebih baik seperti yang kita harapkan tadi. Sesungguhnya se zarah di dalam jasad orang itu pula adalah sekilas dari lintasan hati mereka dan juga sedetik dari cetusan hati mereka. Semoga tenaga dari doa yang kita panjatkan itu tadi dapat membantu mereka mencapai apa-apa kebaikan yang mereka inginkan selama ini.

Disaat jiwa manusia begitu sensitif dengan teguran dan nasihat yang boleh saja disalah tafsir jika tidak dilakukan dengan penuh hikmah, maka kita mulakan dengan se zarah yang kita ada, dengan niat menyampaikan doa memohon supaya Tuhan sentiasa memberikan kebaikan dan apa-apa yang terbaik sahaja kepada diri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia amnya.


5 comments:

  1. adoiiii,meremang baca wahai saudara Wangsaaaa...

    salam sejahtera tuan rumah...:)

    -Annur-

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sejahtera kembali untuk Annur..:)

      bagaimana dengan separuh kedua bulan ramadhan?

      saya selalu kata pada kawan2..kalau nak kan apa2 hajat, berdoalah disetiap malam ramadhan sehinggalah di malam terakhir ramadhan...moga2 salah satu malam yg kita berdoa itu adalah malam lailatulqadar, malam dimana Allah akan qabulkan semua hajat dan permohonan hamba2Nya

      ok ke cam tu?

      Delete
  2. salam saudara Wangsa,

    betulla tu...tapi bg pendapat sy yang dangkal ini,buat apa2 amal sekalipun bukan dgn niat dapat ganjaran..tuhan itu maha kaya...jangan sekutukan Dia dgn apapun,hatta ganjaran pahala...buat apa2pun untuk Dia,bukan utk pahala atau ganjaran dunia...pegangan sy mudah...buat sesuatu kerana keinginan sendiri...bukan paksaan ataupun ganjaran...buat segalanya sebab ia datang dari keinginan diri sendiri...jangan mengkaji sesuatu sebab mak ayah suruh,cikgu suruh...buat semua sebab "kita nak buat"...

    ikhlas itulah kunci...

    ps: sdr Wangsa,maaf kalau byk pulak berkata2 dalam blog ni...nnt ada pulak org kata kita lawan tokey,haha

    -Annur-

    ReplyDelete
  3. Proses 'perlakuran atom',selalu dibincangkan didalam kaedah fizik...bagaimana pula jalan kaedah rohaninya..
    Dapat dirasa?

    ReplyDelete
  4. 'perlakuran atom' ??

    hehe...lakur tu ape?

    bercampur atau bersebati (logam dll), bersatu; ~ baur bercampur baur; melakurkan mencampurkan atau menyebatikan (logam dll dgn meleburkannya): platinum boleh dilakurkan dgn kaca; terlakur telah bersebati benar-benar; lakuran campuran (logam dll), sebatian; pelakuran proses atau perbuatan melakur­kan: ~ beberapa jenis logam yg berlainan

    - 'body chemistry' atau kimia rasa diantara seorang individu dengan individu yang lain ??

    ReplyDelete